Memaparkan catatan dengan label Aizat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aizat. Papar semua catatan

Februari 11, 2012

Lirik Lagu Sungai Lui - Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan

Julai 26, 2010

Gambar Aizat Dan Kumpulan

Inilah band pengiring Aizat..boleh tahan juga artis keluaran AF ni...dah ada band sendri !!!

Jun 21, 2010

Aizat Tidak mengaku Liyana Kekasihnya !!!


"Kami tidak pernah bersama, saya rasa orang salah anggap yang kami bercinta. Ia adalah gosip yang tak benar sebaliknya kami masih berhubung sehingga hari ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Konsert Inspirasi Muzik-Muzik TV3, Sabtu lalu.



Aizat menegaskan, dia dan Liyana adalah kawan baik sejak dahulu sewaktu Liyana menghasilkan album pertamanya.

"Kawan dia adalah kawan saya juga. Kita pun duduk dekat. Dari situ terpupuklah persahabatan yang rapat," katanya.



Mengulas mengenai insiden dia menolak tawaran sesi fotografi bersama Liyana sebanyak dua kali, Aizat berkata, tidak wujud apa-apa masalah pun antara mereka berdua pada masa itu.


"Saya sibuk pada hari tersebut. Hakikatnya saya tidak ada masalah dengannya. Kalau buat fotografi dengan dia dan saya pula ada kelapangan, kenapa tidak?"

Zoom: Dalam Hati Siapa Yang Tahu !!













Januari 27, 2010

(Gossip) Aizat: Saya tidak pernah buat pembedahan hidung


Betul ke...Ntah lah hanya mereka yang tahu..mari kita Zoom kisah anak muda yang digossipkan ketika beliau masih lagi bertarung dengan penyakitnya..Marilah kita sama-sama mendoakan semoga anak muda ini kembali sihat seperti selalunya.



Baca Selanjutnya

Aizat telah ditahan di wad Hospital Ampang Puteri tidak lama lalu berkata sakit tersebut tiada kena mengena dengan amalan dietnya untuk kurus.


"Sebelum AJL24 lagi, Aizat dah rasa sakit perut ini. Tapi sakit tersebut tidaklah kronik sangat dan bukan bersangkut paut dengan diet Aizat. Doktor mengesahkan ia berpunca dari tekanan, bangun lewat dan rehat yang tidak cukup,"
ujarnya.

Bagaimanapun, Aizat cukup terkejut apabila ada pihak mendakwa selepas berjaya menguruskan badan, dia menjalani pula pembedahan hidung.

"
Itu fitnah semata-mata. Aizat tidak pernah buat sebarang pembedahan untuk memancung atau mengecilkan hidung Aizat ini. Hidung ini adalah trademark Aizat dan kurniaan Allah SWT,"
katanya

Januari 11, 2010

(AJL24) Aizat Juara ke Anugerah Juara Lagu ke 24 !!!!


Semalam merupakan malam boleh dikategorikan sebagai malam Akademi Fantasia kerana rata-rata yang membuat persembahan kelahiran AF, malahan Aizat berjaya mengungguli gelaran Juara AJL ke 24 yang berlangsung di stadium Bukit Jalil semalam.





Baca Selanjutnya

Dengan kemenangan lagu ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar itu, mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Aizat juga berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku dan sekaligus merangkul wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Sementara bagi tempat kedua, lagu Dan Sebenarnya nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna telah berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Dalam pada itu, tempat ketiga pula berjaya dimenangi oleh lagu Bencinta ciptaan Audi Mok serta lirik dan nyanyian oleh Faizal Tahir. Mereka memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Juara Mentor musim ketiga, Black pula dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu nyanyiannya Aku Rindu Sayang Kamu, ciptaan sepenuhnya oleh Yuzai. Black membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Zoom: Tahniah Zoom ucapkan kepada yang menang, dan yang kalah cuba lagi tahun depan..Sebenarnya Zoom ternanti-nanti persembahan Faizal Tahir..Walaupun dalam keadaan tenat beliau masih meneruskan persembahan untuk peminant...Syabas dan tabik Spring Zoom bagi kat FAIZAL TAHIR !!!!
Apa kata anda mengenai AJL ke 24 !!!

