Memaparkan catatan dengan label Umie Aida. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umie Aida. Papar semua catatan

Januari 15, 2011

Lagi Gambar Rebecca Nur Islam Kahwin


Gambar bersama teman rapat akak Umie Aida yang Sporting... :)

Kalau ada masa nanti ZoOM akan cuba search di Google dan Yahoo untuk dikongi bersama dengan pembaca di ZoOmartis. Sehingga 19.40 ZOom hanya dapat berkongsi gambar-gambar ini untuk tatapan anda..

Gambar Suami Semasa akad nikah ...

Januari 03, 2011

Wajah Baru Umie Aida di Majalah GLAM

Wahhh nampak makin comel dan cantik Makcik Umie Aida kita ni, ZoOm suka sangat-sangat dekat Makcik Umie Aida ( Gelaran kawan-kawan ) sebab ZoOm pernah duduk semeja dengan Akak Umie Aida dengan rakan-rakan dekat tuttiii Fruityyy :) semasa nak beli something dengan ZoOm. Baik memang baik dan tidak lokek melemparkan senyuman dan gurauan dengan anak dan isteri ZoOM.


Nak juga upload gambar akak Erra Fazira :) ...


Lagi Gambar di bawah :

September 19, 2010

Sinopsis Drama Air Mata Nur Salina Lakonan Remy Ishak & Umie Aida


Air Mata Nur Salina – Raya Kesembilan, 19 September, 10.00malam
Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand. 

Jun 20, 2010

Datin Paduka Umie Aida Sedih Tak Dapat Derma Darah !!

Niat dihati ingin menderma darah untuk insan lain yang sangat-sangat memerlukan derma daripada masyarakat, namun kerana keadaan dan kecemasan yang perlu beliau utamakan menyebabkan Datin Paduka Umie Aida terpaksa membatalkan niat menderma darah sempena Hari Derma Darah Sedunia 2010.


Menurut Umie Aida beliau terpaksa pergi ke Hospital kerana bapa mertua dikejarkan ke hospital kerana sakit usus.


Setiap kejadian pasti ada hikmahnya, samalah apa yang terjadi dengan Datin Umie Aida kita ni, nampak makin cantik pula selepas mendirikan rumahtangga.

Mac 14, 2010

Umie Aida Selamat dinikahkan dengan Datuk K !!

Alhamdulillah akhirnya Umie dan Datuk K selamat di Nikah kan di tanah suci, semoga perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat.Apatah lagi pernikahan berlangsung di sebuah tempat indah dan suci, Zoom hanya ada gambar ni, kalau anda mempunyai koleksi lain silalah berkongsi dengan pembaca di Zoomartis..

Mac 10, 2010

Tarikh Pernikahan 14 Mac Sempena Hari Lahir Erma Fatimah

Akhirnya tarik perkahwinan Umie Aida telah diumumkan semalam yakni pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah, menariknya tarik 14 Mac adalah tarikh lahir kakak Umie Aida, Erma Fatimah.

Beliau yang bernikah dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan memberitahu majlis tersebut akan berlangsung di masjidil Haram dengan dihariri oleh 20 orang saudara dan rakan terdekat.

Rombongan beliau akan berlepas ke Mekah pada 11 Mac..Semoga hari bahagia akan indah sehingga selama-lamanya..

Apa kata anda ?

Mac 07, 2010

(Gossip) Umie Aida kena saman kerana pandu kereta Porsche

Semenjak kisah sensai pelakon Umie Aida dan Datuk K yang ingin melangsungkan perkahwinannya beliau jarang sekali hadir di kaca TV.Mungkin kerana dek sibuk dengan persiapan perkahwinan beliau, tetapi dalam diam-diam ada juga gossip terbaru yang Zoom baca mengenai kisah beliau di saman polis traffik.Kesalahan tidak dapat dipastikan kerana tulisan kabur, mungkin kerana terlalu laju kot maklumlah kereta yang dibawa Porsche.Boleh tahan juga Umie Aida dah bawa Porsche...

