Memaparkan catatan dengan label Black Mentor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Black Mentor. Papar semua catatan

Februari 11, 2010

(Gossip) Black masih nafikan hubungannya dengan Mas Idayu

Gossip mengenai Black dan Akak Mas Idayu masih lagi panas di Internet sehingga sekarang ni.Kisah panas hubungan mereka semakin hangat selepas Black mempamerkan kemesraan dengan bekas mentornya itu selepas diumumkan sebagai pemenang Kategori Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24 hingga menjadi buah mulut orang ramai.

Namun Black masih lagi menafikan..Mari kita baca luahan anak muda ini mengenai gossip panas ini di bawah...!!




Baca Selanjutnya

"Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan dia (Mas Idayu). Saya anggapnya sebagai seorang ibu,"
katanya selepas majlis penyerahan cek kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24, di Penthouse TV3 Sri Pentas.

Belum lagi reda gosip panas bersama bekas mentornya, Black kini berhadapan pula dengan cerita panasnya mengenai gambarnya bersama seorang perempuan yang telah tersebar di internet.

Apabila ditanya mengenai kesahihan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perempuan yang bersamanya itu adalah kekasihnya, Black yang tersipu-sipu malu memberitahu perempuan itu sebenarnya bukan buah hatinya, tetapi mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.

"Saya mempunyai ramai kawan perempuan, tapi yang ini paling rapat dengan saya.
"Saya boleh katakan dia adalah kawan perempuan yang boleh dilabelkan nombor satu.

Zoom: NO 1 ??? ermmm Apa komen anda ?

Januari 11, 2010

(AJL24) Aizat Juara ke Anugerah Juara Lagu ke 24 !!!!


Semalam merupakan malam boleh dikategorikan sebagai malam Akademi Fantasia kerana rata-rata yang membuat persembahan kelahiran AF, malahan Aizat berjaya mengungguli gelaran Juara AJL ke 24 yang berlangsung di stadium Bukit Jalil semalam.





Baca Selanjutnya

Dengan kemenangan lagu ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar itu, mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Aizat juga berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku dan sekaligus merangkul wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Sementara bagi tempat kedua, lagu Dan Sebenarnya nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna telah berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Dalam pada itu, tempat ketiga pula berjaya dimenangi oleh lagu Bencinta ciptaan Audi Mok serta lirik dan nyanyian oleh Faizal Tahir. Mereka memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Juara Mentor musim ketiga, Black pula dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu nyanyiannya Aku Rindu Sayang Kamu, ciptaan sepenuhnya oleh Yuzai. Black membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Zoom: Tahniah Zoom ucapkan kepada yang menang, dan yang kalah cuba lagi tahun depan..Sebenarnya Zoom ternanti-nanti persembahan Faizal Tahir..Walaupun dalam keadaan tenat beliau masih meneruskan persembahan untuk peminant...Syabas dan tabik Spring Zoom bagi kat FAIZAL TAHIR !!!!
Apa kata anda mengenai AJL ke 24 !!!

November 24, 2009

(Cerita Artis)Black Mentor Buktikan Rupa Buka Bukti Kejayaan !!!


Hari demi hari yang dilalui oleh Juara Mentor ini dilalui dengan hati yang girang walaupun terpaksa melalui suara-suara sumbang mengenainya.Tanpa mempedulikan suara-suara sumbang di luar sana Black Mentor terus mengerakkan Bahteranya menuju destinasinya.

Kalau sebelum ini "Asset" yang utama jika ingin menjadi artis adalah paras rupa dan bentuk badan, tetapi Black mengenepikan semua itu demi mengejar cita-citanya.Alhamdulillah beliau telah berjaya mengecapi apa yang beliau inginkan.

Cerita terbaru dari Black, beliau tidak lama lagi akan mengeluarkan album pertamanya.Sama-samalah kita tunggu dan lihat hasil anak didik Mas Idayu ini..!!




Baca Selanjutnya

Jika anda perasaan semenjak akhir-akhir ini ada ramai anak muda yang ingin mencuba nasib didalam dunia hiburan realiti untuk mencapai cita-cita. Namun dalam kesibukan mereka ingin mencapai apa yang di inginkan menyebabkan segelintir anak muda ini sanggup melakukan sesuatu yang laknat olehnya.

Apa kata anda mengenai Paras rupa dan bakat, yang mana satu keutamaan bagi anda ?


