Memaparkan catatan dengan label Mentor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mentor. Papar semua catatan

Mei 21, 2012

Mentor 6 : KJ atau Abd Kadir Unding Protoge Adam Tersingkir

Kerana kesilapan memilih genre muzik tari dalam pertandingan Mentor musim ke 6, Adam mengakui ia menyebabkan Protogenya tersingkir semalam (Ahad). Daripada pemerhatian ZoOm semasa program Mentor 6 berlangsung semalam, anda dan penonton diluar sana sudah mengetahui siapakah yang akan tersingkir.

Persembahan mantap oleh Zatul dan Caroline dalam Kumpulan B semalam sudah cukup untuk mengambarkan bertapa jauhnya tahap yang ditonjolkan oleh kedua-dua mentor tersebut.

Dan berikut komen daripada Mentor KJ (Adam) berkenaan persembahan Protogenya :

"Kesilapan pada persembahan saya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Saya akui gementar selepas melihat Caroline dan Zatul mendapat pujian daripada juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

Mei 17, 2012

Artis Malaysia : Ana Syuhada Peserta Mentor 6 Genggam Diploma

Walaupun tersingkir dalam program Mentor musim ke 6, Ana Syuhada kini dapat kembali senyum semula kerana berjaya menjadi salah seorang yang menerima Diploma Muzik,  di Uitm sempena Konvokesyen ke 26 di Shah Alam.

Ana Syuhada yang merupakan protage Ramlah Ram daripada kumpulan A tersingkir pada ahad lalu, dan beliau mengaku kecewa kerana gagal ke pentas akhir.

Namun bagi ZoOM rezeki ada dimana-mana dan mungkin ada yang menanti anda diluar sana.

Tahniah daripada kami di ZoOMartis.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Disember 29, 2011

Gossip Gambar Seksi Iqa Mentor Dihentam Di Blog Rotikaya

Bukan main panas cerita dan gambar Iqa Mentor yang menampakkan susuk badan beliau ketika mandi semasa anjuran Media Hiburan yang bertempat di Taman Botani.

Walaupun pada mulanya penulis artikel ingin berkongsi bersama pembaca mengenai perbualan bersama Iqa dan disertakan beberapa gambar yang panas menyebabkan "Post" tersebut menjadi panas dengan komen pembaca yang Menyokong dan Mencaci.

Disember 12, 2010

Senarai Mentor 5 Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira

 Selebriti Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira yang akan bersaing dalam pencarian melahirkan seorang lagi juara Mentor pada musim ini.


Penerbit eksekutif Mentor 5 Muhamad Sufian Isa menyatakan pemilihan artis ini kerana mereka mempunyai aura yang tersendiri dalan arena seni tanah air.

Jun 15, 2010

Komen Ziana Zain mengenai kejayaan Mohd Mentor

Ziana Zain tampil menjawap persoalan dan gossip yang mengatakan kejayaan Mentornya Mohd ke peringkat seterusnya bukan kerana Popularitinya, tetapi kerana bakat yang ada pada Mohd sehingga pengundi memilih beliau untuk ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini persembahan memberangsangkannya menerusi lagu Usang (Rahim Maarof) dan Lagu Untukmu & Drama King (Hazama dan Meet Uncle Hussain) membolehkan dia memperolehi markah tertinggi iaitu sebanyak 102 markah.

Zoom : Komen la sikit mengenai Anak didik akak Ziana Zain kita ni !!?

Mei 19, 2010

Biodata Peserta Mentor 4

Mac 23, 2010

Mac 10, 2010

(Cerita Artis) Mas Idayu Belum Temu Bakat Seperti Black

Mas Idayu, penyanyi yang terkenal ini yang berjaya mendidik dan mengilap bakat protogenya, Black, pada Mentor musim lalu amat membanggakan apabila Black bukan sahaja menjuarai program tersebut malah memenangi vokal terbaik pada Anugerah Juala Lagu yang berlangsung baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, dia juga sekali lagi terpilih sebagai barisan baru program realiti tv Mentor untuk musim ke-4 bersama-sama Ziana Zain, Mus May, Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow dan Azmeer. Walaubagaimanapun, kejayaan Black telah menjadi penanda aras kepada mentornya ini untuk mencari protoge yang benar-benar sesuai dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Menurutnya, dia tidak memilih protoge dari segi rupa paras, nyanyian atau jantina tetapi kredibiliti. Ketika ditanya tentang sifatnya yang garang membuatkan calon-calon gugup apabila berhadapan dengannya, Mas Idayu berkata dia akan memberi masa kepada calon agar menenangkan diri terlebih dahulu sebelum menyanyi.

