BERAKHIRNYA program realiti Mentor musim ketiga pada Julai lalu memberikan tamparan hebat buat juaranya, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah apabila hubungan rapatnya dengan mentornya, penyanyi Mas Idayu telah disalahertikan.
Orang menyangka Black bercinta dengan penyanyi dangdut lagu ‘Cintaku 100 Persen’ itu.
Ditanya kepada Black tentang gosip cinta itu, dia terkejut dan hanya tergelak apabila mendengarnya.....
Baca Selanjutnya
Manakan tidak, hubungannya dengan wanita yang digelar ‘mummy’ itu dianggap tidak lebih seperti kakak dan adik.
“Saya tak sangka orang akan fikir tentang hal itu tetapi saya tak boleh nak buat apa dengan cerita itu.
“Saya masih berhubung dan baik dengannya seperti kakak dan adik dan memanggilnya ‘mummy’.
“Saya juga rapat dengan anaknya kerana anaknya tidak mempunyai kawan.
“Saya rasa hubungan baik antara saya dan dia (Mas Idayu) tidak perlu dijadikan isu. Dia penyayang dan manjakan saya seperti anaknya sendiri..,” jawab penyanyi lagu ‘Aku Rindu Kamu’ ini dalam nada selamba.
Anak bongsu dari tiga beradik ini baru sahaja hendak menikmati kemanisan dunia hiburan namun tidak sampai beberapa bulan dia dalam industri dia sudah mendapat tempias gosip yang boleh menjatuhkan nama baiknya sebagai penyanyi yang baru ‘hendak merangkak’.
Bukan sahaja digosipkan bercinta dengan Mas Idayu, malah gambar mesranya dengan seorang gadis yang disangka kekasihnya pula disebarkan di salah sebuah laman web.
Bagi gosip kedua ini, Black menafikan gadis itu merupakan kekasihnya sebaliknya dia hanya kawannya dari satu sekolah dulu.
Jelas Black, gambar itu sepatutnya turut menampilkan rakan-rakan sekolahnya yang lain tetapi dia hairan bagaimana gambar dia dan gadis itu berdua sahaja yang dikeluarkan.
“Gambar itu dirakamkan semasa saya dan kawan-kawan sekolah berbuka puasa hari tu.
“Ikutkan ada gambar saya dengan kawan lain lagi tapi saya tak tahu-menahu mana gambar yang lain sebab kawan saya letak yang tu sahaja.
“Saya dah lama tak jumpa mereka dan dari dulu lagi kami memang ‘gila-gila’.
“Jadi, saya tak lepaskan peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau senda dengan mereka kerana setahun sekali sahaja berjumpa,” kata Black.
Dalam pada itu, Mas Idayu naik angin selepas ditanya tentang gosip cintanya dengan protegenya itu.
“Saya dan dia tiada apa-apa. Baru-baru ini program 'Melodi' pun baru keluarkan cerita ini.
“Takkan saya bercinta dengan Black! Tak payahlah tanya soalan seperti ini sebab tak betul,” tuturnya yang juga mengakui masih berhubung dengan Black.
Katanya, Black masih memintanya membimbing dalam bidang nyanyian memandangkan anak didiknya itu tidak mempunyai asas nyanyian yang betul sebelum ini.
“Black selalu bertanya tentang nyanyian. Kadangkala dia akan pinjam ‘minus one’ lagu dengan saya.
“Dia mengharapkan saya untuk membantu dia dan walaupun pertandingan itu telah selesai, saya anggap dia seperti anak sendiri bagai menatang minyak yang penuh,” jawabnya.
Mas Idayu juga tidak mengharapkan yang hubungannya dengan anak didiknya itu berakhir selepas ‘Mentor 3’ dan mengalu-alukan idea untuk berduet dengan Black sekiranya dipersetujui oleh syarikat rakaman Monkey Bone yang dinaungi oleh Black
Zoom Komen: Kesian Kat Mas kita ni,niat nak tolong tapi sekarang dah keluar pulak gossip nak jatuhkan Kak Mas..Black kan dah ada kekasih..Kalau U alls nak tau CLick Kat sini ( Kekasih Black ) ..APa KOmen U alls ?