Memaparkan catatan dengan label Artis Astro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Astro. Papar semua catatan

Februari 23, 2012

Raja Lawak 6 : Kumpulan Skema Dan Riki Tersingkir Pada Minggu Ke 6 raja Lawak 6

Selepas berjuang selama enam minggu di Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), akhirnya perjalanan dua kumpulan iaitu Skema dan Riki berakhir sebentar tadi selepas mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir.

Skema dan Riki tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding enam peserta lain yang membuat persembahan di minggu keenam ini. Kumpulan 2Yol yang turut diumumkan antara tiga peserta yang mendapat undian terendah bagaimanapun terselamat dari penyingkiran.

Berlangsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, minggu keenam Gelanggang Raja Lawak 6 membawakan tema retro dan para peserta diminta membuat persembahan berdasarkan situasi,

Disember 12, 2010

Akademi Fantasia 9 adalah yang terakhir terbitan Astro

Kalau betullah gossip yang wartawan Murai kongsi dengan pembaca dilaman web tersebut sudah pasti membuatkan peminat fanatik dan setia Akademi Fantasia terkilan dan sedih dengan apa yang ZoOm baca dan dengar. Namun hari demi hari aura Akademi Fantasia semakin pudar, dan mungkin sebab itulah pihak Astro bertindak menjadikan AF9 sebagai pentas yang terakhir. APa pun berikut "Statement" daripada laman web Murai mengenai gossip ini.


10 DIS 2010: Semua dah tahu kan yang Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) akan kembali tidak lama lagi. Tapi, apa yang mengejutkan Murai Batu, AF9 kali ini akan menjadi program AF terakhir yang diterbitkan oleh Astro.

November 10, 2010

( Malaysia News ) Astro Naik Taraf Sistem Maklumat Pelanggan

Sekadar Ingin Berkongsi Bersama....





KUALA LUMPUR: Stesen berbayar, Astro sedang mengemaskinikan sistem informasi pelanggan bermula dari 11 hingga 17 November ini.
Menurut jurucakap Astro, para pelanggan digalakkan untuk mengemukakan maklumat berkaitan kepada bahagian khidmat pelanggan sebelum 10 November ini dengan menghubungi talian 1-300-82-3838 atau emelkan kepada wecare@astro.com.my.
Sebagai alternatif lain, para pelanggan juga boleh maklumat melalui laman web www.astro.com.my.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Astro <--- Click 2x

September 23, 2010

Jadual Uji Bakat Raja Lawak Astro Musim Ke Lima


Sesi ujibakat akan memulakan jelajah setiap minggu dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Bagi anda yang berminat, boleh menghadiri ujibakat pada tarikh dan lokasi berikut.

September 17, 2010

Awal dan Scha Sedondon Berbaju Raya

Alahai pasangan kekasih bahagia ni, nampak berseri-seri berbaju raya di Hari Raya yang mulia ni. Gambar ni Zoom ambil dari Facebook Awal, sorry ye bro pinjam kejap sebab nampak handsome dan comel pula mereka berdua apatah lagi dengan warna yang sedondon.

Mac 27, 2010

Tarikh Uji Bakar Imam Muda DI Saluran Astro


TARIKH/ LOKASI UJI BAKAT IMAM MUDA:
# 26 - 27 Mac/ Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu
# 2- 3 April/ Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Star, Kedah
# 10 - 11 April/ Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru
# 17 - 18 April/ Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur


Kriteria ditetapkan untuk program ini ialah lelaki berusia 18 hingga 27 tahun, penampilan menarik, memiliki asas pengetahuan agama yang baik, berpendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mampu menghafal surah lazim dari Ad-Duha hingga An-Nas.

