Memaparkan catatan dengan label Movies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movies. Papar semua catatan

September 16, 2010

Sinopsis And Triller Aplha And Omega Movie 2010

Watch Alpha and Omega Movie - Just like on your favorite cartoon shows this film will surely make you crave for more and more. Alpha and Omega is a movie centers on Kate (Hayden Panettiere) and Humphrey (Justin Long). The two are both wolves from the same pack in Canada's Jasper National Park, but on opposite ends of the social order. Kate is an alpha wolf (holding the highest of rankings) whereas Humphrey is an omega wolf (holding the lowest of rankings).

Mac 01, 2010

(Films) Sinopsis Phobia 2 !!


Paparan sebuah drama di televisyen baru-baru ini benar-benar membuka mata, drama berunsus islamik menceritakan kisah kehidupan dua golongan manusia itu sememangnya bertepatan dengan situasi zaman sekarang.

Dunia hari ini penuh dengan pelbagai sikap manusia yang lupa diri dan asal usul.Ada orang berlagak seolah-olah cukup amal ibadatnya tetapi masih mengamalkan kehidupan yang terangan terlarang.Malahan situasi ini berlaku di sekeliling kita.

Lebih sedih lagi ada yang terang-terangan menghalalkan apa yang sudah diharamkan.Muda-mudi banyak yang kehilangan hala tuju mereka.Mungkin tidak semua orang sempurna tetapi sebagai manusia biasa pastinya merasa sedih dengan kepincangan hidup yang dilalui oleh orang sekeliling.

Phobia 2 mempersembahkan lima kisah seram pendek yang berlainan dan setiap satunya juga diarahkan oleh pengarah yang berlainan.Watak-watak dalam filem dilakonkan beberapa pelakon handalan Thailand antaranya Jirayu Laongmanee, Worrawech Danuwong, Charlie Trairat, Nicole Theriault dan Marsha Wattanapanich.

Kisah pertama menceritakan tentang seorang lelaki iaitu Pey yang suka melakukan perbuatan jahat sehingga suatu ketika dia ditahan tetapi pey tetap dianggap sebagai budak jahat. Suatu ketika, saat Pey menghabiskan malamnya untuk bermeditasi, dia merasakan sesuatu yang aneh daripada lubuk hatinya dan dia mula mencari jawapan untuk itu.

Cerita kedua pula mengisahkan tentang kewujudan tentang kejadian misteri di wad hospital.Ada yang tidak diduga dan misteri berlaku sehingga benar-benar mendatangkan ketakutan kepada penontonnya.

Nak tau lebih lanjut cari la Triller...Sorry info tak banyak...!!


Jun 18, 2009

(Gossip) Apek nafi berstatus duda !!


Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shh Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat.

Saya masih suami orang dan tidak pernah bercerai atau berkahwin lain. Kehidupan saya dengan anak-isteri berlangsung seperti biasa dan tidak pernah ada masalah seperti mana yang digembar-gemburkan,� tegas Saiful Apek apabila diajukan persoalan tentang status sebenarnya dirinya yang didakwa kononnya telah hidup menduda setelah berpisah dengan isterinya.

Menurut pelakon komedi itu lagi, gosip mengenai rumah tangganya itu telah menjadi bahan percakap sejak setahun yang lalu. Walaupun sudah beberapa kali penjelasan yang dibuat, namun cerita tidak benar itu masih lagi disebarkan. Mungkin sebab saya ni jarang menampilkan anak-isteri di media, orang mudah membuat spekulasi. Apatah lagi dengan kesibukan kerja saya yang berkejar- ke sana-sini dan kadangkala tidak sempat pulang ke rumah.

Hakikatnya, dua bulan lepas di mana ketika itu saya benar benar ada sedikit kelapangan, saya telah membawa anak isteri bercuti di Bali. Kami menghabiskan masa beberapa hari di sana. Yang itu, orang tak nak pula bercerita.. Biarpun begitu, saya tak kisah kerana apapun cakap-cakap orang di luar sana, kehidupan kami tetap berjalan seperti biasa,katanya yang kini sedang sibuk menguruskan laman webnya, www.saifulapek.com.my khas buat peminat yang mahu mengikuti perkembangan terkini tentang dirinya.

Apek yang sentiasa tenang dan bersahaja dalam menjawab soalan yang diajukan ini mengharapkan agar peminatnya di luar sana tidak mudah percaya dengan cerita tidak benar yang disiarkan tentang rumahtangganya itu. Kalau betul saya bercerai, pejabat agama dah tahu dululah. Benda macam ni mana boleh di sorok-sorok. Bab-bab kahwin cerai ni jangan dibuat main, katanya dalam nada yang tegas.

Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shhhh Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat. Di acah dengan persoalan apakah dia juga berhasrat untuk berpoligami dalam kehidupan realitinya, pelakon dan pelawak yang terkenal dengan sikap merendah dirinya ini hanya ketawa besar.

Setakat ini, saya tak pernah terfikir nak berpoligami. Tak sanggup tak sanggup Cukuplah saya berpoligami dalam filem saja. Satu isteri pun dah pening nak uruskan, apatah lagi kalau ada dua-tiga, ujarnya berseloroh.

