Memaparkan catatan dengan label Model. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Model. Papar semua catatan

Februari 20, 2012

Gossip Gambar Separuh Bogel Julie Woon Di Majalah Men's Health

Makin lama makin seksi dan panas Model bernama Julie Woon ni, kalau tidak menonjol dan mempamerkan aset utama memang tak sah. Mungkinkah minda dan pemikiran wanita moden sekarang ini perlu seiring dengan budaya luar negara. Tak kisahlah apa tanggapan anda diluar sana tetapi pada pendapat ZoOM apa sekalipun agama yang dianuti ia adalah perbuatan yang ditegah daripada melakukan.

Untuk pengetahuan anda Julie Woon ini merupakan Model Malaysia  dan mantan ex GF Qi (Kekasih Yuna Sekarang ni).

 Malas nak cerita panjang lebar, biarlah pembaca di ZoOmartis je yang menilainya :

LAGI BANYAK GAMBAR DIBAWAH :-

Februari 03, 2012

Harith Iskander Mohon Maaf Kerana Tayang Perut Isteri

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.
"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.
"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

Januari 25, 2012

Biodata Winnie K dan Suki

Profil

Winnie K

Nama sebenar: Kok Mui Kuan
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Profesion: Penyanyi dan model
Kejayaan: Juara Asia Bagus di Singapura (1993), Top Ten Artis Cina Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2001 dan Anugerah Best Artist dan Malaysia Most Highly Supported Best Artis Global Chinese Golden Art Award (2005)

November 24, 2011

Fesyen Tudung Dan Skirt Terkini

Apa KER JADAH NYER pakaian yang seindah si pereka dan pembuat pakaian gadis ini, sungguh moden dan menakjubkan, namun dimanakah norma kehidupan kita sebagai umatnya yang sepatutnya mengenail erti keperibadian.

Sekadar ingin berkongsi dengan anda diluar sana trend anak muda kita pada hari ini yang sering kali mengayakan pakaian tidak kena pada tempatnya. Gambar ini sebagai hiasan topic ZoOm pada hari ini, jika ikutkan hati ingin je ZoOM post artikel ini pada malam penganugerahan kemenangan pasukan HARIMAU MUDA di Sukan Sea baru-baru ini.

Dalam kita meraikan kemenangan ada sesuatu yang menjadi perhatian ZOoM pada masa tersebut, mungkin kerana terlalu taksub dengan dunia moden yang serba serbi bergerak ke arah yang lebih maju.

Namun jika anda perhatikan negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang majoritinya beragama islam namun malam itu seorang gadis yang menjadi pengapit orang kenamaan untuk menyerahkan hadiah kepada pemenang memakai tudung dan skirt, cuma bahagian kaki si saluti dengan seluar ketat berwarna hitam,

Contoh macam gambar diatas cuma gadis itu memakai seluar ketat berwarna hitam.

ZoOM : Apa kata anda mengenai "Style dan Trend" pakaian anak muda zaman sekarang?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 04, 2011

X Top Model Search 2011

Sekadar Hiasan

Satu lagi program hiburan yang menjadi hidangan pengiat seni dalam dunia fesyen, dengan adanya program sebegini mungkin lebih ramai bakat sebagai seorang model akan dicungkil. Dan yang paling menarik program pencarian model tempatan ini melakukan pembaharuan terhadap gadis-gadis biasa menjadi seorang "Supermodel" terkenal seperti Amber Chia dan ramai lagi.

Hadiah juara program ini juga cukup menawan kerana bakal membawa pulang RM100 ribu  serta berpeluang menjadi model dipentas antarabangsa ketika menjadi pelajar.

Diantara kriteria yang digunakan untuk mengadili pelajar program ini adalah X Shot, X Eco Fashion, X Walk, X Character, X Creative, X Challenge dan X Smart.

