September 13, 2009

(Celebrity News)Noraniza Idris Beraya Sorang Diri !!!

Kesian kat noraniza idris kita ni,raya tahun ni raya kat KL jer,anak-anak pulak beraya dengan bekas suami di kampung.sementara itu akak kita ni sibuk dengan program di KL.

Berikut Artikel Akak Ani Hari Ini..:

"Saya mengalah untuk anak-anak, mereka akan beraya bersama keluarga Fareez kerana di sana mereka akan mempunyai kawan, keluarga Fareez ramai.

"Kalau saya bawa mereka balik ke kampung saya, nanti mereka bosan pula sebab tiada kawan di sana...

"Tetapi saya tetap percaya, bagaimanapun anak-anak tetap akan mencari ibu mereka kalau ada masalah dan biasanya saya akan bantu dengan apa yang patut seperti salurkan duit," katanya.

Kak Ani juga mengatakan dia sudah biasa beraya seorang diri dan lebih rela tidak pulang ke kampung kerana ianya akan membuatkan penyanyi ini lebih bersedih.

"Saya dah biasa beraya sendiri, kalau balik kampung lagi sedih, sebab adik beradik yang lain ada anak-anak... tetapi saya hanya beraya di kampung seorang diri.

"Lagipun saya kerja sendiri, jadi tak boleh nak cuti, kemana sahaja saya pergi, saya akan bawa laptop dan siapkan kerja saya.

"Keluarga saya pun dah faham... mereka tak paksa saya untuk balik kampung, mereka cuma akan 'call' dan tanya sama ada saya balik kampung atau tidak.

"Lagipun saya tak suka bila saya balik mereka akan buat persiapan macam-macam, buat makan-makan... saya tak nak susahkan mereka, biar saya sendiri di sini tak apa." kata Kak Ani.

Ditanya mengenai kehidupan dan perkembangan Kak ani sekarang, dia sangat bersyukur kerana segala onak dan duri yang berlaku dalam kehidupan telah mengajarnya untuk hidup berdikari dan lebih memahami erti kehidupan.

"Alhamdulillah saya kini dah boleh berdikari walaupun baru saja mengenali erti kehidupan yang sebenar... Masih terlalu awal untuk berdikari sendiri, tapi saya banyak belajar dari pengalaman setelah 4 tahun bercerai dan ini yang mematangkan saya.

Kak ani juga tidak mengelak bila diajukan soalan mengenai pasangan hidup, pada Kak Ani tidak mustahil untuk dirinya mencari teman hidup baru.

"Sebagai manusia kita memang inginkan teman, mahukan seseorang yang mengambil berat dan menyokong kita dari belakang... tapi sekarang ini mungkin masih belum sampai waktunya.

"Buat masa sekarang saya lebih tumpukan pada kerja saya di Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIVP) dan masih lagi meneropong seseorang yang sesuai," jelas ibu kepada Mohammad Aliff Haiqal, 20, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 16, sambil ketawa.

Carilah seseorang kak Ani...Ada juga teman dalam kesunyian.!!!! tue pandangan ikhlas zoom jer.!! Apa Pandangan u alls !!!