Oktober 01, 2009

(Gossip) Norman serik hebohkan jumlah kutipan ‘Jin Notti’ !!



Norman,Mawi,Fara Fara Bertemu Peminat Di Midvalley

Konterversi Norman Dan David Teo Semakin reda dengan komen terkini dari Norman Mengenai status kutipan Jin Notti Sebelum ini,berikut komen daripada Norman mengenai Gossip yang sedang hangat diperkatakan.

PERANG psikologi yang ditimbulkan kepada peminat filem Melayu pastinya membuatkan mereka tak keruan untuk menonton filem ‘Jin Notti’ atau ‘Momok The Movie’.

Produser ‘Jin Notti’, Norman Abdul Halim akui kontroversi kutipan filem siapa yang lebih tinggi bukanlah sengaja dilakukan hasil pakatan pihaknya dan pengedar ‘Momok The Movie’, David Teo.

Baginya, setiap filem mempunyai tarikan berbeza. Ujar Norman, “‘Jin Notti’ lebih untuk mengumpul kaum keluarga manakala ‘Momok The Movie’ lebih banyak menarik golongan remaja yang sukakan cerita hantu.”

Kutipan filem ‘Jin Notti’ tak semestinya berjaya menarik penonton untuk menonton filem itu sebaliknya Norman turut memikirkan tentang inisiatif lain untuk mempromosikan filem itu.

Menurut Norman, selain mengeluarkan jumlah kutipan, dia percaya yang cara membawa pelakon utama ‘Jin Notti’ iaitu Fara Fauzana dan Mawi ‘turun padang’ beramah mesra dengan penonton juga boleh menjadi alternatif untuk menarik penonton datang ke pawagam menonton filem itu....

Baca Selanjutnya

Norman akui dia tidak malu bertelagah dengan David demi mempertahankan kebenaran yang kutipan ‘Jin Notti’ lebih tinggi daripada ‘Momok The Movie’ setakat ini.

“Saya tidak rasa malu kerana saya tidak boleh berdiam diri tentang hal ini.

“Niat saya bukanlah untuk menjatuhkan David tetapi lebih untuk mempertikaikan apa yang diuar-uarkan itu tidak benar kerana ia melibatkan strategi pemasaran.

“Saya mendapat tahu kutipan ‘Jin Notti’ melebihi ‘Momok The Movie’ berdasarkan sumber rasmi dan tidak rasmi.

“Saya tak nak beritahu siapa sumber itu kerana takut ada pertikaian pula.

“Setakat semalam, saya mendapat tahu yang jumlah kutipan filem kami juga telah mencecah lebih RM2 juta.

“Harap-harap filem ini akan mencapai sasaran RM3 juta kerana filem ini telah pun dilanjutkan tempoh wajib tayang sehingga 30 Oktober ini.

“Jika melihat kepada kutipan sekarang, saya rasa ada kemungkinan untuk mencapai RM3 juta,” ujar Norman dengan penuh bersemangat.