Memaparkan catatan dengan label isteri artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isteri artis. Papar semua catatan

April 17, 2012

Berita Terkini : Isteri Nabil Mengandung 5 Minggu


Ini berita terbaru yang ZOoM baca mengenai isteri Nabil yang kini sudah mengandung. ZoOM sebagai wakil pembaca dan rakan-rakan ingin mengucapkan tahniah kepada Nabil dan ZIra.

Dan berikut berita yang boleh dikongsi bersama dengan anda :
MH Online mendapat perkhabaran gembira daripada Nabil dan isterinya Zira. Ketika dihubungi sebentar tadi, Zira sendiri mengesahkan berita mengenai kehamilannya yang baru menjangkau lima minggu. 
"Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik. 
"Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna," kata Zira yang mengakui Nabil cukup teruja apabila mengetahui

Mac 27, 2012

Gambar Terbaru Ally Iskandar & Farah Lee Dan Luahan Farah Lee Di Blog Beliau

Walaupun berjauhan hati dan sayang hanya untuk abang Ally seorang, Sorry Yer peminat Ally Iskandar, ZoOM sekadar ingin berkongsi serba sedikit mengenai kisah terbaru pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan ini.


Hari demi hari berlalu sudah lebih dua bulan pasangan ini berkahwin, masa yang ada jika mereka bersama sudah tentu akan digunakan dengan sebaiknya. Mungkin ada diantara anda yang masih tidak mengetahui bahawa isteri Ally masih belajar di luar negara, namun Ally masih berada di Malaysia kerana terikat dengan kerja beliau.


Tanpa melengahkan masa berikut ZoOM "Copy and Paste" luahan seorang isteri kepada seorang suami :

sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan 'sudah dua bulan' atau 'baru dua bulan' kadang datang silih berganti. 'sudah dua bulan' tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ㅠ.ㅠ). 'baru dua bulan' tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar. 
kalau dulu... semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku.

Februari 28, 2012

Gambar Majlis Harijadi Aaron Aziz



Artis daripada seberang ini memang meletup di Malaysia, sana-sini bercerita mengenai kehebatan beliau dalam bidang lakonan. Mantap dan berkesan, samada cerita romantik ataupun adegan ganas beliau kini mendahului ramai pelakon di Malaysia Khasnya.


Terbaru mengenai artis bernama Aaron Aziz ini ialah mengenai majlis Harijadi beliau yang berlangsung baru-baru ini. Gambar berikut ZOOM jumpa di laman blog Budiey.


Majlis tersebut dianjurkan oleh peminat Aaron Aziz yang mengelarkan kelab mereka sebagai Aaronators, maksud tak tahu sebab bukan group  kumpulan tersebut, tetapi apa yang pasti majlis ringkas dan penuh bermakna itu disambut dengan meriah. 


Malahan majlis tersebut turut disertai oleh isteri Aaron Aziz, dan berikut beberapa gambar untuk tatapan anda :

Februari 04, 2012

Tulang Muka Ani Mayuni Retak Di Pukul Suami

PETALING JAYA: Penyanyi Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, yang cedera teruk dipukul suami membuat imbasan di sebuah hospital pada Jumaat kerana bimbang jika terdapat keretakan pada tulang wajahnya.

Menurut Ani menerusi laman Facebook miliknya, imbasan buat kali kedua itu dilakukan selepas melihat wajahnya yang semakin membengkak akibat kejadian dibelasah itu.

"Hari ini, saya kena buat imbasan untuk kali kedua, takut ada keretakan. Muka mula membengkak," ujarnya. 

Februari 03, 2012

Harith Iskander Mohon Maaf Kerana Tayang Perut Isteri

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.
"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.
"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

Januari 26, 2012

Gossip Gambar Seksi Jezamine Lim, Isteri Harith Iskandar Ketika Hamil

Perkahwinan yang dibina dan menjadi ikatan yang sah pada bulan Jun 2010 kini hanya tinggal setapak lagi untuk menjadi keluarga yang sempurna. Semoga dengan kehadiran anak sulung yang bakal ditimang dalam beberapa hari lagi sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan ini.

