Memaparkan catatan dengan label Fara Fauzana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fara Fauzana. Papar semua catatan

Julai 07, 2011

Video Fara Fauzana @ Fafau Basuh Periuk Di Kampung

Alamak macam kenal tapi siapa yer....Amboi-ambooi ( ala-ala Azwan Ali) hahahahahaha Faraaaaaa, tabik SPRING den kat ikauuu ( bahasa nogori). Mana tidaknya jarang-jarang @ kadang-kadang artis yang dah naik duduk mencangkung dan basuh periuk macam tu...

Sekarang ni semua nak control, nak jaga privacy lah...nak jaga standard laaa...

Nak tau kenapa ZoOM puji melambung Fafau jommm layan video kat bawah ni :

Mac 27, 2011

Hari Terakhir Fara dan Wahid Dalam Rancangan Melodi

Baru sebentar tadi ZoOm menonton siaran langsung Melodi, aksi fafau atau fara dan wahid senario mengamit keadaan. Mungkin perasaan sedih dan sebak hanya mereka yang tahu, kerana untuk pengetahuan anda Wahid telah mengacara rancangan Melodi sejak 2004 lagi dan di ikuti Fafau pada tahun 2005 sehinggalah hari terakhir mereka di Melodi hari ini.

Dalam meniti hari-hari terakhir mereka di rancangan Melodi hari ini, satu kejutan daripada Zizan, Ira serta krew rancangan Melodi hari ini. Sumbangan daripada Airasia kepada Fafau dan Wahid berupa percutian ke Gold Coast dan Paris sudah pasti menjadi pengubat kesedihan mereka.

Namun dikala rancangan Melodi dikendalikan oleh Zizan yang kian menonjol, ZoOm masih menunggu dan ingin melihat keupayaan Ira yang menggantikan Fafau.

ZoOM : Apa Pula Kata Anda ?

Jika Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Februari 22, 2011

Fara Dan Wahid Akan Bersara Daripada Melodi Pada 27 Mac, Digantikan Oleh Dira Dan Zizan

Nampaknya gossip yang tersebar diluar sana benar belaka, terbaru ZoOm terbaca berita di akhbar online Mstar mengiakan gossip yang mengatakan Wahid dan Fara akan digantikan oleh pengacara baru ( Zizan dan Dira ). Berikut ZoOm sertakan "Statement" mengenai kisah Fara dan Wahid berakhir pada 27 Mac ini di Karnival Jom Heboh Batu Kawan Pulau Pinang.



PETALING JAYA: Pengacara Zizan (Raja Lawak) mengakui berasa bangga dan teruja apabila ditawarkan menggantikan Wahid Senario bagi mengacara rancangan hiburan popular, Melodi di TV3. 

Februari 21, 2011

Gossip Fara Fauzana Diberhentikan Daripada Menjadi Pengacara Rancangan Melodi

Entah betul ke tak tetapi cerita dan gossip ini memang panas sepanas UPTOWN Kelana Jaya yang tak ada pengunjung lagi !!!! Sebenarnya gossip ini ZOOm baca pagi tadi dekat surat khabar, namun kerana masa mencemburui ZOOm pagi ni je lah masa yang sempat untuk berkongsi dengan anda pembaca di Zoomartis.net dan Facebook terutamanya.


JIka anda menonton rancangan melodi semalam sebab hari ini dah dah masuk 21hb, kehadiran Zizan disamping Fara dan Wahid mengamatkan suasana di kaca TV anda. Namun sampai bila insan bernama Fara Fauzana akan menghiburkan anda !!? Sama-samalah kita tunggu dan lihat sebab hanya empunya diri dan orang dalam tu je yang tahu.

Februari 10, 2010

(News) Selamat Hari Jadi Fara Fauzana yang ke 30 !!

Baru Zoom tahu usia Fara Fauzana atau fafau ini sudah menjangkau 30-an.Menurut info majlis itu Fafau menjemput semua peminatnya datang ke ke Wisma PKPS Shah Alam, tanpa bayaran satu sen pun..Semoga dimurahkan rezeki harap-harap tahun ni Fafau menang ABP :P

Tungguuuu...!!!



