Memaparkan catatan dengan label Mawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mawi. Papar semua catatan

Mac 26, 2012

Rumah Mawi Dimasuki Perompak, Dan mawi Turut Di Ikat !!

Dalam kesibukan kerja seharian ZoOM terbaca berita mengenai Mawi dan keluarganya yang dirompak semalam. Kenapalah manusia sekarang ini semakin suka mencari duit dengan cara senang dan menyusahkan orang lain.

Berita ini ZoOM baca di blog lain dan akhbar online Mstar petang ini, dan berikut berita yang boleh dikongsi bersama pembaca di zoOmartis :

PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Mac 01, 2012

Update : Gambar Cahaya Malaika Anak Mawi Dan Ekin

Inilah gambar yang ZoOM jumpa di laman Blog Mohamadisamsudin yang berkongsi dengan pembaca dan mengatakan ini adalah gambar Mawi Dan Ekin.

Comel je wajah anak perempuan Mawi dan Ekin bernama Cahaya Malaika ini.

Apa kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Februari 28, 2012

Ekin Isteri Mawi Selamat melahirkan Anak Perempuan | Anak Mawi Dan Ekin

Akhirnya rezeki daripadanya tiba jua setelah sejarah sedih menghantui pasangan ini sebelum ini, hari bahagia itu tiba jua pada 4 pagi selasa dan kini Mawi dan Ikin telah sah menjadi Ayah dan Ibu.


Bayi Sulung seberat 2.8 kg pasangan ini dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi. Dan menurut info pasangan ini belum memberi nama. ( Nanti dah ada ZoOm update ye)


Dan Berikut ayat-ayat yang keluar daripada pengurus Mawi mengenai hari bahagia pasangan Mawi dan Ikin :

 Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.
"Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin). "Melihatkan

Februari 02, 2012

Mawi Bergelar Bapa Februari Ini | Anak Mawi Dan Ekin

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2012: Penyanyi, Mawi atau Asmawi Ani mengesahkan isterinya, Ekin atau Norashikin Rahmat bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini.

Malah Mawi memberitahu kepada portal murai.com.my, usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.
"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.
"Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai

Julai 13, 2011

Ikin Mengandung Tujuh Minggu

Alhamdulillah setelah sekian lama menanti dan menunggu kehadiran permata hati dalam hidup pasangan ini, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu menjelma jua setelah mengalami pengalaman pahit sebelum ini. Berita terbaru yang ZoOM baca, Ikin kini telah mengandung 7 bulan setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga.

Dan berikut luahan si bakal ibu dan ayah mengenai berita gembira yang telah mereka ketahui 2 minggu lepas :

MAWI-

"Kami berjumpa doktor dua minggu lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu.
"Namun saya tidak berani untuk bercakap banyak kerana ia masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan sebab dalam tempoh seawal itu macam-macam boleh terjadi,"

ZoOM : Apa Kata Anda...ZoOM mendoakan semoga hari itu akan tiba, dan dalam masa sekarang Ikin kena banyak memperlahankan dan mengawal aktivti beliau.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Disember 23, 2010

Mawi Tumpang Populariti Dalam Idolaku !! Dan Mawi Dah Kahwin !!?

Tajuk ini ZoOm ambil dari website Manggaonline, mengisahkan Mawi yang kian padam dek penangan perkahwinannya dengan Ikin yang menyebabkan ribuan anak gadis tepuk dahi. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya dan kini beliau kembali dengan dengan merakamkan 15 buah lagu dengan 12 daripadanya adalah lagu duet bersama M. Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Zamani dan ramai lagi.


Namun ada yang mengata beliau menumpang populariti artis lain didalam album terbaru ini. Semoga anak muda ini kuatkan semangat dan meneruskan perjuangan sebagai anak seni. Dan berikut beberapa "Statement" Mawi mengenai cerita ini :


"Ya memang betul saya tumpang populariti mereka," Mawi berseloroh.

September 27, 2010

Gambar Lama Mawi Sebelum Jadi Artis

Handsome juga abang Mawi kita sebelum jadi artis ni :), mesti dia gelak bila tengok gambar ni...Ops pakcik Mawi atas umah Zoom je....tak pe nanti Mawi datang Zoom amik gambar dia hehehehehe 

April 15, 2010

Mawi mencari jawapan di Booo di ABPBH 2009

Inilah yang dinamakan lumrah dunia,sekejap kita berada di atas dan tanpa diduga tadir anda akan menjunam ke bawah.Baca la luahan anak muda dari Felda Taib Andak ini.



