PASUKAN produksi Raja Lawak Astro 4 telah memulakan penjelajahannya ke negeri Pulau Pinang bagi mencari bakat-bakat lawak baru yang boleh dipertandingkan.
Sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Selepas menobatkan kumpulan Sepah sebagai juara Raja Lawak musim ketiga, Astro meneruskan lagi inisiatifnya bagi mencari pelapis dalam bidang komedi menerusi Raja Lawak musim keempat.
Baca Selanjutnya
Bagi orang ramai yang telah terlepas peluang untuk menghadiri sesi ujibakat di kedua buah lokasi ini, sesi ujibakat Raja Lawak Musim 4 akan meneruskan penjelajahannya ke lokasi-lokasi berikut:
Tarikh Lokasi Negeri31 Oktober 2009 & 1 November 2009 (Megamall, Kuantan, Pahang) 7 & 8 November 2009(Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor)14 & 15 November 2009(One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah)
Pada musim ini, program realiti bakat lawak popular ini bertuah apabila mendapat kerjasama tiga pelawak serba boleh untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu.
Beliau yang dimaksudkan ialah penulis, pengarah, pelakon, penyanyi, penerbit filem dan hos tv serba boleh, Afdlin Shauki; penyampai radio dan pelawak terkenal; Din Beramboi serta pelawak dan pengacara tv yang dikenali ramai; Bob Lokman.
Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim keempat) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi.
Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.
Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.
Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini tiga tahun berturut-turut dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.
Raja Lawak (musim keempat) akan mula menemui para penonton pada 26 Disember 2009, jam 8.30 malam di Astro Prima.
Info : Murai
Mstar
Zoom Komen: Apa tunggu lagi, sesiapa yang ada bakat terpendam tue pergilah. Kalau rasa-rasa boleh buat seseorang gelak dengan celoteh anda, apa salahnya jika mencuba nasib. "Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Manusia siapa tahu" ?..Apa Komen Anda !!?