Untuk pengetahuan anda gambar ini menyebabkan banyak komen negatif daripada positif, mungkin pasangan ini tidak sedar akan natijah mengambil gambar sebegini. Al-maklumlah kita di Malaysia ni hidup berbilang kaum dan terutamanya beliau beragama islam. Bukan ingin sibokkkk kan diri tetapi sekadar mengingati saudara seagama je.

Nasib baik pusat dan kena sensor, tapi gambar yang bersalut kain putih tu...Opss No Komen.

Lagi Gambar Jezamine Lim :

Oktober 14, 2011

Gambar Perkahwinan Shazlin Shariff Bekas Isteri Radhi OAG

Alhamdulillah..itulah perkataan yang sesuai keluar daripada mulut umatnya, semoga dengan doa anda pasangan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Walaupun kisah hitam bekas isteri Radhi ini pernah mengemparkan dunia hiburan dan peminat Radhi, namun ia tidak menghalang beliau daripada menunaikan tanggungjawap sebagai isteri dan ibu.


Semoga pasangan ini akan kekal hingga akhir hayat.

Julai 20, 2011

Gambar Perkahwinan Zul Handy Black Dengan Isteri Baru


Mungkin belum terlambat jika ZoOM share gambar ini dengan pembaca di ZoOMartis dan Facebook, gambar perkahwinan Zul Handy Black baru-baru ini ZoOM jumpa di laman blog Murasaki. Daripada pancaran wajah pasangan pengantin jelas menunjukkan bertapa bahagianya mereka disaat melangsungkan perkahwinan yang sudah pasti menjadi idaman setiap pasangan diluar sana.

Jika sebelum ini perkahwinan Zul hanya sampai ditengah jalan, beliau kembali menemui seorang lagi buah hati dan peneman hidup beliau dalam menempuh hari-hari yang akan bakal ditempuh bersama.

Dengan bertemakan warna putih, menyerikan lagi majlis tersebut..

April 07, 2011

Gossip Isteri Harith Iskandar bergambar separuh bogel

Mungkin anda tidak kenal siapakah gadis yang berbikini dan seksi ini jika tanpa melihat tajuk yang disediakan untuk tatapan anda di ZoOMartis. Satu persatu laman blog dan forum bercerita mengenai gambar gossip terbaru yang menghiasi setiap blog. Malah semenjak seseorang "Upload" gambar isteri Harith Iskandar yang bernama Jezamine ini sudah mencapai 6 muka surat.

Pelbagai komen membina yang dilemparkan oleh kaki komen didalam blog dan forum mengenai isteri Harith ni, malah tidak kurang juga hebatnya manusia diluar sana yang memperkatakan pakaian seksi yang menampakkan separuh daripada tubuh untuk tatapan lelaki dan masyarakat diluar sana.

Januari 06, 2011

Fauzi Tak Tahu Lisdawati Masuk Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru !!


Untuk pengetahuan anda di ZoOmartis Lisdawati dimasukan ke hospital ekoran sakit usus yang dialami di hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru pada 4/1/2010.

Fauzi yang dikatakan sedang melakukan penggambaran di Kedah hanya mengetahui Lisdawati dimasukkan ke hospital apabila kembali ke KL. Namun semuanya kerana Lisdawati tak nak menganggu proses penggambaran Fauzi dengan merahsiakan beliau ditahan dihospital.

Oktober 08, 2010

Isteri Ady Putra Gugur Lagi

Sedih je Zoom baca cerita Ady ni, mana  tak nya ini kali ke-4 isteri beliau keguguran. Lebih menyedihkan isteri beliau Aida yusof bakal melahirkan anak kembar 3.

Februari 23, 2010

(Cerita Artis) Adik angkat jadi isteri Imuda !!


Sudah ditakdirkan jodoh Abang Imuda kita ini dengan adik angkatnya, walaupun jurang perbezaan umur agak ketara tetapi isteri Imuda pandai menyesuaikan diri sebagai ibu kepada anak-anak Imuda.Ikuti luahan Imuda mengenai kisah adik angkat yang kini menjadi isteri beliau yang sah.


