Mac 26, 2011

Koleksi Cerita Lawak Di ZoOmartis


Cerita Lawak 1 : Gadis Pelancong Asing 


Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "




================


Cerita Lawak 2 : Kisah Atan Dan Polis


Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu dipinggir hutan.Malangnya belum sempat dapat habuan, Mael diterkam pak belang. Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polis

Atan: sss..sssee..selamat pagi tuan..

Polis:selamat pagi..apa hal tercungap2 ni.

Atan:ssa...saayyaa nak buat report tuan..

Polis:report pasal apa?

Atan:pasal kawan saya dibaham harimau

Polis:ha! dibaham harimau? pukul berapa?

Atan:tak..dia tak dipukul..dia diterkam..

Polis:habis..?

Atan:tak habis tuan,tinggal kepala...



==========


Cerita Lawak 3 : Loghat Masyarakat Malaysia


Antara loghat utara dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?
jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..

bahasa malaysia standard: "dia pergi ke rumah jiran utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara: "dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur: "dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan: tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..



==============


Cerita Lawak 4  : Makwe Dan Pakwe Bila Jadi Suami Isteri



Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...
SEBELUM 
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu.. sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.. begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu (rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
SELEPAS KAHWIN 
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do...

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut.. .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie.... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak?!!!!!!!!


================


Cerita Lawak 5 : Mamak Dengan Pelanggan Cerdik 


Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk. Lalu mamak menjawab"Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20".

Pemuda meminta satu teh panas. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20". Mamak tu pun tercenggang-cengang.. hehe







Suka Gossip Ini ClickLah Like !!