Baca Selanjutnya

Februari 05, 2010

(Gossip) Fara nafi elak ambil gambar dengan makcik-makcik

Heboh juga kes Fara tak nak bergambar dengan Orang Lama, kisahnya Zoom dapat lihat di merata-rata laman sesawang yang berpengkalan di Malaysia.Malahan Akhbar online turut sama menghebahkan berita atau gossip terbaru Fara ni...Jum baca kisah dan penjelasan Farah atau Fafau ni..!!!



Baca Selanjutnya

Fara yang terkenal dengan sikap peramah dan penyayang itu didakwa mengarahkan pengawal peribadi yang bertugas dalam sebuah majlis baru-baru ini untuk menghalang makcik-makcik bergambar dengannya.


“SAYA nak nafi pun rasa kelakar apabila orang kata saya cuba elak untuk bergambar dengan makcik-makcik,”
kata penyampai radio popular, Fara Fauzana mengenai dakwaan dia enggan bergambar dengan golongan wanita berusia.


“Saya pernah marah pengawal keselamatan sebab mereka halang saya bergambar dengan makcik-makcik,”
tambah Fara yang bakal muncul menerusi program terbarunya, Alahai Fafau yang akan disiarkan di TV9 mulai 7 Februari ini.

Pengacara Melodi ini juga didakwa berlagak ‘diva’ dengan staf TV3. Dakwaan mengatakan Fara telah membaling kunci kereta kepada salah seorang pemandu kenderaan TV3. Mendengar dakwaan itu, Fara dalam keadaan tenang menjawab isu itu timbul kerana salah faham.

“Saya rasa cerita ini hanya salah faham, mengarut dan rekaan semata-mata kerana saya jarang menaiki kereta yang dipandu oleh staf TV3.


“Kereta saya diselenggarakan oleh anak saudara saya, Zul dan kadangkala saya serahkan kepada jockey. Tetapi di TV3 mana ada jockey,”
beritahunya

Zoom : Aoa kata anda !!?

Februari 03, 2010

(Gambar) Farah Fauzana Tanpa Mekap!

Aiks...terkejut juga Zoom tengok gambar Farah Fauzana atau Fafau tanpa Make-up ni.Sebelum ini ada juga Zoom tengok gambar artis lain tanpa "Make Up", kalau tak baca tajuk sure Zoom tak kenal siapakah anak gadis ini.

Mungkin masa Fafau pergi kat tempat ini, beliau tidak sempat untuk 'Make Up" kot.Kesian Fafau gambar macam ini pun Blog tu nak hebohkan...Sabar je la Fafau...Walaupun tanpa "Make Up" Fafau tetap Cool bila berdepan "Camera Man" betul tak !!? Lagi gambar ada di bawah...




Baca Selanjutnya




Apa kata anda ?

November 11, 2009

(Cerita Artis) Fara Fauzana Kaki kena Bedah !!!?



Zoom rasa info ini tak ada di mana-mana blog sebab zoom dapat info daripada seseorang di Hospital Swasta di Subang Jaya Semalam. Tak taulah berita atau cerita ini betul atau pun tidak, tetapi kebarangkalian 90 % betul.

1- Fara Fauzana Tengah Bercuti tetapi info tak ada !!

2- Info ini boleh dipercayai..sebab ada orang nampak dah tau !!!

3- KIta tunguuuu dah lihat Statement dari Fara Fauzana !!!!




Baca Selanjutnya

Ada apa-apa maklumat tak mengenai DJ dan pelakon ini !!!?

Lets Share !!


Oktober 25, 2009

(Berita Artis) Hot FM kini radio No.1 negara !!!


Stesen radio Hot FM terus meningkat jumlah pendengar dan kini bergelar Radio No. 1 negara mengatasi stesen-stesen radio lain di seluruh negara. Ia berdasarkan kajian terbaru yang dikeluarkan oleh Nielsen Radio Audience Measurement, Survey 2, 2009 (mulai 3/08/09 hingga 16/08/09)

Hot FM, berjaya memecahkan dominasi stesen radio apabila mencecah pendengar kepada hampir 4 juta. Banyak slot mereka juga gagal digugat oleh stesen pencabar.

Gabungan slot Hot FM AM Krew Fara Fauzana dan Faizal Ismail dan Kiran dan AG (yang digelar Jawa Rangers) adalah pemangkin kepada melonjaknya kedudukan Hot FM ke tangga teratas.



