Memaparkan catatan dengan label Zizan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zizan. Papar semua catatan

Jun 26, 2012

Zizan Mengaku Juliana Evans Beri Cincin Kepada Beliau

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak hari ini mengaku cincin yang dipakainya ketika sesi tayangan filem Mail Lambong di TGV Sunway Piramid baru- baru ini adalah pemberian dari Juliana Evans.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka yang dikatakan semakin intim sejak akhir akhir ini.


“Benar cincin itu adalah pemberian Jue sendiri kepada saya,” kata Zizan kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Kemesraan antara Zizan dan Juliana ketika sesi tayangan, Mael Lambong Selasa lalu menggambarkan kebahagiaan mereka. Namun, apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka, keduanya menegaskan hanya berkawan rapat dan ‘sekepala’.

Mei 03, 2012

Artis Malaysia : Zizan Ditahan di Hospital Pantai Bangsar Kerana Keradangan Otot

KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2012: Selepas pulih dari demam, batuk dan selesema, pelawak dan pengacara TV, Zizan Razak dilaporkan diserang sakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya.

Oleh kerana itu, Zizan kini terpaksa ditahan di wad hospital Pantai Bangsar untuk menerima rawatan yang lama.

Menurut pengurus peribadinya, Marina Juki menjelaskan doktor menasihatkan agar Zizan mengambil cuti rehat yang panjang supaya derita keletihan otot ini boleh beransur pulih dengan cepat.

"Syukur Alhamdulillah, keadaan Zizan tidak terlalu kritikal. Namun, dia masih perlu berehat sepenuhnya dan terpaksa membatalkan segala penggambaran termasuklah penglibatannya untuk program Melodi dan Super Spontan.

"Zizan telah dikejarkan ke hospital malam tadi kira-kira jam 1.30 pagi selepas dia mengadu sakit teruk dibahagian belakang badannya. Waktu itu, dia sebenarnya dalam perjalanan ke Ipoh untuk menjayakan siaran live Melodi di Jom Heboh di Ipoh, Perak..

April 26, 2012

Kereta Nissan Skyline GTR R-35 dan Zizan, Mitsubishi Evo 10





Dengan rezeki yang diberikan kepada Aaron Aziz dan Zizan, akhirnya inilah hasilnya, Nissan Skyline GTR R-35 dan Mitsubishi Evo 10 (Kereta Idaman). Bak kata orang "Rezeki ayam nampak di kaki, tetapi rezeki manusia siapa yang tahu".

Kereta sport yang ZoOM rasa harga mencecah ratusan ribu ini sudah pasti tidak akan dikecapi tanpa usaha keras daripada artis yang terkenal ini.

Bagi anda yang ingin memilikinya, buatlah perancangan dan cuba kira kemampuan anda untuk memilikinya. Jangan hanya cukup-cukup untuk membayar ansuran bulanan sudahlah.

Dan dibawah ZoOM sertakan beberapa gambar kereta sport Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak untuk tatapan anda semua :

Februari 03, 2012

Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang | Trailer Filem Jangan Pandang-Pandang


Sinopsis:


Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil

Januari 12, 2012

Zizan Akan Lawat Juliana Evans DI AS Untuk Lepaskan Rindu !!

Zizan berkata, memandangkan Juliana atau nama panggilannya, Jue, ada di AS, dia ingin mengambil kesempatan untuk berehat dan berjalan-jalan di negara tersebut selain merindui pelakon jelita itu yang dianggap sebagai teman wanita yang rapat dengannya.
"Saya mahu ke sana (AS) untuk bertemu Jue selain dapat berjalan di tempat-tempat menarik.
"Diakui, sejak ketiadaannya, saya cuba kuatkan diri dengan penuhkan jadual-jadual kerja dan ini adalah cara 'permainan' bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya. Tapi saya bukan kecewa tau," tambahnya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah

Jun 25, 2011

Lagi Video Maharaja Lawak Akhir Kumpulan Sepah | Jambu | Jozan & Nabil

Ini ZoOm rakam sendiri ...Full version akan di "Upload" setelah ada dalam Youtube :)
Jangan Marah arghhhhhh !! BlackBerry Version...!!!

