Memaparkan catatan dengan label artis bertunang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis bertunang. Papar semua catatan

Mac 28, 2012

Terkini : Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan



Majlis Pertunangan pelakon dan penyanyi , Liyana Jasmay (LJ), 24, dengan jejaka pilihannya, Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran LJ yang ke 24 tahun.

Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Liyana Jasmay mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading pada majlis pertunangannya itu. Pakaian bertunangannya itu dianggarkan berharga RM10,000, direka oleh Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris menggunakan fabrik ‘Valentino Lace’.

Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari

Mac 20, 2012

Akma AF3 Bakal Bertunang Dengan Pegawai Eksekutif Petronas

Akma AF3 mungkin bernasib baik kerana mempunyai bakal tunang yang berkerja di Petronas, dan sudah pasti ramai diantara anda sudah mengetahui berapa gaji dan bonus Farih, bakal tunang Akma ni.

Menurut info Murai Akma dan Farih Hamshi sudah menjalinkan hubungan dalam masa 5 tahun, dan hubungan itu kekal sehingga hari ini yang hanya menanti hari bahagia mereka.

Bagi memastikan mimpi indah tersebut hampir menjadi kenyataan, pasangan ini telah membuat keputusan untuk bertunang bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada.

ZoOM doakan anda akan bahagia bersama pasangan yang akan menjadi peneman hidup di dunia ini.Dan insyallah dialam yang penuh anugerah daripadanya.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Oktober 06, 2011

Perkahwinan Ana Dahlia Dan Chef Rez Pada 11 Disember

Inilah wajah Ana Dahlia dan tunang beliau Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Rez, pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2011.

Bercerita mengenai majlis pertunangan Ana Dahlia dan Chef Rez semalam (5/10/2011), Chef terkenal, Chef Wan yang juga merupakan ayah kepada Chef Rez bersama Serina turut hadir. Seramai 15 orang dipihak lelaki disambut lebih 100 orang oleh pihak perempuan.

Apa-apa pun ZoOM doakan semoga hari yang bahagia itu akan tiba.

Lagi gambar Pasangan ini dibawah :

Oktober 06, 2009

(Gambar) Lan Ex MUH Bertunang !!!




Akhirnya bertunang juga si Lan MUH ini, susah nak dapat gambar pertunangan si Lan ni.Ini pun zoom dapat dari laman forum popular tanah air.Apa pun layan lah gambar pertunangan Lan Si Type Writer ni..!!!



Baca Selanjutnya

September 26, 2009

(Celebrity News) Umie-Datuk K bertunang Selasa depan!!


SETELAH kisah percintaannya dengan seorang tokoh perniagaantersebar agak lama, akhirnya aktres jelita, Umie Aida dan kekasihnya,Datuk Khairuddin yang turut digelar Datuk K itu memilih tarikh 29September ini untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka.
"Majlis pertunangan kami akan berlangsung pada 29 September ini,pukul 8 malam di I-Zen Mont Kiara 1," kata Umie menerusi satu khidmatpesanan ringkas (SMS), hari ini.
Sebelum ini, media asyik berteka-teki tentang tarikh pertunanganpasangan ini. Setiap kali ditanya, Umie hanya menjawab : "Tengah dalamproses persiapan".
Namun, kisah tentang tarikh pertunangan mereka terus diperkatakandan Umie sendiri ketika itu tidak menolak ramalan ramai kemungkinanakan melangsungkan majlis pertunangannya selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Saya benar-benar tidak tahu. Apa yang pasti saya akan memaklumkan kepada media apabila sampai masanya," kata Umie.
Meskipun masih berahsia tentang majlis tersebut ketika itu, Umiebagaimanapun sempat menyuarakan impiannya untuk mengadakan majlispertunangan dengan lelaki yang mesra dipanggil 'Abang K' olehnyaitusecara sederhana.

Zoom Komen: Alhamdulillah...Kahwin lah cepat2..!!