Baca Selanjutnya

Hot FM juga kekal sebagai pilihan utama peminat radio yang tinggal di bandar besar dan peratusan tinggi bagi yang tinggal di luar bandar.

Ketua Pegawai Operasi Media Prima Radio Networks, Seelan Paul, berkata, kedudukan itu menunjukkan kejayaan perancangan mereka untuk memikat generasi Y (sasaran pendengar mereka).

"Untuk memikat generasi yang terdedah dengan teknologi kita tidak hanya boleh sekadar di udara sahaja sebaliknya kita mesti mendekati mereka dengan kaedah lain termasuk online, mobile dan bersemuka," kata Seelan.

Info : Manggaonline

Zoom Komen : Tahniah Hot Fm, tapi zoom lebih suka Sinar Fm..Tak per tahun depan cuba lagi. Kalah tak bererti kalah selama-lamanya dan kita tidak akan berada di bawah buat selama-lamanya. Apa KOmen anda



Oktober 01, 2009

(Gossip) Norman serik hebohkan jumlah kutipan ‘Jin Notti’ !!



Norman,Mawi,Fara Fara Bertemu Peminat Di Midvalley

Konterversi Norman Dan David Teo Semakin reda dengan komen terkini dari Norman Mengenai status kutipan Jin Notti Sebelum ini,berikut komen daripada Norman mengenai Gossip yang sedang hangat diperkatakan.

PERANG psikologi yang ditimbulkan kepada peminat filem Melayu pastinya membuatkan mereka tak keruan untuk menonton filem ‘Jin Notti’ atau ‘Momok The Movie’.

Produser ‘Jin Notti’, Norman Abdul Halim akui kontroversi kutipan filem siapa yang lebih tinggi bukanlah sengaja dilakukan hasil pakatan pihaknya dan pengedar ‘Momok The Movie’, David Teo.

Baginya, setiap filem mempunyai tarikan berbeza. Ujar Norman, “‘Jin Notti’ lebih untuk mengumpul kaum keluarga manakala ‘Momok The Movie’ lebih banyak menarik golongan remaja yang sukakan cerita hantu.”

Kutipan filem ‘Jin Notti’ tak semestinya berjaya menarik penonton untuk menonton filem itu sebaliknya Norman turut memikirkan tentang inisiatif lain untuk mempromosikan filem itu.

Menurut Norman, selain mengeluarkan jumlah kutipan, dia percaya yang cara membawa pelakon utama ‘Jin Notti’ iaitu Fara Fauzana dan Mawi ‘turun padang’ beramah mesra dengan penonton juga boleh menjadi alternatif untuk menarik penonton datang ke pawagam menonton filem itu....

Baca Selanjutnya

Norman akui dia tidak malu bertelagah dengan David demi mempertahankan kebenaran yang kutipan ‘Jin Notti’ lebih tinggi daripada ‘Momok The Movie’ setakat ini.

“Saya tidak rasa malu kerana saya tidak boleh berdiam diri tentang hal ini.

“Niat saya bukanlah untuk menjatuhkan David tetapi lebih untuk mempertikaikan apa yang diuar-uarkan itu tidak benar kerana ia melibatkan strategi pemasaran.

“Saya mendapat tahu kutipan ‘Jin Notti’ melebihi ‘Momok The Movie’ berdasarkan sumber rasmi dan tidak rasmi.

“Saya tak nak beritahu siapa sumber itu kerana takut ada pertikaian pula.

“Setakat semalam, saya mendapat tahu yang jumlah kutipan filem kami juga telah mencecah lebih RM2 juta.

“Harap-harap filem ini akan mencapai sasaran RM3 juta kerana filem ini telah pun dilanjutkan tempoh wajib tayang sehingga 30 Oktober ini.

“Jika melihat kepada kutipan sekarang, saya rasa ada kemungkinan untuk mencapai RM3 juta,” ujar Norman dengan penuh bersemangat.

September 23, 2009

(Gossip) Filem Jin Notti Berjaya Tarik 1 Juta Di Hari Pertama !!



KUALA LUMPUR: Hampir sejuta penonton telah menonton filem yang dinanti-nantikan sempena Hari Raya Aidilfitri, Jin Notti, pada hari pertama tayangannya di 70 pawagam di seluruh negara kelmarin.

