Julai 23, 2012
Nurul Wahab Ajar Eric Puasa Dan Solat Tarawih
Nurul yang sudah menjanda selama lima tahun dan telah pun bernikah dengan Eric Daniel Depp baru-baru ini, dia mahu mengajar suaminya itu untuk berpuasa sepanjang Ramadhan ini.
Bagi Nurul, kehadiran Ramadhan kali ini begitu bermakna buat dirinya dengan ditemani Eric di sisinya.
“Sambutan Ramadan ini amat bermakna buat saya kerana dapat semula menjalankan ibadah puasa bersama suami, Eric, selepas kembali hidup solo selama lima tahun.
“Saya akan mengajar Eric berpuasa dan rasanya tak susah kerana dia tahu apa itu puasa,” kata Nurul yang dipetik dari ruangan Rap akhbar Harian Metro, semalam.
Mengetahui tanggungjawab sebagai Muslim untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T di bulan puasa ini, Nurul tidak akan ke mana-mana memandangkan ingin memberi sepenuh perhatian untuk beribadah.
Jun 26, 2012
Zoom Artis : Nurul Wahab Tidak Jahil Ajar Suami Tentang Islam
"Jangan ingat luaran saya berimej moden dan saya tidak tahu apa-apa tentang agama yang dianuti. Saya tidak perlu menunjuk atau membuktikan kepada sesiapa kerana ia adalah di antara saya dan Allah sahaja yang mengetahui."Lagipun, untuk membimbing seorang mualaf mengenali Islam bukannya boleh dibuat dalam masa sehari. Nabi Muhammad S.A.W pun mengambil masa lama untuk menyebarkan agamanya," katanya yang ditemui pada pelancaran duta produk kecantikan Skinz Infinate di Flora Terrace, di sini, petang Isnin.
Nurul diminta mengulas kononnya dia gagal membimbing suaminya yang baru memeluk Islam untuk menjadi seorang Muslim yang mengamalkan ilmu-ilmu agama itu.
Mei 30, 2012
Gossip : Gambar Bakal Suami Nurul Wahab, Eric Daniel Depp Jejaka Perancis
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
Ogos 16, 2011
Gossip Gambar Seksi Nurul Dalam Iklan Salam Aidilfitri
Malas nak komen panjang-panjang....anda yang pandai menilai dan melihat..Sila laaaa KOMEN !!!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
November 13, 2010
April 09, 2010
Inikah kekasih Nurul Ajai semasa ABPBH 2009 ?
Kami mula mengenali sejak beberapa bulan yang lalu melalui perkenalan dari kawan-kawan. Sekarang kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia juga lelaki paling istimewa dalam hidup Nurul sekarang. Kami ‘sama kepala’. Dia suka buat lawak dan buat Nurul ketawa. Nurul sangat selesa bila bersamanya.” kata Nurul.
Ryzal bukan seorang duda ataupun suami orang. Dia masih ‘solo’ lagi. Ini merupakan kali pertama Nurul membawa pasangannya itu keluar menghadiri majlis-majlis sebegini. Nurul turut mengakui, Ryzal adalah lelaki yang bertakhta dalam hidupnya kini. -Gua
Februari 03, 2010
(Gossip) Dayang nafi dialah punca Nurul tidak disambung kontrak
Dayang Nurfaizah, 28, menafikan sekeras-kerasnya beliau menjadi punca kontrak Nurul Huda Abdul Wahap, 31, bersama Metadome Sdn Bhd tidak disambung.
Baca Selanjutnya
Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty menjelaskan beliau bukanlah menggantikan tempat Nurul sepertimana yang digembar gemburkan, sebaliknya beliau hanya bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk 2 buah single sahaja.
"Nurul sebelum ini artis naungan Metadome, tetapi saya hanya bekerjasama dengan Metadome hanya untuk 2 buah single terbaru saya, iaitu Sayang dan Kutemu Cahaya. Dalam perjanjian bersama Metadome juga, syarikat itu hanya bertanggungjawab untuk memasarkan kedua-dua single tersebut.
"Macam manalah boleh ada gosip yang kata saya caras Nurul. Perkara itu langsung tidak berasas,"Jelas Dayang
Zoom: Siapalah yang suka menabur fitnah ni...sama-sama kita tunggu "Statement" dari Nurul pula..!!! APa kata anda !?
Januari 05, 2010
(Gossip) Baju Seksi Umie Aida dan Nurul di Kenduri Serina !!!!!
Baca Selanjutnya
Disember 03, 2009
(Gossip)Nurul Kahwin Bulan Disember 2009 !!!!
Dulu cinta Nurul dengan anak seorang usahawan wanita pernah tergendala gara-gara tidak mendapat restu dan sekarang pula timbul lagi gosip Nurul bercinta dengan seorang VIP bukan Melayu.
Baca Selanjutnya
Kalau anda menjadi rakan Nurul Di Facebook,ada satu mesej yang mengatakan beliau akan membuat pengumuman.Tidak dapat dipastikan pengumuman apa yang bakal dibuat oleh Nurul, mungkinkah pemgumuman beliau akan berkahwin ? sama-samalah kita tunggu dan lihat perjalanan hidup insan bernama Nurul Abdul Wahab ini...
September 13, 2009
(Gossip) Anak Nurul Tak Nak Mat Salleh !!!