Jun 16, 2009

(Celebrity News) Possing Sexy Fouziah Gous Dalam Kosmo



Makin Lama Si Fouziah ni makin cantik yerkk, Filem dan drama pun
satu persatu dia lakonkan..Korang ada tengok tak Fouziah jadi Pembantu Rumah,Kalau Tak silap dia jadi pembantu Indonesia..Lawak Fouziah Kalau u all Tengok sekali sure macam lawak spastik jer...Tapi Kalau Tengok Dua atau tiga kali sure gelak jugak tengok gelagat si Fouziah ni..Mana Tak Nyer Gadis Secantik Fouziah NI berlakon lawak..Apa PUn Tahniah Zoom Ucapkan..

Sekarang ni Pulak Fouziah tengah Sibuk Dengan Filem Terbaru Skrip 7707, Tak Tau Apa Sinopsis nyer..sama-sama la kite tunggu k..

SO kat bawah ni zoom admin sertakan gambar-gambar pelakon dalam skrip 7707




Jun 10, 2009

(celebrities News ) Megan Fox Datang Singapura, Malaysia Bila Lagie ?


Megan Fox berada di Singapura. Singapura! Singapura beb! Jelas mata memandang dari Malaysia.

Aku tiada maklumat rasmi apa yang Megan Fox buat di Singapura tetapi aku sebagai peminat tegar Megan Fox, aku mahukan beliau datang ke Malaysia dan berbikini di’hadapan KLCC.

PETRONAS sudah membawakan t-shirt & cenderahati eksklusif Transformers: Revenge of the Fallen, apa salahnya bawa Megan Fox masuk Malaysia untuk premier filem tersebut.

KLCC akan secara tiba-tiba menjadi bangunan tertinggi di’dunia sekali lagi jika Megan Fox bergambar di’hadapan mercu tanda Malaysia itu. Come on PETRONAS!

Lagi gambar seksi Megan Fox selepas ini. Jangan lupa saksikan Transformer: Revenge of the Fallen 24 Jun ini..


Jun 08, 2009

(Celebrity News) Tomok Berlakon Filem ??


Walaupun dia masih sibuk dalam proses rakaman album sulung, tetapi rezeki Tomok tidak putus.

Bagi peminat Tomok, penyanyi berusia 24 tahun ini membawa berita gembira apabila dia bersetuju membintangi filem baru, Mantera yang akan memulakan penggambaran pada 23 Julai nanti.

Menariknya, kemunculan kedua Tomok di layar perak kali ini berbeza dengan pengalaman ketika menjadi pelakon pembantu filem seram, Makar lima tahun lalu.

Tomok diberi kepercayaan oleh produksi Flare Studios Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Spacetoon Russia memegang watak utama iaitu superhero dikenali Mantera.

Superhero ini yang turut dikenali sebagai Azman menggandingkan Tomok bersama seorang pelakon wanita dari Russia.

Pelakon tempatan lain yang terbabit adalah Lisa Surihani dan Hairie Othman.

Kata Tomok, dia teruja sebaik mendapat tawaran berlakon filem dan tidak menunggu masa lama untuk memberi persetujuan.

Dia menganggap tawaran filem itu yang hadir selepas dia menang OIAM3 sebagai peluang besar yang tidak seharusnya dilepaskan.

"Saya berpandangan plot filem ini menarik dan mampu memberi tarikan kepada golongan muda untuk menonton. Walaupun saya kurang pengalaman lakon, tetapi saya berusaha untuk berikan lakonan terbaik dan belajar daripada pengalaman pelakon lain.

Jun 04, 2009

(Celebrity News) Erra Fazira Dan Anak Berlakon ??


Erra Fazira,Suami Dan Engku Allesya Akan berlakon dalam Gu GU Gaga Erra Di Astro Ria bermula Jun Ini pada jam 9 malam setiap ahad dan ulangan pada 1.30 petang

Pada waktu sama pastinya ada yang membuat andaian pembabitan Erra sekeluarga dalam rancangan diterbitkan Box Lite Film Sdn Bhd itu turut membabitkan bayaran besar. Apatah lagi, ia turut ditaja pengeluar barangan penjagaan bayi Johnson & Johnson Sdn Bhd.

(Celebrity News) Danny jadi penerbit filem ?


Danny X-Factor kini dah bergelar penerbit filem. Dalam diam-diam Danny dan rakan kongsi dah menyiapkan sebuah filem.

Nampaknya semakin ramai pelakon muda yang mengorak langkah dalam bidang perniagaan membabitkan dunia mereka.

Pengalaman yang ditimba dalam lakonan selama ini boleh digunakan apabila terlibat secara langsung di belakang tabir, lebih-lebih lagi sebagai penerbit.

Danny bersama rakan kongsi menerusi syarikat Preston Zaidan Productions Sdn. Bhd. menerbitkan filem Belukar yang sudah siap penggambaran sepenuhnya.

Belukar menjalani penggambaran sepenuhnya di Sabah. Sememangnya rakan kongsinya seorang ahli perniagaan dari Sabah.

Malah ia juga turut menampilkan barisan pelakon dari sana termasuk Yaser dan Ikin dari Akademi Fantasia 3.

Pelakon lain yang membintangi filem berunsur aksi itu ialah Daphne Iking, Bront Palarae, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Pelakon dan model Jason Chong pula diamanahkan mengarahkan filem tersebut. Nampaknya Belukar dibarisi tenaga muda yang baru.

Filem tersebut dijangka ditayangkan hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan kerana mereka perlu menunggu filem-filem lain yang terlebih dahulu menempah tarikh tayangan.

