Memaparkan catatan dengan label Aaron Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aaron Aziz. Papar semua catatan

April 26, 2012

Kereta Nissan Skyline GTR R-35 dan Zizan, Mitsubishi Evo 10





Dengan rezeki yang diberikan kepada Aaron Aziz dan Zizan, akhirnya inilah hasilnya, Nissan Skyline GTR R-35 dan Mitsubishi Evo 10 (Kereta Idaman). Bak kata orang "Rezeki ayam nampak di kaki, tetapi rezeki manusia siapa yang tahu".

Kereta sport yang ZoOM rasa harga mencecah ratusan ribu ini sudah pasti tidak akan dikecapi tanpa usaha keras daripada artis yang terkenal ini.

Bagi anda yang ingin memilikinya, buatlah perancangan dan cuba kira kemampuan anda untuk memilikinya. Jangan hanya cukup-cukup untuk membayar ansuran bulanan sudahlah.

Dan dibawah ZoOM sertakan beberapa gambar kereta sport Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak untuk tatapan anda semua :

April 12, 2012

Panas : Fan Page Zed Zaidi Di Godam Oleh Aaronators Crew !!


http://www.facebook.com/zedzaidifanpage

Setelah beberapa hari kisah panas mengenai post di akaun Twitter Zed Zaidi, akhirnya Aaronators Crew menunjukkan belangnya dengan mengodam Facebook Fan Zed Zaidi.Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan apa yang diluahkan, Aaronators Crew ingin memberitahu kepada anda, terutamanya Fan Zed bahawa mereka tidak selesa dengan komen yang Owner Fan mengenai artis mereka. Dan berikut beberapa ayat yang Aaronators Crew luahkan dalam Facebook Fan Zed Zaidi :
"Hey guys and girls, Aaronators Crew is on air now. What are you doing people? Got anything to say? Tell me, I will choose the best words to post here. By the way, forgot to say that, Zed Zaidi fanpage was hacked by Aaronators Crew. Sekarang... Mau Kasi Langgar Dia Punya Tempat La, Baru Syok~

Jangan risau, Aaron Aziz tidak ada kena mengena dalam godam menggodam ni, so jangan buruk sangka terhadap artis kesayangan kita tu, kitaorang buat di atas kehendak kitaorang sendiri. Amacam korang nak kitaorang serah balik tak?

April 11, 2012

Aaron Aziz Kini Sah Rakyat Malaysia


Walaupun masih belum menerima/mengambil MyPR, namun permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di Malaysia sudah diluluskan oleh pihak kerajaan. Aaron menjawap soalan yang diberikan oleh wartawan ketika di wawancara di TV9.


Semoga beliau akan dimurahkan rezeki dalam bidang yang diceburi dan sebagai rakyat Malaysia, ZoOM mengalu-alukan kedatangan Aaron Aziz sebagai rakyat Malaysia. 


Tahniah sekali lagi, dan konterversi yang sedang hangat beberapa hari ini terutamanya selepas ABPBH 2011 akan reda dengan pengumuman Aaron Aziz yang kini adalah rakyat Malaysia.


Apa Komen Anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

April 10, 2012

Gossip Panas Twitter Zed Zaidi Mengenai Aaron Aziz

Setelah debaran dan gelombang Anugerah Berita Harian ke 25 berakhir, gelombang panaspula bertiup di Twitter artis yang menyebabkan auranya menjadi bualan akhbar online dan lamn blog yang becrita mengenai Tweet Zed Zaidi.


Akibat daripada Tweet yang beliau post dalam laman akaun Twitter  (Seperti yang dilampirkan dibawah), mengakibatkan Aaron tampil memberi jawapan berikut :

"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.
 
"Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya

April 06, 2012

Aaron Aziz Tunjuk IC Singapore Sebenar Dalam Program Suria FM

IC sebenar Aaron Aziz Hendsome

Terbukti sudah gossip panas yang dikecohkan dalam dunia internet baru-baru ini mengenai nama seseorang yang mirip dalam IC Singapore artis daripada seberang yang ligat beraksi dalam industri hiburan di Malaysia, yakni Aaron Aziz.

Bak kata pepatah "Sudah Terang Lagi Bersuluh" Nama abang Aaron ialah Aaron Mustapha Bin Aziz.. Mat-Mat bagai tu propa sahaja.

Apalah punya informer yang berkongsi dengan kaki forum dan laman blog yang tidak mempunyai bukti yang kukuh tetapi hangat membincangkan isu ini sehingga menyebabkan abang Aaron Aziz kita melenting juga dibuatnya.

Banyak-banyak bersabar yer hendsome, biasalah kita cuma gurau-gurau dan masih cuba mengenali anda secara lebih dekat.

Apa komen anda ? Dan dibawah adalah gambar IC Singapore Aaron Aziz yang salah atau di edit.

Mac 05, 2012

Aaron Aziz Marah Kerana Filem Ombak Rindu Dikaitkan Dengan Pembatalan Konsert Erykah badu


 Setelah beberapa minggu dan bulan berlalu, pelakon dan Filem Ombak rindu masih dikacau dan dikaitkan dengan gossip tersebar. Terbaru mengenai kisah pelakon utama filem Ombak Rindu, Aaron Aziz yang marah dek kerana kecaman peminat Erykah Baru yang mengaitkan Tatoo yang ada di Ombak dan Tatoo EB.