Februari 11, 2010

(Gossip) Black masih nafikan hubungannya dengan Mas Idayu

Gossip mengenai Black dan Akak Mas Idayu masih lagi panas di Internet sehingga sekarang ni.Kisah panas hubungan mereka semakin hangat selepas Black mempamerkan kemesraan dengan bekas mentornya itu selepas diumumkan sebagai pemenang Kategori Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24 hingga menjadi buah mulut orang ramai.

Namun Black masih lagi menafikan..Mari kita baca luahan anak muda ini mengenai gossip panas ini di bawah...!!




Baca Selanjutnya

"Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan dia (Mas Idayu). Saya anggapnya sebagai seorang ibu,"
katanya selepas majlis penyerahan cek kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24, di Penthouse TV3 Sri Pentas.

Belum lagi reda gosip panas bersama bekas mentornya, Black kini berhadapan pula dengan cerita panasnya mengenai gambarnya bersama seorang perempuan yang telah tersebar di internet.

Apabila ditanya mengenai kesahihan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perempuan yang bersamanya itu adalah kekasihnya, Black yang tersipu-sipu malu memberitahu perempuan itu sebenarnya bukan buah hatinya, tetapi mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.

"Saya mempunyai ramai kawan perempuan, tapi yang ini paling rapat dengan saya.
"Saya boleh katakan dia adalah kawan perempuan yang boleh dilabelkan nombor satu.

Zoom: NO 1 ??? ermmm Apa komen anda ?

Oktober 08, 2009

(Gossip) Mas Idayu Peluk Black Di "Media"


Alahai akak Mas, macam mana la awek2, makcik,nyahs2 kat luar tue tak marah.Tengok la cara Mas idayu peluk Black, walaupun niat di hati hanya anggap si Black tue adik atau anak tapi mata dan otak kat luar tue susah tentuuu fikir benda yang tak sepatutnya



Baca Selanjutnya

Betul tak apa yang zoom cakap ni, sekarang cintan2 ni tak mengira usia, contoh nya nenek yang kahwin dengan suami dia kat penjara tue. Bukan nak aibkan siapa2 tapi fikir-fikirkanla lahhh.... Apa KOmen anda !!?

Julai 19, 2009

(Celebrity News) Black nazar bina rumah ayah


Teruja dengan perjalanan baru yang diteroka, Black yang bernaung di bawah syarikat Monkey Bone memberitahu dia sedang dalam perancangan melahirkan single pertamanya sebelum Aidilfitri.

Bagaimanapun, ia masih belum diputuskan dan sebagai orang baru, dia mengikut kehendak pihak yang lebih arif dalam merencana masa depannya.

Ditanya jika berpeluang, dengan karyawan mana dia mahu bekerjasama, dalam malu-malu bercampur teruja, Black menjawab: "Audi Mok atau M. Nasir. Saya juga menyukai Aidit Alfian dan Spider sebab kena dengan jiwa saya yang tak terlalu jiwang dan tak terlalu rock."

Sementara bercakap tentang wang tunai RM100,000, kata Black, sebahagian wang tersebut mahu disimpan dan sebahagian lagi ingin digunakan untuk membina sebuah rumah buat ayahnya sebagai tanda terima kasih.

"Saya memang bernazar membuat rumah untuk ayah di tanah milik ayah di kampung kami di Kupang, Baling, Kedah," katanya yang baru membuat kenduri kesyukuran kemenangannya di Baling semalam.


Zoom Comment: Alhamdulillah Black,Kalau itu la nazar black kami Warga Zoomartis mendoakan semoga Black Di Rahmati Yang Maha Esa.

Julai 18, 2009

(Gossip) Komen Ajai aibkan Jay Jay !!


Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my


Minggu lalu menyaksikan kejutan kemasukan protege yang dibimbing Ajai, Chaq selepas diumumkan tersingkir, tetapi dimasukkan semula untuk bertanding ke peringkat akhir bersama Fira (Lah VE) dan Black (Mas Idayu).

