Memaparkan catatan dengan label Asean Girls. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asean Girls. Papar semua catatan

Februari 24, 2010

(Cerita Artis) Dayang tidak memakai telefon bimbit !!!


Inilah kelainan yang ada pada Dayang Nurfaizah artis kelahiran Bumi Kenyalang, walaupun diluar sana telefon  bimbit merupakan keperluan utama dalam kerja-kerja seharian.Apatah lagi beliau adalah seorang artis tentu ada ramai pihak yang ingin menghubunginya.


"Mungkin itu caranya, walaupun tidak mempunyai telefon bimbit, saya tidak nampak apa-apa kesukaran untuk berhubung dengan pihak luar," kata Liza, selaku pengurus peribadinya ketika dihubungi mStar Online.
Dayang yang juga tinggal bersama kedua orang tuanya, itu bagaimanapun sudah terbiasa dengan cara tersebut walaupun dipandang pelik oleh orang di luar sana.
"Jika waktu bekerja, Dayang bersama saya, semua urusan akan diuruskan oleh saya. Pihak tertentu yang ingin menghubungi Dayang akan menghubungi saya terlebih dahulu... lagipun saya pengurusnya.
"Selepas waktu bekerja, Dayang selalunya terus balik ke rumah, jika ada perkara penting, saya akan menghubungi ibu bapanya untuk memberitahu perkara tersebut," ujar Liza dengan nada bersahaja.
Zoom:Apa kata anda mengenai keperluan telefon bimbit ni?

Februari 22, 2010

( Biodata ) Maya Karin



PROFIL

NAMA: Maya Karin Roelcke

NAMA KOMERSIAL: Maya Karin

TARIKH LAHIR: 29 Oktober 1979

UMUR: 31 tahun

BINTANG: Scorpio

FILEM:
Sri Dewi Malam (2001)
No Problem (2001)
Mr. Cinderella 2 (2003)
Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
Tujuh Perhentian (2004)
Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
Waris Jari Hantu (2007)
1957: Hati Malaya (2007)
Anak Halal (2007)
Duyung (2008)
Punggok Rindukan Bulan (2008)
Pisau Cukur (2009)
Taming Sari (2010)
Cun (2010)

PROGRAM TV: 
Wavelength, TV3 (2000)
Ratu Sehari Astro, RIA (2004)
Beauty Secrets From The East (2005)
Channel [V] (2004-2007)

ALBUM:
Erti Cinta (2001)
Bukan Qalamaya (2004)

ANTARA ANUGERAH:
Artis Baru Wanita Popular (ABPBH2001)
Aktres Terbaik Festival Filem Asia-Pasifik (2004)
Aktres Terbaik Estepona Fantasy and Terror Film Festival (2005).


Februari 18, 2010

(Gossip) Akaun Facebook " I Hate Fasha Sandha" ditutup !!


Zoom pun baru tahu akaun Facebook "I Hate Fasha Sandha" telah ditutup, siapa yang menutup akaun Fan Facebook tersebut belum dapat dipastikan.Zoom masih mencari jawapannya, jika anda mengetahuinya marilah berkongsi dengan pembaca di Zoomartis.

Sekadar ingin berkongsi maklumat dengan anda semua...!!!

Februari 11, 2010

(Gossip) Diana Danielle keluar duit sendiri buat album !!

Dengan populariti Diana yang semakin naik telah membuatkan sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan terhadap Diana.Satu persatu artis muda ini meluahkan rasa tidak senang dengan pihak yang ingin mengambil keuntungan dengan menawarkan kontrak yang berat sebelah.

Nak tau ceritanya Mari kita bawa "Statement" di bawah !!!!



Baca Selanjutnya

Selepas pengalaman pahit ini, Diana memutuskan untuk melaburkan duit sendiri dan mengeluarkan single solo pertamanya. "Terburu", lagu bergenre pop jazz, ciptaan Omar K dan lirik oleh kawannya, Naim, akan diriliskan pada pertengahan bulan ini.


"Saya mengambil semua yang berlaku ini sebagai satu pengajaran. Biasalah bila kita bergelar artis, kita diuji dengan pelbagai cabaran. Kita tidak boleh lari daripadanya. Yang boleh kita lakukan, 'just stand there and face it'.

