Juri dan bersama penerbit AF8
"Kali ini calon akan melalui tiga peringkat pemilihan iaitu peringkat pertama dari segi mutu suara, peringkat kedua adalah dari segi kualiti sebagai penghibur dan peringkat akhir adalah penilaian perwatakan atau personaliti peserta.
"Peringkat ketiga merupakan final bagi menentukan sama ada mereka sesuai atau tidak menjadi pelajar AF musim ini, kita tidak mahu mereka hanya mempunyai suara yang bagus atau rupa paras yang menarik malah mempunyai perwatakkan dan keyakinan diri yang tinggi.
"Di situ kita akan adakan ujian penilaian dari segi perwatakan seperti bahasa badan, riak wajah dan bagaimana mereka menghadai tekanan, ini adalah persedian apabila mereka keluar dari akademi mereka mampu untuk berdiri sendiri"ujar Azlin.
Baca Selanjutnya
Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 9 - 10 JanThe Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 16 - 17 JanRedbox Gurney, Plaza Gurney, 16 & 17 JanHotel Promenade, Kota Kinabalu, 22-24 JanHotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 JanStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 30 & 31 Jan
Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.
Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18-45 tahun dan membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menyanyi secara 'acapella' lagu-lagu pilihan seperti berikut:
Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:
1. Gagap - Stacy2. Jika Kau Ubah Fikiran- Mila3. Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah4. Dan Sebenarnya - Yuna5. Di Taman Teman -Siti Nurhaliza6. When You’re Gone - Avril Lavigne
Manakala lagu pilihan peserta lelaki:
1. Situasi -Bunkface2. Hujan -Sudirman3. Ada Untukmu -Nubhan4. Berdendang Dalam Tangisan -Jamal Abdillah5. Fikirlah -Aizat6. I’m Yours -Jason Mraz
Sementara itu, sebuah persembahan pentas istimewa akan diadakan untuk menghangatkan lagi sesi ujibakat di negeri Johor pada 16 dan 17 Januari.