Tidak cukup dengan itu, Ajai pula tidak menghormati komen juri jemputan malam itu, Jay Jay yang mengkritik protegenya. Turut diundang sebagai juri jemputan malam itu ialah penyanyi Ning Baizura.

TUJUANNYA hanya satu, menerima tanggungjawab diamanah berlandas kejujuran tanpa mengira persahabatan yang terjalin dalam dunia muzik hiburan tempatan.

Malah, tidak sedikit pun terlintas di pemikirannya untuk memalukan rakannya itu di khalayak ramai. Ini kerana, apa dilakukan pelantun lagu Permaisuriku ini adalah berdasar skop kerja yang ditetapkan iaitu pemberian markah dan komen terhadap peserta bertanding secara rasional dan jitu.

Semuanya terjadi apabila Ajai membalas teguran ikhlas dilontarkan Jay Jay kepada protegenya, Chaq, selepas menyampaikan lagu Michael Jackson secara medley di konsert separuh akhir Mentor musim ketiga yang berlangsung di dewan MBSA, Ahad lalu.

Menurut Jay Jay, dari segi tarian, Chaq tiada masalah kerana sememangnya anak muda ini hebat di pentas beraksi pelbagai tarian dalam persembahan keduanya itu.

Namun, dari segi vokal menyanyikan lagu Michael Jackson, 'key' yang dibawa oleh Chaq sangat rendah dan sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti persembahannya.

Ajai kelihatan tidak berpuas hati komen yang diberikan Jay Jay lantas menyampuk dengan menyatakan: "Saya arrange key itu sesuai dengan kemampuan vokal Chaq."

Malah, tanpa ada rasa sopan dan hormat, Ajai secara selamba memalukan juri itu di khalayak ramai dengan menyatakan: "Takkan saya nak pakai baju abang."

Zoom Comment : Sepatutnya Ajai Patut Hormat sedikit kat Otai Jay Jay,Sebab Setahu Zoom Jay Jay NI Lagie Banyak Pengalaman Dari Ajai..Apa Pandangan KOrang mengenai Gossip ni ? walaupun telah lapuk..namun ini boleh menjadi pengajaran kepada Mentor atau program realiti Lain di hari kemudian.

Julai 13, 2009

(Celebrity News)Black Juara Mentor Musim Ke 3 TV3


Tahniah Black,suara Black memang Superb and Power,Risau juga suara Black sumbang bila menyanyikan Lagu Tinggi...Huh memang tak dinafikan Black patut ditabalkan sebagai Juara MENTOR 2009.Tahniah sekali lagi kepada Black dan mentor nya yang garang.Siapa lagi kalau bukan sifu Mas Idayu...

Dari apa yang zoom tengok, vokal Black nie memang mantap. Jenis rock-rock kapak sikit. Then versatile. Semua jenis lagu dia boleh masuk.

Tahniah kami ucapkan kepada Black sebab dapat bawak balik RM 100 ribu. Tahniah jugak kepada Mas Idayu sebab dapat protege yang mantap.

Ada cadangan dan ura-ura supaya Black gantikan tempat Lan dalam Meet Uncle Hussain. Apa pendapat anda? Sesuai ke tidak?

Mei 15, 2009

Hiburan : permulaan Mentor 3 mengecewakan


KONSERT pusingan pertama, Mentor musim ketiga (Mentor 3) membabitkan kumpulan A pada malam Ahad lalu menyaksikan betapa lemahnya penguasaan vokal setiap protege.

Bertaraf 'biasa-biasa' sahaja, terasa bagaikan membuang masa menonton aksi mereka di pentas yang jelas nampak begitu hambar serta kurang bertenaga.
Paling ketara apabila kumpulan Evo menonjolkan ketidakseimbangan suara antara dua anggotanya iaitu Khairul Najmuddin Abu Samah (Hyrul) dan Halhusani Razmi (Sani).

Ini kerana kekuatan lontaran vokal Hyrul dilihat menenggelamkan vokal Sani yang seakan 'curi tulang' dalam mengeluarkan suara.
Persembahan Fira atau Hunanis Zafira Huzaimi juga tidak menyerlah termasuk Camellus De'lelli Anam (Chaq) yang seperti terikut-ikut dengan gaya sebutan serta nyanyian mentornya, Ajai.