Disember 16, 2009

(Cerita Artis) Aizat mempunyai dimensi baru


Aizat adalah seorang penyanyi muda berbakat besar dan pernah meninggalkan dua impak besar di awal pembabitannya di persada seni suara tanah air.

Pertama, menerusi penampilan susuk fizikal yang kurus secara mendadak selepas tamat sesi Akademi Fantasia 5. Kedua, percubaan sulungnya dalam industri menerusi lagu 'Hanya Kau Yang Mampu' berjaya mencipta rekod tersendiri apabila muat turun nada dering lagu itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Berbekalkan 'populariti segera' itu, Aizat terus mengorak langkah demi perjuangan muzik yang sudah menjadi darah dan dagingnya. Terbaru, anak muda yang berasal dari Raub, Pahang ini sedang giat di studio bagi proses rakaman lagu-lagu untuk album keduanya pula.



Baca Selanjutnya

Menampilkan kelainan pada album keduanya, Aizat berkata, konsep yang dipertaruhkan untuk percubaan kedua ini bakal memperlihatkan sisi barunya sebagai penggiat seni. Malah, Aizat turut menyifatkan album kali ini sebagai refkleksi kepada dirinya yang sebenar.

"Jika menerusi album pertama, saya banyak mempertaruhkan lagu-lagu balada dan mendayu seperti 'Hanya Kau Yang Mampu' dan 'Lagu Kita', tetapi album kedua nanti saya akan tampilkan sedikit kelainan. Konsep dan muziknya lebih rancak dan ceria, bersesuaian dengan aliran dan permintaan muzik hari ini. Ia juga boleh disifatkan sebagai refleksi kepada diri saya dan cara saya berkarya,"
jelas Aizat.


Album kedua ini diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, Kasi Gegar Entertainment dan dijangka memuatkan lapan ke sepuluh buah lagu.
"Album ini adalah stand alone product yang boleh dibanggakan. Semua proses termasuk proses rakaman, mixing dan susunan muzik dilakukan oleh saya dan abang. Ia satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jika sebelum ini, sebagai pendatang baru saya harus akur dengan aturan yang dilaksanakan oleh semua komposer yang menerbitkan album pertama tapi ia berbeza untuk album kedua ini. Alhamdulillah, walaupun baru dua tahun bergelar anak seni, banyak pengalaman yang saya perolehi dan semua ilmu ini saya curahkan untuk komposisi album baru ini,"
ujar Aizat penuh bersemangat.

Tambah Aizat, walaupun album baru nanti menampilkan muzik yang rancak dan lagu-lagu yang menyentuh tentang kehidupan, kemanusiaan dan isu remaja, dia masih akan menyelitkan lagu-lagu cinta yang sudah semestinya menjadi kewajipan kepada mana-mana penyanyi sekali pun.
"Lagu-lagu cinta disukai dan diterima ramai. Ia cukup sinonim dengan selera pendengar. Malah, saya mula dikenali pun menerusi lagu-lagu cinta, jadi untuk album baru ini sudah tentu saya akan selitkan lagu-lagu cinta juga. Mungkin sentuhan dan persembahannya agak berbeza tapi cerita lagu masih berkisar kepada kisah cinta,"
kata Aizat lagi.

Dalam perkembangan lain, Aizat turut melahirkan perasaan teruja untuk beraksi di dalam 'Konsert Satu Suara' di Istana Budaya pada 12 hingga 14 Februari depan. Bercerita mengenai konsert yang bakal menggabungkannya bersama Faizal Tahir, Aizat berkata, dia begitu bertuah di atas penghargaan dan peluang yang diberikan oleh Datuk Siti Nurhaliza selaku penerbit konsert itu. Sebagai pendatang baru, dia amat berterima kasih kepada kak Siti di atas kepercayaan dan peluang ini.