"Perkenalan kami kira-kira empat tahun lalu bermula sebagai hubungan antara abang dan adik angkat.
"Masa mula-mula berkawan, saya tidak terfikir langsung untuk bercinta pun. Maklumlah jarak umur saya dengan dia pun jauh.
"Memang saya tak pernah terfikir pun hubungan ini boleh 'melekat' sehingga menjadi pasangan hidup.
"Kami banyak berkongsi rasa dan masalah. Kami rapat dan akrab serta selalu keluar bersama.
"Memang sudah jodoh namanya, daripada hubungan persahabatan bertukar menjadi hubungan perasaan secara perlahan-lahan.
"Saya semakin terpikat dengannya dan begitu juga sebaliknya. Kami suka sama suka.
"Memandangkan saya pun duda dan dia pun bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya, lantas kami putuskan untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan perkahwinan," katanya.
Zoom: Alhamdulillah kerana anak-anak Imuda dapat menerima ibu baru mereka...Apa kata anda !?

Februari 15, 2010

(Cerita Artis) Shidee Kahwini Anak Dara Berumur 22 Tahun !!

Ermm bertuahnya badan dapat isteri muda, nak buat macam mana dah jodoh ditentukan olehnya..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.Zoom dapat cerita ini dari Laman forum popular di Malaysia..Jom Baca:-




Baca Selanjutnya

Shidee 50 tahun berkahwin dengan Siti Fairunnisa 22 tahun. Shidee yang terkenal dengan lagu "Sayang semuanya sudah terlambat" isnin lalu. Mereka bersanding di Bukit Sentosa Rawang pada 13 Feb 2010.Nampaknya bukan terlambat la Shidee kahwin dengan anak dara yang 28 tahun lebih muda

Januari 20, 2010

(Ceita Artis) Kehadiran Lisdawati di Majlis Ulangtahun Murai


Nampak ayu dan bersahaja artis kita yang semakin meningkat naik ini, walaupun sebelum ini semakin tengelam di arena seni namun dengan kemenangan di Sehati Berdansa mungkin menjadi pemangkin dan pendorong untuk beliau meneruskan karier dalam industri seni..!!!



Baca Selanjutnya

Lisdawati dengan semangat remajanya telah menghadiri dan memeriahkan karpet merah di Majlis Ulangtahun Ke-2 Murai, salah satu komuniti terbesar di Malaysia. Namun dia tidak ditemani oleh suami tersayangnya, Fauzi Nawawi, yang kemungkinan besar menjaga anak mereka di rumah. Kehadirannya begitu anggun dengan rambut yang telah diwarna dan baju yang ringkas dipersembahkannya.


Januari 09, 2010

(Cerita Artis) Aswad Akademi Fantasia bakal menjadi ayah !!!


Tahniah ZoOm ucapkan kepada anak muda yang juga kelahiran Akademi Fantasia 5 ini, namun beliau bagaikan sabut kelapa yang sukar untuk timbul didasar sungai atau lautan sekalipun.Mungkin kerana ada pihak yang terlepas pandang kehadiran beliau di arena seni tanah air..!!!




Baca Selanjutnya

Katanya, bukan mudah untuk mengharungi dunia hiburan seperti yang disangkanya sewaktu berada di dalam AF5. Selepas keluar dari Maestro, segala perjalanan karier diatur sendiri.

"Tipulah kalau saya kata saya tak bosan. Saya bosan dengan dunia hiburan kita. Saya fed up disebabkan show, ditambah pula keadaan ekonomi sekarang, sebulan ada dalam dua atau tiga show sahaja.

"Saya buat percubaan untuk keluarkan single sendiri, saya nak tengok penerimaan masyarakat. Kalau berjaya mungkin akan keluar album penuh, tapi kalau gagal saya akan tarik diri dari dunia hiburan ini.

"Ini mungkin percubaan pertama dan mungkin juga yang terakhir dari saya,"
ujarnya yang telah membelanjakan hampir RM5,000 untuk tujuan itu.


Aswad bersama isterinya Nur Ilina Mohd Tahir yang kini hamil tiga bulan.