Februari 06, 2010

(Cerita Artis) Majlis pernikahan Umie Aida di luar Negara !!

Ini berita yang Zoom dapat daripada laman sesawang dan akhbar Online hari ini, pernikahan Umie Aida dengan tunangnya yang juga ahlli perniagaan berjaya akan di langsungkan di Luar Negara.Ada ura-ura mengatakan pernikahan mereka berlangsung di Mekah.Ikuti cerita mengenai pernikahan umie dan tunangnya di bawah....!!!



Baca Selanjutnya

Setakat ini, Umie belum mengetahui bilakah tarikh dan waktu majlis berinai itu akan diadakan tetapi tempatnya telah ditetapkan di lokasi pertunangan mereka di I-Zen, Mont Kiara 1 - kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak. Bercerita mengenai majlis berinai Umie, dia berkata majlis yang akan mendapat sentuhan pereka terkenal Kem Salleh dengan warna tema hitam dan putih.


“Malam berinai itu diadakan atas permintaan ibu saya, Asmah Mohd Ali. Sebelum ini saya tak pernah terfikir pun untuk mengadakan majlis ini. Apabila fikir balik, bagus juga saya melakukan majlis ini untuk meraikan kawan-kawan rapat dan media yang tidak dapat menghadiri majlis nikah kami nanti. Majlis itu akan berlangsung mengikut adat Melayu dan dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga sebelah pihak perempuan. Jadi bakal suami saya mungkin tidak akan hadir dalam majlis itu,”
ceritanya.

Setelah bernikah nanti, Umie berkata sebuah majlis resepsi perkahwinan bagi kedua-dua pihak pengantin akan dilangsungkan di Kuala Lumpur. Untuk majlis pernikahan dan resepsi nanti, Umie akan menggunakan khidmat pereka tersohor Jovian Mandagie. Tema resepsi perkahwinan pilihan Umie adalah tradisional moden. Semestinya majlis perkahwinan Umie tidak mewah dengan tajaan dan seperti kata Umie: “Semuanya dibuat sendiri.”


Februari 02, 2010

(Gambar) Artis sambut Besday Umie Aida !!!

Pada 16 hb sebelum ini sambutan hari lahir pelakon terkenal Umie Aida, 37,telah diadakan di sebuah hotel terkemuka. Majlis penuh kejutan itu dirancang oleh beberapa rakan rapat Umie antaranya Erra Fazira dan Zahida Rafik.Walaupun majlis berlangsung ringkas namun kemeriahan dapat dirasai.Dibawah adalah diantara artis-artis yang datang...!!!



Baca Selanjutnya





Zoom: Ada juga artis Sexy masa tu, apa kata anda ?

Januari 05, 2010

(Gossip) Baju Seksi Umie Aida dan Nurul di Kenduri Serina !!!!!


Ini gossip terbaru yang Zoom baca pagi-pagi ini, sekadar ingin berkongsi dengan anda apa yang berlaku dalam industri seni tanah air kita. 1001 cerita yang sering kita dengar kebanyakannya datang dari artis wanita, salah satu gossip yang dering di persoalkan adalah cara pemakaian mereka. Tidak terlepas pandang bekas isteri Ajai dan Umie Aida ketika menghadiri perkahwinan anak Chef Wan, Serina. Apa kata anda mengenai gossip ini ?



Baca Selanjutnya


September 30, 2009

(Gambar) Umi - Dato K Nikah Awal Januari !!!!







AKTRES ini pernah rasa serik untuk menerima cinta daripada lelaki gara-gara sering kecewa di dalam setiap hubungan yang dijalinkan sebelum ini. Namun, perkenalannya dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda anak dua kira-kira lima bulan lalu nyata telah mengubah pendiriannya itu.