Jun 01, 2009

(Movies) Blogger Boy kisah blogger kecewa




Sudah bersedia untuk menyaksikan sebuah drama bersiri baru? 8TV yang sentiasa menyajikan sesuatu yang segar kini mempersembahkan drama bersiri Blogger Boy!

Blogger Boy, drama 20 episod akan menemui penonton semua setiap Khamis pukul 9.30 malam bermula 28 Mei 2009. Kalau anda suka dengan dunia blogger ni, boleh tonton kisah si penulis blog yang dipaparkan
Drama bersiri ini menampilkan pengacara Destinasi Bajet, Qi bergandingan dengan pelakon muda yang cukup berbakat iaitu Nas-T dan Julie Woon.
Ini merupakan sebuah lagi drama yang hebat dengan konsep yang segar. Blogger Boy yang menerapkan elemen humor, nakal dan romantik,” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Drama bersiri ini dihiasi jalan cerita yang cukup menarik apatah lagi blog kini sesuatu yang hangat di kalangan remaja sekarang.

Sinopsis Blogger Boy


Blogger Boy mengisahkan kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi (Qi). Budi, masih mencari-cari erti sebenar kehidupan di bandar Kuala Lumpur.

Pada waktu yang sama, Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama Budak KL.Setelah lebih sebulan menganggur, Budi akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di sebuah pusat tuisyen.

Budi yang sentiasa didesak oleh ibunya untuk berkahwin, telah mengambil keputusan untuk melamar teman wanitanya, Zehan. Namun Zehan terlebih dahulu memberikan kejutan apabila mengeluarkan kad jemputan perkahwinannya dengan lelaki lain sebelum Budi sempat melamarnya.

Budi yang hampa dan sedih menghabiskan hari-harinya berkurung di dalam bilik. Kid (Nas-T) teman serumah Budi menasihatinya untuk bersemuka dengan Zehan untuk membuktikan bahawa hidupnya sempurna Nas-T
tanpa Zehan di sisinya
Budi yang bersetuju dengan idea gila Kid kemudiannya bertemu dengan Zehan, namun hatinya begitu sakit melihat Zehan sedang mencuba baju pengantin.Budi bergegas keluar kerana tidak mahu bertemu dengan tunang Zehan.

Walaupun begitu dalam keadaan tergesa-gesa, Budi terserempak dengan teman sekolah lamanya Nina, seorang jurugambar. Kekecewaannya diluahkan dalam blog. Tidak lama kemudiaan laman blog Budi mula menjadi ikutan ramai. Pelayar berdebat tentang karakter dan jalan cerita si Budak KL itu.


Blogger boy merupakan idea kreatif Lina Tan, Rafidah Abdullah dan Bernard Chauly. Merekalah penerbit, penulis dan pengarahnya.

Untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya, jangan lupa menonton drama bersiri Blogger Boy. Anda juga boleh menonton di saluran 708 Astro.

Mei 29, 2009

(Gossip) Fasha Sandha Berkemban Diperigi ???


Duduk di tepi perigi sambil berkemban sekadar memenuhi watak dalam filem Skrip 7707 terbitan Grand Birlliace Sdn Bhd

SUDAH agak lama tiada berita mengenai perkembangan aktres Fasha Sandha yang satu waktu dulu sentiasa menjadi buruan media gara-gara cerita sensasi berkaitan kisah peribadinya berbanding dengan kerjayanya sebagai pelakon.

Disebabkan kualiti lakonannya yang tidak seberapa, walaupun banyak membintangi filem dan drama serta pernah memegang trofi sebagaiPelakon Filem/TV Wanita Popular, pembabitan Fasha dalam dunia seni tidaklah menjadi sebutan sangat.

Apa yang sering dilaporkan dan menjadikan dia popular hanyalah kisah kehidupan peribadinya. Selepas sekian lama 慸irehatkan抩leh kebanyakan media, tiba-tiba muncul gambar Fasha yang boleh menimbulkan tanda tanya.

Dalam gambar itu, Fasha duduk di tepi perigi dalam keadaan berkemban. Dia kemudian memegang daun nanas lalu ditusuk ke celah kangkangnya dengan tujuan untuk menggugurkan kandungan. Memang mengerikan dan menyakitkan, tetapi itulah yang terpaksa dilakukankerana pelakon itu mahu menyorokkan keterlanjurannya sehingga dia hamil.

Bagaimanapun, jangan salah faham kerana itu adalah antara babak dalam filem Skrip 7707 arahan Profesor A Razak Mohaideen. Dalam filem itu, Fasha sekali lagi diberikan watak 憄laygirl? suka berfoya-foya.

Filem Skrip 7707 adalah terbitan terbaru Grand Brilliance yang akan ditayangkan pada 16 Julai ini. Ia dikatakan membuka mata penonton dan peminat filem seram. Keistimewaan Skrip 7707 kerana ia mengandungi sembilan cerita seram yang berbeza.

Keseluruhannya kisah yang ditonjolkan dalam filem ini adakah cerita seram yang biasa didengar. Ia selalunya cerita lisan yang disampaikan oleh orang tua kita.

Antara cerita yang ditonjolkan adalah seperti legenda hantu di asrama yang kehadirannya berpunca daripada kematian seseorang, dan cerita hantu yang 憁enumpang?di hospital lama.

