Inilah salah satu adegan dalam Filem Andartu lakonan Haliza Misbun,Memang Sah Cerita ni sexy dan hot..Jangan jadi konterversi dah...Zoom tengok gambar ni pun dah sure cerita ini menampilkan Asset seorang insan yang bernama wanita...
Malas Nak komen banyak-banyak sebab zoom puasa lagie...Kepada ibu2 yang tak puasa tu komen la apa yang patut...Kat bawah ni zoom ada upload artikel cerita Haliza misbun yang sexy ini...
DIGELAR anak dara tua atau istilah popularnya, andartu, bukanlah satu masalah besar buat diri aktres dan produser ini. Ujar Haliza Misbun, asalkan dia bahagia menjalani kehidupan hariannya, dia tidak kisah dilabel sedemikian.
Dalam nada ceria, wanita berusia 36 tahun ini akui, memang ramai yang bertanya sama ada dia takut atau tidak digelar andartu. Namun, Haliza memang cukup positif tentang perkara itu.
"Saya tidak suka memikirkan sangat tentang hal itu. Yang penting, saya bahagia dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan.
"Lagipun, saya tidak terfikir lagi ke arah itu (perkahwinan)," ujarnya, ringkas tatkala berbual tentang filem sulung terbitannya Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami di majlis pelancarannya baru-baru ini, yang diakui Haliza memang filem itu sedikit-sebanyak berkisarkan tentang dirinya sendiri.
Ujar anak kedua daripada enam beradik ini, bertitik tolak dari kisah dirinya yang masih membujang sehingga kinilah, dia akhirnya tampil dengan jalan cerita untuk filem tersebut sambil dibantu oleh penulis skrip, Sofia J.Rhyland.
Namun, ia bukan 100 peratus tentang dirinya, sebaliknya ada yang direka untuk dilihat lebih menarik.
Filem yang menelan belanja kira-kira RM1.1 juta ini dibintangi oleh Haliza sendiri sebagai Nikki, Ari Wibowo, Awie, Azhar Sulaiman, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Abby Abadi, Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Talib, Fara Fauzana dan ramai lagi.
Turut membuat penampilan istimewa ialah Datuk Rahim Razali dan Erra Fazira.
Terus menyusuri pengalamannya menghasilkan filem terbitan syarikat miliknya sendiri, Big Productions Sdn Bhd, kata Haliza, dia amat berpuas hati dengan pembikinannya yang kini sedang di dalam proses suntingan.
"Saya gembira dengan komitmen daripada semua yang terlibat dan saya optimis sambutan terhadap filem ini kelak memberangsangkan. Saya berharap, ia mampu memungut kutipan antara RM3 juta hingga RM5 juta.