Memaparkan catatan dengan label liyana jasmay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label liyana jasmay. Papar semua catatan

Mac 29, 2012

Tunang Liyana Jasmay Tidak Menghalang Kerjaya Beliau


KUALA LUMPUR: Tunang kepada Liyana Jasmay iaitu Fathuddin Mazlan, tidak akan menyekat kerjaya lakonan pelakon wanita itu selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 24 Januari tahun depan.

Fathuddin berkata, dia juga tidak kisah dengan apa sahaja pemilihan watak yang ingin dilakonkan Liyana asalkan ia tidak menjatuhkan maruah keluarga dan diri.
"Saya tak akan menyekat kerjaya Liyana kerana itu adalah kerjanya sejak dahulu lagi.
"Lagipun, dia tahu batasan-batasan yang perlu dijaga sebagai seorang isteri dan pada masa sama tak adalah sampai dia perlu bekerja dari satu ke satu filem yang lain tanpa berehat langsung," katanya selepas majlis pertunangan mereka di kediaman Liyana di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.

Tambah Fathuddin, dia juga tidak tahu sama ada dirinya akan berasa cemburu atau tidak apabila bakal isterinya itu berlakon dengan lelaki lain memandangkan dia jarang menonton filem-filem Melayu.

Ditanya apakah filem lakonan Liyana yang digemarinya, ahli perniagaan itu berkata, dia suka melihat tunangnya itu berlakon dalam filem Papadom.

Lantas, ketika Fathuddin memberitahu filem lakonan Liyana yang diminatinya, Liyana terus

Mac 28, 2012

Update : 2 Gambar Terbaru Majlis Pertunangan Liyana Jasmay Dan Tunang Fathuddin

Berikut adalah gambar pertunangan Liyana Jasmay dengan pasangannya Fathuddin di kediamannya di kediamannya di Kemensah Height. Nampak bahagia pasangan ini, bilalah ZoOM dapat jumpa Liyana ni yer...artis lain dah puas dan boring tengok...Mesti dia ni comel macam dalam cerita janji2 tu kan :)
APA KOMEN ANDA ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Terkini : Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan



Majlis Pertunangan pelakon dan penyanyi , Liyana Jasmay (LJ), 24, dengan jejaka pilihannya, Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran LJ yang ke 24 tahun.

Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Liyana Jasmay mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading pada majlis pertunangannya itu. Pakaian bertunangannya itu dianggarkan berharga RM10,000, direka oleh Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris menggunakan fabrik ‘Valentino Lace’.

Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari

Mac 16, 2012

Kekasih Dan Tunang Liyana Jasmay Adalah Jiran Rumah, Fathuddin Mazlan

Mengikut sumber lelaki ditengah inilah Bakal Tunang Liyana Jasmay
 
Beliau dikhabarkan akan bertunang dengan jirang tetangga beliau juga iaitu, Fathuddin Mazlan.  Dikhabarkan lagi, mereka memilih tarikh tersebut kerana ia merupakan tarikh lahir Liyana Jasmay yang ke-24.

April 07, 2011

Gambar Liyana Jasmay Pergi Umrah

Alhamdulillah kerana Liyana Jasmay telah menjejaki kaki di tanah suci kerana tidak semua umat islam pernah dan mampu untuk sampai disana. Namun daripada gambar yang ZoOm jumpa daripada laman forum popular di Malaysia ada sedikit sebanyak yang menjadi persoalan dan pertanyaan masyarakat diluar sana mengenai gambar  ini.

Bagi ZoOm sesiapa sahaja yang sampai disini pasti akan merasai kelainan dan merasa kerdil ketika berhadapan dengan kiblat umat islam diseluruh dunia. Namun jika anda melihat gambar ini pasti ada yang tertanya-tanya niat sebenar Liyana. Mungkin beliau tidak sedar yang setiap keping gambar beliau akan menjadi perhatian masyarakat walaupun ketika menunaikan tanggungjawap sebagai umatnya.

November 03, 2010

Empat Anak Dara Pose Dalam Majalah EH Nov 2010

Ke-empat-empat anak dara bernama Yuna, Scha, Juliana Evans & Liyana Jasmay Bergaya Busana Merah, tampak ayu dan eligan.

Jun 21, 2010

Aizat Tidak mengaku Liyana Kekasihnya !!!


"Kami tidak pernah bersama, saya rasa orang salah anggap yang kami bercinta. Ia adalah gosip yang tak benar sebaliknya kami masih berhubung sehingga hari ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Konsert Inspirasi Muzik-Muzik TV3, Sabtu lalu.



Aizat menegaskan, dia dan Liyana adalah kawan baik sejak dahulu sewaktu Liyana menghasilkan album pertamanya.

"Kawan dia adalah kawan saya juga. Kita pun duduk dekat. Dari situ terpupuklah persahabatan yang rapat," katanya.



