Februari 10, 2010

(Gossip) Komen Wardina, Artis Malaysia tidak layak bergelar Ikon !!


Memang berani artis yang sudah bergelar ibu ini, dengan komen yang bernas dan lantang beliau tampil mempersoal dan mengkritik satu persatu mengenai artis di Malaysia Khasnya.Mungkin ada hikmah atau pengertian yang beliau ingin berkongsi bersama masyarakat di luar sana.

Zoom tak tau nak cakap apa tetapi anda baca lah luahan komen artis yang akan memberi seminar kepada masyarakat mengenai "Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat" anda baca dan fahami apa yang Wardina ingin katakan...!!!




Baca Selanjutnya

Seperti yang ditegaskan oleh selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.

Ini kerana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi ikutan masyarakat, luah Wardina dengan nada sedih.

“Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Wardina akan memberikan seminar mengenai ‘Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat’ yang akan diadakan di KB Mall, Kelantan pada 14 Februari ini bersama selebriti TV9 Farah Adeeba dan novelis Ayat-Ayat Cinta Habiburrahman El- Shirazy.

Dalam ‘menghentam’ selebriti Malaysia, Wardina tidak menafikan ada di kalangan mereka yang bijak.

“Saya percaya artis pun ada yang bijak serta mempunyai skil body language yang baik.

“Sebilangan tu pandai tapi kalau tiada ilmu pun tak berguna juga... sebab itu jawab soalan seperti orang bodoh.

“Jadi, saya nasihat kepada mereka agar menjadi penyanyi yang berilmu dan berguna kepada masyarakat.

"Bukan setakat tampil cantik dan menunjukkan kemewahan mereka seperti selebriti Hollywood,” jelas pengacara Malaysia Hari Ini itu.

Wardina berkata, tidak salah sekiranya selebriti tempatan mahu menjadikan kreativiti yang ditonjolkan oleh Hollywood.

“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini.

"Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri-sendiri,” ujarnya lagi.

Lantaran daripada itu, ibu kepada tiga orang anak ini meluahkan rasa kecewanya apabila cerita sensasi lebih dipentingkan sehingga menyebabkan dia tidak berpeluang untuk memberikan sesuatu yang berguna dan baik kepada masyarakat.

“Saya kasihan kepada industri apabila cerita sensasi lebih diangkat. Biarlah orang kata kenyataan saya ini pedas dan mencetuskan kontroversi.

“Saya nak semua orang berfikir untuk perbaiki diri dan banyak membaca. Cantik itu akan hilang tetapi ilmu akan kekal. Popular itu ‘ok’ tapi akan hilang juga.

“Saya tak nak orang hormat saya sebab popular dan seksi tetapi siapa diri saya. Saya sentiasa mahu belajar kerana inginkan hidup yang lebih bermakna.