Oktober 08, 2009

(Gossip) Mas Idayu Peluk Black Di "Media"


Alahai akak Mas, macam mana la awek2, makcik,nyahs2 kat luar tue tak marah.Tengok la cara Mas idayu peluk Black, walaupun niat di hati hanya anggap si Black tue adik atau anak tapi mata dan otak kat luar tue susah tentuuu fikir benda yang tak sepatutnya



Baca Selanjutnya

Betul tak apa yang zoom cakap ni, sekarang cintan2 ni tak mengira usia, contoh nya nenek yang kahwin dengan suami dia kat penjara tue. Bukan nak aibkan siapa2 tapi fikir-fikirkanla lahhh.... Apa KOmen anda !!?

Oktober 03, 2009

(Gossip) Mas Idayu Naik Angin Digossipkan Dengan Black !!!


BERAKHIRNYA program realiti Mentor musim ketiga pada Julai lalu memberikan tamparan hebat buat juaranya, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah apabila hubungan rapatnya dengan mentornya, penyanyi Mas Idayu telah disalahertikan.

Orang menyangka Black bercinta dengan penyanyi dangdut lagu ‘Cintaku 100 Persen’ itu.

Ditanya kepada Black tentang gosip cinta itu, dia terkejut dan hanya tergelak apabila mendengarnya.....



Baca Selanjutnya

Manakan tidak, hubungannya dengan wanita yang digelar ‘mummy’ itu dianggap tidak lebih seperti kakak dan adik.

“Saya tak sangka orang akan fikir tentang hal itu tetapi saya tak boleh nak buat apa dengan cerita itu.

“Saya masih berhubung dan baik dengannya seperti kakak dan adik dan memanggilnya ‘mummy’.

“Saya juga rapat dengan anaknya kerana anaknya tidak mempunyai kawan.

“Saya rasa hubungan baik antara saya dan dia (Mas Idayu) tidak perlu dijadikan isu. Dia penyayang dan manjakan saya seperti anaknya sendiri..,” jawab penyanyi lagu ‘Aku Rindu Kamu’ ini dalam nada selamba.

Anak bongsu dari tiga beradik ini baru sahaja hendak menikmati kemanisan dunia hiburan namun tidak sampai beberapa bulan dia dalam industri dia sudah mendapat tempias gosip yang boleh menjatuhkan nama baiknya sebagai penyanyi yang baru ‘hendak merangkak’.

Bukan sahaja digosipkan bercinta dengan Mas Idayu, malah gambar mesranya dengan seorang gadis yang disangka kekasihnya pula disebarkan di salah sebuah laman web.

Bagi gosip kedua ini, Black menafikan gadis itu merupakan kekasihnya sebaliknya dia hanya kawannya dari satu sekolah dulu.

Jelas Black, gambar itu sepatutnya turut menampilkan rakan-rakan sekolahnya yang lain tetapi dia hairan bagaimana gambar dia dan gadis itu berdua sahaja yang dikeluarkan.

“Gambar itu dirakamkan semasa saya dan kawan-kawan sekolah berbuka puasa hari tu.

“Ikutkan ada gambar saya dengan kawan lain lagi tapi saya tak tahu-menahu mana gambar yang lain sebab kawan saya letak yang tu sahaja.

“Saya dah lama tak jumpa mereka dan dari dulu lagi kami memang ‘gila-gila’.

“Jadi, saya tak lepaskan peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau senda dengan mereka kerana setahun sekali sahaja berjumpa,” kata Black.

Dalam pada itu, Mas Idayu naik angin selepas ditanya tentang gosip cintanya dengan protegenya itu.

“Saya dan dia tiada apa-apa. Baru-baru ini program 'Melodi' pun baru keluarkan cerita ini.

“Takkan saya bercinta dengan Black! Tak payahlah tanya soalan seperti ini sebab tak betul,” tuturnya yang juga mengakui masih berhubung dengan Black.

Katanya, Black masih memintanya membimbing dalam bidang nyanyian memandangkan anak didiknya itu tidak mempunyai asas nyanyian yang betul sebelum ini.

“Black selalu bertanya tentang nyanyian. Kadangkala dia akan pinjam ‘minus one’ lagu dengan saya.

“Dia mengharapkan saya untuk membantu dia dan walaupun pertandingan itu telah selesai, saya anggap dia seperti anak sendiri bagai menatang minyak yang penuh,” jawabnya.

Mas Idayu juga tidak mengharapkan yang hubungannya dengan anak didiknya itu berakhir selepas ‘Mentor 3’ dan mengalu-alukan idea untuk berduet dengan Black sekiranya dipersetujui oleh syarikat rakaman Monkey Bone yang dinaungi oleh Black

Zoom Komen: Kesian Kat Mas kita ni,niat nak tolong tapi sekarang dah keluar pulak gossip nak jatuhkan Kak Mas..Black kan dah ada kekasih..Kalau U alls nak tau CLick Kat sini ( Kekasih Black ) ..APa KOmen U alls ?