PERISTIWA di'boo' penonton ketika malam Anugerah Bintang popular yang berlangsung baru-baru ini, penyanyi dan penerbit, Asmawi Ani memberitahu perkara tersebut masih menimbulkan persoalan kepadanya.
Menurut penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Johor, ini, dia keliru dan tertanya-tanya kenapa perkara begitu berlaku kepadanya di dalam majlis yang gilang gemilang itu.


"Saya sendiri tertanya-tanya kenapa perkara begitu boleh terjadi kepada saya, saya tidak buat salah. Secara jujur kalau boleh saya nak tahu jawapannya.


"Bagi saya kalau mereka tidak suka, tidak perlu 'boo'. Sebab kita datang ke sesebuah majlis adalah untuk memeriahkan majlis dan beri sokongan bukan untuk merosakkan atau memalukan orang.
"Saya sedih sebab sebelum ini belum pernah terjadi perkara-perkara sebegitu dan saya harap ia tidak berulang pada majlis anugerah yang akan datang," ujarnya yang bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Industri Muzik akan datang.


Zoom: apa kata anda?

Februari 14, 2010

(Cerita Artis) Mawi didenda US 200 bawa 2 bungkus rokok di Singapura

PERANCANGANawalnya, pembaca bertuah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)2008 menerusi peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) akan dibawabercuti ke Pulau Langkawi.

 Namun disebabkan berlakunya masalah yangtidak dapat dielakkan, rombongan yang terdiri daripada pemenang,peminat, artis dan media ini mengubah haluan mereka ke sebuah negarayang terletak di sebelah selatan tanah air iaitu Singapura.

Gara-gara terlupa, Mawi didenda $200 dolar oleh pihak Imigresen Singapura kerana membawa dua kotak rokok. Undang-undang Singapura menyatakan, pelancong hanya dibenarkan membawa satu kotak rokok saja.Tak apalah Mawi, bukan sengaja pun.

Huh...200 banyak tue..

Zoom : apa kata anda...!!?



Baca Selanjutnya

Februari 02, 2010

(Gambar) Mawi dan ikin di Murai !!!

Ini pula gambar suami dan isteri yang sebelum ini pernah mengamatkan era perkahwinan artis di alaf baru.Dengan rancangan live di media elektronik pada majlis persandingan membuatkan hari bahagia mereka akan di ingati sampai bila-bila.

Gambar ini juga di ambil semasa program bersama Murai..Apa kata anda mengenai pasangan suami isteri ini?



Baca Selanjutnya

Januari 06, 2010

(Cerita Artis) Mawi Buka Kedai Makan ‘Lambai-Lambai’


Nampaknya anak kelahiran Kulai Johor ini maju setapak lagi dalam industri perniagaan bersama isteri tersayang.Berita terbaru yang Zoom baca pasangan ini membuka Medan Selera.

"Lokasinya di Jalan Mariamah, Johor Bahru. Dulu kawasan ini kosong tidak diusahakan jadi saya ambil peluang ini untuk buka kedai sebab lokasinya juga agak strategik,
" ujar Mawi.

inilah kata-kata anak muda ini mengenai lokasi Tapak medan selera yang akan dibangunkan yang kini sudah menelan belanja RM 40,000. Mari kita Zoom "statement" Mawi Akademi Fantasia ini



Baca Selanjutnya

"Saya ingin namakan food court itu ‘Lambai-Lambai’. Sudah dua tahun saya simpan hasrat untuk buka kedai makan ini.

Menurutnya, kedai tersebut boleh memuatkan 10 gerai makan dan bakal disewakan kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga.

"Setakat ini sudah hampir RM40,000 telah dibelanjakan dan banyak juga proposal daripada peniaga yang saya terima," ujarnya yang bakal menerbitkan telefilem bertajuk Jiwa Kacau di Astro Prima dan akan disiarkan pada akhir Januari ini.