Selain itu, kisah mengenai kewujudan hantu yang popular dikalangan orang Melayu iaitu hantu raya. Hantu yang didakwa boleh menjelma menyerupai manusia biasa juga turut dipaparkan dalam babak yang mana seorang isteri yang sedang sarat mengandung memerlukan bidan.Konflik mula tercetus apabila bidan yang dipanggil suaminya tiba-tiba boleh sampai di rumahnya seorang diri.

Kepercayaan terhadap roh yang tidak tenang kerana ada sesuatu yang tidak membenarkannya pergi dengan aman juga dipaparkan di dalam Skrip 7707.Begitu juga dengan seorang lelaki yang sudah meninggal dunia, tetapia diknya masih boleh melihat kehadiran rohnya. Apakah yang mengganggu roh abangnya sehingga abangnya terperangkap di dunia walaupun sudah meninggal?

Membabitkan 40 penonton

SELAIN daripada jalan cerita yang menarik dan agak biasa kepada penonton, Skrip 7707 membariskan pelakon yang sudah menempa nama dalamin dustri filem tanah air.

Jumlah itu diharap dapat menarik minat penonton untuk ke pawagam. Antara pelakon yang terbabit dalam filem ini ialah NormanHalim (KRU), M Rajoli, Fasha, Abby Abadi, Norman Hakim, Que Haidar,Jehan Miskin, Fouziah Gous dan Almy Nadia

Seperti kebanyakan filem yang bagus, pasti ada kontroversi didalamnya. Skrip 7707 mempunyai babak yang dipotong kerana dianggap terlalu ngeri untuk ditonton.

Babak ini dianggap kontroversi itu membabitkan Ayu (Fasha Sandha) yang sedang sakit dan mahu menggugurkan anak, menggunakan cara yang agak ekstrem untuk membuang kandungannya.

Sinopsis Skrip 7707

Filem ini mengisahkan seorang penerbit yang mempunyai himpunan skrip. Dia dalam proses menghasilkan filem seram tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan satu skrip yang baik.

Dia menyuruh pembantunya mengiklankan dalam akhbar untuk menganjurkan satu perjumpaan kepada mereka yang boleh berkongsi cerita,iaitu cerita seram berdasarkan pengalaman atau cerita yang pernah mereka dengar. Cerita yang paling baik akan dipilih untuk dijadikan filem. Perjumpaan diadakan di sebuah tempat yang strategik.

Pada malam yang ditetapkan, itu pergi ke lokasi yang ditetapkan. Kedatangannya dinantikan oleh sembilan peserta yang bersedia untuk berkongsi cerita seram. Perjumpaan pada malam tersebut dirakamkan dalam bentuk video sebagai bahan rujukan.

Cerita dimulakan dengan pengalaman penerbit itu sendiri iaitu berlaku ketika dia mula mula menjejakkan kaki ke menara gading. Ia disusuli dengan pencerita kedua sehingga yang terakhir.

Setelah selesai, penerbit itu berasa puas hati dengan koleksi cerita yang diperolehnya. Keesokannya ketika penerbit itu sedang menyiapkan skrip, pembantu peribadinya memaklumkannya mengenai sambutan iklan yang disiarkan dalam akhbar dan ramai berminat untuk berkongsi kisah mereka.

Penerbit itu terkejut dan hairan kerana perjumpaan sudah diadakan pada malam sebelumnya. Kerana tidak berpuas hati dengan mesej yang disampaikan oleh pembantu peribadinya, dia memainkan semula rakaman video yang dirakamnya. Dia jadi terkejut apabila mendapati hanya bunyi saja yang kedengaran tanpa ada gambar dalam dalam rakaman itu.

Persoalannya, siapakah orang yang ditemui pada malam itu?

Mei 27, 2009

(Gossip) Fazura Mengancam dlm Dialog Anak Wayang + Foto Sexy



Ntah laa....bebudak cari Gossip Gambar ni...Ntah Ni Gambar Fazura ke tak...
Harap2 ni bukan gambar Fazura...."Fazura Mengancam dlm Dialog Anak Wayang" Ni topic Yang Hangat Kat Cari...Tapi tak tau la sebab Tak tgk lagie Movies ni...Korang Yang dah tengok Comment la...

Mei 26, 2009

(Movies) Jangan Pandang Belakang Congkak ??



Cerita Baru.....Tengok Iklan Macam Best Jer Citer NI...Banyak Lawak...nway
Kita TUnggu Dan Lihat....Good Luck David Teo... :P

Mei 25, 2009

(Movies) Drama La Dolce Amira dan Datin Wanabe di TV3


Saksikan Faezah Elai dalam drama La Dolce Amira

Dua lagi drama menarik akan diperkenalkan bulan Mei ini! Istimewa buat peminat setia slot Lestary, satu lagi drama penuh emosi berjudul La Dolce Amira akan bersiaran bermula pada 26 Mei 2009, setiap hari Selasa, 9.00 malam. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Amira dipenuhi dengan gelak ketawa dan usik mengusik namun di sebalik keceriaan itu, Amira berdepan dengan masalah rumahtangga ibu bapanya. Pelbagai cubaan sudah dilakukan oleh Amira tetapi sering mengalami kebuntuan.

Manakala Datin WanAbe pula akan menemui penonton bermula hari selasa, 19 Mei 2009, jam 10.00 malam mengisahkan tentang keluarga Kat dan Amin yang penuh dengan adegan lucu mencuit hati lantaran sikap Kat yang sering mahukan perhatian dan terlalu inginkan kehidupan mewah walaupun hakikatnya dia mencanang cerita semata-mata hendak bermegah-megah.