Memang pendek akal juga siapa yang komen dan Tweet tu, kalau Tatoo biasa mungkin alah biasa jer, namun ramai diantara anda sudah melihat Tatoo sementara Erykah Badu tu.


Malas nak komen panjang-panjang sebab orang yang sakitkan hati Hero Ombak Rindu Ni tak tau apa-apa, budak baru belajar Tweet kot :)

Februari 28, 2012

Gambar Majlis Harijadi Aaron Aziz



Artis daripada seberang ini memang meletup di Malaysia, sana-sini bercerita mengenai kehebatan beliau dalam bidang lakonan. Mantap dan berkesan, samada cerita romantik ataupun adegan ganas beliau kini mendahului ramai pelakon di Malaysia Khasnya.


Terbaru mengenai artis bernama Aaron Aziz ini ialah mengenai majlis Harijadi beliau yang berlangsung baru-baru ini. Gambar berikut ZOOM jumpa di laman blog Budiey.


Majlis tersebut dianjurkan oleh peminat Aaron Aziz yang mengelarkan kelab mereka sebagai Aaronators, maksud tak tahu sebab bukan group  kumpulan tersebut, tetapi apa yang pasti majlis ringkas dan penuh bermakna itu disambut dengan meriah. 


Malahan majlis tersebut turut disertai oleh isteri Aaron Aziz, dan berikut beberapa gambar untuk tatapan anda :

November 10, 2010

Gambar TErbaru Aaron Aziz Dengan Kereta Sport Mewah.

Kereta siapalah kat belakang Aaron tu, Ferarri tu nampak lambang pun dah tau; semoga murah rezeki artis daripada negara singapura ni.


Dah 10 tahun lebih juga Aaron mula menjadi artis yakni tahun 2002 beliau sudah berjinak-jinak dengan industri hiburan khasnya di Negara asal beliau MALAYSIA.

Oktober 12, 2010

Aaron Aziz Dijangkiti Virus Kencing Tikus

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana, Damansara dekat sini selama tiga hari bermula Khamis lalu selepas dipercayai terkena virus kencing tikus (Leptospirosis).

Disember 30, 2009

(Cerita Artis) Aaron Aziz Jadi Ustaz Dalam Filem Baru


Jika anda mengikuti perkembangan artis dari seberang ini, tentu anda akan perasaan yang beliau semakin diminati dan dikejar oleh pengarah dan penerbit di Malaysia.Mari kita ZoOm




Baca Selanjutnya

Watak-watak seperti gangster, komedi, jejaka romantis dan lelaki ego, semuanya pernah dibawakan oleh Aaron. Tidak dinafikan, pelakon yang merupakan wajah eksklusif Astro ini berjaya mencorakkan apa saja watak yang diberikan kepadanya dengan cukup berkesan.

Inginkan lebih banyak kelainan atau kepelbagaian di dalam watak-watak yang dibawanya, Aaron sanggup memikul cabaran untuk memainkan peranan sebagai seorang ustaz di dalam filem terbitan , dengan kerjasama De Baron Production dan Dr Movie Production berjudul Cempaka. Kata Aaron, ini merupakan kali pertama dia cuba membawakan watak 'alim' seperti itu.

"Ketika pertama kali saya ditawarkan watak ini, isteri saya, Diyana bertanyakan pada penulis skirp filem itu, Imran Ismail sama ada saya sesuai atau tidak memegang watak ustaz. Tetapi Imran menegaskan, sekarang ini memang sudah ramai pelakon yang membawakan watak 'ustaz muda', jadi tidak timbul isu sesuai atau tidak.

"Cuma sekarang ini, terserah kepada saya untuk mencorakkan watak itu nanti. Tetapi saya memang teruja untuk membawa watak ini, memang jauh berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Tambahan pula jalan cerita ini memang mempunyai mesej tersendiri. Sekaligus, watak tersebut juga mampu membawa keinsafan untuk diri saya sendiri," kata Aaron yang merupakan duta untuk produk L'oreal Men dan Celcom ini.

Filem suspense-thriller yang menelan belanja kira-kira RM3.5 juta ini akan memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Sik, Kedah awal bulan depan. Skripnya dihasilkan oleh Imran Ismail manakala pengarahnya pula ialah pelakon Hairi Othman.

Selain Aaron, filem ini akan dibintangi sendiri oleh pemilik Yasmin Khanif Production iaitu Yasmin sendiri, membawakan watak Cempaka, Hairi Othman, Iqbal Juara Pilih Kasih, Faizal Hussein, Suhaila Salam dan Azhar Sulaiman. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang perjalanan mayat bernama Hassan sebelum dikebumikan yang mana jenazahnya menempuh pelbagai halangan ketika diuruskan. Pada masa yang sama, ia juga memaparkan tentang kehidupan sosial Cempaka yang bergelumang dengan dosa.

Bagi menjiwai watak tersebut, ujar Aaron, memang dia perlu melakukan kajian yang lebih, terutamanya daripada segi sebutan ayat-ayat Al-Quran.

"Kalau berdasarkan skrip, watak ini tidaklah banyak sangat cabarannya. Tetapi apa yang perlu saya telitikan ialah dari segi sebutan ayat Al-Quran kerana watak ini memerlukan saya mengaji. Sebagai orang Islam, memang saya tidak ada masalah tentang mengaji, tetapi saya kena lebih berhati-hati dari segi sebutan...kena baca dengan betul," katanya yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Apa kata anda mengenai artis Singapura ini ?