Sementara itu, ketika ditanya tentang perancangan untuk menimang cahaya mata tahun ini, Mawi berkata, dia hanya menyerahkan semuanya kepada Allah.

"Saya tidak merancang apa-apa, sekarang masih muda, saya ingin tumpu perhatian dalam karier terlebih dahulu dan tidaklah terlalu mengharap dalam jangka masa terdekat ini.

"Tapi kalau boleh saya mahu anak kembar macam isteri saya," ujar Mawi yang juga akan menerbitkan drama episod berjudul Cinta Nami Island dan Gincu Cikgu Salbiah.

Zoom: semoga berjaya menimang anak kembar !!

Disember 26, 2009

(Cerita Artis) Gambar kereta BMW X5 Ekin bini Mawi !!!




Bertuahnya bini mawi ni, segala kemewahan dikecapi dan dirasai dengan anugerah yang Mawi dapat ini termasuklah sebagai artis di bidang nyanyian,berlakon,duta dan perniagaan yang mereka ceburi untuk menambah pendapatan.ZoOm tau mawi, sebab ayah sedara Mawi tinggal dekat dengan rumah ZoOm hanya berjarak tingkat jer, walaupun duit banyak dan mampu membawa kereta mahal beliau selalu menggunakn kereta MyVi je.ZoOm tau mawi adalah orang yang sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk.Apa-apa pun apa kata anda mengenai MAWI dan Ekin !!?




Baca Selanjutnya


Disember 04, 2009

(Gossip)Mawi Selalu Menerima Surat Maki Hamun !!


Mawi dikatakan semakin lama semakin tenggelam popularnya mengikut arus masa. Ditambah pula berpusu-pusu orang yang mahu menjadi artis dengan mencuba nasib mereka seperti menghadiri ujibakat dan memasuki program realiti. Penyanyi, pelakon dan produser ini tidak menafikan tentang ‘zaman kejatuhan’nya namun dia sudah bersedia mungkin dengan menumpukan kepada kerja belakang tabir yang diuruskan oleh produksinya.





Baca Selanjutnya


Sepanjang bergelar artis selepas menjuarai program realiti AF3, Mawi berkata dia telah banyak kali menerima surat layang berbaur maki hamun.

“Macam-macam surat yang terima. Ada yang hantar di Maestro dan tidak kurang juga yang hantar di kampung. Orang dengki saya dari dulu sampai sekarang dan menganggap orang seperti ini saiko,” ujar Mawi.

Biar banyak mana dimakipun, Mawi tetap tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap pendengki itu.


November 19, 2009

(Cerita Artis)Mawi Terbitkan Program Fesyen Untuk Ekin?


Bertuahnya Isteri Mawi ni, cerita terbaru selepas rumah banglo mewah dan perniagaan Mereka.Timbul pula kisah baru mawi akan mempromosikan perniagaan mereka melalui saluran Astro.Jum zoom cerita terbaru Mawi dan Ikin !!!




Baca Selanjutnya

Terbaru, MW Entertainment tampil dengan rancangan bercorak 'travelogue' iaitu Langkah Mawi World musim yang sebelum ini diterbitkan oleh Astro. Program 13 episod itu bakal ditayangkan di Astro Ria bermula 25 November ini pada pukul 7 malam.

"Rasanya sudah tiba masa untuk saya bergerak aktif dengan MW Entertainment yang sebelum ini mengambil masa secara berperingkat untuk dijalankan kerana kita turut melalui beberapa pengubahsuaian dan sebagainya.



"Alhamdulillah, syarikat ini berjaya juga hasilkan 'bayi sulung' iaitu drama sempena Hari Raya lalu dan sekarang ini akan diteruskan pula dengan Langkah Mawi World.
"
Sejujurnya, saya memang sudah bersedia untuk bergelar penerbit. Dengan keadaan industri muzik tempatan yang semakin merudum ini, saya rasa inilah masanya untuk saya cuba aspek yang lain pula,"
kata Mawi yang ditemui pada majlis pelancaran syarikatnya itu dan program Langkah Mawi World di Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.

Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut selebriti berusia 28 tahun ini, MW Entertainment bukan saja akan terbabit di dalam produksi, tetapi juga pengurusan acara, perhubungan awam dan pengurusan artis.