Mengulas mengenai insiden dia menolak tawaran sesi fotografi bersama Liyana sebanyak dua kali, Aizat berkata, tidak wujud apa-apa masalah pun antara mereka berdua pada masa itu.


"Saya sibuk pada hari tersebut. Hakikatnya saya tidak ada masalah dengannya. Kalau buat fotografi dengan dia dan saya pula ada kelapangan, kenapa tidak?"

Zoom: Dalam Hati Siapa Yang Tahu !!













Februari 18, 2010

(Cerita Artis) Liyana Jasmay dilamar Syamsul !!!


Boleh tahan juga tajuk yang zoom baca di akhbar online ini, mula-mula Zoom terfikir adakah Liyana dan Syamsul ini akan berkahwin !!

Rupa-rupanya kredibiliti aktres yang bakal menginjak usia 22 tahun, tanggal 28 Mac depan ini terbukti apabila pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof beriya-iya melamarnya sebagai pasangan dalam filem terbaru Syamsul, Khurafat.

Itulah kisah yang sebenarnya...Mari kita baca luahan anak muda yang tengah meletup ini mengenai kisah ini !!


"Sejak awal lagi, Syamsul bersungguh-sungguh melamar saya untuk berlakon dalam Khurafat. Dia begitu beriya-iya mempelawa saya untuk berlakon bersama.

"Sebagai pelakon muda segenerasi dengannya, saya menganggap lamaran itu sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat saya.

"Malah, watak Aishah sebagai isteri kepada Johan (lakonan Syamsul) yang setia dan penyayang itu menarik hati saya untuk menerima tawaran itu.

"Watak sebagai isteri adalah watak yang matang, berbeza dan belum pernah saya lakonkan sebelum ini," kata Nana.

Walaupun, pada awalnya Nana mengakui, dia agak bimbang dan takut untuk berlakon di bawah arahan Syamsul.
Hanya setelah bertemu dan berbincang dengan produser yang juga bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam, barulah dia menerima tawaran itu.

Apa kata anda ?

Februari 11, 2010

(Gossip) Liyana Jasmay Gagal Final Exam !!!

Mungkin kerana terlalu sibuk di lokasi sehingga menyebabkan anak gadis ini leka seketika pembelajaran yang masih berjalan.Itulah nasib yang di lalui oleh anak muda ini,tanpa segan silu beliau berkongsi cerita masalah yang dihadapinya...Mari kita baca luahan anak gadis ini



Baca Selanjutnya

Pelajar jurusan Seni Persembahan dan Media Sunway University College Petaling Jaya, Selangor, Liyana Jasmay memberitahu yang dia kini berada dalam semester kedua terakhir sebelum bergelar graduan diploma. Liyana yang lahir pada 28 Mac 1988 itu sepatutnya menghadiri konvokesyen kolej pada tahun ini. Namun, impian Liyana musnah kerana dia harus menduduki semula dua peperiksaan untuk subjek Suntingan Filem dan Sejarah Teater.


"Tidak malu cakap, ini semua salah diri sendiri. Kehadiran saya dalam kelas mengambil markah sebanyak 50 peratus manakala selebihnya berdasarkan pemarkahan ujian teori dan praktikal. Dengan jadual lakonan padat dan komitmen lain, saya terpaksa ponteng kelas dan tertinggal kuliah penting. Maka, tidak mengejutkan kalau saya gagal dalam peperiksaan semester lepas.
" kata Liyana..

Februari 09, 2010

(Gossip) Aksi panas Liyana Jasmay buka kain di Niyak Rapik !!

Boleh tahan juga pelakon kecil molek ni, kerana aksi yang menampakkan lutut seksi Liyana ke bawah menyebabkan sesetengah blog menggunakan video di dalam Youtube di halaman blog mereka.Menampilkan wajah-wajah lama dan baru di dalam Filem Ninyak Rapik di pawagam pada 25 Feb 2010.

Tunggu je la Filem ini di pawagam kalau nak tau cerita selanjutnya..Dan nak tau gossip tersebut nantikan di saat ke 0.55..

Apa kata anda ? :))






Baca Selanjutnya

Februari 08, 2010

(Gossip) Siapakah jejaka yang di peluk Liyana jasmay !!

Kisah dan gossip mengenai anak gadis bernama Liyana Jasmay ini sering kedengaran di media cetak dan elektronik.Samada negative dan positif semuanya ada.Jika anda mengikuti perkembangan anak gadis yang tengah naik ini,pastinya anda pernah dengar kisah percintaan Aizat dan Liyana ni.Zoom pun kekadang pelik dan ragu sebab sekejap bersama dan tiba-tiba ada pulak "Statement" tidak bersama.Mungkin inilah yang dinamakan jiwa muda..