Mac 31, 2011

Gossip Gambar Seksi Dahlia Daphne Iking Dalam Majalah MAG

Jika ingin berkongsi dengan anda di ZoOmartis mengenai kisah artis-artis kita di Malaysia khasnya golongan wanita sampai bila pun tak akan habis. Malah golongan artis wanitalah yang sering kali menimbulkan seribu satu gossip yang kadang-kala membuatkan jari dan mulut tidak berhenti berkongsi.

Cerita terbaru mengenai artis hari ini yang ingin ZoOm kongsi bersama adalah mengenai gossip gambar model dan artis yang telah memeluk islam ini ( Dahlia Daphne Iking ). Gambar diatas adalah gambar beliau yang diambila semasa majlis perkahwinan beliau kot dan gambar dibawah adalah pose terbaru beliau didalam majalah MAG yang memaparkan wajah beliau.

Ada ramai manusia diluar sana yang memperkatakan pakaian beliau yang masih berada ditakuk yang lama yakni mengenakan pakaian seksi walhal beliau dah memeluk agama islam. Tetapi bagi ZoOm mungkin Dahlia Daphne perlukan masa untuk menyesuaikan diri kerana baru belajar selok belok ajaran islam yang baru dikenalinya. Semoga beliau akan menjadi isteri yang soleha dengan bimbingan suami tercinta.

Dan Berikut pula disertakan gambar yang menjadi bualan diluar sana :

Februari 24, 2011

Gossip Daphne Iking Kahwin Lelaki Melayu Dan Masuk Islam !

Entah betul atau tidak tapi ini yang tersebar diluar sana, walaupun gossip keretakan keluarga beliau yang masih belum nampak kesudahanya di mahkamah. Kisah panas ini turut menjadi topik hangat penulis blog diluar sana yang mengatakan beliau sudah memeluk agama islam.


Nak dijadikan cerita baca je ZoOm terbaca blog Teratakarmo ni :


Semalam ada Event yang aku kena pergi. Ramai jugaklah geng talibarut yang datang Event kat The Actors Studio @ Lot 10. Bab event nanti aku ceritakan. Sekarang nie aku ingin mewarwarkan mengenai seorang artis yang hadir pada malam tu. Beliau adalah Daphne Iking. Memula tak perasaan, lepas beliau lalu depan aku baru perasaan.

November 11, 2010

Model Seksi Untuk Iklan Terbaru Coca-Cola Nampak Pusat

Saksikanlah wahai pembaca di ZoOmartis gambar seorang model baru dalam iklan Coca-Cola tahun 2011. Mungkin ia agak janggal di terima, Namun inilah rahsia dan lumrah kehidupan kita seharian.

Apa kata anda melihat dulu gambar dan gaya si model sexy ni.
Hanya Click baca selanjutnya.

September 29, 2010

Gambar Amber Chia Anak Lelaki

Zoom mewakili admin dan pembaca mengucapkan tahniah kepada Amber Chia, semoga dimurahkan rezeki. Bayi yang belum diberikan nama itu dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram.


Gambar anak Amber di bawah :

September 18, 2010

Marsha Sexy Menjadi Model Di Majalah Intrend

Nasib baiklah Marsha artis kelahiran Akademi Fantasia ni bukan muslim kalau tak satu Malaysia canang nama ko. Apa pun rezeki Marsha kian bertambah sebab daripada artis nyanyian beralih ke bidang lakonan dan kini mula berjinak-jinak sebagai MODEL.


Lagi gambar beliau di bawah..

Ogos 30, 2010

Maizawati finalis Mrs Beauty Malaysia 2010 Mewakili Sabah

MBQ World Sdn Bhd itu ingin mencari bakat dan model baru untuk menyerlah potensi secara menyeluruh dalam bidang fesyen dan kecantikan, komersial TV dan radio, medium pengiklanan lain termasuk lakonan dan nyanyian.