Setakat ini, kata Mawi yang bertindak selaku Pengarah Urusan MW Entertainment, syarikatnya mempunyai tujuh orang pekerja. Ekin bagaimanapun berkata, dia tidak terlibat di dalam perjalanan syarikat tersebut.

Mengulas lanjut tentang projek keduanya iaitu Langkah Mawi World musim baru ini, ujar Mawi, kali ini dia akan membawa penonton ke tiga buah destinasi iaitu di Melbourne, Sri Lanka dan Hong Kong.

Berbeza dengan musim pertama dulu, Langkah Mawi World yang diarahkan oleh Rahila Ali ini akan turut menampilkan Ekin di dalam segmen-segmen tertentu.

"Orang pun dah tahu saya sudah berkahwin dengan Ekin. Malah, dalam setiap episod, kita selitkan elemen 'bulan madu' yang merupakan kelainan pada musim ini.

"Ekin banyak membantu saya, terutamanya kalau saya terlupa sebarang informasi. Dia juga turut sama membuat kajian tentang destinasi yang kami lawati
"Apapun, saya memang selesa bekerja dengannya," kata Mawi yang menambah, penggambaran untuk program itu berlangsung selama lebih kurang sebulan dan berakhir baru-baru ini.

Ditanya tentang perasaannya setelah berjaya bergelar penerbit kini, kata Mawi, dia sememangnya puas kerana dapat melihat hasil usahanya sendiri.

"Saya akui, memang seronok dapat terbitkan program sendiri...lebih puas hati,"
katanya ringkas sambil menambah, program-program terbitannya kelak tidak hanya terhad untuk siaran di Astro sahaja.

Bercerita tentang perancangannya bersama MW Entertainment, kata Mawi, dia mempunyai beberapa projek untuk dibuat dan antaranya ialah sebuah telefilem berjudul Jiwa Kacau arahan Rahila Ali dan sebuah drama bersiri 13 episod tentang adik-beradik kembar.

"
Jiwa Kacau akan memulakan penggambaran di Ipoh tidak lama lagi dan projek drama bersiri tentang pasangan kembar itu akan dibuat di Korea.

"
Insya-allah, saya akan ke Korea pada bulan hadapan untuk melihat lokasi-lokasi yang bersesuaian di sana. Tajuk drama ini belum ditetapkan lagi tetapi mungkin saya akan membuat 'cameo' di dalamnya,"
tutur Mawi.

Juara Akademi Fantasia musim ketiga ini bagaimanapun menafikan bahawa Ekin dan kembarnya, Aein akan membintangi drama ini.
"Tidaklah. Kita akan cari pelakon lain, mungkin pelakon itu membawakan dua watak,"
katanya yang turut meletakkan sasaran untuk menerbitkan filem dalam masa lima tahun lagi

Ditanya tidakkah dia berminat untuk menerbitkan sebuah program untuk dihoskan oleh isterinya sendiri, sambil tersenyum Mawi menjawab:

"Itu memang idea yang menarik. Mungkin kalau saya buat pun, ia berkisarkan tentang program fesyen kerana minatnya cenderung kepada aspek itu.

"Lagipun, sebelum ini Ekin juga pernah menjadi hos untuk satu segmen fesyen di sebuah program tidak lama dulu."

Zoom Komen: Tahniah Mawi Dan Ikin kerana Maju setapak lagi dalam industri Perniagaan..Apa Kata anda !!?

November 07, 2009

(Cerita Artis) Ikin Gugur Kali Ke- 2 !!!


Kesian kat isteri mawi ni, baru je zoom "post" berita banglo mewah pasangan ini. Tak sangka pula dalam diam-diam ada kisah sedih mendatang.!!! Apa-apa pun cerita selanjutnya ada di bawah nie..!! zoom ambik dari Bharian tadi..!!! Harap-harap yang Ke-3 Ok la..tak pun pergilah berubat mana-mana tempat yang patut..!!!



Baca Selanjutnya

Dalam bercerita mengenai detik-detik gembira bersama, pasangan itu mendedahkan untuk kali kedua, Ekin disahkan keguguran kandungan yang baru memasuki usia tiga minggu pada Ogos lalu.

Enggan memberitahu umum mengenai berita sedih itu pada awalnya, pasangan ini lebih selesa merahsiakannya buat sementara agar emosi masing-masing kembali tenang.

