Memaparkan catatan dengan label Pelawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelawak. Papar semua catatan

Mac 28, 2012

Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis !!

Ini berita terbaru yang ZoOM baca mengenai pelawak terkenal,Apek yang dikaitkan dengan pengambilan dadah baru-baru ini. Dan keputusan yang diterima melalui portal berita online (Mstar) seperti dibawah.


ZoOM malas nak cerita panjang lebar....anda baca dan Komenlah sendiri !!!!

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis 
Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28. 
Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa

Mac 10, 2012

Empat Finalis Program Raja Lawak 6 Akan Berentap Di Pentas Akhir

Empat finalis bakal berentap pada pentas akhir musim keenam yang bakal berlangsung pada 16 Mac ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Kejutan itu diumumkan pada gelanggang separuh akhir (minggu kesembilan) di Pusat Penyiaran Asia, Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.

Empat peserta yang bersaing pada minggu separuh akhir adalah kumpulan 2Yol, Cuit, Shiro dan Zero.

Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu produser David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusly.



ZoOM : Anda Rasa Siapa Akan Menjadi JUARA Program Raja Lawak 6 Kali ini ? adakah Shiro atau Zero ? sama-sama kita tunggu dan lihat siapakah bakal menjadi Juara kali ini.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Januari 28, 2012

Raja Lawak 6 : Kumpulan Ketupat Dan King Tersingkir

Kumpulan Ketupat-TERSINGKIR

Kumpulan King -TERSINGKIR

KUALA LUMPUR: Kumpulan King dan Ketupat menjadi mangsa penyingkiran pertama gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) selepas mendapat peratus undian terendah pada persaingan minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.

King mendapat 6.3 peratus undian, manakala Ketupat dengan undian tercorot, 5.7 peratus.

Satu lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah iaitu kumpulan Albob (6.5),

Januari 16, 2012

Gambar Peserta Raja Lawak 6 | Biodata Peserta Raja Lawak 6


KUMPULAN RIKI


Nama Samaran : Lyzal
Nama Sebenar : Norlizal Bin Mohamed Ghani
Asal :Penang
Umur :27 tahun
Bakat selain melawak : Bermain alat muzik
Kerjaya :Pekerja Kilang
Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi juara raja lawak.

Nama Samaran : Azhar
Nama Sebenar : Md Noor Hazhar Bin Adnan
Asal :Penang
Umur :21 tahun
Bakat selain melawak : menyanyi
Kerjaya :Pekerja Hotel

November 30, 2011

Video Osbon Maharaja Lawak Minggu Ke 4

Asal malam je hujan, asal hujan je malam... Perkataan yang terkeluar daripada minda ZoOM selepas menonton video Youtube kumpulan OSBON dalam program Maharaja Lawak pada minggu ke 4. Lakonan yang bersahaja dengan menggunakan topic "Pengantin Baru" sudah pasti mengeletek segenap lapisan masyarakat yang menonton semasa dan selepas rakaman.

Apa yang pasti Otai pelawak ini memang layak digelar serba serbi boleh, bukan hanya semasa didepan kamera  crew atau pun pengarah namun dalam program ini mereka hadir dengan pakej yang pada kelasnya tersendiri.

ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai Kumpulan OSBON ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

November 02, 2011

Kumpulan Bawal Power Berlatih Di Hospital Kerana Bob Kuman Masuk Hospital | Video Maharaja Lawak Minggu Pertama


Walaupun sakit dan memerlukan rawatan dan tidak digalakkan melakukan persembahan minggu lalu namun Bob Kuman atau nama sebenar beliau Husni Rawi tetap bersemangat dan berjaya menarik perhatian penonton dan juri.

ketika ZoOm menulis "post" ini Bob Kuman masih berada di Hospital menjalani rawatan susulan kesihatan yang tidak mengizinkan dan perlu di beri perhatian. Rakan seperjuangan beliau yakni Sobri banyak berkorban kerana terpaksa berulang alik dan kadang-kadang terpaksa bermalam di Hospital bagi memastikan persembahan terbaik mereka minggu ini.

Semoga Bob akan sihat walafiat.


