Stesen radio Hot FM terus meningkat jumlah pendengar dan kini bergelar Radio No. 1 negara mengatasi stesen-stesen radio lain di seluruh negara. Ia berdasarkan kajian terbaru yang dikeluarkan oleh Nielsen Radio Audience Measurement, Survey 2, 2009 (mulai 3/08/09 hingga 16/08/09)
Hot FM, berjaya memecahkan dominasi stesen radio apabila mencecah pendengar kepada hampir 4 juta. Banyak slot mereka juga gagal digugat oleh stesen pencabar.
Gabungan slot Hot FM AM Krew Fara Fauzana dan Faizal Ismail dan Kiran dan AG (yang digelar Jawa Rangers) adalah pemangkin kepada melonjaknya kedudukan Hot FM ke tangga teratas.
Baca Selanjutnya
Hot FM juga kekal sebagai pilihan utama peminat radio yang tinggal di bandar besar dan peratusan tinggi bagi yang tinggal di luar bandar.
Ketua Pegawai Operasi Media Prima Radio Networks, Seelan Paul, berkata, kedudukan itu menunjukkan kejayaan perancangan mereka untuk memikat generasi Y (sasaran pendengar mereka).
"Untuk memikat generasi yang terdedah dengan teknologi kita tidak hanya boleh sekadar di udara sahaja sebaliknya kita mesti mendekati mereka dengan kaedah lain termasuk online, mobile dan bersemuka," kata Seelan.
Info : Manggaonline
Zoom Komen : Tahniah Hot Fm, tapi zoom lebih suka Sinar Fm..Tak per tahun depan cuba lagi. Kalah tak bererti kalah selama-lamanya dan kita tidak akan berada di bawah buat selama-lamanya. Apa KOmen anda