Januari 04, 2012

Nabil Deejay Baru Suria FM

Alhamdulillah dah rezeki Nabil atau nama sebenar beliau Ahmad Nabil Ahmad yakni seorang JUARA program Raja Lawak kerana terpilih menjadi Deejay baru Suria FM.Mungkin nama nabil terpilih daripada beberapa orang yang di ujibakat seperti Amy Mastura dan Azza Elit.


Menurut sumber Nabil akan memulakan tugas sebagai Deejay pada pertengah Januari ini (Jika Betul Tau), namun berikut beberapa jawapan Nabil apabila ditanya oleh wartawan :
"Macam mana tahu ni? Saya tak nak komen. Tunggulah pihak Suria FM yang buat pengumuman. Tapi saya mengaku pernah dipanggil untuk diuji bakat sebelum ini," katanya.

Ditanya adakah dia bakal menggantikan penyampai Breakfast@Suria, Sharifah Shahira yang akan tamat kontrak pada 24 Januari ini, Nabil berkata dia tidak akan menggantikan sesiapa di stesen itu.

"Tidak akan ganti sesiapa. Tunggulah pengumuman mereka nanti," ujarnya ringkas.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!