"Saya memang nak kahwin lagi tapi tak ada yang datang meminang," ujar Nurul bersenda.
Walaupun telah menjanda lebih tiga tahun, namun belum ada jejaka yang berjaya mengetuk pintu hati insan bernama Nurul Huda Abd Wahab . Biarpun bekas suaminya, Ajai telahpun menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan, namun Nurul menjelaskan, dirinya lebih selesa bersendirian buat masa ini.
"Anak Nurul bagi syarat kalau nak kahwin lagi jangan pilih Mat Salleh sebab dia takut Nurul hilang di bawa suami ke luar negara. Tapi kebanyakan yang hendak rapat dengan Nurul sekarang datang daripada kalangan bangsa asing. Mungkin mereka tak berani nak dekati Nurul sebab nampak Nurul ni macam sombong.
"Jika ikutkan niat di hati memang Nurul ingin berhijrah ke luar negara tapi tunggulah hingga anak habiskan sekolah di sini dulu. Sedangkan nak pergi bercuti beberapa hari pun Nurul rasa janggal sangat sebab asyik fikirkan kerja.
"Sebelum ini Nurul pernah mempunyai keluarga, namun selepas semuanya terbantut di separuh jalan, Nurul akui terasa sunyi, hidup jadi tidak lengkap tanpa suami," akui Nurul jujur.
Walaupun menjalankan ibadah puasa, namun Nurul kini sibuk mempromosikan album terbarunya yang memuatkan single berjudul Tika Cinta dan Kala Hati.
"Nurul anggap kerja ini sebagai satu ibadah. Nurul menyanyi untuk membuatkan insan lain happy," ujarnya ringkas.
Aidilfitri pada tahun ini pastinya amat bermakna kerana Nurul akan menyambutnya di rumah baru.
"Raya tahun ini akan disambut sederhana kerana banyak telah dilaburkan untuk ubahsuai rumah baru Nurul di Damansara. Namun Ayu Nazirah akan beraya bersama atuknya di Johor. Nurul pula akan pulang ke Pulau Pinang untuk menziarahi pusara ayah dan ibu," tambahnya lagi.
Info: Mangga
Zoom Komen: Kahwin La Nurul, Kurang sikit mulut2 laser kat luar tue kalau dah kahwin sebab nurul ni artis tak la macam beribu2 mak Jans kat luar tue..nak kuar dengan saper pun orang tak peduli..Biasa la mulut orang..Zoom pun tak suka kalau artis2 atau saper2 jer wanita2 kat malaysia ni kahwin Mat Salleh..Kalau Tengok statistic Artis yang kahwin mat salleh 50 % atau lebih semuanya bercerai..Kesian kat anak2..!! contoh macam Kak Mah ( Sarimah)..Apa PAndangan U alls Mengenai kahwin dengan Mat Salleh ni ?
Julai 22, 2009
(Gossip) Nurul Berkasih Dengan Mat Salleh !!!