"Bukan sebuah syarikat saja tetapi beberapa yang cuba menandatangani kontrak dengan saya, meletakkan syarat di mana mereka mahu menuntut sebahagian daripada hasil pendapatan saya. Mana adil.


"Itu hasil titik peluh saya sendiri. Tambah lagi, saya sudah pun membina nama sebagai seorang pelakon. Jadi mengapa saya perlu ikat kontrak dengan sebuah syarikat pengurusan?"
luahnya yang hanya mempercayai ibunya untuk menguruskan kerjayanya.


"Seperti Alibi Music, yang menetapkan syarat jika saya hendak merakam album dengan mereka, mereka yang akan menguruskan kerjaya saya. Bukan saja nyanyian tetapi juga lakonan dan mendapat peratusan daripada pendapatan saya. Sebab itu saya tidak bersetuju. Kalau nyanyian saja, saya tak kisah tapi ini satu pakej."

(Gossip) Liyana Jasmay Gagal Final Exam !!!

Mungkin kerana terlalu sibuk di lokasi sehingga menyebabkan anak gadis ini leka seketika pembelajaran yang masih berjalan.Itulah nasib yang di lalui oleh anak muda ini,tanpa segan silu beliau berkongsi cerita masalah yang dihadapinya...Mari kita baca luahan anak gadis ini



Baca Selanjutnya

Pelajar jurusan Seni Persembahan dan Media Sunway University College Petaling Jaya, Selangor, Liyana Jasmay memberitahu yang dia kini berada dalam semester kedua terakhir sebelum bergelar graduan diploma. Liyana yang lahir pada 28 Mac 1988 itu sepatutnya menghadiri konvokesyen kolej pada tahun ini. Namun, impian Liyana musnah kerana dia harus menduduki semula dua peperiksaan untuk subjek Suntingan Filem dan Sejarah Teater.


"Tidak malu cakap, ini semua salah diri sendiri. Kehadiran saya dalam kelas mengambil markah sebanyak 50 peratus manakala selebihnya berdasarkan pemarkahan ujian teori dan praktikal. Dengan jadual lakonan padat dan komitmen lain, saya terpaksa ponteng kelas dan tertinggal kuliah penting. Maka, tidak mengejutkan kalau saya gagal dalam peperiksaan semester lepas.
" kata Liyana..

Februari 10, 2010

(Gossip) Komen Wardina, Artis Malaysia tidak layak bergelar Ikon !!


Memang berani artis yang sudah bergelar ibu ini, dengan komen yang bernas dan lantang beliau tampil mempersoal dan mengkritik satu persatu mengenai artis di Malaysia Khasnya.Mungkin ada hikmah atau pengertian yang beliau ingin berkongsi bersama masyarakat di luar sana.

Zoom tak tau nak cakap apa tetapi anda baca lah luahan komen artis yang akan memberi seminar kepada masyarakat mengenai "Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat" anda baca dan fahami apa yang Wardina ingin katakan...!!!




Baca Selanjutnya

Seperti yang ditegaskan oleh selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.

Ini kerana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi ikutan masyarakat, luah Wardina dengan nada sedih.

“Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Wardina akan memberikan seminar mengenai ‘Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat’ yang akan diadakan di KB Mall, Kelantan pada 14 Februari ini bersama selebriti TV9 Farah Adeeba dan novelis Ayat-Ayat Cinta Habiburrahman El- Shirazy.

Dalam ‘menghentam’ selebriti Malaysia, Wardina tidak menafikan ada di kalangan mereka yang bijak.

“Saya percaya artis pun ada yang bijak serta mempunyai skil body language yang baik.

“Sebilangan tu pandai tapi kalau tiada ilmu pun tak berguna juga... sebab itu jawab soalan seperti orang bodoh.

“Jadi, saya nasihat kepada mereka agar menjadi penyanyi yang berilmu dan berguna kepada masyarakat.

"Bukan setakat tampil cantik dan menunjukkan kemewahan mereka seperti selebriti Hollywood,” jelas pengacara Malaysia Hari Ini itu.

Wardina berkata, tidak salah sekiranya selebriti tempatan mahu menjadikan kreativiti yang ditonjolkan oleh Hollywood.

“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini.

"Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri-sendiri,” ujarnya lagi.

Lantaran daripada itu, ibu kepada tiga orang anak ini meluahkan rasa kecewanya apabila cerita sensasi lebih dipentingkan sehingga menyebabkan dia tidak berpeluang untuk memberikan sesuatu yang berguna dan baik kepada masyarakat.

