Januari 03, 2012

Farhan AF Dan Bakal Suami Akan Bertunang Pada Februari 2012

“Itulah, memang Ana sendiri yang mahukan saya menjadi pengapitnya untuk persandingannya di Sungai Koyan ini.“Kata Ana, alang-alang saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, jadi apa salahnya saya mengambil berkat daripada majlis perkahwinannya itu,” katanya tersenyum menguntum sambil mata mengerling ke arah seorang jejaka yang tidak jauh daripadanya.

Apabila ditanya, benarkah dia akan mendirikan rumah tangga, Farhan berkata dia memilih untuk mengikatkan tali pertunangan terlebih dahulu pada Februari tahun depan dengan kekasihnya, Rashdan Suhaimi, 27.“Ada baiknya kami bertunang terlebih dahulu. InsyaAllah setahun selepas itu barulah kami memutuskan untuk berkahwin,” katanya yang akhirnya telah berkesempatan memperkenalkan Rashdan kepada portal murai.com.my.

Seorang jejaka yang agak pemalu dan ringkas, Rashdan merupakan graduan dari salah sebuah universiti di United Kingdom dan kini telah pulang ke tanah air sejak Julai lalu untuk meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan buah hatinya itu.Menurut Farhan, kekasihnya itu masih mencari kerjaya yang sesuai dengannya dan untuk majlis persandingan berkenaan jejaka berkenaan telah bertindak selaku jurugambarnya untuk tatapan mereka berdua.


ZoOM : Dah lama ZoOM tak melihat penampilan Farhan, last sekali semasa konsert Reunion AF baru-baru ini, apa-apapun semoga pertunangan yang bakal dibina akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan sterusnya ke akhir hayat.Insyallah.


Credit : Portal Murai
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!