Wanita berusia 31 tahun ini turut menafikan desas-desus kononnya dia pernah dilihat sedang menjamu selera dalam keadaan penuh romantis bersama seorang jejaka Inggeris di London tidak lama dulu.
"Saya tidak pernah ke London untuk bertemu dengan jejaka yang didakwa. Rasanya orang yang nampak saya itu tersilap pandang agaknya," katanya sambil ketawa.
Apabila ditanya soal hati, Nurul mula tersenyum dan tersipu malu. Meskipun mahu menyembunyikan cinta yang mula bersarang di hati tetapi dek asakan daripada pihak media, akhirnya Nurul mengalah.
Namun, Nurul dengan penuh tertib dan sopan menegaskan lelaki istimewa itu bukan seorang yang berpangkat atau bergelar Datuk mahupun Tan Sri, sebaliknya hanya orang biasa sahaja.
"Apa yang boleh saya katakan setakat ini, memang saya dalam proses berkenalan dengan seseorang dan dia orang biasa. Doakan yang terbaik buat saya," ujarnya.
Zoom Comment: Kalau Lelaki Inggeris Pun apa salah nyer,Tapi Produk Dari Malaysia Pun boleh tahan :) Bro Ajai Pun Nak Kahwin, Sis Nurul PUn nak la jugak :) hehehehehe kita dilahirkan memerlukan seseorang teman ..Betul tak u alls
Julai 10, 2009
(Celebrity News) Nurul Kembali !!!!


Nurul muncul dengan album mini yang memuatkan lagu-lagu Tika Cinta, Jadikan Aku Bintang, Kala Hati, Sepenuh Jiwa, Tertutup Hati. Singlenya berjudul Tangis Syukur juga turut dimuatkan.
Tahniah Nurul Selamat Kembali ke dunia seni tanah Air..Lupakan Yang Lama..Dan mulakan hidup baru...Tapi Keseksian tu kurangkan la sikit tak baik kita kan umatnya...Apa PAndangan korang >\?
Julai 09, 2009
(Gossip) Nurul sedang diulit cinta dengan pemuda misteri !



Walaupun sibuk mempromosikan albumnya yang sarat dengan lagu romantis, Nurul seboleh-bolehnya tidak ingin menjaja kisah percintaannya yang sebenar kepada orang ramai.
Ketika diasak bertubi-tubi oleh pertanyaan wartawan, Nurul secara berseloroh menggaru-garu kepalanya seolah-olah 'menyerah kalah'.
"Saya tidak ingin menghebohkan perkara ini kerana bimbang ini menakutkan si dia," kata pelakon drama E.Toyol ini.
"Dia bukan dari luar negara.... dan saya tidak dapat mendedahkan tempoh perhubungan antara kami," akuinya Nurul yang turut mengeluarkan album Nurul (1995), Ikhlasnya Cinta Ku (1996), Kini Dan Selamanya(1998), Cita Dan Cinta (2000).
Zoom Comment : Bagus la...Yang Pompoan dengan Lelaki Misteri...dan yang bekas pulak dengan si Ayu al...Alahai Heboh2 bekas dengan awek seksi giler...yang Ini Pulak Makin sexy...Tak per laa dah keseorangan cari jer Pasangan Masing..
Mei 21, 2009
Celebrities News : Nurul Bekas Isteri Ajai Berlakon ??

Nurul.. Kenapa? Siapa? & Bagaimana
Bekas isteri komposer Ajai ini terus meniti perjalanan sebagai anak seni tanpa berasa bosan atau pedih walaupun ada yang melukakannya di sini. Kini, Nurul terus memahat nama bukan untuk terus menjadi penyanyi dan terbaru sekali, dia kembali berlakon.
Suatu masa dulu, di awal permulaan mencipta nama sebagai penyanyi, dia berlakon sebuah filem diberi judul Sate. Setelah sekian lama tak berlakon, akhirnya bersama-sama Suhan Movies, Nurul bersetuju untuk berlakon sebagai setiausaha yang memendam rasa. Drama bersiri itu akan ke udara di Astro Ria tidak lama lagi. Albumnya pula hanya menunggu tarikh sesuai untuk dilancarkan. Ia terbitan syarikatnya sendiri, NHW Production dan Universal Music dijangka mengedarkannya.