“Saya kasihan kepada industri apabila cerita sensasi lebih diangkat. Biarlah orang kata kenyataan saya ini pedas dan mencetuskan kontroversi.

“Saya nak semua orang berfikir untuk perbaiki diri dan banyak membaca. Cantik itu akan hilang tetapi ilmu akan kekal. Popular itu ‘ok’ tapi akan hilang juga.

“Saya tak nak orang hormat saya sebab popular dan seksi tetapi siapa diri saya. Saya sentiasa mahu belajar kerana inginkan hidup yang lebih bermakna.

(Cerita Artis) Sheila sebaris selebriti Hollywood !!!

Boleh tahan juga tajuk di akhbar Kosmo yang Zoom baca hari ni, bukan calang-calang orang yang boleh disama tarafkan dengan artis Hollywood.Dalam beribu artis yang ada di Malaysia Datuk Shiela ini ada insan yang mengkategorikan beliau sebaris dengan selebriti Hollywood.

Tahniah Zoom Ucapkan..Teks atau "statement" Ada di bAwah...!!



Baca Selanjutnya

ELIZABETH TAYLOR, Nicole Kidman, Heidi Klum, Kate Winslet, Eva Longoria, Gisele Bundchen, Tyra Banks dan Elizabeth Hurley merupakan antara selebriti Hollywood yang pernah menggayakan permata Mouawad secara komersial.

Mencipta sejarah sebagai selebriti Malaysia pertama berpeluang melalui pengalaman yang serupa ialah Datuk Sheila Majid.

Bukan sekadar itu, Sheila, 45, bakal memperagakan baju kebaya termahal di dunia pada malam Gala Amal Ratu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10 April depan.

Pada majlis tersebut, penyanyi yang meraih gelaran ratu jazz Malaysia itu juga membuat persembahan khas selama 45 minit sempena 25 tahun kariernya dalam bidang muzik, di samping meraikan ulang tahun kelima butik kebaya Cosry Wise (M) Sdn. Bhd.

Bagi Sheila, peluang yang diberikan untuk menggayakan baju kebaya termahal itu dianggap sebagai rezeki yang tidak mungkin dilepaskan.

"Kalau nak beli baju kebaya itu mungkin agak susah kerana harga yang terlalu mahal.

"Saya rasa macam tidak sabar pula untuk mencuba baju kebaya tersebut," ujarnya.

Jelas artis genit itu lagi, pada malam amal itu dirinya diundang untuk meraikan wanita berkerjaya, ulang tahun kelima Cosry dan 25 tahun pembabitannya dalam industri ini.

Zoom: Baju kebaya rupanya....Apa kata anda !!?

Februari 09, 2010

(Gossip) Aksi panas Liyana Jasmay buka kain di Niyak Rapik !!

Boleh tahan juga pelakon kecil molek ni, kerana aksi yang menampakkan lutut seksi Liyana ke bawah menyebabkan sesetengah blog menggunakan video di dalam Youtube di halaman blog mereka.Menampilkan wajah-wajah lama dan baru di dalam Filem Ninyak Rapik di pawagam pada 25 Feb 2010.

Tunggu je la Filem ini di pawagam kalau nak tau cerita selanjutnya..Dan nak tau gossip tersebut nantikan di saat ke 0.55..

Apa kata anda ? :))






Baca Selanjutnya

Februari 08, 2010

(Cerita Artis) Serina mengandung, Chef Wan jadi Datuk lagi !!!!

Satu persatu kisah bahagia dan gembira yang di terima oleh Tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan sukar hendak menggambarkan perasaannya dengan kata-kata setelah berita gembira itu disampaikan oleh Serina sebaik saja dia pulang dari berjumpa doktor petang tadi.

Inilah yang dinamankan anugerah ilahi kepada insan yang jarang sekali hadir dengan gossip dan konterversi walaupun sudah lamak berkecimpung dalam bidang yang di minatinya.Ikutilah luahan hati seorang ayah kini mengira hari menyambut kehadiran cucunya.



Baca Selanjutnya

"Saya tidak sangka Allah kabulkan permintaan saya secepat ini. Alhamdulillah saya begitu gembira sampai terbayang-bayang gambar sikenit tu," jelas Chef Wan yang kini berada di Macau.