Saksikannnnnnlahhhhhh wahaiiiiiiiiiii si pembaca ZoOMartis DOt Net !!!

Kumpulan Sepah :

Februari 22, 2011

Fara Dan Wahid Akan Bersara Daripada Melodi Pada 27 Mac, Digantikan Oleh Dira Dan Zizan

Nampaknya gossip yang tersebar diluar sana benar belaka, terbaru ZoOm terbaca berita di akhbar online Mstar mengiakan gossip yang mengatakan Wahid dan Fara akan digantikan oleh pengacara baru ( Zizan dan Dira ). Berikut ZoOm sertakan "Statement" mengenai kisah Fara dan Wahid berakhir pada 27 Mac ini di Karnival Jom Heboh Batu Kawan Pulau Pinang.



PETALING JAYA: Pengacara Zizan (Raja Lawak) mengakui berasa bangga dan teruja apabila ditawarkan menggantikan Wahid Senario bagi mengacara rancangan hiburan popular, Melodi di TV3. 

Disember 28, 2010

Pengakuan Zizan dan Juliana Evans Mengenai Gossip Mereka Bercinta !!

Zizan tampil dengan "Statement" ini mengenai status dia dan Juliana Evans yang sibuk diperkatakan kerana sering dilihat bersama oleh peminatnya. Berikut temubual oleh wartawan bersama Zizan dan Juliana Evans dan maklum balas yang diterima seperti dibawah :


"Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.
"Kalau betul saya ada girlfriend, saya tak akan keluar terang-terangan begini. Saya lebih suka hal peribadi dirahsiakan.

Disember 10, 2010

Permintaan melampau Zizan Nin Dalam Teater Muzikal Tun Mahathir

Huh...panas juga cerita ni apabila Zizan ataupun pengurus beliau meminta bayaran tinggi mengalahkan Maya Karin dalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir. Seribu satu cerita juga yang timbul dalam pementasan yang akan dipentaskan pada 21 hingga 30 januari 2011 nanti. Berikut "statement" Menurut Siti Rohayah Attan selaku penerbit Teater Muzikal Tun Mahathir kepada wartawan manggaonline 


"Zizan pada mulanya bersetuju untuk berlakon dalam musim kedua, namun segalanya musnah selepas pengurus Zizan memutuskan untuk tidak bersetuju kerana bayaran yang diterima kurang memberansangkan.

Jun 19, 2010

Ziza Raja Lawak Buka Kedai Jual Pakaian Indonesia

Alhamdulillah akhirnya anak muda daripada program Raja Lawak ini sedar yang rezeki ketika dan selepas menjadi artis.Tanpa menoleh ke belakang beliau terus mengorak langkah kaki kanan untuk mencuba alternatif lain mencari rezeki selain daripada bidang industri hiburan.


Semoga perniagaan beliau akan berjalan dengan lancar, malah beliau juga berharap ada teman seperjuangan yang ingin menjadi Duta dan mempelawa artis-artis lain untuk datang sama-sama merasmikan kedai yang akan dibuka nanti.


Apa kata anda mengenai artis membuka perniagaan !!?

Jun 02, 2010

Gambar Zizan Dan Isteri Di Mekah

Alhamdulillah inilah yang dinamakan suami yang tahu akan tanggungjawap di dunia

Mac 10, 2010

Zizan Nin Akhirnya Ditunangkan Dengan Fazilah Hani


Taniah diucapkan! Zizan Nin akhirnya selamat bertunangan kelmarin (7/3) dengan pilihan hatinya,Seorang gadis bertudung dan bertugas sebagai penyampai di NTV7, Fazilah Hani Harun, Cantik orangnya, tinggi lampai dan sepadan sangat dengan Zizan.
Majlis pernikahan akan berlangsung pada 19 Mac ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Sekarang sudah sampai jodoh dan Zizan akan bernikah dalam suasana sederhana. Majlis pernikahannya juga secara sederhana saja sebab Zizan dan bakal isterinya suka kepada kesederhanaan, tak perlu canang keliling negeri, minta sponsor sana sini. Apa yang penting, kehidupan selepas berkahwin.