Kehadiran pelakon dan penyanyi Erra Fazira merupakan hadiah istimewa Mawi buat Ekin.

"Saya memang sedih, dah tak ada rezeki, nak buat macam mana. Cuma yang pasti, Ekin menerima kesan yang mendalam. Masa pertama kali gugur, tak adalah risau sangat, tapi bila gugur buat kali kedua, dia risau jika sesuatu yang buruk akan berlaku.


"Dia mendapat tahu berita itu ketika saya berada di luar rumah dan masa itu dia bersama Ain, menangis-nangis.


"Kami pun tahu tentang kandungan itu melalui pemeriksaan sendiri dan bila lihat positif, rasa seronoklah. Masa bercuti di Korea lagi dia dah mula rasa sakit-sakit perut.
"Tak sangka pula bila buat pemeriksaan, doktor sahkan Ekin keguguran,"
kata Mawi lagi.

Sedikit terganggu emosi dengan berita tersebut, bagaimanapun, pasangan ini tidak pernah berputus asa untuk menanti rezeki anak di masa akan datang.

Apa Komen anda !!!?


(Gambar) Rumah Banglo Mewah Mawi !!!!


Zoom dapat gambar ini di satu laman forum popular tanah air, Dengan berkat usaha mawi dan isteri akhirnya tersergam indah sebuah mahligai yang diimpikan oleh semua insan yang bergelar isteri.Kalau zoom pun sure tidur nenyak punya...Daripada tinggal kat Kondo "Technical Cost" Membebankan..!!! Jum kita Layan Rumah Baru Artis Akademi Fantasia yang paling berjaya ini !!!!




Baca Selanjutnya





Apa KOmen Anda !!!! Inginkan Rumah Macam MAwi ?...Nak cari SUami Kaya !!? Dll..!!

November 05, 2009

(Gambar) Manja Mawi Dan Ikin !!!!



Alahai manja nyerr suami isteri berdua ini....!!! Semoga Bahagia hingga ke akhir hayat..!!



Baca Selanjutnya

Mawi, Raja SMS Malaya sepi tanpa sebarang berita dan gosip. Mungkin terlalu sibuk menguruskan kedai butik dia bersama Ekin. Mereka selalu sahaja ditemui di mana-mana majlis penting. Cuma itulah perkembangan mereka berdua. Yang ni pun kiriman untuk peminat mereka yang mahu melihat aksi manja mereka berdua sambil makan roti bersama.

Apa Komen anda..!!!


Oktober 01, 2009

(Gossip) Norman serik hebohkan jumlah kutipan ‘Jin Notti’ !!



Norman,Mawi,Fara Fara Bertemu Peminat Di Midvalley

Konterversi Norman Dan David Teo Semakin reda dengan komen terkini dari Norman Mengenai status kutipan Jin Notti Sebelum ini,berikut komen daripada Norman mengenai Gossip yang sedang hangat diperkatakan.

PERANG psikologi yang ditimbulkan kepada peminat filem Melayu pastinya membuatkan mereka tak keruan untuk menonton filem ‘Jin Notti’ atau ‘Momok The Movie’.

Produser ‘Jin Notti’, Norman Abdul Halim akui kontroversi kutipan filem siapa yang lebih tinggi bukanlah sengaja dilakukan hasil pakatan pihaknya dan pengedar ‘Momok The Movie’, David Teo.

Baginya, setiap filem mempunyai tarikan berbeza. Ujar Norman, “‘Jin Notti’ lebih untuk mengumpul kaum keluarga manakala ‘Momok The Movie’ lebih banyak menarik golongan remaja yang sukakan cerita hantu.”

Kutipan filem ‘Jin Notti’ tak semestinya berjaya menarik penonton untuk menonton filem itu sebaliknya Norman turut memikirkan tentang inisiatif lain untuk mempromosikan filem itu.

Menurut Norman, selain mengeluarkan jumlah kutipan, dia percaya yang cara membawa pelakon utama ‘Jin Notti’ iaitu Fara Fauzana dan Mawi ‘turun padang’ beramah mesra dengan penonton juga boleh menjadi alternatif untuk menarik penonton datang ke pawagam menonton filem itu....