Jelasnya lagi, "Sejurus selepas saya mendapat berita itu ketika saya sibuk di penggambaran St Paul Ruins, Macau, hati saya melonjak kegembiraan. Tuhan selalu memberi apa yang saya hendak.

"Saya memang suka kanak-kanak. Merekalah anugerah yang tidak ternilai oleh Allah. Anak-anak adalah amanah dan amanah itu mesti dijaga dengan baik. Terus saya terbayang, saya akan masak dengan tiga generasi Chef.

"Chef 3, si kecik ni yang akan melihat macam mana Tok Wan dia menceceh depan TV memasak. Alangkah bahagianya kalau perkara itu terjadi... insya Allah," kata chef berusia 53 tahun itu.

Chef Wan tidak lupa menitipkan pesan dan nasihat untuk Serina agar menjaga kandungan baik-baik.

"Saya pesan pada Serina agar jangan lasak-lasak dan cuba berehat, makan makanan yang berzat dan jangan tinggal sembahyang serta bersyukur pemberian yang terlalu istimewa ini.

"Saya juga akan mencarikan Serina buku parenting dr Spock tu supaya dia boleh membaca dan mengambil tips dari situ. Malah ketika bekas isteri saya mengandungkan Nazri (Chef Riz), itu pun bunting pelamin juga....," kata Chef Wan yang juga menghubungi menantu kesayangannya Salahauddin untuk mengucapkan tahniah.

Katanya lagi, "Saya juga menasihatkan Salahuddin agar jaga Serina baik-baik. Saya sudah terbayang wajah comel cucu saya. Saya juga sudah tawarkan diri pada Salahuddin untuk jadi babysitter bila dah ada baby nanti."

Dan memandangkan keadaan Serina yang kini berbadan dua, resepsi perkahwinan yang dirancang diadakan di Sg Koyan terpaksa dibatalkan dan kemungkinan diganti dengan acara majlis cukur jambul kata Chef Wan.

"Saya pernah bersenda dengan Serina dan Salahuddin tentang resepsi di Sg Koyan. Saya ckapa jangan lambat-lambat nanti bunting pelamin pula. Tak sangka masin pula cakap saya.

"Malah Salahuddin juga pernah melawak katanya dia akan beri saya hadiah 'Chef 3' selepas Chef Wan dan Chef Riz. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat segala limpah kurniaNya," kata Chef Wan separuh sebak. Sebelum mengakhiri perbualan, Chef Wan dengan nada riang berkata, "Siapa sangka ye, saya akan dapat dua title 'Datuk' tahun ini. Inilah keajaiban."

Info: MSTAR

(Gambar) Anak Natasha dan Rebecca yang comel !!

Kehadiran Natasha Hudson dan Rebecca Nur Al Islam ke persada seni sememangnya memberikan tuah kepada industri kita. Biarpun pernah dikaitkan dengan beberapa konterversi, dua orang sahabat ini tidak gentar untuk memperhambakan diri pada seni dan sedia berdepan dengan cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.

Lihatlah wajah anak-anak mereka disamping ibu tersayang,nampak berseri dan gembira tatkala si jurugambar meneruskan kerjanya..

Zoom:Apa kata anda !!?



Baca Selanjutnya

(Gossip) Siapakah jejaka yang di peluk Liyana jasmay !!

Kisah dan gossip mengenai anak gadis bernama Liyana Jasmay ini sering kedengaran di media cetak dan elektronik.Samada negative dan positif semuanya ada.Jika anda mengikuti perkembangan anak gadis yang tengah naik ini,pastinya anda pernah dengar kisah percintaan Aizat dan Liyana ni.Zoom pun kekadang pelik dan ragu sebab sekejap bersama dan tiba-tiba ada pulak "Statement" tidak bersama.Mungkin inilah yang dinamakan jiwa muda..

Apa pun ternyata jejaka ini kenalan rapat Liyana yang mana merupakan artis tempatan, namanya 'deq sha' ( Menurut Info yang Zoom dapat) Thanks Alls..!!!






