September 13, 2009
(Celebrity News) Lisdawati dan Fauzi Nawawi Bakal Menimang ANak Ke-2
Kebahagiaan terpancar di riak wajah pelakon Lisdawati. Bakal menimang cahaya mata kedua pada bulan November kelak, ibu muda ini sudah berhenti seketika daripada menjalani sebarang penggambaran. Maka katanya, tidak ada cerita baru tentangnya kini. Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi bernikah pada 9 September 2007 dan sejak itu menyimpul dan membina kebahagiaan walaupun dilanda pelbagai kontroversi.
Juara Sehati Berdansa musim kedua ini dilihat begitu senang menjaga anaknya, Nur Aini Farhana sewaktu program Berbuka Puasa Megadrama Astro. Sekali-sekala dia memanggil-manggil anaknya yang senang menyapa anak-anak yatim yang hadir ke majlis berbuka puasa tersebut.