September 13, 2009

(Celebrity News) Reza AF


PENYAMPAI radio Era, Syaiful Reza Mohamed, 31, atau Reza kini meningkat popularitinya dalam bidang pengacaraan berbanding nyanyian yang telah lama diceburinya sebelum menyertai Akademi Fantasia lagi.

Reza nak bertukar angin la pulak...Yerlah sebelum ni beria bonarrrr nak jadi penyanyi last2 jadi pengacara program pulak...nak buat macam mana,Juara pun sonyappp apo lagi den setakat suam-suam susu je kalau nak go like Juara2 AF..Ok alls, zoom sertakan artikel Dalam Paper Hari ni mengenai perjuangan anak muda ini yang ingin beralih arah ke utara bukan ke barat :P seperti yang diidam2kan nyaa..

"Ikutkan saya memang nak menyanyi semula, saya teringin sangat... tetapi sehingga kini saya masih belum mendapat peluang tersebut.

"Kalau saya dapat menyanyi semula, mungkin saya tidak akan hasilkan sebuah album, mungkin hanya 'single' sahaja.

"Sekarang mungkin masa belum mengizinkan lagi... saya pun nak cari masa yang sesuai dulu, kalau boleh bila dah keluar 'single' nanti ianya akan diterima ramai dan dimainkan di semua stesen radio, saya tak nak lagu tu dimainkan kat radio Era je, sebab penyanyinya kerja kat Era," kata selebriti kelahiran Sibu, Sarawak ini.

Ditanya sama ada Reza sudah merasa puas dengan penglibatannya di dalam industri hiburan, Reza mengatakan dia tidak pernah puas sehingga kini kerana di dalam industri hiburan erti kepuasan tersebut begitu luas.

"Saya tidak akan pernah puas kerana bagi saya dalam industri hiburan erti kepuasan itu begitu meluas kerana banyak cabangnya.

"Sekarang saya bersyukur dengan pencapaian saya sebagai penyampai radio dan pengacara. Tiap-tiap hari saya akan perbaiki prestasi dan diri saya agar menjadi lebih baik," kata Reza yang juga merupakan pengacara bagi rancangan Kelab Pop dan Pilih Kasih.

Umurnya juga sudah mencecah 31 tahun, sempat ditanyakan kepada Reza sama ada dia sudah memiliki teman wanita atau bersedia untuk berkahwin.

"Saya belum bersedia lagi... saya ingin lebihkan kepada karier saya dulu dan bagi abang saya kahwin dulu.

"Buat masa inipun saya masih beum terfikir pasal cinta dan kahwin, kalau ada jodoh, kahwin lah saya nanti...

"Bukan sebab saya ni terlalu 'demand' dan memilih, memilih tu perlu, tapi berpada... kalau saya dah jumpa calon nanti pun, saya nak dia seorang yang pandai mengambil hati mak dan ayah saya, itu yang paling utama.

"Selain itu dia juga mesti pandai memasak dan pandai mengaji," katanya.