Februari 11, 2010

(Gossip) Diana Danielle keluar duit sendiri buat album !!

Dengan populariti Diana yang semakin naik telah membuatkan sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan terhadap Diana.Satu persatu artis muda ini meluahkan rasa tidak senang dengan pihak yang ingin mengambil keuntungan dengan menawarkan kontrak yang berat sebelah.

Nak tau ceritanya Mari kita bawa "Statement" di bawah !!!!



Baca Selanjutnya

Selepas pengalaman pahit ini, Diana memutuskan untuk melaburkan duit sendiri dan mengeluarkan single solo pertamanya. "Terburu", lagu bergenre pop jazz, ciptaan Omar K dan lirik oleh kawannya, Naim, akan diriliskan pada pertengahan bulan ini.


"Saya mengambil semua yang berlaku ini sebagai satu pengajaran. Biasalah bila kita bergelar artis, kita diuji dengan pelbagai cabaran. Kita tidak boleh lari daripadanya. Yang boleh kita lakukan, 'just stand there and face it'.

"Bukan sebuah syarikat saja tetapi beberapa yang cuba menandatangani kontrak dengan saya, meletakkan syarat di mana mereka mahu menuntut sebahagian daripada hasil pendapatan saya. Mana adil.


"Itu hasil titik peluh saya sendiri. Tambah lagi, saya sudah pun membina nama sebagai seorang pelakon. Jadi mengapa saya perlu ikat kontrak dengan sebuah syarikat pengurusan?"
luahnya yang hanya mempercayai ibunya untuk menguruskan kerjayanya.


"Seperti Alibi Music, yang menetapkan syarat jika saya hendak merakam album dengan mereka, mereka yang akan menguruskan kerjaya saya. Bukan saja nyanyian tetapi juga lakonan dan mendapat peratusan daripada pendapatan saya. Sebab itu saya tidak bersetuju. Kalau nyanyian saja, saya tak kisah tapi ini satu pakej."