Apa pun ternyata jejaka ini kenalan rapat Liyana yang mana merupakan artis tempatan, namanya 'deq sha' ( Menurut Info yang Zoom dapat) Thanks Alls..!!!






Baca Selanjutnya

Disember 31, 2009

(Gossip) Abang Harun Peluk Liyana Jasmay dalam Duhai Si Pari Pari


Boleh tahan juga cerita Duhai Si Pari Pari ni, banyak juga aksi peluk-peluk dalam filem ni.Sebelum ni heboh mengenai gambar aksi peluk pinggang abang Harun semasa perasmian Filem ini. Ini yang terbaru ZoOm dapat dalam akhbar hari ini..!!! jum lihat dan komen !!?



Baca Selanjutnya

November 23, 2009

(Gossip)Cinta Liyana, Aizat dalam lagu !!!!


Liyana Jasmay dan Aizat mempunyai hubungan mesra diketahui umum dan makin bersemarak apabila lagu baru Liyana, Penyelamat Cinta, menggabungkan bakat serta ilham rasa mereka berdua. Penyelamat Cinta antara lain mengisahkan tentang pertemuan 2 kekasih yang mencari cinta dan saling memerlukan.



Baca Selanjutnya

"Saya rasa sangat teruja apabila lagu ini siap kerana bagi saya lagu ini mempunyai percintaan remaja yang cukup menarik. Bekerja dengan Aizat juga sangat menyeronokkan. Kami berdua sangat serasi.
"
Seperkara yang membuatkan saya gemar berkawan dengan Aizat adalah kerana dia seorang teman yang kreatif dan bijak,"
kata Liyana bersungguh-sungguh.

Zoom Komen: Ada lagi cerita ni, fikir dah habis betul ke Liyana dan Aizat ni..!!? Kalau sudah suka kahwin la dik, bak kata lagu tue "Jangan Tunggu Lama-lama nanti Di Ambil Orang" Pembaca Di Zoom Ada info tak ? Komen apa-apa yang patut k..!!!

November 21, 2009

(Cerita Artis)Liyana Jasmay juga boleh menyanyi !!


Pelakon Wanita Terbaik Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem ‘Papadom’ dengan bakat lakonan yang dimiliki memang tidak boleh dinafikan.

Liyana atau panggilan mesranya Nana memanjangkan langkah dengan terjun ke dunia nyanyian. Single pertamanya yang berjudul “Aku Tak Percaya Cinta” ternyata berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanahair.

Dalam masa yang sama, pelakon dan penyanyi berusia 21 tahun ini teruk dikecam oleh sesetengah pihak kerana dikatakan tidak boleh menyanyi dan syok sendiri. Namun, semua kritikan ini tidak melemahkan semangat Nana. Malah, dia terus maju ke hadapan apabila muncul dengan mini album yang memuatkan lima buah lagu termasuk “Aku Tak Percaya Cinta”.



Baca Selanjutnya


“Saya tahu sebelum ini ramai yang mempertikaikan kebolehan menyanyi saya. Ramai yang kritik, kata saya sebenarnya tidak boleh menyanyi. Jadi, dengan adanya mini album ini saya harap ia dapat membuka mata mereka. Biar mereka tahu yang saya sebenarnya boleh menyanyi. Tetapi tidak kisahlah, saya sudah lama bersedia untuk dikritik. Biarlah apa orang nak kata. Dulu masa saya mula-mula berlakon pun, ramai yang kata saya tidak boleh berlakon. Lama-kelamaan, pasti orang akan senyap,”
jawab Nana terus-terang.


November 05, 2009

(Filem) Filem ‘Papadom’ berjaya atasi filem kontroversi ‘Jin Notti’ dan ‘Momok’ !!!!


FILEM ‘Papadom’ bukan sahaja mendapat gelaran terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 pada 8 Ogos lalu malah turut mencatat pungutan tertinggi filem Melayu dalam beberapa bulan ini iaitu hampir RM3.4 juta.

Kutipan filem ‘Papadom’ telah berjaya mengatasi filem kontroversi iaitu ‘‘Momok The Movie’ (RM2.1 juta) dan ‘Jin Notti’ (RM2.05 juta) berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh Finas mengikut wajib tayang.

Bagi Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su Lin Pillai, kejayaan ini amat menggembirakan buat seluruh warga Papadom termasuk pengarah dan pelakonnya, Afdlin Shauki.



Baca Selanjutnya

“Selepas 29 hari ditayangkan di pawagam seluruh negara, sudah hampir RM3.4 juta yang berjaya dikutip. Mungkin kita akan tayangkan sehingga dua minggu lagi di pawagam seluruh Malaysia.

“Kami juga gembira apabila ‘Papadom’ juga diundang untuk menayangkan filem itu di Osaka Asian Film Festival di Jepun pada Mac depan.