Yang menariknya syarat pertandingan ini, wanita tersebut mestilah 


1- Sudah Berkahwin
2- Umur 21 Tahun ke atas
3- Mewaikili Negeri sendiri atau Suami 
4- Pakaian Tidak Boleh Memakai ( Bikini, Pakaian Renang atau kostum Yang Jarang)


Syarat No 4, adalah syarat yang menarik perhatian Zoom, sebab penganjur mementingkan soal pakaian yang selalu menjadi kebanggan si pelaku atau model.


Hadiah


1- Mewakili Malaysia ke Beauty World 2010 di Las Vegas, Amerika Syarikat
2- Wang Tunai RM 10,000 
3- Pakaian.kasut dan
4- Mahkota 


Apa kata anda ?

Februari 26, 2010

(Cerita Artis) Zizan Nin Nikah 19 Mac ini di Masjid Negara Kuala Lumpur

Alhamdulillah akhirnya Zizan Nin akan bernikah 19 Mac ini di Masjid Negara Kuala Lumpur dengan pasangannya Fazilah Hani Harun yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.Pertunangan yang dibina sejak tiga bulan lalu berakhir dengan pelamin indah yang mereka bina..


Zoom doakan semoga pernikahan tersebut akan berlangsung dengan indah dan sempurna


Apa kata anda ?

Februari 15, 2010

(News) Model Amber Chia akan berkahwin tahun ini !!

Model kelahiran Tawau sabah ini akhirnya akur dengan pengedaran masa yang semakin mencemburuinya, tanpa seseorang peneman di sisi pastinya hidup tidak sempurna.Mungkin dengan adanya seseorang akan menjadikan beliau lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu.Jom baca luahan Model terkenal ini...



Baca Selanjutnya

Lelaki bertuah yang berjaya memikat hati wanita itu merupakan anak jati Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Pada usianya bakal mencecah 30 tahun dua tahun lagi, Amber secara peribadi sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri.

Dalam perbualan yang berlangsung penuh ceria itu, dia sudah mula merancang tarikh perkahwinannya.

Namun, bimbang rencana itu tidak menjadi kenyataan, Amber lebih senang mengumumkan dia berhasrat mengakhiri zaman bujangnya tahun ini.

"Kemungkinan saya kahwin tahun ini juga. Ini kerana kawan-kawan saya semasa zaman sekolah sudah ramai yang kahwin,"
katanya menyambung perbualan.

Bagi Amber, dia sangat menghormati institusi perkahwinan dan lebih utama lagi dia sangat-sangat menyenangi kehadiran anak-anak kecil.

"Saya sangat menyukai kanak-kanak. Saya berdoa selepas kahwin akan segera mendapat cahaya mata.

"Pada masa yang sama, saya berharap dan berdoa bakal suami saya akan memberikan kebahagiaan dan menjaga saya dengan sebaik yang mungkin," Amber menyuarakan hasrat hatinya.

Bertepatan dengan imej dan peribadi Amber yang sangat sederhana, emosi yang serupa diterjemahkan model itu terhadap cintanya kepada bakal suaminya.

Oktober 20, 2009

(Berita) Nalinder Pemenang Maybelline NY Simply Fabulous !!!


Akhirnya, rancangan realiti pertama Maybelline New York Simply Fabulous sudahpun berakhir. Pemenangnya telahpun diumumkan oleh pengacara Sarah Lian dan Henry Golding di dalam acara gilang-gemilang yang dibuat di Euphoria, Sunway Lagoon Resort malam kelmarin! Nalinder Manoharan telah dipilih sebagai pemenang Maybelline New York Simply Fabulous!

Keremejaan dan aura,keyakinan yang tinggi bersama kebijaksanaan memberi kelebihan pada Nalinder Manoharan bagi memenangi pertandingan ini. Panel hakim pada malam tadi di barisi oleh jurulatih dan tatarias artis dari Maybelline New York iaitu Kimberley Foo, pelakon dan pengacara TV, Sazzy Falak, jururias selebriti - Stevensunny dan Abhinav Sharma iaitu Direktor Pengurusan Strategik McCann Worldgroup.