Dan berikut video persembahan kumpulan Bawal Powers (BP) dan Kumpulan Lain minggu lepas :

Oktober 13, 2011

Update Peserta Maharaja Lawak Mega - Senarai Pelawak Malaysia, Indonesia dan Singapura



BERKUMPULAN :

PIMAI : Sathiya , Imuda & Mat Over
HIRO : Hamdan , Ilya , Ropie  - cecupak
BOBOI : Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik
Anje : Achong(sweetchild) & Joey Daud

Osbon  : Mr Os & Abon

Bawal Power : Bob Kuman & Sobri

Rap : Aziz Kota , Pak Lah(cecupak) & Rama(jangan ketawa)

Comel : Radhi Khalid & Bell Ngasri

3G : Yassin , Didie Alias & Enot

Jun 28, 2011

Taukeh Jambu Belum Bercerai Dengan Isteri | Taukeh Jambu Dan Gadis Cantik


"Selepas masuk Maharaja Lawak, orang semakin mengenali diri saya, dan kemungkinan untuk gambar ini tersebar sememangnya sangat besar. Tak dinafikan, impaknya juga besar kerana keluarga saya juga mengetahui perkara ini.
"Hubungan saya dan isteri sememangnya sudah lama bergolak, malah sejak saya satu tahun yang lepas kami sudah tinggal berasingan.
 
"Namun sekarang saya sedang berusaha mencari jalan yang terbaik untuk hubungan kami ini, keluarga saya dan keluarganya akan berbincang, jika masih boleh diteruskan saya tidak keberatan untuk berbaik semula dengannya,"jelas Tauke.
Gadis Gossip 1

Jun 25, 2011

Lagi Video Maharaja Lawak Akhir Kumpulan Sepah | Jambu | Jozan & Nabil

Ini ZoOm rakam sendiri ...Full version akan di "Upload" setelah ada dalam Youtube :)
Jangan Marah arghhhhhh !! BlackBerry Version...!!!

Saksikannnnnnlahhhhhh wahaiiiiiiiiiii si pembaca ZoOMartis DOt Net !!!

Kumpulan Sepah :

Jun 18, 2011

Keputusan Maharaja Lawak - R2 Terkeluar


Malam ini menyaksikan kumpulan Jozan, Jambu, Nabil dan kumpulan Sepah mara ke FINAL program Maharaja Lawak yang akan berlangsung di Klang Valley minggu hadapan. Namun agak malang buat kumpulan R2 kerana hanya mampu sampai keperingkat malam ini.

Namun persembahan ala-ala memancing dan sesi dialog tidak dapat memancing undi juri awam dan juri profesional malam semalam.


Bagi ZOoM malam ini "STAR" patut diberikan kepada kumpulan "SEPAH" kerana berjaya membuatkan ZOoM sekeluarga tergelak dengan semput bersahaja mereka.

ZoOM : APa Pula Kata Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Mei 06, 2011

Pelawak Pak Uda atau Zami ismail Masuk ICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru


Inilah gambar Pak Uda @ Zami Ismail yang kini bertarung nyawa di wad ICU di Hospital Ampang, setelah sekian lama menghiburkan kita dengan lawak-lawak beliau. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Pak Uda sembuh. Insyallah dengan doa anda Pak Uda akan sembuh semula daripada penyakit beliau.



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

April 28, 2011

Bob Lokman Tinggalkan Dunia Lakonan Dan Hiburan

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman akan meninggalkan dunia hiburan kita kerana sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggap penuh dengan 1001 cerita disebaliknya. Memang tidak dinafikan tapi bagi ZoOM tidak semua yang terlibat dalam industri kita mempunyai perangai yang sama.
Kemuncaknya pelawak dan pelakon kita ini akan meninggalkan dunia glamour yang selama ini diceburinya selama bertahun-tahun lamanya. Suka duka dalam industri hiburan sudah pasti akan menjadi ingatan dan sebutan lidah beliau selagi berada dimuka bumi ini. 
Memang sedih sebab kita kehilangan seorang lagi pelawak dan pelakon yang berbakat dalam dunia hiburan kita.Dan berikut jawapan beliau ketika ditanya oleh wartawan :
"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.
"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya kepada mStar Online, di sini, Rabu.
ZoOM : Apa Komen Anda Mengenai Topic Ini ?

April 16, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 3 - Nanyian dan Video Lawak Usop Wilcha


Mood mengantok petang ni ZoOm terjumpa satu video pencipta fenomena "Kite Bakor & Cob Citer 2x" yang kini menghantui peminat diluar sana. Kehadiran Usop Wilcha dalam program Maharaja Lawak Minggu ke 3 mengamit keadaan kerana lawak beliau yang bersahaja dan nyanyian yang membuatkan penonton tidak senang duduk memerhati gelagat Usop ni.