"Isteri saya kini sedang mengandung tiga bulan. Dia dan keluarganya banyak memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni ini,
" ujarnya yang kini telah menetap di Kuala Lumpur.


Apa kata anda ? kesian ? silap siapa ?


Januari 03, 2010

(Gossip) Aliah Lee bekas isteri Aziz M. Osman dan kekasihnya !!



Dalam diam-diam si dia dan pasangannya menghhitung hari bahagia bersama, tetapi kedua-duanya terus membisu mengenai tarik penting mereka berdua.Kisah pertunangan mereka menjadi bualan hangat di internet sejak bolan november lagi.vee bagaimanapun mengunci mulut mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan tersebut malahan cerita terbaru menyatakan mereka akan berkahwin pada 8 Jan ini.Jum ZoOm komen artis dan pengarah ini mengenai hubungan mereka..!!!



Baca Selanjutnya

Ditanya tentang pertunangan rahsianya itu, sambil tersenyum Vee yang sudah dua tahun hidup menjanda ini hanya menjawab:


"Susah nak cakap...itu kena tanya dia (pasangannya). Kalau dia ok, saya bolehlah cakap."

Vee juga enggan mengulas lanjut tentang pasangannya itu serta tarikh sebenar majlis perkahwinannya.


"No comment. Nanti, lepas selesai semuanya, saya akan bagikenyataan. Saya faham tugas wartawan kerana saya juga berada di dalamindustri ini.

"Tapi saya perlu menghormati kehendak dia (pasangan) dan saya harap semua pihak memahami," kata Vee dalam nada perlahan.
Vee pernah mendirikan rumahtangga dengan pengarah terkenal, Aziz M.Osman yang bertahan selama 15 tahun dan mempunyai lima orang anak.


kredit: mStar Online

Zoom: semoga hari bahagia itu akan berlangsung dengan indah, dan akan menutup mulut insan yang suka mengata mengenai anda..Apa kata anda di Zoomartis ?

Januari 02, 2010

(Gossip) Usahawan Kosmetik Bekas Isteri Penyanyi Rock Popular Ditangkap Berkhalwat


Sekadar hiasan...!!


Zoom rasa dah tau siapa bekas isteri penyanyi rock berkumpulan dan sekarang single, dan usahawan kosmetik di Malaysia.Patutlah abang N*** tak nak dekat janda dia lagi mungkin kerana perangainya yang suka berpoya-poya...Apa-apa pun kita tunggu berita malam ini..!! dekat bawah ni sedikit info mengenai bekas bini penyanyi rock kena tangkap khalwat ni..



Baca Selanjutnya

PETALING JAYA: Seorang usahawan kosmetik terkenal yang kini sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan RM1.38 juta ke atas bekas suaminya seorang penyanyi rock popular di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian telah ditangkap berkhalwat tengah malam semalam.

Serbuan khalwat itu dilakukan di Astana Damansara Kondominium di sini setelah mendapat aduan daripada masyarakat sekeliling.
Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, serbuan itu dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz. Serbuan khalwat tersebut difahamkan dibuat pada jam 12.30 tengah malam.

"Sekitar jam 12 malam, kami ke unit kondominium yang dimaksudkan setelah mendapat maklumat daripada penduduk kawasan. Kami sudah lama menerima aduan dari penduduk dan setelah menyiasat kesahihan berita, kami memulakan operasi pada malam semalam," kata sumber itu yang hanya mahu dikenali sebagai pembaca mStar Online.
Menurutnya, seramai lapan orang terlibat dalam serbuan mencegah maksiat dan khalwat yang dijalankan pada malam tahun baru itu.

Kata sumber itu lagi, pintu unit A2 di salah sebuah blok diketuk berkali-kali bermula dari jam 12.05 malam tapi hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.
"Mereka yang terlibat di dalam operasi itu ialah pegawai Masjid Kolej UIA yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Suspek lelaki yang berusia sebaya usahawan kosmetik itu adalah seorang duda beranak tiga dan difahamkan berketurunan Indonesia. Usahawan popular itu mengaku berada berdua-duaan dalam unit tersebut.

