Julai 08, 2009

(Gossip) Bro Aznil Buat Ramlah Ram Menangis !!



Kesian Ramlah Ram... dia menangis di belakang pentas gara-gara pengacara paling popular Aznil Nawawi. Macam mana boleh jadi macam itu? Macam ni ceritanya. Mereka dan ramai lagi artis mengadakan persembahan dalam satu majlis baru-baru ini.
Aznil bukanlah sengaja membuat kesilapan sehingga mengguris hati Ramlah dan dua artis lagi yang sama-sama membuat persembahan. Malah Aznil sudah meminta maaf kerana kesilapan itu.
Macam ni ceritanya. Ramlah dan dua lagi penyanyi seangkatannya sepatutnya muncul dalam persembahan terakhir majlis tersebut. Bermakna semasa mereka muncul Aznil sudah tamat kerjanya.
Tapi apabila Aznil mengumumkan tugasnya berakhir, dia terlupa mengumumkan persembahan sebenarnya masih ada.

Apabila Aznil melambai tangan dan turun pentas serta bersalam dengan tetamu yang duduk di meja hadapan, semua yang hadir ke majlis itu ingatkan majlis sudah selesai.
Penganjurlah yang terpinga-pinga kerana hanya mereka yang tahu masih ada artis yang akan muncul.
Ramlah dan rakan artis lain tersentaplah. Malah pada mulanya keberatan untuk naik ke pentas. Ramlah sudah meraung di belakang pentas kerana rasa terhina. Yalah pada masa itu orang sedang angkat kaki.

Ibaratnya mereka menyanyi untuk mengiringi orang balik, bukannya menghiburkan. Itulah kisahnya.
Aznil mengakui dia terlupa untuk mengumumkan nama Ramlah dan penyanyi lain kerana terburu-buru untuk ke satu majlis lain.
Difahamkan penganjur juga sudah tahu yang Aznil harus meninggalkan majlis pada waktu tersebut. Akibat mengejar masa, Aznil sampai terlupa nak umukan nama mereka.
Siapa yang salah. Mangga Muda nak pinjam kata-kata Nabil, Lu Fikirlah Sendiri...

Zoom Comment : Kesian Kak Ramlah,Alah Bro Aznil tak sengaja tue..Zoom Tau Bro aznil tak sengaja..sebab zoom tabik spring kat Bro aznil ni,Dalam Dunia seni Tanah Air Dia Salah seorang Yang Clean Dari Gossip2 yang panas..Mungkin kisah ni menjadi pengajaran buat bro aznil.. :P "lucu tapi benar"

Info : Mangga Online