Namun Keputusan minggu ketiga ini agak mengejutkan apabila R2 terkeluar sementara Amir yang buat lawak ke laut masih terselamat. Dah Rezeki Amir kerana masih kekal dalam program ini walaupun banyak teguran diterima. Keputusan minggu lepas menyaksikan No Entry dan Wai terkeluar.

ZoOM : Apa-Apa pun apa kata anda mengenai video ini ?

April 05, 2011

Gossip AR Badul Mencabul Budak 13 Tahun

Nampaknya ada akhbar yang sudah menghebahkan abang AR Badul kita yang terpaksa menjawap soal siasat polis kerana laporan seorang remaja yang mendakwa beliau dicabul. Kesahihannya belum dapat dipastikan dan sama-samalah kita tunggu dan lihat adakah artis veteran kita ini bersalah ataupun tidak.

Tetapi seperti anda semua sedia maklum hukuman yang bakal diterima memang sangat berat kepada si pelaku jika didapati bersalah.

Harian Metro semalam melaporkan pelawak terbabit menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dia mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu. 

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

April 02, 2011

Panas : Mangsa Cabul Pelawak Berusia 63 Tahun !!?

Sekadar Hiasan

Alahai satu lagi kisah artis kita yang memalukan rakan artis yang lain, tidak tahu dimana silapnya artis tersebut dikatakan menggunakan usia dan duit untuk mengaburi mangsa ketika mencabul. Malah gadis malang yang dicabul adalah orang yang dikenali, dan paling memalukan umur pelawak ini yang sudah mencecah 60 an.

Jika ingin mengetahuinya siapa calon-calon pelawak pencabul ini lawati laman forum ini <--- CLick 2x !!
Dan berikut kisah pelawak pencabul ini dibawah :

KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
 

Mac 18, 2011

Juara Program Raja Lawak Musim Ke 5

Malam ini merupakan final Program Raja Lawak di Astro Saluran 105, baru sebentar tadi Abang jamal abdillah kita menyanyi..

Siapakah Juara Program Raja Lawak Musim ke 5 tahun ini !!!?

kedudukan setakat ini :

Balas 48 %

R2 34 %

Man 18 %

ADAKAH BALAS AKAN MENJADI JUARA !!!!???

Januari 02, 2011

Gambar Terbaru Accapan Pelawak Malaysia !!

Jika anda peminat Abang Accapan kita ni sudah pasti anda akan tersenyum dengan telatah beliau ketika berada dikaca TV dan didepan mata anda. 

Tak lama lagi Program Raja Lawak 5 akan keudara untuk tatapan anda semua. 

Disember 28, 2010

Gambar Peserta 12 Finalis Raja Lawak musim kelima

Inilah wajah-wajah peserta Raja Lawak Musim Ke 5....Saksikanlah kemunculannya di depan kaca tv anda



Peserta kali ini terdiri daripada lapan peserta berkumpulan iaitu Kumpulan Pukaw (Indran Putra Setia Negara(22), Abd Hadzir Abdullah(23), Nizam Solah (34) ), R2(Rahim Mat Ali(40), Ridhuan Mat Ali(21

Disember 21, 2010

Kutipan Filem Ngangkung Mencapai 8 Juta hanya Sebulan di tayangkan

Wow....memang superb dan menakjubkan filem arahan Ismail Hasim syarikat MIG mengegarkan pawagam di Malaysia. Kutipan ini menjadikan filem Ngangkung antara filem melayu yang mencatat kutipan paling tinggi  mengatasi filem Adnan Sempit.


Bagi ZoOm Aura Shaheizy atau Sam sudah pasti membuka mata peminat filem Malaysia, mungkin ada diantara anda diluar sana yang setuju dengan pandangan ZoOM. Selain daripada jalan cerita dan komedi

Disember 18, 2010

Gambar Aksi Mesra Mamat Kumpulan Sepah Dan Ada Adik Rody Kristal

Kalaulah betul Mamat Sepah ni bercinta dengan Ada adik Rody gitaris kumpulan Kristal, cepat-cepatlah hantar rombongan sebab ZoOm nampak Ada ( nama panggilan ) comel dan cute je...


Bertuahnya kalau Mamat Sepah ni menjadi suami atau Kekasih si Ada yang putih dan manis ni, Jejaka tinggi lampai bernama Mamat ni sudah pasti tak tidur malam teringatkan Ada yang comel ni kot :).


Apa tunggu lagi Mamat....langkah kanan lerr :) 


Lagi gambar dibawah :