Baca Selanjutnya




“Pengalaman ini amat bermakna untuk Maybelline dan sepuluh peserta yang menjayakan rancangan ini! Tujuan utama rancangan Simply Fabulous ini ialah menyediakan platform kepada peserta-peserta bagi mencapai impian mereka. Saya bagi pihak Maybelline juga berharap agar penonton mendapat inspirasi dengan hanya menonton rancangan ini, kata Kua Theng Hong, Pengurus Besar, Maybelline New York di Malaysia. Ini adalah rancangan realiti online 8TV yang pertama dan kami sungguh teruja! Maybelline Simply Fabulous mementingkan keyakinan,kreativiti, semangat kerjasama dan lain-lain. Kami berharap rancangan ini dapat mendorong gadis-gadis Malaysia mencapai impian mereka”, komen Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Rancangan Simply Fabulous memulakan pencarian gadis-gadis hebat yang berumur dari 18 hingga 30 tahun ini pada bulan Julai 2009 di seluruh pelusuk negeri. Rancangan ini mencari gadis-gadis yang bercita-cita tinggi yang ingin mencapai impian mereka seperti menyambung pelajaran, memulakan perniagaan atau membuat sesuatu yang diingini. Lebih dari 1,200 penyertaan diterima akan tetapi 100 peserta sahaja disenarai pendek dan dipanggil semula untuk sesi kedua ujibakat. Beberapa peringkat temuduga dibuat dan akhirnya hanya 10 peserta terbaik berpeluang meneruskan cabaran ke rancangan realiti online ini.

Pemenang Maybelline New York Simply Fabulous berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa wang tunai yang ditaja sebanyak RM10,000, dan barangan produk bernilai lebih dari RM50,000. Selain itu juga, pemenang akan diterbangkan ke New York untuk menghadiri jemputan ke minggu fesyen New York dan berpeluang bertemu dengan juru tatarias terkemuka Maybelline.

Sepuluh (10) peserta Simply Fabulous yang terpilih datang dari pelbagai latarbelakang dan mereka bersemangat memasuki pertandingan ini. Peserta-peserta Simply Fabulous adalah Calista Wei Fen Leah Liew (22), Kimberley Cham Siang Fen (24), Susilawati Mohd Ariff (23), Steffanie Vanessa Schubert (19), Nalinder Manoharan (27), Preeta Sharenia Nithianantham (21), Zhareen Anshary (18), Ng Bei Shan (22), Nik Syifa Unnur Nik Aziz (22) dan Nurdiana Ashraf Abu Bakar (25).

Di dalam pertandingan ini, peserta-peserta terpaksa melalui cabaran-cabaran seperti diuji skil menghias diri, pengetahuan mengenai fesyen, skil bersosial dan kemahiran berkomunikasi. Oleh kerana rancangan ini disiarkan menerusi khidmat online, peserta-peserta juga disarankan menggunakan teknologi siber internet untuk menjana popularti bagi meraih undian orang ramai. Peserta-peserta diminta mencipa laman sesawang sendiri untuk berkomunikasi dengan peminat seperti melalui Facebook, Youtube dan blog mereka kerana undian online merangkumi 30 peratus adri jumlah keseluruhan dan selebihnya iaitu 70 peratus lagi adalah melalui barisan panel hakim.

Pada malam ini juga beberapa anugerah lain disampaikan kepada pemenang. Anugerah ‘Striking Confidence’ dimenangi oleh Calista Wei Fen Leah Liew. Anugerah ini dipilih oleh sekumpulan `bloggers’ yang telah mengikuti rancangan online ini dari awal lagi. Manakala Anugerah ‘So Gorgeous’ yang diadili oleh rangkaian penjual Maybelline New York di seluruh Malaysia dimenangi oleh Nurdiana Ashraf bt Abu Bakar. Setaip pemenang menerima produk-produk disamping bekas menyimpan peralatan produk Maybelline New York bernilai RM1,000.

