Kerana kesilapan memilih genre muzik tari dalam pertandingan Mentor musim ke 6, Adam mengakui ia menyebabkan Protogenya tersingkir semalam (Ahad). Daripada pemerhatian ZoOm semasa program Mentor 6 berlangsung semalam, anda dan penonton diluar sana sudah mengetahui siapakah yang akan tersingkir.
Persembahan mantap oleh Zatul dan Caroline dalam Kumpulan B semalam sudah cukup untuk mengambarkan bertapa jauhnya tahap yang ditonjolkan oleh kedua-dua mentor tersebut.
Dan berikut komen daripada Mentor KJ (Adam) berkenaan persembahan Protogenya :
"Kesilapan pada persembahan saya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
"Saya akui gementar selepas melihat Caroline dan Zatul mendapat pujian daripada juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.