"Kelayakan tambahan adalah memiliki suara yang lunak, boleh menyanyi dan berbahasa Inggeris dengan baik, aura kepemimpinan, sihat fizikal dan mental serta cergas tubuh badan. Sekiranya lulus, peserta akan dibawa ke peringkat kedua iaitu ujian perwatakan dan kecergasan,"




HADIAH lumayan berupa kereta bernilai lebih RM150,000 menjadi habuan bagi peserta program realiti terbaru Astro Oasis (saluran 106), Imam Muda.
Tidak cukup dengan itu sebagai ganjaran, pemenang menerima pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Selain khidmatnya diperlukan bagi memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mac 02, 2010

(Cerita Artis) Kecik, Idlan dan Alex "FInal" Raja Lawak



Tahniah diucapkan kepada Alex, Idlan dan Alex kerana berjaya sampai ke pusingan akhir gelangang Raja Lawak Musim 2010.


GELANGGANG akhir Raja Lawak 4 pada malam Ahad ini bakal menyaksikan kemaraan dua wakil Sabah, Kumpulan Kecik dan Alex serta seorang wakil Kedah, Idlan beradu nasib untuk bergelar Raja Lawak musim ini.
Kemaraaan mereka meninggalkan Kumpulan Mamu yang tersingkir setelah mendapat undian terendah, 19.8 peratus di persaingan separuh akhir, kelmarin.
Persaingan di separuh akhir (Minggu 9) menyaksikan persaingan semakin sengit dan pola undian yang tidak dapat diramal di kalangan peserta.
Keputusan malam separuh akhir, kelmarin menyaksikan Kumpulan Kecik mengungguli kedudukan dengan 29.3 peratus, Idlan (25.7), Alex (25.2).

Zoom: SIapakah Pilihan anda sebagai juara Raja Lawak Musim ke 4 ???

Februari 12, 2010

(Cerita Artis) Que Haidar utamakan disiplin di AF8 !!

Bertuahnya si Que Haidar dan isteri, akhirnya dapat juga dia menemani si isteri mengajar bakal pelajar di Akademi Fantasia 8 nanti.

Pihak ASTRO membuat kejutan dengan memilih Que Haidar sebagai jurulatih drama bagi Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Kepercayaan yang diberikan oleh pihak ASTRO kepadanya untuk membimbing pelajar-pelajar AF8 sebagai jurulatih drama membuktikan dirinya kini diiktiraf sebagai pelakon yang berkebolehan.

Mari kita baca komen Que mengenai kerja baru beliau ini !!...



Baca Selanjutnya

"Mula-mula dapat tawaran itu, saya rasa terperanjat. Tapi selepas difikirkan kembali, saya rasa begitu teruja sekali
.

"Walau apa pun, saya rasa ia adalah satu penghargaan buat diri saya kerana pihak Astro memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya," ujarnya selepas majlis Sidang Media dan Pengumuman Rasmi Pengetua, Pengacara, dan Tenaga Pengajar AF8, di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun sibuk dengan kariernya sebagai pelakon, Que dengan penuh yakin memberitahu akan menggalas tanggungjawab yang diberikan itu dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau ikutkan, kerja saya memang sibuk tapi saya akan menjadi seorang guru yang terbaik buat pelajar-pelajar saya.

"Saya akan berkongsi pengalaman dengan mereka sebagai pelakon dan turut mengaplikasikan apa yang saya pernah belajar semasa di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) suatu masa dulu,"
kata Que, yang berusia 31 tahun.

Ditanya mengenai caranya yang tersendiri untuk melatih pelajar-pelajarnya, Que memberitahu, dia akan mementingkan disiplin dan ketegasan semasa melatih pelajar-pelajarnya.

"Saya sudah pun diberi silibus untuk sesi saya dan saya yakin dengan pengalaman lebih kurang 13 tahun dalam bidang lakonan, saya boleh memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan pelajar saya.

"Tapi susah nak cakap juga, kerana saya belum bertemu dengan pelajar-pelajar AF8,"
ujar ayah kepada Puteri Ratu Haidar ini.

Februari 11, 2010

(AF) Norman Abdul Halim Pengetua AF 8, Sarimah dan Jimmy Pengacara !!

Akhirnya konterversi dan persoalan yang timbul mengenai siapakah Pengetua dan pengacara Program Realiti Akademi Fantasia musim ke 8 tahun ini.Norman Abdul Halim bertuah kerana diberi kepercayaan meneruskan tradisi sebagai pengetua dalam program Realiti Akademi Fantasia.