“Selain itu, kita sedang berunding untuk menayangkan filem ini di Singapura,” katanya ketika dihubungi.

Selain ‘Papadom’, Tayangan Unggul juga berbangga dengan kejayaan filem ‘Kala Malam Bulan Mengambang’ dengan merangkul gelaran Filem Terbaik dan kutipan box office menerusi filem ‘KL Menjerit’ iaitu RM1.9 juta.

Oktober 22, 2009

(Filem) 'Papadom' berjaya kutip RM2.4 juta dalam masa 13 hari


FILEM terbaik Festival Filem Malaysia, Papadom arahan Afdlin Shauki berjaya kutip RM2.4 juta dalam masa 13 hari tayangan seluruh Malaysia.

Filem yang memenangi lima anugerah dan Afdlin yang turut dinobatkan Pengarah Filem Terbaik pada FFM22, lalu berpendapat karyanya kali ini penting kerana topiknya amat dekat di hatinya, iaitu perhubungan di antara seorang bapa dengan seorang anak.




Baca Selanjutnya

Tambahnya lagi, 'melihat cara saya bekerja, saya telah bertanya pada diri saya, apa yang akan saya lakukan jika orang yang saya selalu harapkan untuk menjaga anak-anak saya (isteri saya) tidak berada di dalam hidup saya. Ini telah mendorong saya untuk melihat semula perhubungan saya dengan keluarga dan membuat saya menilai betapa pentingnya kehidupan berkeluarga dalam hidup saya’.

Komen pengarah lain:

Aziz M Osman- “Saya benci Afdlin sebab buat saya menangis menonton Papadom”

Mamat Khalid- “Saya suka kerja Afdlin dalam Papadom kerana nampak kematangannya dalam sudut pembikinan filem. Segala kerja-kerja disusun atur menjadikannya sebuah karya yang jujur dan 'vibrant'!”

Zoom KOmen: Tahniah kepada pengarah dan pelakon filem ini, APa KOmen Anda !!!?

Oktober 17, 2009

(Filem) Sinopsis Filem Papadom


Filem : Papadom
Genre : -
Bahasa : Melayu
Pengarah : Afdlin Shauki
Pelakon : Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Noorkhiriah, Vanidah Imran
Tarikh tayangan :08 Oktober 2009






Baca Selanjutnya

Sinopsis:

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan 'Papadom' sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda....

Oktober 07, 2009

(Gossip) Liyana Jasmay Dengan Kekasih Baru !!!




Liyana Jasmay, pelakon kecil molek yang dikatakan bercinta dengan penyanyi AF, Aizat, kini sudah memiliki cinta barunya bersama dengan seorang jejaka bukan artis. Sebelum ini heboh juga liyana ni dengan Aizat..Biasa la jiwa budak2 memang macam tue susah nak teka..



Baca Selanjutnya

Kata orang tua-tua cinta monyet, bukan nak menidakkan kata orang tua-tua tapi peangalaman mengajar kita erti sebuah kisah hidup..!!! mungkin ada dikalangan anda pernah mengalami Cintan Monyet ini..!! Jum Share...!!!


Ogos 10, 2009

Festival Filem Malaysia Ke-22- Afdlin Mengondol 3 Anugerah !!

AFDLIN menjadi figura tumpuan malam FFM22 apabila pulang dengan anugerah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.

PEMENANG FFM22 (dari kiri) Afdlin, Datin Orked (mewakili Yasmin), Liyana, Salina Saibi, Syed Ahmad dan Gayatri Su-Lin.


Tahniah Kepada Filem Papadom Kerana Berjaya Menggondol beberapa Anugerah Walaupun belum ditayangkan..Mungkin disebabkan kriteria yang ada dalam filem ini membuatkan Juri memilih Filem Papadom..Untuk pengetahuan anda filem Papadom ini akan ditayangkan pada 8 oktober..Zoom Pun terkejut sebab dah target Filem TELENTIME akan memonopoly malam FFM di SAbah..Namun semuanya meleset kerana filem PAPADOM lebih menonjol..APapun tahniah kepada yang menang,dan yang kalah tak semestinya anda kalah selama-lamanya..

Jun 21, 2009

(GAMBAR)Liyana Jasmay Dan Kakaknya


Memang sebijik betul bila tengok gambar Liyana Jasmay dan kakaknya di atas. Cuma mungkin Liyana Jasmay lebih comel sikit berbanding akaknya. Tapi itu mungkin sebab Liyana Jasmay seorang artis dan dah pandai bermake-up.

Kalau diberi pilihan, siapakah pilihan hati anda? Liyana Jasmay atau kakaknya? Atau anda tamak nak kedua-duanya sekali?

Kalau kami, semestinya kami tetap setia dengan Scha Al-Yahya. Hehe.