Siri La Dolce Amira menampilkan pelakon-pelakon seperti Faeza Elai, Iqram Dinzly, Siti Elizad, Amelia Chan, Linda Hashim, Fizzow Omar, Joanna Bassey, Kuza, Zafrul Nordin, Wan Faikah Aina dan Rozie Rashid. Manakala Datin Wan Abe membariskan pelakon seperti Jasmin Hamid, Shamsul Ghau Ghau, Wan Elyas, Zaris dan Maya.

Mei 21, 2009

Movies : Movie Maut Di Pawagam


Liyana kata susah jadi lembik

Liyana Jasmay seorang yang periang dan sentiasa ceria. Tapi dalam filem Maut dia jadi seorang gadis yang ringkas. Liyana akui sudah jadi gadis yang lembik dalam filem.

Hai kini bersaiz lebih kecil. Senang dibawa dan sesuai dengan golongan remaja. Hai kini terbit dua minggu sekali. jadi tunggulah naskhah terbaru anda di pasaran.

Que Haidar tak kisah apa orang kata

Que Haidar dah nak kahwin dengan Linda Jasmine. Sebab Linda lebih tua orang beranggapan negatif, tapi Que tak mahu fikir apa orang kata kerana hatinya terbuka untuk menerima Linda.

Nak tahu lebih lanjut ikuti pengakuan Que dalam Hai terbaru.

Awal mahu cari wanita

Awal belum lagi ada wanita di sini. Tahun ini Awal dah bersedia nak berkasih dan bercinta. Entah-entah Awal dah ada seseorang yang dia dah in love with

"Tahun ini saya nak buka hati untuk diisi oleh wanita. Saya rasa inilah masa terbaik untuk bercinta," kata Awl.

Awal minat bertukang? Ikuti penjelasan Awal dalam majalah Hai. Ada juga kisah Nana yang mahu insafkan pengikut black metal

Info : URTV

New Movies : Syurga Cinta



DIAWAL pembikinan filem Syurga Cinta terbitan Metrowealth Production Sdn. Bhd. (MIG), yang berunsur islamik banyak tentangan dan kekangan yang terpaksa dihadapi.

Bukan sahaja dikatakan meniru karya daripada pembikin filem Indonesia menerusi filem Ayat-Ayat Cinta dan Kiamat Sudah Dekat tetapi mendapatkan kritikan hebat apabila foto kontroversi pelakon utamanya Awal Ashaari mengenakan subang sambil memakai jubah dan serban disiarkan di akhbar ketika penggambaran filem ini berlangsung.

Namun, semua itu bukan halangan buat produksi yang dikepalai oleh pengarah Ahmad Idham, malah semua cerita-cerita panas dianggap sebagai satu cabaran buat dirinya untuk mengekalkan reputasi sebagai pengarah berkaliber.

Menurut Idham yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Syurga Cinta lakonan Awal, Heliza Helmi (Heliza) dan Muhamad Hadziq Hazem (Haziq), Fizz Fairuz dan Shaheizy Sam di TGV Mines Shopping Fair, Seri Kembangan baru-baru ini segala publisiti yang diberikan baik negatif mahupun positif, amat membantu melariskan filem ini.

"Saya tidak kisah, walaupun mendapat tentangan hebat tetapi saya mempunyai alasan untuk berbuat demikian terhadap watak dalam filem arahan saya.
Malah, saya kupas balik isu kontroversi itu dalam filem. Selepas penonton menonton filem ini baru mereka memahami kenapa saya berbuat demikian.

"Kalau nak ikutkan sekarang ini memang bersepah orang lelaki memakai subang dan itu realiti yang ingin ditampilkan," tuturnya.

Jelasnya lagi, meskipun banyak pihak cuba membuat perbandingan antara filemnya dan beberapa filem berunsur islamik yang lain, Idham dengan tenang mengatakan filemnya terlalu berbeza untuk disamakan dengan filem-filem tersebut.

"Memang judul ceritanya nampak berat tetapi sebenarnya ia sebuah komedi ringan untuk seisi keluarga tetapi mempunyai mesej yang cukup berguna.

"Saya tahu kalau saya sampaikan secara berat pasti tiada siapa yang nak tengok filem ini, tetapi sepanjang filem ini orang ketawa sahaja.

"Ini bermakna ia sebuah filem yang sangat ringan, saya harap penonton tidak akan terbeban dengan mesej dan judulnya, saya berharap mereka menonton sambil berhibur," luahnya.

Tambah Idham lagi, pada mulanya amat sukar buat dirinya untuk memilih pelakon perempuan bagi memegang watak Syuhadah kerana ingin mencari pelakon yang bukan hanya memakai tudung di dalam filem tetapi juga dalam kehidupan realiti kerana skripnya dicampurkan dengan hadis dan Al-Quran.

Mei 13, 2009

( Movies ) Anu Dalam Botol Bukan Filem Porno - Raja Azmi


Belum apa-apa lagi, filem terbaru Raja Azmi Raja Sulaiman, Anu Dalam Botol telah mencetuskan kecoh. Bukan sahaja judulnya yang lancang tetapi jalan cerita dan uji bakat casting yang gempak.

Awalnya Murai Batu sendiri pun tertanya-tanya apa rasionalnya filem yang sangat berat temanya ini. Kenapa Raja Azmi atau Kak Mi mahu sangat menulis dan membuat filem ini yang mengisahkan percintaan lelaki gay, bisex dan penukaran jantina?