Zoom: Dibawah gambar tenaga pengajar dan Hos Akademi Fantasia 8...!!



Baca Selanjutnya

Jimmy Dan Sarimah Selaku Pengacara AF8
Pengetua,Hos Dan Tenaga Pengajar Di AF 8 2010

Januari 27, 2010

(Akademi Fantasia) Sambutan AF 8 masih hangat di Pasaran



Akademi Fantasia musim ke-8 kembali menemui peminatnya. Uji bakat pertama sudah pun dijalankan pada 9 &10 Januari lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mendapat sambutan hangat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata sambutan masih lagi rancak seperti tahun sebelum ini di mana lebih 1,000 borang berjaya dikeluarkan untuk lokasi pertama itu. Malah, Azlin menjelaskan pada hari pertama sahaja, lebih 500 borang telah habis diedarkan.

"Sistem pemilihan masa lagi sama seperti tahun yang sudah Setiap peserta perlu melalui 4 peringkat tapisan. Untuk peringkat pertama dan kedua, peserta akan diuji dengan bakat nyanyian dan pengesanan bukan tone deaf. Juri untuk peringkat pertama dan kedua adalah Cikgu Shafie, Lah V.E dan penyanyi Deja Moss,"
jelas Azlin.



Baca Selanjutnya

Perbezaan jelas ketara pada peringkat ketiga yang mana peserta akan dinilai personaliti melalui motivasi. Bagi peringkat ini, pakar motivasi dan penyanyi popular, Dr Fazley diberi amanah untuk menilainya.

"Peringkat ini agar berlainan sedikit. Peserta diuji dengan personaliti dan mengesan bakat sampingan yang ada pada setiap peserta uji bakat. Peringkat terakhir pula merupakan sesi temuramah secara dekat bersama juri-juri khas pilihan Astro," kata Azlin.

Untuk keseluruhan, Akademi Fantasia musim ke -8 (AF8) masih lagi mempunya visi yang sama iaitu mencari penghibur serba boleh. Ditanya sama ada pihak Astro bersedia berhadapan dengan risiko penurunan jumlah peserta uji bakat pada musim kali ini, Azlin menegaskan bahawa bukan kuantiti yang mereka cari tetapi kualiti pada keseluruhannya.

"Setakat ini memang kita nampak peserta yang memiliki kriteria seperti ini tetapi kebanyakan mereka masih tidak cukup umur untuk menyertai AF", katanya.

Zoom: Apa kata anda mengenai AF8 ini ?

Januari 10, 2010

(Gossip) Akim mangsa dalam gosip pergaduhan dengan wartawan


Bintang remaja, Akim makin popular. Debaran Akim untuk melihat respon peminat terhadap siri itu semakin reda kerana ia nyata mendapat sambutan baik daripada peminatnya. Bagaimanapun debaran yang lebih kencang menanti Akim apabila akan turun ke gelanggang Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) pada Ahad ini, 10 Januari.



Baca Selanjutnya

Menjawab soalan yang lebih panas tentang gosip dia bergaduh dengan seorang wartawan hiburan, baru-baru ini, Akim berkata perkara itu sudah selesai dan hanyalah salah faham. Lebih dashyat, isu ini dikatakan timbul akibat keluarga Akim tidak merestui hubungan akrab Akim dan wartawan tersebut.




"Sebenarnya, apa yang berlaku tidaklah sampai ke tahap bergaduh seperti yang digembar-gemburkan. Akim hanya boleh cakap, ia cuma salah faham saja
," katanya.

Ditanya apakah puncanya, Akim akui ia disebabkan tindakan pihak ketiga yang telah menjadi batu api dan cemburu dengan hubungan rapat mereka selama ini.


"Akim dan dia hanyalah sekadar rapat sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Akim sendiri tak faham mengapa orang berkenaan (orang ketiga) cuba jadi batu api
" kata Akim yang enggan memanjangkan lagi isu itu kerana ia telah berakhir.