Baca Selanjutnya

Februari 07, 2010

(Artis Malaysia)Biodata Melissa Maureen


NAMA PENUH: Melissa Maureen Rizal

TARIKH LAHIR: 3 Mac 1980

ASAL: Kuala Lumpur

PENDIDIKAN: Kesusasteraan Inggeris dari King's College, London

PERKERJAAN: Pelakon dan pengacara

DRAMA: Gol & Gincu The Series, Realiti, Benda Aneh bernama Cinta, Bersama, Table for Two, Akademi, Samarinda: Masih Ada Cinta

FILEM: The Amber Sexalogy, Raining Amber, Gol & Gincu


Baca Selanjutnya

Februari 06, 2010

(Artis Malaysia) Biodata Ummi Nazeera
















NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon persendirian
FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie
DRAMA: Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja, Kejar dan Nur Kasih


Baca Selanjutnya

(Gossip) Sarimah Seksi nampak pusat di " Biggest and Loser Asia "

Sebelum ini Zoom ada ternampak si Sarimah ini di rancangan "Biggest and Loser Asia" di Astro,Zoom sekadar ingin berkongsi cerita dan gossip terbaru mengenai Sarimah ini.Rata-rata laman Blog ingin berkongsi bersama dengan pembaca mereka mengenai keseksian Sarimah sebagai pengacara di rancangan TV ini..Semoga teguran dari ramai pihak akan beliau ambil iktibar dan pengajaran di masa hadapan...!!!

Zoom: Apa kata anda ?



Baca Selanjutnya

(Cerita Artis) Majlis pernikahan Umie Aida di luar Negara !!

Ini berita yang Zoom dapat daripada laman sesawang dan akhbar Online hari ini, pernikahan Umie Aida dengan tunangnya yang juga ahlli perniagaan berjaya akan di langsungkan di Luar Negara.Ada ura-ura mengatakan pernikahan mereka berlangsung di Mekah.Ikuti cerita mengenai pernikahan umie dan tunangnya di bawah....!!!



Baca Selanjutnya

Setakat ini, Umie belum mengetahui bilakah tarikh dan waktu majlis berinai itu akan diadakan tetapi tempatnya telah ditetapkan di lokasi pertunangan mereka di I-Zen, Mont Kiara 1 - kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak. Bercerita mengenai majlis berinai Umie, dia berkata majlis yang akan mendapat sentuhan pereka terkenal Kem Salleh dengan warna tema hitam dan putih.


“Malam berinai itu diadakan atas permintaan ibu saya, Asmah Mohd Ali. Sebelum ini saya tak pernah terfikir pun untuk mengadakan majlis ini. Apabila fikir balik, bagus juga saya melakukan majlis ini untuk meraikan kawan-kawan rapat dan media yang tidak dapat menghadiri majlis nikah kami nanti. Majlis itu akan berlangsung mengikut adat Melayu dan dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga sebelah pihak perempuan. Jadi bakal suami saya mungkin tidak akan hadir dalam majlis itu,”
ceritanya.

Setelah bernikah nanti, Umie berkata sebuah majlis resepsi perkahwinan bagi kedua-dua pihak pengantin akan dilangsungkan di Kuala Lumpur. Untuk majlis pernikahan dan resepsi nanti, Umie akan menggunakan khidmat pereka tersohor Jovian Mandagie. Tema resepsi perkahwinan pilihan Umie adalah tradisional moden. Semestinya majlis perkahwinan Umie tidak mewah dengan tajaan dan seperti kata Umie: “Semuanya dibuat sendiri.”


Februari 03, 2010

(Gambar) Farah Fauzana Tanpa Mekap!

Aiks...terkejut juga Zoom tengok gambar Farah Fauzana atau Fafau tanpa Make-up ni.Sebelum ini ada juga Zoom tengok gambar artis lain tanpa "Make Up", kalau tak baca tajuk sure Zoom tak kenal siapakah anak gadis ini.

Mungkin masa Fafau pergi kat tempat ini, beliau tidak sempat untuk 'Make Up" kot.Kesian Fafau gambar macam ini pun Blog tu nak hebohkan...Sabar je la Fafau...Walaupun tanpa "Make Up" Fafau tetap Cool bila berdepan "Camera Man" betul tak !!? Lagi gambar ada di bawah...




Baca Selanjutnya




Apa kata anda ?

(Gossip) Dayang nafi dialah punca Nurul tidak disambung kontrak

Lama juga tak "Post" Cerita mengenai Dayang Nurfaizah artis kelahiran sarawak ini, mungkin kerana cerita atau gossip mengenai beliau jarang di perkatakan oleh media.Ini adalah gossip terbaru yang Zoom baca hari ini mengenai dayang ni..