Sejujurnya, Umie Aida tidak menyangka hatinya terbuka juga akhirnya untuk menerima cinta yang diberikan oleh Datuk Khairuddin Abu Hassan, 47, dan setelah majlis merisik dibuat pada 17 Mei lalu, pasangan kekasih ini sepakat untuk meneruskan ikatan hubungan mereka dengan tali pertunangan.

Anggun dengan persalinan rekaan Bill Keith, aktres berusia 36 tahun ini akhirnya sah bergelar tunangan kepada Khairuddin yang dipanggil 'Abang' oleh Umie pada majlis pertunangan mereka yang berlangsung malam tadi di I-Zen, Mont Kiara 1 - kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak.

Pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan terdekat dan pihak media itu, Umie menerima tiga barangan hantaran termasuk set barangan kemas berjenama Chopard seperti cincin, subang dan rantai, tepak sirih dan patchi coklat serta dibalas lima barangan seperti kurma bateel, buah strawberry dan bunga rampai.

Turut hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna biru dan putih itu adalah selebriti-selebriti tanahair antaranya dua rakan baik Umie iaitu Erra Fazira dan Zahida Rafiq, Noryn Aziz, Lisa Surihani, Nora Danish, Nasha Aziz, Deja Moss, Linda Onn, Betty Banafe, Iqram Dinzly, Ako Mustapha, Chef Wan, Rebecca Nur Al-Islam, Sofea Jane, Jasmin Hamid dan Sharifah Shahora.

Zoom KOmen : Semoga Berbahagia !!!!

September 26, 2009

(Celebrity News) Umie-Datuk K bertunang Selasa depan!!


SETELAH kisah percintaannya dengan seorang tokoh perniagaantersebar agak lama, akhirnya aktres jelita, Umie Aida dan kekasihnya,Datuk Khairuddin yang turut digelar Datuk K itu memilih tarikh 29September ini untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka.
"Majlis pertunangan kami akan berlangsung pada 29 September ini,pukul 8 malam di I-Zen Mont Kiara 1," kata Umie menerusi satu khidmatpesanan ringkas (SMS), hari ini.
Sebelum ini, media asyik berteka-teki tentang tarikh pertunanganpasangan ini. Setiap kali ditanya, Umie hanya menjawab : "Tengah dalamproses persiapan".
Namun, kisah tentang tarikh pertunangan mereka terus diperkatakandan Umie sendiri ketika itu tidak menolak ramalan ramai kemungkinanakan melangsungkan majlis pertunangannya selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Saya benar-benar tidak tahu. Apa yang pasti saya akan memaklumkan kepada media apabila sampai masanya," kata Umie.
Meskipun masih berahsia tentang majlis tersebut ketika itu, Umiebagaimanapun sempat menyuarakan impiannya untuk mengadakan majlispertunangan dengan lelaki yang mesra dipanggil 'Abang K' olehnyaitusecara sederhana.

Zoom Komen: Alhamdulillah...Kahwin lah cepat2..!!

September 15, 2009

(Gosip) Umie Aida Beraya Di Rumah Kekasihnya Dato "K"


SAMBUTAN Hari Raya tahun ini agak istimewa buat aktres jelita, Umie Aida kerana beliau akan menyambut Hari Raya di rumah kekasihnya, Datuk K di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada hari kedua lebaran.

Menurut Umie, dia akan membawa bersama dua anak angkatnya, iaitu Mohd Daniel Firdaus, 16, serta Mohd Zulhilmy, 15 serta adiknya.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan berhari raya di rumahnya (Datuk K). Ahli-ahli keluarganya baik-baik belaka.

"Sudah beberapa kali mereka ajak saya pergi tapi tak dapat pergi.. Jadi pada Hari Raya ini, saya akan pergi ke situ berhari raya," kata Umie sambil tersenyum manis

Romantik Juga si Dato "K" ni,,asal nama Dato K jer sure romantik..Kalau Dato "z" rasa2 macam mana erk...Sure Nak Cepat Habis jer.. !!!