September 26, 2009

(Celebrity News) Umie-Datuk K bertunang Selasa depan!!


SETELAH kisah percintaannya dengan seorang tokoh perniagaantersebar agak lama, akhirnya aktres jelita, Umie Aida dan kekasihnya,Datuk Khairuddin yang turut digelar Datuk K itu memilih tarikh 29September ini untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka.
"Majlis pertunangan kami akan berlangsung pada 29 September ini,pukul 8 malam di I-Zen Mont Kiara 1," kata Umie menerusi satu khidmatpesanan ringkas (SMS), hari ini.
Sebelum ini, media asyik berteka-teki tentang tarikh pertunanganpasangan ini. Setiap kali ditanya, Umie hanya menjawab : "Tengah dalamproses persiapan".
Namun, kisah tentang tarikh pertunangan mereka terus diperkatakandan Umie sendiri ketika itu tidak menolak ramalan ramai kemungkinanakan melangsungkan majlis pertunangannya selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Saya benar-benar tidak tahu. Apa yang pasti saya akan memaklumkan kepada media apabila sampai masanya," kata Umie.
Meskipun masih berahsia tentang majlis tersebut ketika itu, Umiebagaimanapun sempat menyuarakan impiannya untuk mengadakan majlispertunangan dengan lelaki yang mesra dipanggil 'Abang K' olehnyaitusecara sederhana.

Zoom Komen: Alhamdulillah...Kahwin lah cepat2..!!