Februari 28, 2010

(Gossip) Zizan Raja Lawak tinggalkan Leez AF tanpa sebab !!?



 Zoom pun baru tahu Zizan dan Leez ini sudah putus cinta ditengah jalan,yang sedihnya ditinggalkan tanpa alasan daripada si jejaka pelawak di malaysia ni.Apakah sebabnya hanya mereka yang tahu, kerana percintaan dan perpisahan hanya mereka je yang alami dan bukannya anda.Apa pun dibawah ni luahan gadis AF bernama Leez.Baca dan apa kata anda ?












"Terus-terang saya katakan saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja tanpa menjelaskan apa-apa. Sampai saat ini pun, saya masih tidak tahu sebabnya. Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, populariti mungkin boleh mengubah segala-galanya. Saya terima. Awalnya agak sukar jugak untuk saya terima hakikat tersebut.
"Buat masa ini, saya tidak fikir saya sudah bersedia untuk ke arah itu (cari lelaki lain). Biarlah saya tumpukan perhatian pada kerjaya seni saya. Saya nak kumpul duit dulu," katanya lagi. -Murai

Februari 26, 2010

(Cerita Artis) Zizan Nin Nikah 19 Mac ini di Masjid Negara Kuala Lumpur

Alhamdulillah akhirnya Zizan Nin akan bernikah 19 Mac ini di Masjid Negara Kuala Lumpur dengan pasangannya Fazilah Hani Harun yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.Pertunangan yang dibina sejak tiga bulan lalu berakhir dengan pelamin indah yang mereka bina..


Zoom doakan semoga pernikahan tersebut akan berlangsung dengan indah dan sempurna


Apa kata anda ?

Februari 18, 2010

(Cerita Artis) Zizan Nin dengan imej berjambangnya !!!!

Artis yang sebelum ini ingin menghebahkan kepada masyarakat di luar sana mengenai tarik perkahwinannya dengan gadis pilihan. Akhirnya bertukar fikiran apabila ingin berteka teki tarikh perkahwinannya akan datang.Tetapi konsep dan tema masih sama yakni dalam taman seperti yang beliau beritahu sebelum ini.

Apa-apa pun Zoom bagi pihak admin sentiasa mendoakan semoga hari bahagia itu akan datang dan berlangsung dengan sempurna..Tapi tak kan dengan berimej macam ni, zoom lebih suka kalau tak ada langsung jambang tue...Bagi anda pula ???

Disember 19, 2009

(Cerita Artis) Zizan Nin Kahwin Bulan Depan !!!


Artis yang mempunyai kebolehan dan pakej yang sempurna ini jarang sekali kedengaran di media cetak atau pun elektronik, tetapi setiap kalau watak yang dibawanya menjadi idola dan perbualan segenap masyarakat di Malaysia. Bukan kerana kejelikan atau kepincangan tetapi watak yang dibawa dengan jayanya. Sebelum ini zoom ada berkongsi mengenai Arwah Ibu Zizan yang meninggal Oktober lalu, mungkin zizan sekarang ini memerlukan sesorang disampingnya..Jum kita zoom Cerita artis yang serba sederhana dalam publisiti di Malaysia ini mengenai perkahwinan dan hubungannya dengan si bakal isteri yang bukan di kalangan orang seni ...!!!




Baca Selanjutnya

Sudah mengenali hati budi sang puteri idaman sejak lebih setahun lalu, pelakon kacak berusia 36 tahun ini menjelaskan bahawa kekasihnya itu bukanlah insan seni atau selebriti.

"Dia orang biasa dan bukannya selebriti. Kami sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu. Saya dan dia menjadi rapat selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan.

"Alhamdulillah, dia memahami saya dan karier saya. Arwah ibu saya sempat bertemu dengannya sebelum ibu meninggal dunia Oktober lalu,'' katanya ketika ditemui media sewaktu pembukaan Celebrity Fitness di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, minggu lalu

Mengulas lanjut, Zizan berkata, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, dia dan teman wanitanya sudah pun menjalani kursus perkahwinan yang diadakan pada cuti Aidiladha yang lalu.