September 30, 2009

(Gambar) Black Dan Kekasihnya Kantoi !!!




Ini Gambar Black Dan kekasihnya,comel juga kekasih Black ni yer...!!! bertuah nyer black ada kekasih comel !! kan dah kantoi upload dalam Facebook..Yer lah mesti Black sayang kat kekasih dia ni sebab tak nak sembunyikan status sudah berpunya !!! APa KOmen U alls !!

Julai 26, 2009

(Celebrity News)MUH nak lamar Black (Mentor)


Ketika kecoh dan heboh orang dok bercerita krisis melibatkan penyanyi dan anggota kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), timbul pula cerita baru siapa yang akan menggantikan Lan, penyanyi kumpulan itu?

Menurut cerita yang Niezam dengar daripada orang terdekat, Lan yang sudah angkat kaki dari MUH sebenarnya dah ada kumpulan muzik baru. Maknanya ketika Lan tengah ada krisis dengan MUH dulu, dia rupa-rupanya sudah tubuhkan kumpulan muzik tanpa pengetahuan anggota kumpulannya yang lain.

Kerana krisis yang tak boleh nak diselamatkan lagi, maka anggota MUH pun dah tak kisah Lan nak keluar daripada kumpulan itu.

Khabarnya MUH hendak menawarkan Black, juara Mentor musim ketiga menggantikan Lan.
Apa yang Niezam dengar, anggota MUH menganggap Black mempunyai suara yang mantap dan sesuai menjadi penyanyi utama MUH.

“Dengar cerita setakat ini memang MUH ada hasrat nak panggil Black menggantikan Lan tapi masih belum ada apa-apa kata putus lagi,” kata satu sumber.

Kalau betul ada tawaran itu, rasanya Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah,23, boleh mempertimbangkannya.
Yalah sekarang ni bukan semua artis solo boleh “hidup” pun. Silap-silap hari bulan lepas keluar satu album terus bungkus.

Info : Utusan

Zoom Comment: Bagus la kalau Black Mentor Jadi Pengganti Lan MUH sebab Black Pun suara power jugak..cuma lain sikit la dari suara lan yang kena tarik macam TEH TARIK tu :) apa pun kita tunggu dan Lihat

Julai 19, 2009

(Celebrity News) Black nazar bina rumah ayah


Teruja dengan perjalanan baru yang diteroka, Black yang bernaung di bawah syarikat Monkey Bone memberitahu dia sedang dalam perancangan melahirkan single pertamanya sebelum Aidilfitri.

Bagaimanapun, ia masih belum diputuskan dan sebagai orang baru, dia mengikut kehendak pihak yang lebih arif dalam merencana masa depannya.

Ditanya jika berpeluang, dengan karyawan mana dia mahu bekerjasama, dalam malu-malu bercampur teruja, Black menjawab: "Audi Mok atau M. Nasir. Saya juga menyukai Aidit Alfian dan Spider sebab kena dengan jiwa saya yang tak terlalu jiwang dan tak terlalu rock."

Sementara bercakap tentang wang tunai RM100,000, kata Black, sebahagian wang tersebut mahu disimpan dan sebahagian lagi ingin digunakan untuk membina sebuah rumah buat ayahnya sebagai tanda terima kasih.

"Saya memang bernazar membuat rumah untuk ayah di tanah milik ayah di kampung kami di Kupang, Baling, Kedah," katanya yang baru membuat kenduri kesyukuran kemenangannya di Baling semalam.


Zoom Comment: Alhamdulillah Black,Kalau itu la nazar black kami Warga Zoomartis mendoakan semoga Black Di Rahmati Yang Maha Esa.

Julai 13, 2009

(Celebrity News)Black Juara Mentor Musim Ke 3 TV3


Tahniah Black,suara Black memang Superb and Power,Risau juga suara Black sumbang bila menyanyikan Lagu Tinggi...Huh memang tak dinafikan Black patut ditabalkan sebagai Juara MENTOR 2009.Tahniah sekali lagi kepada Black dan mentor nya yang garang.Siapa lagi kalau bukan sifu Mas Idayu...

Dari apa yang zoom tengok, vokal Black nie memang mantap. Jenis rock-rock kapak sikit. Then versatile. Semua jenis lagu dia boleh masuk.

Tahniah kami ucapkan kepada Black sebab dapat bawak balik RM 100 ribu. Tahniah jugak kepada Mas Idayu sebab dapat protege yang mantap.

Ada cadangan dan ura-ura supaya Black gantikan tempat Lan dalam Meet Uncle Hussain. Apa pendapat anda? Sesuai ke tidak?