Tajuk ini ZoOm ambil dari website Manggaonline, mengisahkan Mawi yang kian padam dek penangan perkahwinannya dengan Ikin yang menyebabkan ribuan anak gadis tepuk dahi. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya dan kini beliau kembali dengan dengan merakamkan 15 buah lagu dengan 12 daripadanya adalah lagu duet bersama M. Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Zamani dan ramai lagi.
Namun ada yang mengata beliau menumpang populariti artis lain didalam album terbaru ini. Semoga anak muda ini kuatkan semangat dan meneruskan perjuangan sebagai anak seni. Dan berikut beberapa "Statement" Mawi mengenai cerita ini :
"Ya memang betul saya tumpang populariti mereka," Mawi berseloroh.
Menyatakan keterujaan diberi peluang merakamkan lagu bersama pujaan hatinya dalam bidang seni suara. Tuturnya, penantian dua tahun membuahkan hasil apabila keinginannya selama ini diterjemahkan dalam bentuk album.
"Idola saya di dalam album ini mempunyai pengikut tersendiri dan secara tak langsung pengikut kami akan bergabung mendengar dendangan kami. Memang tak dapat dinafikan, ia turut membantu menaikkan kembali populariti saya.
"Sepatutnya Datuk Siti Nurhaliza juga terlibat, namun ada masalah teknikal yang tidak boleh dielakkan dan perjanjian tersebut dibatalkan," ujarnya yang turut meluahkan hasrat untuk muncul dengan album berentak R&B mengikut acuan tersendiri.
Malah ada yang mengatakan Mawi Kahwin lagi padahal hanya menjadi saksi :
"Saya dengar gosip saya kahwin lagi satu di Pahang. Puncanya mungkin sebab saya duduk bersebelahan imam untuk akad nikah pada waktu itu, sedangkan saya hanya menjadi saksi. Orang pula mengambil gambar dan mungkin dari situ gosip timbul. Tapi semuanya tak betullah.
"Hanya Ekin isteri saya dan saya akan jaga Ekin sebaik mungkin. Saya mahu bimbing isteri ke syurga," kata Mawi sambil diperhatikan Ekin.