Tahu sajalah, orang pernah cop Raja Azmi sebagai produser kepala kuning, kepala biru dan macam-macam haru biru lagi. Bukan saja filem-filemnya yang lepas, novel karya Raja Azmi pun biasanya daring-daring.

Tapi selepas dengar sendiri penjelasan Raja Azmi, barulah Murai Batu faham kenapa perlunya dia menghasilkan filem Anu Dalam Botol. Kata Raja Azmi, kali ini dia benar-benar membuat kajian dan meminta pandangan orang di sekeliling kerana tidak mahu filem ini mendatar macam filem-filem zaman awal yang diterbitkannya dulu.

“Anu Dalam Botol bukanlah filem seks atau porno. Ia filem tentang manusia yang hidup mengikut nafsu dan tidak berfikir panjang. Saya tulis ceritanya berdasarkan kisah benar. Orang itu pun masih hidup lagi dan dia telah mendedahkan segala-galanya. Malah ‘anunya’ itu masih tersimpan dalam botol atau balang kecil di rumahnya.

“Jadi saya mahu berkongsi satu cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada masyarakat terutama kesan buruk apabila manusia sanggup menukar jantina demi mengejar sebuah cinta yang mustahil,” jelas Raja Azmi.

Rujuk pakar perubatan dan imam masjid

Murai Batu juga tanya Raja Azmi, bagaimanakah babak-babak panas akan ditonjolkan kelak dalam filem sentuhan pengarah muda, Shadan Hashim itu.

“Babaknya memang ada tapi bukanlah keterlaluan. Ia lebih kepada dialog, bahasa tubuh dan simbolik. Kalau boleh saya tidak mahu filem ini jatuh dalam kategori 18SX kerana ia menghadkan jumlah penonton kelak. Jadi macam mana
mesejnya akan sampai kelak?” ujarnya.

Kata Raja Azmi kepada Murai Batu lagi, dia sedar masyarakat hari ini sudah berfikiran terbuka kerana masalah seksual pun telah dibincangkan secara meluas dalam akhbar dan majalah oleh pakar sakit tuan dan sakit puan.

“Saya membuat rujukan dulu dengan pakar perubatan dan beberapa imam masjid. Malah, saya amat tekejut kerana imam itu beritahu, ada orang datang meminta bantuan untuk menanam anu mereka yang telah dibuang itu,” kata Raja Azmi.

Sementara itu, Raja Azmi gembira, uji bakat pertama untuk watak utama Ruby/ Rubidin dan pasangannya, Ghaus, telah berjaya dilakukan di FINAS, baru-baru ini dengan diawasi oleh Adlin Aman Ramlie. Ia mendapat sambutan baik dan antara yang datang adalah Iqram Dinzly, Kefli AF3, Fauzi Nawawi, Adiputra dan beberapa artis baru serta model iklan.

Murai Batu dimaklumkan, uji bakat kedua akan dibuat lagi minggu depan juga di FINAS membabit beberapa lagi nama seperti Que Haidar, Zulhuzaimy, Razali Hussein, Shawal AF5, Fiz Fairuz, Erry Putra, Norman Hakim dan Zul (Abby Abadi), Rizal (Dunia Baru), Aliff AF6 dan Faizal Yusof.

“Kalau filem saya ini menjurus ke arah keterlaluan, takkanlah FINAS sendiri sedia membantu? Saya hanya ingin menyuntik kelainan kepada dunia perfileman kita yang masih terjerat dengan tema dan konsep yang sama saja,” jelasnya.

Murai

Mei 11, 2009

New Movies : Bawang Putih Bawang Merah versi lelaki


FILEM berjudul Bawang Putih Bawang Merah yang ditayangkan pada 1959 merupakan antara karya klasik Melayu yang masih bertahan popularitinya sehingga kini.

Menampilkan seniwati Latifah Omar serta Datin Umi Kalthum sebagai Bawang Putih dan Bawang Merah, kemunculan Allahyarham Siti Tanjung Perak selaku ibu tiri yang kejam sememangnya cukup berkesan dalam menghidupkan perjalanan cerita filem tersebut.

Masih mendapat perhatian dan sering ditayangkan di stesen-stesen televisyen, ia membuktikan bahawa filem yang genap usianya 50 tahun itu punyai kekuatan tersendiri, sama seperti filem-filem klasik Melayu lain.

Justeru, atas dasar popularitinya yang kekal bertahan, Radius One Sdn. Bhd. mengambil kesempatan itu untuk menerbitkan karya terbaru mereka berjudul Merah Puteh yang mengambil latar filem itu sebagai sumber inspirasi.

Mula menemui penonton sejak 7 April lalu di TV3, Merah Puteh yang bersiaran sebanyak 20 episod nyata membawa elemen berbeza berbanding karya klasik filem terbabit, termasuk versi moden Indonesia iaitu Bawang Merah Bawang Putih yang diterbitkan dalam bentuk sinetron pada 2006.

Mengekalkan jalan cerita kekejaman si ibu tiri, ia bagaimanapun diberi nafas baru dan apa yang menarik, watak utamanya dipegang oleh lelaki.

Merah Puteh menampilkan barisan pelakon handalan antaranya Ellyas Abdullah sebagai Puteh, Zahiril Adzim (Merah), Dira Abu Zahar (Anggun), Tania Zainal (Datin Mastura), Nadia Aqilah (Mulan) dan Shaharudin Thamby (Datuk Jehan).