Zoom: Kesian kat AKIM ni, tak habis-habis gossip mengenai beliau...Apa kata anda ?

Disember 29, 2009

(AF) Jadual Akademi Fantasia 8 , Lagu dan Kriteria peserta AF8


Juri dan bersama penerbit AF8

Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata ujibakat kali ini akan dilakukan secara tiga peringkat yang mana bagi memastikan peserta yang dipilih adalah yang terbaik dan mempunyai pakej seorang penghibur.

"Kali ini calon akan melalui tiga peringkat pemilihan iaitu peringkat pertama dari segi mutu suara, peringkat kedua adalah dari segi kualiti sebagai penghibur dan peringkat akhir adalah penilaian perwatakan atau personaliti peserta.
"Peringkat ketiga merupakan final bagi menentukan sama ada mereka sesuai atau tidak menjadi pelajar AF musim ini, kita tidak mahu mereka hanya mempunyai suara yang bagus atau rupa paras yang menarik malah mempunyai perwatakkan dan keyakinan diri yang tinggi.
"Di situ kita akan adakan ujian penilaian dari segi perwatakan seperti bahasa badan, riak wajah dan bagaimana mereka menghadai tekanan, ini adalah persedian apabila mereka keluar dari akademi mereka mampu untuk berdiri sendiri"
ujar Azlin.





Baca Selanjutnya

Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 9 - 10 JanThe Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 16 - 17 JanRedbox Gurney, Plaza Gurney, 16 & 17 JanHotel Promenade, Kota Kinabalu, 22-24 JanHotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 JanStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 30 & 31 Jan

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18-45 tahun dan membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menyanyi secara 'acapella' lagu-lagu pilihan seperti berikut:

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:

1. Gagap - Stacy2. Jika Kau Ubah Fikiran- Mila3. Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah4. Dan Sebenarnya - Yuna5. Di Taman Teman -Siti Nurhaliza6. When You’re Gone - Avril Lavigne

Manakala lagu pilihan peserta lelaki:

1. Situasi -Bunkface2. Hujan -Sudirman3. Ada Untukmu -Nubhan4. Berdendang Dalam Tangisan -Jamal Abdillah5. Fikirlah -Aizat6. I’m Yours -Jason Mraz

Sementara itu, sebuah persembahan pentas istimewa akan diadakan untuk menghangatkan lagi sesi ujibakat di negeri Johor pada 16 dan 17 Januari.


Disember 21, 2009

(Cerita Artis) Konsert Sakti M.Nasir & Datuk Siti Nurhaliza


Best juga zoom baca khabar dua artis yang berpengalaman dalam industri muzik tanah air kita ini, peminat siti dan sifu memang tidak dinafikan akan mengambil kesempatan ini untuk menatap wajah artis kesayangan mereka..Jum ZoOm Kisah konsert artis berdua ini..!!!

Astro akan membawakan siaran langsung konsert gabungan bersejarah dua individu tersohor dunia seni iaitu Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza dari Esplanade, Singapura secara eksklusifnya menerusi Astro Box Office Events (saluran 955) untuk sempena membuka tirai tahun 2010.

Peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza berpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung pada 1 Januari 2010, jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00. Siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2010 di saluran yang sama.



Baca Selanjutnya

“Sebagai memenuhi janji kami kepada para pelanggan untuk terus membariskan program-program siaran Astro yang bermutu tinggi dan mempunyai pengisian yang padat, kami berbesar hati membawakan Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza yang menggabungkan dua nama besar iaitu M. Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza secara langsung dari Espanade, Singapura. Kehebatan dua ikon seni, M. Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Pencapaian dan kejayaan mereka dalam mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat industri seni hiburan ke peringkat yang lebih tinggi adalah sesuatu yang amat membanggakan.