Ketika ini, jelasnya, dia sedang sibuk membuat persiapan untuk bertunang terlebih dahulu dan selepas itu menguruskan pula persiapan berkahwin.

"Buat persiapan bertunang dahulu. Untuk majlis pernikahan dan bersanding nanti, selain kami berdua, akan ada perunding perkahwinan untuk menguruskan persiapan tertentu.

"Insya-Allah, saya akan mengambil cuti selama dua minggu untuk pernikahan nanti. Tidak boleh cuti lama-lama kerana jadual kerja saya cukup padat,'' katanya yang masih teringat akan pemergian arwah ibunya pada Oktober lalu.

Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga teman wanitanya, Zizan menjelaskan, dia mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan keluarga bakal mertuanya mengenai kedudukannya sebagai orang popular.

"Kita artis, sibuk dengan kerja. Ditambah dengan perihal perceraian di kalangan artis yang dilaporkan di media.

"Semua itu sedikit sebanyak membuatkan mereka bimbang. Tetapi, Alhamdulillah, mereka dapat menerima saya seadanya,'' kata Zizan yang sentiasa melemparkan senyuman.

Malah Zizan turut memberitahu bakal isterinya bertudung dan sekita 20an, bertuahnya siapa yang dapat menjadi suami Zizan ni..Semoga hari yang bahagia itu akan menjelma..!!! APa kata anda ???



Oktober 02, 2009

(Gossip) Zizan Raja Lawak Cari Calon Lepas Putus Cinta !!!!


"Sekarang saya tengah cari calon selepas kejadian buruk yang berlaku raya tahun lepas. Memang saya sedih, kawan-kawan rapat saja yang tahu keadaan saya.

"Lepas kejadian itu, saya tak fikir untuk bercinta. Bila bercinta semuanya indah sebab cinta itu buta, oleh itu saya perlukan kawan-kawan untuk turut menilai wanita yang rapat dengan saya.

"Saya beringat sebab saya berkahwin bukan untuk diri saja tetapi untuk keluarga," ujar Zizan yang pernah digosipkan bercinta dengan Leez AF suatu ketika dulu.



Baca Selanjutnya

Nampaknya rezeki Zizan dan Johan sentiasa melimpah. Buktinya mereka masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan Raja Lawak musim keempat.

"Saya bersyukur sangat apabila masih diberikan peluang oleh Astro untuk terus bersama rancangan ini. Saya dan Johan memang serasi walaupun kami lelaki. Walaupun kami selalu bersama tapi saya tak pernah menghalang Johan berkahwin," ujar Zizan yang penuh dengan sifat lucu ini.

Selain terlibat dengan Raja Lawak, Zizan menerima banyak tawaran berlakon filem antaranya Kapoww dan Uncle Usin sebagai teraju utama. Biarpun dikenali sebagai pelawak, namun jejaka berusia 25 tahun ini mahu mengembangkan bakatnya sebagai penghibur.

"Kalau boleh saya nak sentiasa mantapkan kerjaya sebab kita tak tahu bila saat kita akan jatuh. Bagi saya pesaing tak wujud sebab semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Oleh itu, janganlah fikir bagaimana untuk jadi bagus sebaliknya buat untuk jadi bagus," tambah Zizan lagi.

Musim terbaru Raja Lawak akan menyaksikan gandingan otai lawak untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu iaitu Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman.

Zoom Komen: ALhamdulillah murah rezeki JOhan Dan ZIzan,walapun gossip sana sini kedengaran namun rezeki artis raja lawak ni datang melimpah2.eruskan perjuangan Anda berdua...Apa Komen U alls!!! Jangan BAca Je KOmen laa !!

(Gossip) Johan dan Zizan buktikan mereka masih satu kepala !!!


Selebriti News
GOSIP yang tersebar mengenai dua orang pengacara Raja Lawak iaitu Johan dan Zizan tidak sekepala pernah menjadi cerita hangat yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya mengenai kesahihannya.