Pengarah Merah Puteh, Isma Yusoff berkata, drama bersiri pertama arahannya itu dimodenkan bagi menonjolkan kelainan terhadap karya-karya Bawang Putih Bawang Merah sebelum ini.

"Walaupun mengetengahkan lelaki sebagai pemegang watak utama, selain jalan cerita yang sama, Merah Puteh masih mengekalkan elemen-elemen lain yang terdapat dalam filem klasik Bawang Putih Bawang Merah.

"Antaranya, unsur-unsur mistik, ibu tiri, ikan kaloi dan kemerduan suara yang dimiliki Bawang Putih.

"Namun, semua unsur-unsur itu diubah untuk diterapkan ke dalam versi moden ini,'' katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra pelakon Merah Puteh di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ujar Isma, menerusi Merah Puteh, setiap watak mempunyai dua sifat berbeza iaitu baik dan jahat.

Sebagai contoh, jelasnya, walaupun Datin Mastura, ibu tiri Puteh, selalu memberi layanan buruk terhadap Puteh, dirinya masih ada sifat-sifat baik yang lain.

"Dalam Merah Puteh juga, pastinya orang tidak akan marah sepenuhnya kepada Merah. Merah ada kalanya menjadi penyokong kepada Puteh,'' katanya.

Ditanya mengenai watak Mulan, lakonan Nadia Aqilah, yang digambarkan sebagai perempuan sihir, Isma berkata, ia juga telah melalui proses pemodenan dengan memperlihatkan Mulan bukanlah perempuan sihir seperti dalam karya klasik lain.

"Drama ini menyaksikan Mulan sebagai perempuan sihir yang amat berbeza. Dia tidaklah seperti perempuan sihir yang biasa kita tonton,'' jelasnya.

Kepada soalan tentang drama siri pertama arahannya itu, Isma menjelaskan, dia sangat optimis karya itu akan diterima baik oleh penonton.

"Sudah beberapa episod disiarkan, saya menerima maklum balas yang baik. Saya juga amat berterima kasih kepada pihak produksi kerana memberi kepercayaan untuk mengarahkan Merah Puteh,'' katanya.

Tahun ketiga Ellyas sebagai pelakon

Sementara itu, Ellyas ketika diajak berbicara tentang Merah Puteh berkata, dalam drama bersiri itu, dia membawa karakter sebagai lelaki yang pendiam tetapi bukanlah seorang pemalu.

Puteh, katanya, suka kepada bidang seni manakala saudara tirinya iaitu Merah lebih meminati sukan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya dalam bidang lakonan. Saya bermula dengan drama bersiri Dunia Baru.

"Watak Puteh banyak bermain dengan ekspresi wajah tetapi tidaklah terlalu emosional kerana ini adalah versi lelaki,'' ujarnya.

Gementar bawa watak utama - Zahiril

Dalam pada itu, bagi Zahiril yang mula dikenali menerusi filem Kami pada tahun lalu, Merah Puteh begitu mencabar kerana ini adalah pengalaman pertamanya memegang watak utama.

"Sudah tentu saya gementar. Ini juga adalah peluang saya untuk mencuba pelbagai karakter.

"Merah sememangnya amat berlainan daripada sikap diri saya sendiri. Dia (Merah) seorang yang aktif dan agresif dan saya diberi kebebasan menyuarakan pendapat tentang watak Merah,'' jelasnya.

Zahiril sebelum ini pernah berlakon dalam filem Kami dan kemudiannya Seandainya Aku Siti sebelum berkecimpung dalam teater berjudul Kompilasi.

Mei 10, 2009

Newspaper : Jin Notti uji Mawi & Fara

KRU Studios terkenal dengan filem-filem yang bercorak fantasi seperti Duyung dan Cicakman 1 & 2. Kesinambungan itu diteruskan lagi dengan terhasilnya filem Jin Notti yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Ironinya, untuk filem Jin Notti, KRU Studios telah pun bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem tetapi bagi menarik pelanggan TM.

Tradisi itu diteruskan dengan Jin Notti yang diarahkan oleh Azhari Zain dan disokong oleh Yusri Abdul Halim sebagai penyunting yang menggunakan teknik imej penjanaan komputer (CGI).

Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana (Notti), Cat Farish (Jinbara) dan ramai lagi pelakon hebat mengisahkan tentang dunia jin yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu khususnya.

Cerita Jin Notti mengenai Notti seekor jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti kemudian dikurung dalam penjara oleh Majlis Penghakiman Jin yang diketuai oleh Jin Samsu.

Sebagai hukuman, Notti dihantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang manusia yang melakukan perkara nakal. Notti masuk ke dalam tiga tubuh manusia dan bergaul dengan golongan yang melakukan perkara nakal.

Notti sempat masuk ke dalam badan tiga orang gadis termasuklah Ruby, seorang remaja Punk yang berasal daripada keluarga yang berpecah belah. Kemudian dia masuk ke tubuh Y'vonne seorang wanita Tionghua dan menjadi teman wanita kepada ketua kongsi gelap.

Kali ketiga Notti menjadi Sharifah seorang peguam yang sering membela jenayah. Kenakalan Notti harus melepasi skala kenakalan dan dia sering diiringi oleh peguamnya Jinbara.

Sepanjang perjalanan hukumannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpainya di tiga tempat yang berbeza.

