Baru sebentar tadi ZoOm menonton siaran langsung Melodi, aksi fafau atau fara dan wahid senario mengamit keadaan. Mungkin perasaan sedih dan sebak hanya mereka yang tahu, kerana untuk pengetahuan anda Wahid telah mengacara rancangan Melodi sejak 2004 lagi dan di ikuti Fafau pada tahun 2005 sehinggalah hari terakhir mereka di Melodi hari ini.
Dalam meniti hari-hari terakhir mereka di rancangan Melodi hari ini, satu kejutan daripada Zizan, Ira serta krew rancangan Melodi hari ini. Sumbangan daripada Airasia kepada Fafau dan Wahid berupa percutian ke Gold Coast dan Paris sudah pasti menjadi pengubat kesedihan mereka.
Namun dikala rancangan Melodi dikendalikan oleh Zizan yang kian menonjol, ZoOm masih menunggu dan ingin melihat keupayaan Ira yang menggantikan Fafau.
ZoOM : Apa Pula Kata Anda ?
Jika Suka Gossip Ini ClickLah Like !!