Terdapat 18 mini webisodes Maybelline New York Simply Fabulous yang telah disiarkan di website 8TV selama 3 minggu. Rakaman rancangan pertandingan akhir ini akan disiar di 8TV pada 18 Oktober 2009 pada pukul 10.00 malam. Anda juga berpeluang menonton program ini secara online menerusi laman www.8tv.com.my/simplyfabulous. Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 di Astro! Selain dari itu, anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Zoom Komen: Just Nak Share Dengan Pembaca di Zoomartis.. :P

Ogos 28, 2009

(news) Maizawati Bakal Jadi Penyanyi Nasyid?

Sejak bercerai dengan penyanyi dan penceramah Akil Hayy, Zoom dengar macam-macam perancangan sedang dibuat Maizawati Zainal, 33, demi untuk mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.

Selain mengusahakan bisnes tudung Myza Collection, Maiza juga dikatakan bercadang mahu menjual baju kebaya raya dan kek cokelat sempena Aidilfitri akan datang.

Dan yang terbaru, Maiza khabarnya dalam perancangan untuk menyanyi lagu nasyid pula. Baru-baru ini, ada sumber telah melihat dia menghadiri sebuah perjumpaan mesyuarat bersama beberapa pihak termasuklah dari Yayasan Pembanguan Nur Hikmah sendiri yang telah diketuai Dato' Ameer Soekre Ishak.

Perjumpaan itu telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci tentang konsep album yang akan dihasilkan untuk Maiza nanti. Amboi, hebat betul Maiza sekarang ini. Dalam senyap-senyap, ada saja projek yang diusahakan oleh beliau kerana ramai sangat yang mahu membantunya.

Khabarnya, Maiza juga ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah klip video. Tapi, tak pastilah Murai Batu klip video apa yang dilakonkan Maiza itu tapi yang penting, pintu rezekinya semakin terbuka. Begitulah sedikit sebanyak yang boleh Murai Batu kongsikan tentang perkembangan Maiza dan berharap semuanya baik-baik belaka.

Info : Mangga

Jawatan Kosong : Tukang Sebat Syariah Dicari Untuk Kartika


Disebabkan Kartika merupakan pesalah wanita pertama yang dihukum sebat, maka jawatan kosong sebagai Tukang Sebat Syariah mula menjadi perhatian ramai. Adakah disebabkan tiada siapa yang memegang jawatan tersebut, sehingga hukuman dia yang sepatut’nya berlangsung kelmarin telah ditunda? Hurmm, masuk akal juga.

Hukuman tersebut akan dilaksanakan selepas bulan puasa, aku yakin kau mempunyai masa yang cukup untuk menghantarkan resume kepada pihak Jabatan Penjara.

Kes Kartika disebat mula menjadi kontroversi apabila terdapat’nya campur tangan dalaman yang menentang hukuman tersebut. Ramai pihak yang menasihatkan Kartika untuk merayu, namun dia enggan. Kami faham, Kartika sedang mengalami penyesalan tidak terhingga sehingga redha dengan ketentuan yang ditetapkan. Bagus juga ada hukuman macam ini, at least berikan pengajaran kepada puaka-puaka arak di luar sana. Kalau kau perasan, banyak gambar di Myspace yang memaparkan gadis melayu, tidak segan bergambar dengan minuman arak. Entah apa-apa, bajet cool.