Mawi nanti reaksi peminat

Ketika ini mungkin ramai yang sedang menantikan kehadiran Mawi di layar perak. Jin Notti merupakan filem pertama yang memaparkan Mawi sebagai teraju utama.

Mungkin ada antara peminat yang kecewa kerana tidak dapat melihat aksi Mawi dalam filem Aduh Saleha yang sudahpun ditangguhkan penggambarannya.

Jadi, setelah muncul sebagai penyanyi paling popular, adakah Mawi juga bakal bergelar pelakon terbaik pada masa hadapan.

Ketika ditemui pada sidang media filem Jin Notti di Qualtro Avanue K, Kuala Lumpur, Mawi menjelaskan yang dia sendiri masih berdebar-debar menantikan tayangan filem ini.

Tampil membawakan watak Aziz, seorang anggota polis, Mawi menjelaskan yang dia sangat teruja menantikan filem ini ditayangkan memandangkan ini filem komedi romantik yang sangat hebat.

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Norman, lakonan yang ditunjukkan oleh Mawi dan Fara tidak ada cacat celanya, sudah pasti ia merupakan satu penghargaan buat kedua-dua pelakon ini.

"Saya harap komen yang dilemparkan itu ikhlas. Itu hanyalah komen daripada mereka yang sudah menonton sebanyak 25 kali. Tapi bagaimana pula dengan komen daripada peminat nanti?

"Saya lebih suka orang membuat penilaian yang betul terhadap mutu lakonan saya. Bukan apa takut nanti komen yang diberikan itu akan menjatuhkan saya sahaja," jelas Mawi tanpa berselindung.

Ini merupakan sebuah filem komedi romantik. Tapi peminat mungkin tidak dapat melihat Mawi menunjukkan taring berjenaka kerana watak yang dipegang oleh Mawi merupakan watak yang agak serius.

Cuma penonton boleh melihat bagaimana aksi pertarungan yang melibatkan juara Akademi Fantasia 3 ini dalam beberapa babak dalam filem ini bersama dengan kongsi gelap yang ada.

"Mujur saya pernah belajar Silat Pukul Pelaga. Jadi dapat juga saya gunakan sebagai asas dalam babak bertarung itu," luah Mawi.

Belajar daripada pelakonsenior - Fara

Fara Fauzana popular sebagai penyampai radio dan pengacara. Kehebatannya dalam kedua-dua bidang ini sudahpun terbukti. Dalam masa yang sama dia cuba pula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan pula.

Jika dahulu dia pernah berlakon dalam filem SH3, tapi kini Fara diberi kepercayaan pula untuk menjadi teraju utama dalam filem Jin Notti.

Akui Fara, banyak pengorbanan yang terpaksa dihadapinya semasa penggambaran filem ini berlangsung. Masakan tidak, setiap pagi dia harus ke konti Hot FM dan ia diteruskan pula dengan penggambaran Jin Notti.

Sudah pasti banyak perkara yang terpaksa dikorbankan demi memastikan kelancaran filem ini.

"Saya bukan seorang pelakon. Bila mula-mula berlakon sudah pasti banyak perkara yang perlu saya belajar daripada mereka yang sudah berpengalaman," jelas Fara yang melakonkan lima watak berbeza dalam Jin Notti.

Menurutnya lagi, agak sukar untuk melakonkan babak romantik bersama dengan Mawi memandangkan pelbagai andaian yang bersarang di dalam fikiran termasuklah penerimaan peminat Mawi sendiri apabila selesai menonton nanti.

Namun, sebagai seorang yang profesional, Fara berharap semua itu tidak akan menjadi masalah yang besar kepada semua pihak.

Di samping itu Fara juga mengharapkan peminat setianya untuk datang ke panggung nanti bagi melihat sendiri kelainan filem terbaru taruhan KRU Studios ini.

Mei 07, 2009

(Gambar) Fazura & Maya Karin Dalam Pengambaran Filem Pisau Cukur



Alahai, cantik’nya pelakon Fazura & Maya Karin yang di’ganding’kan dalam filem Pisau Cukur, memang marvellous’lah! Penulis menghidang’kan satu set gambar ‘the making of’ filem Pisau Cukur untuk tatapan peminat Fazura & Maya Karin. Filem ini di’arahkan oleh Bernard Chauly yang di’bintangi oleh Maya Karin, Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof & Redza Minhat.

Filem ini mengisah’kan 2 orang gadis pisau cukur, Bella & Intan bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui “PISAU CUKUR” di pawagam 2009



Mei 04, 2009

News : Saksikan Episod Pertama Mingguan Lelaki di Portal Gua

Salam semua pembaca, hari ini, Isnin adalah hari yang ditunggu-tunggu! Anda semua boleh menonton drama online Mingguan Lelaki di Portal GUA.

Sinopsis Episod 1

Graduan baru Ilham teruja dengan temuduga kerja pertamanya di sebuah majalah IT. Dia juga bercita-cita memenangi hadiah wang tunai RM100,000 melalui robot ciptaannya. Selepas tamat temuduga, Ilham bertemu seorang gadis cantik, Misha. Adakah Ilham berjaya mendapat kerja idamannya? Apa pula perhubungan Ilham dan Misha?

Tonton video ini dan episod lain di www.gua.com.my atau dengan menggunakan Maxis 3G Mobile. Cuma pilih panggilan Video Call dan dail *32223