Dayang Nurfaizah, 28, menafikan sekeras-kerasnya beliau menjadi punca kontrak Nurul Huda Abdul Wahap, 31, bersama Metadome Sdn Bhd tidak disambung.



Baca Selanjutnya

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty menjelaskan beliau bukanlah menggantikan tempat Nurul sepertimana yang digembar gemburkan, sebaliknya beliau hanya bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk 2 buah single sahaja.


"Nurul sebelum ini artis naungan Metadome, tetapi saya hanya bekerjasama dengan Metadome hanya untuk 2 buah single terbaru saya, iaitu Sayang dan Kutemu Cahaya. Dalam perjanjian bersama Metadome juga, syarikat itu hanya bertanggungjawab untuk memasarkan kedua-dua single tersebut.


"Macam manalah boleh ada gosip yang kata saya caras Nurul. Perkara itu langsung tidak berasas,"
Jelas Dayang

Zoom: Siapalah yang suka menabur fitnah ni...sama-sama kita tunggu "Statement" dari Nurul pula..!!! APa kata anda !?

Februari 02, 2010

(Gambar) Terbaru Eja turun 12kg selepas bersalin !!

Huh..12 KG, anda sebagai wanita di luar sana boleh tak turun 12KG selepas bersalin !!? bukan ramai yang dapat menurunkan berat badan selepas bersalin, malahan ada yang semakin menaik mungkin ramai.Bukan setakat cakap kosong sebab kawan-kawan Zoom sendiri ada yang langsung tidak menoleh ke belakang tetapi terus mendongak penimbang berat badan.

Hanya untuk kesedaran bersama, terutamanya kaum ibu di luar sana.Apa kata anda mengenai Eja dan seterusnya bagaimanakah cara yang sesuai untuk menurun atau menaikan berat badan...Mari kita berkongsi bersama pembaca di ZOomArtis



Baca Selanjutnya

Januari 29, 2010

(Gossip) Zoey Dan Diana Amir Bercinta !!?



Betulkah Zoey tengah bercinta dengan Diana Amir.., persoalannya adakah mereka adalah pasangan kekasih? ataupun sekadar teman biasa.Ramai info yang Zoom baca di luar sana memberi seribu satu cerita mengenai kisah Zoey ni.Ada yang mengatakan beliau sedang bercinta, tetapi ada juga yang mempersoalkan kisah Zoey sebelum ini terkenal dengan aksi-aksi teman tapi mesra dengan kawan-kawan perempuan lain.Entah betul ke tak sebab ini pun hanya sekadar untuk berkongsi dengan anda.Jika salah silalah perbetulkan...!!! Apa-apa pun Jum Layan gambar Zoey dan Diana Amir ( Di bawah2 tu teman tapi mesra Zoey)



Baca Selanjutnya






Zoom: Macam gambar lama je...Jum Komen !!?

Januari 27, 2010

(Cerita Artis) Mila ingin berhenti berlakon kerana letih !!?


Walaupun baru mula berlakon, nampaknya artis comel ini sudah kenal erti letih sebagai penyanyi dan pelakon dalam masa yang sama.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin yang berpengalaman di pentas rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia lima (AF5), kini semakin yakin melangkah dalam dunia lakonan. Akan tetapi, Mila mengakui berlakon adalah lebih susah jika dibandingkan dengan bidang nyanyian.



Baca Selanjutnya

Lagu-lagu nyanyiannya yang kini hangat diputarkan di corong-corong radio membuatkan nama penyanyi ini semakin menjadi bualan peminat muzik tanah air.

Penyanyi yang berasal dari Pulau Mutiara ini yang baru sahaja selesai proses penggambaran filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie arahan Osman Ali menyuarakan hasratnya untuk berehat sementara waktu dalam bidang lakonan.


"Buat masa ni saya mahu tumpukan dalam bidang nyanyian dahulu. Lagipun album kedua akan menemui peminat pada pertengahan tahun ini,"
katanya selepas membuat persembahan di Suria FM Rancak Tour di Mydin MITC Melaka.

Apabila ditanya tawaran berlakon untuk filem dan drama, Mila mengakui masih lagi menerima tawaran, tetapi dia tekad untuk berehat sementara waktu dari dunia lakonan.