Zoom: Semasa di akademi Fantasia dulu Aizat adalah artis yang paling menonjol diantara pelajar-pelajar masa tersebut.Sehingga kini Aizat masih lagi tergolong dalam senarai bekas pelajar Akademi Fantasia yang berjaya,langkah demi langkah beliau bentangkan untuk meneruskan karier beliau dalam dunia seni tanah air.Jika anda prihatin atau mengambil tahu kisah lagu Aizat di internet, lagu beliau merupakan lagu Top 10 paling banyak di download.Mungkin kerana kesesuaian dan minat pendengar di Malaysia telah mengakibatkan lagu beliau menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat. Apa kata anda mengenai Artis keluaran Akademi Fantasia ini ?

November 23, 2009

(Gossip)Cinta Liyana, Aizat dalam lagu !!!!


Liyana Jasmay dan Aizat mempunyai hubungan mesra diketahui umum dan makin bersemarak apabila lagu baru Liyana, Penyelamat Cinta, menggabungkan bakat serta ilham rasa mereka berdua. Penyelamat Cinta antara lain mengisahkan tentang pertemuan 2 kekasih yang mencari cinta dan saling memerlukan.



Baca Selanjutnya

"Saya rasa sangat teruja apabila lagu ini siap kerana bagi saya lagu ini mempunyai percintaan remaja yang cukup menarik. Bekerja dengan Aizat juga sangat menyeronokkan. Kami berdua sangat serasi.
"
Seperkara yang membuatkan saya gemar berkawan dengan Aizat adalah kerana dia seorang teman yang kreatif dan bijak,"
kata Liyana bersungguh-sungguh.

Zoom Komen: Ada lagi cerita ni, fikir dah habis betul ke Liyana dan Aizat ni..!!? Kalau sudah suka kahwin la dik, bak kata lagu tue "Jangan Tunggu Lama-lama nanti Di Ambil Orang" Pembaca Di Zoom Ada info tak ? Komen apa-apa yang patut k..!!!

Ogos 18, 2009

(Celebrity News) Gaya Ranggi Terbaru Aizat !!


Makin lama makin bergaya anak muda ini,Aizat dalam mentro menyatakan yang dia menjadikan Arwah YAsmin sebagai Aspirasi..Semoga Berjaya dalam mengejar cita2 menjadi seorang anak seni tanah air yang kian konterversi ni..

Julai 20, 2009

(Gossip) Artis Malaysia didiskriminasi?






Zoom Comment:
1-Patutkah Artis dari malaysia dan singapura berkongsi bilik persalinan padahal Artis Indonesia mempunyai bilik persalinan sendiri.

2-Apa Motif vokalis Slank, Kaka atau nama sebenarnya, Akhad Wira Satriaji yang mencetuskan kontroversi di pentas APM Dengan Membuka seluar ? Kalau di malaysia Faizal Tahir Buka Baju Jer kena Ban Kalau BUka Seluar Confirm Off,nasib Baik la Jiran tetangga PUnya Artis,

3-Wajah penyanyi dan komposer, Faizal Tahir dilihat tidak bermaya disebabkan tidak cukup tidur gara-gara menyelesaikan 'masalah' yang dihadapinya di Kuala Lumpur.Memang Tak bermaya pun..Zoom Pun ada tengok..Biar Menjadi pengajaran buat rakyat Malaysia.. :P

Tue jer la Comment Zoom,Comment U alls PUlak macam mana ,terutamanya yang Tgk APM ni ?

Julai 14, 2009

(Celebrity News) Mampukah Artis Kita Bersinar di Anugerah Planet ?




Dafi,Aizat Dan Stacy Adalah wakil negara Kita yang meneruskan perjuangan seni tanah air bersama artis2 senior..Semoga berjaya.Majulah Industri Tanah Air Untuk Negara :P

Jun 21, 2009

(Gossip) Aizat Cium Maknyah ?