Gosip yang mengatakan kedua-dua mereka sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi satu kepala itu pastinya bukan sesuatu yang benar setelah kedua-dua mereka membuktikannya apabila terus dipilih untuk mengacarakan Raja Lawak musim keempat yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurut Muhamad Yazid Lim atau Johan dia begitu terjejas dengan gosip tersebut dan tidak suka ada pihak yang ingin memecahbelahkan hubungan baiknya dengan Zizan.

"Bila gosip itu diperkatakan, ia sangat menjejaskan saya... mereka kata saya dan Zizan sudah tidak sekepala dan tidak lepak sekali, sedangkan kami selalu lepak sekali.

"Bagi saya orang yang menyebarkan gosip tersebut adalah seorang yang jahat dan mempunyai niat untuk memecahbelahkan hubungan baik antara kami.




Baca Selanjutnya

"Bila saya beritahu Zizan tentang gosip tersebut dia juga marah dan terkejut, hubungan kami memang sentiasa rapat dan tidak pernah ada masalah," katanya.
Menurut Johan juga dia tidak faham mengapa ada sesetengah pihak yang dengki terhadap hubungannya bersama Zizan.

"Saya sendiri tidak faham mengapa ada sesetengah pihak yang dengki pada kami berdua... sedangkan kebenarannya kami bekerja hanya untuk menghiburkan penonton dan tidak pernah ganggu sesiapa.

"Tapi apa saya boleh buat... mulut orang kita bukan boleh tutup dan sayapun tidak ada hak untuk halang orang dari terus menyebarkan berita palsu," kata suami kepada pelakon Ozlyn Wati ini.

Melihat gelagat Johan dan Zizan ketika ditemuramah, kemesraan dan keakraban dua sahabat ini bagai sudah menjelaskan mereka tidak memiliki sebarang masalah dalam persahabatan mereka.

Bagi Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, dia menerima gosip ini sebagai satu perkara yang positif buatnya dan Johan di mana gosip itu juga membantu mempromosikan mereka berdua

Zoom KOmen : empunya diri jer yang tau,Tapi zoom tengok budak berdua nie tak da masalah jer...ok jer..!!! any info !!!

September 24, 2009

(Celebrity News) Zizan Nin Jadi Pengacara Program Kecantikan !!!


Huh..memang Talented juga di Zizan ni,cerita terbaru zizan digandingkan dengan Yasmin Hani dalam satu program kecantikan..To be continuee...

Julai 18, 2009

(Gossip) Siapa Top 6 ... Dalam Botol?

Tak Habis2 lagie cite Bab Anu dalam Botol ni!! HAri tu bab tajuk Anu dalam botol now dah tukar ke .....Dalam BOtol.

Sekarang NI terbitan Raja Azmi Raja Sulaiman yang mempunyai judul kontroversi iaitu Anu Dalam Botol khabarnya belum lagi menemui calon yang benar-benar sesuai untuk memegang dua watak utama filem itu iaitu watak Ruby dan Ghaus.

Khabarnya antara pelakon yang mempunyai potensi besar ialah Zizan Nin, Arja Lee, Kefli (AF3) dan Ryzal bagi watak Ruby, iaitu seorang lelaki yang bertukar perempuan. Sementara, Norman Hakim, Tony Eusoff, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja pula berpeluang memegang watak Ghaus sebagai pasangan kepada Ruby.

Itu senarai yang diperoleh daripada sesi uji bakat sebelum ini, namun daripada senarai tersebut, menurut Raja Azmi hanya enam orang sahaja yang akan terpilih.

Bagaimanapun nasib enam pelakon yang terpilih itu nanti masih di awang-awangan apabila nama mereka akan diundi oleh orang ramai bagi menentukan siapa yang bakal berlakon dalam filem tersebut.

Siapa yang paling banyak mendapat undian, secara automatik pelakon itu akan memperoleh dua watak utama tersebut. Tidak ubah seperti program realiti TV lakonan seperti Pentas Wayang dan Pilih Kasih pula.


Zoom Comment : Tak tau la kalau ada undi SMS pulak :P,NI 1st time aku dengar public buat undian memilih pelakon.. "Lucu Tapi Benar" , "Program Reality Mencari Pelakon".Sama2lah kita tunggu dan lihat sapakah pelakon yang bertuah itu..Adakah jejaka kat bawah ni ?