Sumber : Utusan

Ogos 25, 2009

(News) Sebatan Bekas Model ( Kartika ) Di Tanggguhkan

Kartika,model
Van JAIP yang membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang berpatah balik selepas bergerak 200 meter, kerana menerima arahan penangguhan hukuman sebat daripada pihak atasan. Alasan ‘menghormati bulan Ramadhan’ diberikan kepada keluarga Kartika, telah menyebab’kan satu keluarga Kartika agak berang kerana mereka telah bersedia dari segi mental & fizikal untuk menerima hukuman 6 kali sebatan rotan. Kartika merupakan wanita pertama yang disebat akibat kesalahan meminum arak.
Kartika,model
Walaupun ramai pihak yang berpendapat hukuman sebat terhadap Kartika tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang wanita..malah ramai yang berharap kartika merayu mengurangkan hukuman sebatan namun beliau menolak...memang tabah wanita ini..!!!!

Julai 08, 2009

(Celebrity News) Gadis Petronas !!


Erm, Gebu jugak awek baru ni :P pernah tengok tak iklan petronas gadis ni? Mungkin ramai tak tau kot mengenai gadis ni.Kat sini Zoom ada Profil gadis Bernama Rosdiana yang lahir kat Belanda ni..Layan ler :)

P/S: Jangan Tengok Lutut k ada sensorrr sket :P

PROFIL

NAMA: Rusdiana Rusdi

USIA: 24 tahun

TARIKH LAHIR: 26 Mei 1985

TEMPAT LAHIR: Belanda

KELUARGA: Anak bongsu daripada empat beradik

PENDIDIKAN: Diploma Pengiklanan dan Pemasaran

KERJAYA: Pelakon dan pengacara

TINGGI: 156 cm

BERAT: 48 kilogram

DRAMA: Dilema Wanita, Cinta Medik, Kasih Suci, Hartamas

IKLAN: Petronas, Parkson

Jun 08, 2009

(Celebrity News) Tomok Berlakon Filem ??


Walaupun dia masih sibuk dalam proses rakaman album sulung, tetapi rezeki Tomok tidak putus.

Bagi peminat Tomok, penyanyi berusia 24 tahun ini membawa berita gembira apabila dia bersetuju membintangi filem baru, Mantera yang akan memulakan penggambaran pada 23 Julai nanti.

Menariknya, kemunculan kedua Tomok di layar perak kali ini berbeza dengan pengalaman ketika menjadi pelakon pembantu filem seram, Makar lima tahun lalu.

Tomok diberi kepercayaan oleh produksi Flare Studios Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Spacetoon Russia memegang watak utama iaitu superhero dikenali Mantera.

Superhero ini yang turut dikenali sebagai Azman menggandingkan Tomok bersama seorang pelakon wanita dari Russia.

Pelakon tempatan lain yang terbabit adalah Lisa Surihani dan Hairie Othman.

Kata Tomok, dia teruja sebaik mendapat tawaran berlakon filem dan tidak menunggu masa lama untuk memberi persetujuan.

Dia menganggap tawaran filem itu yang hadir selepas dia menang OIAM3 sebagai peluang besar yang tidak seharusnya dilepaskan.

"Saya berpandangan plot filem ini menarik dan mampu memberi tarikan kepada golongan muda untuk menonton. Walaupun saya kurang pengalaman lakon, tetapi saya berusaha untuk berikan lakonan terbaik dan belajar daripada pengalaman pelakon lain.

(Celebrity News) Alleysa Mula Belakon Gugu Gaga Erra ??


Tak Sabar Juga Nak Tengok Anak Erra NI berlakon Dalam Gugu Gaga Erra, Penggambaran selama 15 Hari...Lama JUgak Tue...SIan Jugakk anak,ibu dan ayah artis ni kemana jer erra and family pergi kat situ la ada wartawan.Nak Buat macam mana dah jadi orang penting dalam dunia hiburan ni.tanpa artis siapala wartawan..betul tak wartawan2 sekalian..Tanpa wartawan siapa la Blogger macam kita ni..Apa Pun Sama2 Kita Tunggu dan Lihat Gugu Gaga Erra NI...Good Luck Aleesya