Meskipun Chaq menduduki tangga teratas dengan memungut 67.9 mata berbanding Evo (56.4 mata) dan Fira (39.7 mata) bagi pusingan itu, Chaq perlu mencari sesuatu yang dapat melonjakkan aura kehebatannya.
Memanglah wajah manisnya bisa meraih undi penonton, namun ia perlulah seiring dengan pakej vokal yang mampu membuatkan orang ramai dapat membezakannya dengan protege lain. Begitu juga kepada Fira dan Evo

Faktor X

Mencari apa yang sering dikatakan iaitu faktor X, ia perlu diberikan perhatian yang lebih agar dapat diterima dengan baik sebagai artis selepas tamat Mentor 3 nanti.

Walaupun ini masih di pusingan pertama, namun harus diingat bahawa markah yang dipungut akan dicampurkan sehingga konsert pusingan ketiga sebelum mereka mampu melangkah ke peringkat seterusnya.
Menurut Jaclyn Victor yang menjadi mentor kepada Evo, beliau mengakui akan kelemahan anak didiknya sewaktu konsert tersebut.

Jelasnya, Evo mampu melakukan jauh lebih baik berbanding apa yang dipersembahkan mereka pada konsert pusingan pertama.
"Mengenai Sani, saya dimaklumkan bahawa dia kurang sihat. Kami akan perbaiki kesilapan untuk konsert akan datang,'' ujarnya.

Bagi Ajai pula, konsert pusingan pertama masih di tahap permulaan dan protegenya iaitu Chaq telah melakukan yang terbaik.
"Jika dia (Chaq) tidak ada bakat, saya tidak akan mengambilnya. Dia mampu menari sambil menyanyi. Inilah kelebihannya,'' katanya.

Jelas Ajai, apa sahaja yang dilakukan, yang penting adalah kepuasan daripada pihaknya mahupun Chaq.
Begitu juga dengan Lah. Menurutnya, Fira telah melakukan yang terbaik dan memuaskan hatinya selaku mentor.

Diajukan persoalan mengenai markah, Lah memberitahu bahawa dirinya menerima apa jua keputusan yang telah dilakukan.
Mentor 3 menampilkan Ally Iskandar selaku pengacara program dan Jurnal Mentor manakala Nas Ahmad turut berperanan di belakang pentas.

Juara pertandingan realiti ini akan menerima hadiah lumayan iaitu protege bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5, manakala mentornya pula meraih RM100,000.
Bagi tempat kedua pula, setiap protege dan mentor akan membawa pulang RM30,000.

Format pemarkahan Mentor 3 adalah melalui tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, undian sistem khidmat pesanan ringkas (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).
Ahad ini (17 Mei), konsert pusingan pertama untuk kumpulan B akan berlangsung dengan membabitkan Keena, Thye dan Black.

Apa kepentingan Nas Ahmad?

Sementara itu, Mentor 3 kali ini mengundang rasa kurang senang di kalangan penonton terhadap Nas Ahmad yang ditugaskan untuk mengendalikan segmen di belakang pentas.
Menurut mereka, perjalanan Mentor 3 agak terganggu lantaran sikap Nas Ahmad yang dikatakan agak memualkan tatkala menjalankan tugasnya.

Menjawab mengenai perkara tersebut, Penerbit Mentor 3, Muhamad Sufian Isa berkata, ia merupakan salah satu perubahan yang dilakukan terhadap program realiti itu.
Katanya, Nas Ahmad ditugaskan untuk mengetengahkan apa yang berlaku di belakang pentas atau mengupas mengenai persembahan protege di atas pentas.

"Kami juga ada menerima komen-komen negatif terhadap Nas Ahmad.
"Mungkin cara penyampaiannya akan diperbaiki. Sebenarnya tugas Nas Ahmad adalah untuk mendapatkan reaksi protege terhadap persembahan mereka di atas pentas.

"Reaksi-reaksi ini ada kalanya akan hanya diluahkan mereka di belakang pentas menerusi perantaraan Nas Ahmad,'' jelasnya.
Saat diajukan persoalan mengenai kejadian prop yang hampir terjatuh ketika persembahan Fira, Muhamad Sufian menjelaskan bahawa ia akan diberikan perhatian pada konsert-konsert akan datang.

"Selain kejadian itu, kita juga akan perbaiki sistem audio,'' tambahnya.

Info : Utusan Malaysia