"Mereka juga meminta maaf kepada penguatkuasa kerana berada dalam keadaan yang boleh disyaki berkhalwat," kata sumber itu lagi.

Jelasnya lagi, usahawan kosmetik itu memberi alasan beliau telah singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam.
Tujuan beliau singgah ialah untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang direncanakan berlangsung pada minggu hadapan.

"Pasangan itu mengaku bersalah dan jahil dalam agama," kata sumber itu.
MStar Online cuba mendapatkan pihak JAIS dan usahawan kosmetik terkenal itu berhubung insiden tersebut tetapi gagal.
Usahawan kosmetik itu adalah bekas isteri kepada penyanyi satu kumpulan rock popular tanahair yang kemudiannya menjadi penyanyi solo dan pernah memenangi anugerah juara lagu dalam kategori rock.

Mereka berkahwin dalam satu majlis penuh meriah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu pada 26 Mei 2009 selepas penyanyi berkenaan tidak lagi duduk sebumbung dengan usahawan kosmetik berkenaan.
Kini mereka sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta berjumlah RM1.38 juta oleh usahawan tersebut ke atas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian.


November 04, 2009

(Gossip) Isteri Radhi OAG memohon waran tangkap Radhi !!!!


Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif, hari ini memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG kerana gagal hadir pada perbicaraan hari ini.

Mahkamah Rendah Syariah hari ini sekali lagi tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi Radhi dari kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu tidak datang. Justeru itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh bicara pada 1 Disember 2009 pukul 10.30 pagi. Di peringkat awal prosiding, Rubiah memberitahu anak guamnya, Shazlin telah dimaklumkan oleh Radhi bahawa dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.



Baca Selanjutnya

"Dengan keterangan pihak plaintif (Shazlin), jelas pihak defendan tidak hadir. Saya mohon waran tangkap dikeluarkan," kata Rubiah.

Shazlin yang berbaju kurung biru muda dan bertudung hitam hadir bersama seorang temannya. Pada 20 Oktober lalu, mahkamah yang sama tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai Radhi dengan isterinya Shazlin kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.

"Mahkamah perlu terlebih dahulu mengetahui berapa jumlah talak dan sama ada talak yang didakwa dilafazkan Mohd Radhi pada 25 Februari lalu jatuh atau tidak," kata Ghazali dalam prosiding mahkamah ketika itu.


Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan 3 November ini untuk perbicaraan semula pengesahan penceraian Mohd Radhi dengan isterinya, Shazlin berhubung dengan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada 25 Februari lalu. Sebelum ini, Shazlin mendakwa Radhi telah mengucapkan lafaz cerai berbunyi 'Oklah, I ceraikan you. Talak 3, 2, 1?' pada September tahun lalu. Bagaimanapun, selanjutnya, mahkamah dan hakim yang sama mensabitkan tidak berlaku talak antara mereka berikutan Radhi membuat lafaz sumpah penafian (sumpah Syarie) terhadap permohonan lafaz cerai oleh Shazlin.

Ogos 23, 2009

(Video) Linda Jasmine Masa Anak Dara


Ini Video Linda masa muda2 dulu,nampak sweet dah tak nampak terlalu sexy sangat..Mungkin disebabkan masih baru lagie kot dalam dunia model ni..sekarang ni no comment u alls boleh la tengok tag kat linda gambar2 terbaru..memang nampak sangat perbezaan Linda lama dan Linda Yang tengah pregnant ni...

Ogos 12, 2009

(Gambar) BCL Jalan2 Bali Pakai Baju Tidur !!!

Teruk Betul Minah ni, kuar gi bali pakai baju tidur jer.Sabar jer la mungkin dia dah biasa hidup macam tue.Mana pergi suaminyer !!! Bukan nak Kutuk tapi makin lama si BCL ni makin berani, DAh tak kisah nak Bagi nampak benda tue kat semua orang..Kalau gf atau bini aku dah aku ikat :) kalau bini atau gf u alls ?

APa-apa pun korang layan la gambar si BCL kat bawah ni...NI amik kat blog indon :P