"Oleh itu, kami percaya konsert ini mampu membekaskan impak yang mendalam serta dapat memberikan pengalaman menonton yang mempersonakan. Tiket Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Singapura ini telah habis dijual dalam masa seminggu sahaja dan kami faham yang tidak semua peminat berpeluang untuk menyaksikan konsert hebat gabungan dua gergasi seni negara ini berikutan faktor lokasi dan kapasiti tempat yang terhad serta harga tiket yang agak mahal. Sehubungan dengan itu, kami di Astro ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk turut sama menyaksikan konsert gabungan paling bersejarah dan menakjubkan ini terus di kaca televisyen dengan hanya RM10 sahaja.

"Kami percaya dengan harga serendah ini dan kelebihan untuk menikmati konsert bertaraf dunia di kediaman sendiri pada waktu yang fleksibel adalah suatu pengalaman menonton yang amat sempurna. Inilah tawaran istimewa buat para pelanggan Astro yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada kami," ujar Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh.

Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzik terkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentas iaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Datuk Siti Nurhaliza di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 orang pemuzik di bawah pimpinan mereka.


Disember 16, 2009

(Raja Lawak) Peserta Raja Lawak 4 Bertemakan 'Kelakar Tak Ingat;


Inilah diantara peserta Raja Lawak 4 yang akan bermula pada 24 Disember ini, bagi memeriahkan program realiti Raja Lawak ke 4 ini tema ' Kelakar tak ingat' menjadi taruhan oleh penerbit.

Tema 'Kelakar Tak Ingat' ini mudah difahami, ringkas dan bersesuaian sekali untuk pengisian komedi yang bakal kami tampilkan di musim ini.

"Ia juga satu tema yang sinonim untuk menggambarkan tahap kelucuan, jenaka dan hiburan yang dipersembahkan oleh peserta dan program ini secara keseluruhannya,"




Baca Selanjutnya

Pengkritik tetap yang dipertanggungjawabkan untuk memberi tunjuk ajar, komen dan panduan kepada semua finalis terdiri daripada pelakon dan penggiat seni serba boleh Afdlin Shauki, penyampai radio dan pelawak Din Beramboi serta pelawak dan pengacara Bob Lokman.

Menampilkan 10 finalis, musim keempat ini bakal membariskan enam peserta solo iaitu Alex atau Alexander Ahat, 28 (Sabah), Aman atau Zulkefli Abu Bakar, 28 (Johor), Caca atau Abdul Halim Abdul Malek, 31 (Kedah), Faiz atau Khairul Faiz Sulaiman, 18 (Perak), Idlan atau Khairul Idlan Abdul Razak, 21 (Kedah) dan JD atau Ahmad Zaidi Masri, 30 (Perak).

Sementara empat kumpulan yang bakal bersaing ialah kumpulan Kecik yang dianggotai Achoe atau Mohd Ilham Rusdy, 19 dan Wan atau Safuan Madeaming (Sabah), kumpulan Mamu yang terdiri daripada Ajo atau Wan Azrul Azizan, 24 dan Abu atau Abu Musarrif Abu Bakar, 21 (Pulau Pinang), kumpulan An2 - Ijal atau Rosshahrizal Bachok, 24 dan Tepet atau Raja Nor Shafiq Azraie Shah, 20 (Johor) dan kumpulan Wili yang menggabungkan Wira atau Ismawira Bahdun, 22 dan Ali Black atau Mohammad Ali Maula Ahmad, 24, masing-masing dari KL dan Perak.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi ujibakat musim ini menerusi Al-Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 24 dan 25 Disember 2009, jam 9 malam

Zoom : apa kata anda mengenai Program Raja Lawak Musim ke 4 ini ? jum komen k !!!

November 08, 2009

(Sehati Berdansa) Siapa Akan Tersingkir Dalam Sehati Berdansa Malam ini !!!


Minggu sebelumnya Pasangan Anita Baharom, 26, dan suami Mohamad Ismadi Ismail, 38, terpaksa akur dengan keputusan pengundi yang meletakkan mereka di tangga tercorot dan sekali gus menjadi pasangan pertama tersingkir di pentas Sehati Berdansa 3 (SB3).

Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari pada Malam Debaran Sehati Berdansa (SB3) yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil malam tadi nyata mengejutkan semua pihak oleh kerana ramai mempercayai pasangan Mirna diisingkirkan.

Mirna dan isterinya, Norah yang sebelum ini berada di tangga terbawah menarik nafas lega apabila melompat 2 anak tangga dengan mengumpul mata 42.56 pada minggu ini, mengatasi pasangan Oshin 42.07 dan Anita. 41.74



Baca Selanjutnya

Selepas undian ditutup pasangan Sazzy berada di tangga paling selesa dengan mengumpul 53.02 mata, diikuti Didie 50.03, Dira 49.82, Isma 48.32. Manakala Sein 47.97 dan Enot 43.13.

Anita dan Ismadi hanya mengutip 41.74 mata bagaimanapun tetap mengucapkan terima kasih kepada pengundi. Walaupun tersingkir mereka turut berjaya menyumbangkan RM2,000 kepada Persatuan SLE Malaysia.

Pada pandangan anda siapakah akan tersingkir malam ini, setakat ini undian di Laman Web Murai Pasangan Enot Masih mendahului..

Bagi zoom yang akan ke Final adalah 1 - Isma / ZUl
2 - Didie / Sham
3 - Sein / Nana
4 - Enot / Zul

Tapi bagi anda, siapakah pilihan dihati !!?




November 06, 2009

(Cerita Artis) Percintaan Almy Dan Fizz Masih Bahagia !!!


Hari ini zoom ada terbaca coretan dan temuramah "Press" dengan pasangan kekasih ni semasa sidang Media Anugerah Skrin 2009 di Bandar Sunway.Disebabkan gossip hubungan mereka, keluarga Almy melarang bergambar dan menjaja kisah cinta mereka.



Baca Selanjutnya

Ketika mengusik Almy tentang bila nak kahwin, balasnya, ‘kalau nak tahu tanya dia (Fizz)’ sambil menuding jari ke arah kekasihnya itu.

Pasangan ini jarang berjumpa dan pertemuan mereka di majlis sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2009 di Bandar Sunway baru-baru ini selepas dua minggu tidak berjumpa.

“Kami tak janji datang sekali. Saya datang pun setelah mendapat tahu daripada pihak MIG dan Lisa Surihani menghubungi saya menerusi SMS.

Zoom Suka "statement" dibawah ni, alangkah bagusnya kalau semua artis macam ni. Sederhana tapi bahagia dan tidak menunjuk-nunjuk kepada PUBLIC.

“Kalau berjumpa dalam satu majlis, ikutkan keluarga saya tak galakkan untuk kami mengambil gambar bersama tetapi kali ini kami terpaksa juga atas kehendak media.

“Bukan apa, mereka bimbang hubungan kami tak jadi kalau terlalu menunjuk sangat,” kata Almy yang gembira dengan pencalonan beberapa drama dan filem lakonannya dalam ASK 2009.

Zoom: Ini pula jawapan Cepu Emas bila nak melamar Almy !!!

“Saya tak tahu bila sebab sekarang ini saya mahu memberikan peluang kepadanya untuk menceburi bidang ini sepuas-puasnya. Lagipun, dia masih pendatang baru dalam industri ini,” katanya yang turut meraih tiga pencalonan menerusi drama ‘Kekasihku Seru’, ‘Sama Tapi Tak Serupa’ dan ‘43424’.

Zoom Komen: Semoga hari-hari bahagia yang akan mendatang akan menjanjikan kebahagian yang di impikan oleh pasangan ini..Apa Komen Anda !!!?

Oktober 31, 2009

(Cerita Artis) Erra kendali program realiti bola sepak !!!!


SEBAGAI bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, saluran Astro Ria (saluran 104) meneruskan lagi penerbitan rancangan-rancangan hebat dengan memperkenalkan sebuah lagi program realiti bagi mencari jaguh bola sepak di kalangan kanak-kanak, 'Tiger Futbol Starz' yang dibawakan bersama Krafts Food.

