Januari 03, 2012

Komen Adam AF Mengenai Pemilihan Beliau Sebagai Mentor 6

"Orang selalu menganggap saya masih lagi baru dan mentah dalam industri muzik. Malah kurang berpengalaman untuk mendidik seorang protege di 'Mentor 6'.

"Tetapi mereka tidak sedar bahawa sudah lapan tahun saya bergiat aktif dalam muzik. Ya, mungkin sebelum ini saya kurang berpengalaman, tetapi sedikit sebanyak ilmu itu ada dalam diri ini.

"Bukannya mahu membangga diri, berdasarkan pengalaman yang ada, saya ingin berkongsi dengan bakal protege saya nanti," jelasnya.

"Cuba fikir, berapa ramai penyanyi 'dance' di Malaysia yang berbakat? Yang popular hanya Stacy sahaja. Justeru itu saya ingin kembalikan konsep tersebut dalam peredaran muzik kita," katanya.

ZoOM : Menurut Adam beliau ingin mencari seorang protage yang boleh menari dan menyanyi seperti Stacy. Pendapat ZoOM biarlah dia mencuba dulu dan mungkin suatu hari nanti beliau akan menjadi MENTOR yang sebenar. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!