"Saya memang nak kahwin lagi tapi tak ada yang datang meminang," ujar Nurul bersenda.
Walaupun telah menjanda lebih tiga tahun, namun belum ada jejaka yang berjaya mengetuk pintu hati insan bernama Nurul Huda Abd Wahab . Biarpun bekas suaminya, Ajai telahpun menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan, namun Nurul menjelaskan, dirinya lebih selesa bersendirian buat masa ini.
"Anak Nurul bagi syarat kalau nak kahwin lagi jangan pilih Mat Salleh sebab dia takut Nurul hilang di bawa suami ke luar negara. Tapi kebanyakan yang hendak rapat dengan Nurul sekarang datang daripada kalangan bangsa asing. Mungkin mereka tak berani nak dekati Nurul sebab nampak Nurul ni macam sombong.
"Jika ikutkan niat di hati memang Nurul ingin berhijrah ke luar negara tapi tunggulah hingga anak habiskan sekolah di sini dulu. Sedangkan nak pergi bercuti beberapa hari pun Nurul rasa janggal sangat sebab asyik fikirkan kerja.
"Sebelum ini Nurul pernah mempunyai keluarga, namun selepas semuanya terbantut di separuh jalan, Nurul akui terasa sunyi, hidup jadi tidak lengkap tanpa suami," akui Nurul jujur.
Walaupun menjalankan ibadah puasa, namun Nurul kini sibuk mempromosikan album terbarunya yang memuatkan single berjudul Tika Cinta dan Kala Hati.
"Nurul anggap kerja ini sebagai satu ibadah. Nurul menyanyi untuk membuatkan insan lain happy," ujarnya ringkas.
Aidilfitri pada tahun ini pastinya amat bermakna kerana Nurul akan menyambutnya di rumah baru.
"Raya tahun ini akan disambut sederhana kerana banyak telah dilaburkan untuk ubahsuai rumah baru Nurul di Damansara. Namun Ayu Nazirah akan beraya bersama atuknya di Johor. Nurul pula akan pulang ke Pulau Pinang untuk menziarahi pusara ayah dan ibu," tambahnya lagi.
Info: Mangga
Zoom Komen: Kahwin La Nurul, Kurang sikit mulut2 laser kat luar tue kalau dah kahwin sebab nurul ni artis tak la macam beribu2 mak Jans kat luar tue..nak kuar dengan saper pun orang tak peduli..Biasa la mulut orang..Zoom pun tak suka kalau artis2 atau saper2 jer wanita2 kat malaysia ni kahwin Mat Salleh..Kalau Tengok statistic Artis yang kahwin mat salleh 50 % atau lebih semuanya bercerai..Kesian kat anak2..!! contoh macam Kak Mah ( Sarimah)..Apa PAndangan U alls Mengenai kahwin dengan Mat Salleh ni ?