Aizat kena cium mak nyah? Jangan terkejut... Aizat kena denda mencium pengacara program Suria FM Together-gether Bersama Media di Hotel Concorde pada 19 Jun lalu sebab dia tersalah menyebut nama stesen radio lain semasa di atas pentas.

Pengacara lelaki yang berpakain wanita dengan menggunakan nama Puteri itu terus keluar dari belakang pentas dan mendenda Aizat.
"Saya mintak maaf dan saya sedia melakukan apa sahaja sebagai denda," kata Aizat kepada Puteri.

Puteri dengan selamba menyuiruh Aizat mencium pipinya sebagai denda itu. Nak buat macam mana... sebab sudah janji sanggupp lakukan apa sahaja, maka Aizat pun kenalah cium pipi Puteri.

Itulah ceritanya, tapi lensa kamera jurugambar Tersebut kelewatan pulak merakam detik itu.

Zoom Comment: Iskkk Macam-macam,Tapi Zoom Tabik Kat Adik Aizat NI berani buat berani tanggung,kalau tak buat nanti orang lain cakap dia penipu atau egoistik PUlak...

Jun 18, 2009

(Gossip) Aizat dan Liyana Jasmay pasangan kekasih ?


Aizat Bintang Bintang Realiti Akademi Fantasia Ni tengah DiLamun Cinta ?
Gosip sana sini bercerita menenai Aizat Di Lamun Cinta Dengan Liyana Jasmay,Tapi Empunya Diri Senyap Jer Macam Tak ada respon,malas nak comment kot.
Tip Tap Tip Top....DAh hantar Rombongan ke rumah Jasmay :P Zoom Doankan Aizat bertemu jodoh yang sesuai..Bebaik Yer dik cari Jodoh NI...Jangan Macam Artis Lain, Heboh Satu Malaysia Pasangan Romantis TApi sekarang ni dah heboh tak tinggal sebumbung.

Kalau Anda ada Gossip Atau Info Mengenai Aizat DAn Liyana NI Email la Kat Zoom Admin yer..K la Nak Survey2 Gosssip Lain Pulak..

Zhassss :)

April 28, 2009

Aizat wakili negara ke Bulgaria


Penyanyi muda, Aizat akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Festival Muzik Pop Antarabangsa (Discovery) kali ke-18 di Varna, Bulgaria pada 9 dan 10 Mei 2009.

Aizat akan bersaing dengan peserta dari 15 buah negara. Aizat juga akan menyanyikan lagu petikan album sulungnya, Lagu Kita dan Hanya Kau Yang Mampu dalam pertandingan itu.

Media di Bulgaria sudah mengeluarkan berita pasal penyertaan Aizat dalam pertandingan itu.

Aizat, 20, dlihat sebagai salah seorang penyanyi muda negara yang semakin meningkat naik. Apatah lagi kemampuannya mencipta sendiri lagu di dalam albumnya.

Dalam perrtandingan itu, selain mempertandingkan kategori penyanyi terbaik, lagu yang dipersembahkan juga turut dipertandingkan untuk merebut anugerah lagu terbaik.

"Saya akan menyanyikan lagi sendiri, jadi kiranya sudah membuat persediaanlah," kata Aizat,..

Semoga Aizat mampu membuatkan juri di sana tertarik dengan persembahannya. Walaupun ada pihak yang semacam tidak memandang tinggi pada pertandingan sebelah sana, namun ia jadi satu platform untuk artis yang terpilih menimba pengalaman di negara luar.

Mereka boleh mendapat idea baru apabila mendegar jenis muzik yang dibawakan oleh penyanyi dari negara-negara lain

April 17, 2009

Mesranya Aizat dan Liyana


Pada 21 Januari 2009 lalu Aizat mengadakan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-20 di sebuah cafe di tengah-tengah bandaraya. Dengarnya meriah majlis itu.