Baca Selanjutnya

Norman akui dia tidak malu bertelagah dengan David demi mempertahankan kebenaran yang kutipan ‘Jin Notti’ lebih tinggi daripada ‘Momok The Movie’ setakat ini.

“Saya tidak rasa malu kerana saya tidak boleh berdiam diri tentang hal ini.

“Niat saya bukanlah untuk menjatuhkan David tetapi lebih untuk mempertikaikan apa yang diuar-uarkan itu tidak benar kerana ia melibatkan strategi pemasaran.

“Saya mendapat tahu kutipan ‘Jin Notti’ melebihi ‘Momok The Movie’ berdasarkan sumber rasmi dan tidak rasmi.

“Saya tak nak beritahu siapa sumber itu kerana takut ada pertikaian pula.

“Setakat semalam, saya mendapat tahu yang jumlah kutipan filem kami juga telah mencecah lebih RM2 juta.

“Harap-harap filem ini akan mencapai sasaran RM3 juta kerana filem ini telah pun dilanjutkan tempoh wajib tayang sehingga 30 Oktober ini.

“Jika melihat kepada kutipan sekarang, saya rasa ada kemungkinan untuk mencapai RM3 juta,” ujar Norman dengan penuh bersemangat.

September 27, 2009

(Gossip) Norman Kru Cabar David Teo !!!!


Release Date: 20 September 2009
Language: Malay
Running Time: 1 hour 34 minutes
Director: Azhari Mohd Zain
Cast: Cat Farish, Farah Fauzana, Mawi

Synopsis: Notti, a lonely female genie is sent for imprisonment by the court of genies for her indecency that is against their norm. Insulted by her conduct, the court decides to expel her to the world to do various bad things yet it never works to change her into becoming a bad genie. After a series of punishment and trial, the court has reached their verdict and has cast her out to the world forever. And her last wish in front of the court has only sparked her love interest with a human, Ajiz.


Release Date: 20 September 2009
Language: Malay
Running Time: 1 hour 42 minutes
Director: M.Jamil
Cast: Abon, Aziz Satar, Nabil

Synopsis: Adli who works in Bintulu, Sarawak goes back to his village in Temerloh and comes across a strange event where the people carrying a coffin during a funeral procession heading towards a cemetery, suddenly transforms into zombies. That night after prayers, he and his friends began talking about the signs and incidents that he experienced, which are believed show that something bad is going to happen.

Petikan Akhbar :-

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios yang jugapenerbit filem Jin Notti, Norman Abdul Halim, menganggap kenyataan Pengarah Urusan Metrowealth Movies Production (MMP), David Teo yangmendakwa kutipan filem Momok telah mengatasi kutipan Jin Notti sebagai satu taktik kotor untuk memancing penonton.


Apa Nak JAdi,atau sengaja mencetuskan konterversi untuk memancing lebih ramai penonton datang ke pawagam.Siapala kita nak tahu berapa banyak kutipan filem Momok & Jin Notti niee.Kalau nak ikutkan cerita filem malaysia nie sama jer, level sama cuma yang membezakan promosi nyer jer..BUkan nak mengata,tapi dah ada beberapa orang kawan zoom termasuk keluarga zoom pergi tengok Filem Momok dan Notti nie..jawapan nyer "Biasa jer" itu la jawapannya...!!! kalau anda pernah menonton filem Mereka berdua ini sila la share di sini !!!!

September 25, 2009

(Artis Raya) Ikin Malu Beraya Di Rumah Mak Mentua !!


Alahai pemalu pulak si Ikin nie,masa kahwin anak sedara Mawi Dekat Dengan rumah Zoom Bukan main Lincah..BedUet dengan Aeen menyanyikan lagu kahwin ..Zoom suka tengok adik Ikin sweet and comel..!!! KEsian kat mawi masa tue, tak sempat nak makan sebab yang datang masa tue bukan nak tengok penggantin tapi nak tengok mawi..!!! nak buat macam mana dah namanya artis..Bersabar jer la..!!! Manja nyerr Ikin disamping suami tercinta..!!! ini tak per dah halal..tak macam artis tuee belum kahwin dah sibukkk nak gi rumah bakal mak mentua pakai kereta bekas isteri..!!! macam-macam dunia artis masa ni!!!