Ketua Pemasaran dan Peruncitan KRU Studios, Ayu Ramli berkata syarikatnya mensasarkan satu juta penonton pada hari pertama dan yakin sasaran ini telah dicapai.

Beliau juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim amat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem ini yang dibintangi oleh Mawi, Farah Fauzana, Cat Farish dan lain-lain.

Jin Notti merupakan kisah seorang jin perempuan yang baik hati dan jujur menyebabkan semua jin marah terhadapnya kerana sikapnya itu seperti melanggar etika jin-jin.
Dari kiri: Aktres Fara Fauzana, pengarah Azhari Zain dan penyanyi Mawi semasa sidang akhbar baru-baru ini.

Filem yang diterbitkan oleh KRU Studios ini dijangka ditayangkan selama dua minggu dan selepas itu, dipasarkan ke seluruh negara dalam bentuk cakera serba guna digital dan cakera padat video (DVD & VCD). BERNAMA

Zoom Komen: Betul ker Filem nie sampai 1 Juta orang macam tak percaya jer zoom kalau 1 juta x RM8 = RM 8 Juta pada hari pertama huhhh memang superb la kalau dah sampai 1 Juta...Atau pun ini hanya gimik semata2 untuk menarik lebih ramai peminat datang ke pawagam..!! dengar2 kat pawagam cerita JIn Dan Momok jer..kalau semua pawagam macam tue mungkin boleh sampai 1 Juta kot..!! ada saper2 yang dah tengok citer ni !!? apa pun selamat hari raya...Hari nie zoom dah start keje..!! keje ada banyak..!!! kepada yang berkerja selamat berkerjaa..!!!

Jun 04, 2009

(Gambar) Penampilan Seksi Farah Fauzana

Terkejut gak tgk gambar Fau Fau Kat Ohartis...jum Zahsssss Gambar Fau Fau Kat Bawah ni..sorry OhArtis Pinjam Gambar Jap..

"Rasanya kita belum pernah nampak lagi Farah Fauzana atau panggilan popular dia Fafau memperagakan pakaian yang seksi-seksi apa lagi yang mendedahkan bahagian dada. Cuma baru-baru ni tersebar gambar Fafau berbaju yang agak menggoda menunjukkan dada’nya dan ini boleh dikatakan satu anjakkan paradigma buat Fafau yang selama ini dihormati dan disegani peribadinya."

Mei 05, 2009

Artis Malaysia : Fara Fauzana Hot Fm Crewz



Mula berjinak dengan stesen radio setelah menjadi ahli skuad Perodua radio Era. Dan kemudian dinaiktaraf menjadi DJ di Era. Terkenal dengan ucapan trademark “Halluu….” di siaran radio. Pernah merakamkan lagu bersama Linda Onn, Nana dan Niela Kurnia sewaktu bertugas di Radio Era. Memulakan karier sebagai hos TV dengan berpasangan dengan Wahid Senario dalam mengendalikan rancangan popular Melodi di TV3. Memperkenal dan mempopularkan aksi “layan…..” bagi menyaingi aksi “zaas….” oleh Wahid di kaca TV.

Berhijrah ke Stesen Radio baru, Hot FM pada tahun 2006 dan membentuk pasangan serasi bersama Faisal Ismail (FBI). Popular dalam rancangan kru pagi di Hot FM. Mendapat jolokan ’si peha besar’ dan ‘drum stick’ daripada Faisal. Membantu Hot FM menduduki carta kedua paling popular selepas Era FM dalam kajian oleh Nielsen Company Malaysia.

Menurut Fara sendiri, beliau tidak suka memasak dan menjahit (mungkin tak pandai?).

Pada akhir tahun 2006, Fara disunting oleh Aziz M Osman dan syarikatnya untuk membintangi Siri Sitcom televisyen, FARA, yang ditonton sehingga lebih 3 juta penonton dan berada di carta 5 rancangan paling popular di TV3.

Fara merupakan pemenang anugerah DJ Radio Paling popular Berita Harian untuk tahun 2004 dan 2005.

April 16, 2009

Fara Fauzana shopping sakan di London


Dengar cerita juruhebah popular Fara Fauzana shopping sakan semasa ke London baru-baru ini. Sampai tak cukup masa dan kena sambung tinggal di sana beberapa hari.