'Tiger Futbol Starz' ialah sebuah program realiti bagi mencari jaguh bola sepak di kalangan kanak-kanak yang menerapkan elemen keseronokan, drama serta memberi aspirasi kepada kanak-kanak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun berlatih untuk menjadi juara.



Baca Selanjutnya

"'Tiger Futbol Starz' juga mengukuhkan lagi nilai jenama ‘sekuat harimau’ yang mengajar kanak-kanak untuk makan makanan berkhasiat dan mengamalkan nilai-nilai murni semasa bekerja dalam pasukan dan bersukan.”

Sesi ujibakat akan diadakan di beberapa tempat terpilih seperti berikut dari jam 7 pagi hingga 5 petang:

Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur- 31 Okt 2009

Padang Merdeka Perbandaran Berjaya, Kota Kinabalu, Sabah- 7 Nov 2009

Dataran Merdeka Kuching, Sarawak- 14 Nov 2009

Padang Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar, Kedah- 21 Nov 2009

Padang USM, Pulau Pinang- 22 Nov 2009

Dataran JB, Johor Bahru, Johor- 28 Nov 2009

'Tiger Futbol Starz' ini terbuka warganegara Malaysia yang berumur 7 hingga 12 tahun.

Mereka yang berminat hanya perlu hadir dalam pakaian sukan dan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga.

Mereka juga perlu membawa sekeping gambar saiz pasport serta kad pengenalan MyKID / MyKAD sebagai bukti pendaftaran.

Bagi mereka yang membawa sepeket biskut Tiger (sebarang jenis) semasa pendaftaran, mereka berpeluang untuk menerima hadiah istimewa daripada barangan Tiger.

Dua puluh satu orang peserta terbaik yang terpilih dari sesi ujibakat ini akan dimasukkan ke dalam ”Akademi Tiger Futbol Starz” di Casa MSN selama 2 minggu untuk menerima pelbagai latihan intensif.

Tiga orang peserta terbaik yang berjaya mengharungi cabaran-cabaran yang telah dijadualkan bakal menerima habuan sebanyak RM10,000 setiap seorang dan akan didaftarkan untuk menyertai sekolah sukan yang berprestij di dalam negara, Sekolah Sukan Bandar Penawar.

Zoom Komen: Semenjak Anak erra dilahirkan rezeki Artis ini semakin bertambah, yang terbaru jadi pengacara program realiti pula. Selama ini kita selalu melihat lakonan beliau tapi kali ini Erra akan menjadi hos rancangan program realiti di Astro..!! Apa Komen Anda mengenai program dan hos nya !!!


Oktober 29, 2009

(Astro) Ujibakat Raja Lawak di Pulau Pinang dapat sambutan hebat !!!!


PASUKAN produksi Raja Lawak Astro 4 telah memulakan penjelajahannya ke negeri Pulau Pinang bagi mencari bakat-bakat lawak baru yang boleh dipertandingkan.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Selepas menobatkan kumpulan Sepah sebagai juara Raja Lawak musim ketiga, Astro meneruskan lagi inisiatifnya bagi mencari pelapis dalam bidang komedi menerusi Raja Lawak musim keempat.




Baca Selanjutnya

Bagi orang ramai yang telah terlepas peluang untuk menghadiri sesi ujibakat di kedua buah lokasi ini, sesi ujibakat Raja Lawak Musim 4 akan meneruskan penjelajahannya ke lokasi-lokasi berikut:

Tarikh Lokasi Negeri31 Oktober 2009 & 1 November 2009 (Megamall, Kuantan, Pahang) 7 & 8 November 2009(Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor)14 & 15 November 2009(One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah)

Pada musim ini, program realiti bakat lawak popular ini bertuah apabila mendapat kerjasama tiga pelawak serba boleh untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu.

Beliau yang dimaksudkan ialah penulis, pengarah, pelakon, penyanyi, penerbit filem dan hos tv serba boleh, Afdlin Shauki; penyampai radio dan pelawak terkenal; Din Beramboi serta pelawak dan pengacara tv yang dikenali ramai; Bob Lokman.

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim keempat) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi.

Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini tiga tahun berturut-turut dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.

Raja Lawak (musim keempat) akan mula menemui para penonton pada 26 Disember 2009, jam 8.30 malam di Astro Prima.

Info : Murai
Mstar

Zoom Komen: Apa tunggu lagi, sesiapa yang ada bakat terpendam tue pergilah. Kalau rasa-rasa boleh buat seseorang gelak dengan celoteh anda, apa salahnya jika mencuba nasib. "Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Manusia siapa tahu" ?..Apa Komen Anda !!?


Oktober 22, 2009

(Gossip) Aishah AF7 tidak tahu dikatakan seksi! !!



Aishah akui yang dirinya bukanlah seorang yang suka berpakaian seksi namun apabila dilemparkan kenyataan sedemikian, gadis manis dan suka tersenyum ceria ini lantas tertawa dan menjawab dengan tenang.

"Saya tak kisah orang nak kata apa pun tentang pakaian saya. Saya tak tahu pun macamana orang boleh kata saya seksi sedangkan pakaian saya setiap kali keluar rumah hanyalah baju t dan seluar jeans serta bergaya 'biasa-biasa' sahaja," katanya.




Baca Selanjutnya

"Saya bukanlah jenis suka berpakaian seksi dan pentingkan cara berpakaian kerana saya seorang 'public figure'. Jadi, saya tidak akan pakai sebarangan baju," tambahnya lagi.

Namun begitu, Aishah menafikan yang dirinya mempunyai hubungan cinta dengan Akim itu seperti yang digosipkan sebelum ini. "Kisah saya dan Akim hanya 'cerita' dalam Astro dan sekarang kami sudah lama tidak berjumpa kerana dia sibuk dengan lakonan manakala saya pula sibuk dengan 'show'," jelasnya.

Oktober 14, 2009

(Cerita Artis) Peserta Sehati Berdansa 3 !!!!


Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti kanberentap dalam program realiti tarian popular, Sehati Berdansa 3 (SB3)yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.

Mereka yang terpilih adalah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; Didie & Isham Ismail....



Baca Selanjutnya

Pengumuman senarai peserta telah diadakah sebentar tadi di Hotel Sunway Resorts, dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.

Programpopular siaran Astro Ria ini akan kembali menemui peminat bermula 17Oktober ini, jam 9 malam menerusi program pengenalan iaitu KenaliPasangan Sehati Berdansa 3.

Sekali lagi murai.com.my dipilihsebagai portal hiburan rasmi program itu. Inilah masanya peminat dapatmengikuti perkembangan mutakhir tentang pertandingan itu terutamapaparan berita dan gosip.

Anda boleh mendapatkan liputaneksklusif menerusi laman mikro khas iaitu SehatiBerdansa3@murai.com.my. Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir,foto serta latar belakang peserta musim ini.

Sebelum ini pihakAstro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah Scha Al Yahyadan Fahrin Ahmad yang mana mereka akan mengendalikan Malam SehatiBerdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3. Scha yang juga pelakon AwanDania telah dipilih menggantikan tempat Linda Onn sebagai hos baru SB3

ManakalaAwal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Shaari akanmengendalikan 4 program iaitu Debaran Sehati Berdansa 3, Detik SehatiBerdansa 3, Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.
Berikut adalah senarai program SB3:

Kenali Sehati Berdansa 3
17 & 18 Oktober, Sabtu & Ahad, 9.00 Malam

Detik Sehati Berdansa 3
Bermula 19 Oktober, Setiap Isnin – khamis, 9.00-9.05 Malam

Di Sebalik Sehati Berdansa 3
Bermula 23 Oktober, Setiap Jumaat, 9.00 Malam

Malam Sehati Berdansa 3
Bermula 24 Oktober, Setiap Sabtu, 9 Malam

Debaran Sehati Berdansa 3
Bermula 25 Oktober, Setiap Ahad, 9.00 Malam

Zoom Komen: Terkejut Dina MAsuk :P, APa komen anda mengenai peserta Sehati Berdansa 3 tahun ni ?