Memaparkan catatan dengan label Sinar FM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinar FM. Papar semua catatan

Mei 31, 2011

Gambar Pernikahan Salih Yaacob dan Isteri Samihah Sheikh Ali

Bertuahnya abang Salih Yaacob atau nama glamour beliau di Sinar FM SY kerana sudah cukup quota yang jarang-jarang diperolehi oleh kaum Adam diluar sana. Semalam genaplah empat orang isteri abang SY kita ni, nama isteri ke empat beliau Samihah Sheikh Ali, 25 tahun sah menjadi isteri beliau di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulai Jaya tepat 3.50 petang semalam.

Wang hantaran RM25,000 berserta mas kahwin RM23 diberikah kepada pihak perempuan, dan dengan dua kali lafaz walaupun sudah berpengalaman. Maklumlah bini muda :), apa pun semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga akhir hayat.

ZoOM : Apa Komen Anda Mengenai Perkahwinan Abang SY kita ni ?

Lagi Gambar di bawah :

Februari 06, 2011

Facebook Abby Fana Sinar FM Kena Hack !!

Pagi tadi semasa keluar minum pagi ZoOm terdengar Abby Fana bercerita mengenai akaun Facebook beliau yang disalah guna oleh orang lain yang berjaya mengodam akaun facebook Abby Fana.

Sekarang ini zaman yang moden dan canggih malah manusia dimuka bumi ini pun semakin cilik pandai dengan sistem komputer yang pada mulanya hanya segelintir sahaja yang mampu memecahkan kod dan program dalam komputer.

Bagi ZOOm salah satu sebab Facebook pernah kecoh nak tutup mungkin kerana fungsi Facebook yang mudah diceroboh kot..

ZoOm : Apa Kata Anda ?

Oktober 09, 2010

Penceraian Raja Azura dan Kenyataan beliau

Sedihnya tengok gambar akak Raja Azura kita ni, walaupun telatahnya sering membuatkan si pendengar ketawa dan tersenyum dikala sedih. Namun ia tidak menghalang kisah sedih turut menghantui beliau sekian lama. Akhirnya akak Raja Azura sah bercerai dengan bekas suami Adzmin Tan Sri Osman pada 28 september lalu, berikut statement Raja Azura kepada wartawan dan public.

Mei 15, 2010

Tahniah Sinar FM! Radio No 1 Malaysia!


Zoom: Tahniah Sinar kerana menjadi Radion No 1 Negara, kepada Stesen Radio Lain jangan putus Harapan, cuba lagi tahun depan...!!!

Januari 04, 2010

(Gossip) Linda Onn tinggalkan Sinar FM !!?


Peminat: Ini dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..L.O dah pun babai dari Sinar; dengar citer dia nak gi ke Suria fm; tak tau betul ke tak, tapi kisah dia tinggalkan sinar tuh memang confirm.... so..ada ke sesapa yang nak menangisi pemergian L.O, selain abang-abang lori?
pada aku, meh la kita ucapkan selamat maju jaya kat dia; semoga terus dimurahkan rejeki dan cepat dapat jodoh. babai L.O....




Baca Selanjutnya

Ini komen yang Zoom baca di laman forum cari semalam, tak sempat nak upload sebab nurse ni tak habis-habis nak masukkan antibiotik dalam badan ni.Kesahihan belum dapat dipastikan tetapi sehari dua tentu ada maklum balas dari pihak Linda Onn mengenai gossip terbaru ini..Any INFO ?

Apa kata anda ?



Oktober 25, 2009

(Berita Artis) Hot FM kini radio No.1 negara !!!


Stesen radio Hot FM terus meningkat jumlah pendengar dan kini bergelar Radio No. 1 negara mengatasi stesen-stesen radio lain di seluruh negara. Ia berdasarkan kajian terbaru yang dikeluarkan oleh Nielsen Radio Audience Measurement, Survey 2, 2009 (mulai 3/08/09 hingga 16/08/09)

Hot FM, berjaya memecahkan dominasi stesen radio apabila mencecah pendengar kepada hampir 4 juta. Banyak slot mereka juga gagal digugat oleh stesen pencabar.

Gabungan slot Hot FM AM Krew Fara Fauzana dan Faizal Ismail dan Kiran dan AG (yang digelar Jawa Rangers) adalah pemangkin kepada melonjaknya kedudukan Hot FM ke tangga teratas.



Baca Selanjutnya

Hot FM juga kekal sebagai pilihan utama peminat radio yang tinggal di bandar besar dan peratusan tinggi bagi yang tinggal di luar bandar.

Ketua Pegawai Operasi Media Prima Radio Networks, Seelan Paul, berkata, kedudukan itu menunjukkan kejayaan perancangan mereka untuk memikat generasi Y (sasaran pendengar mereka).

"Untuk memikat generasi yang terdedah dengan teknologi kita tidak hanya boleh sekadar di udara sahaja sebaliknya kita mesti mendekati mereka dengan kaedah lain termasuk online, mobile dan bersemuka," kata Seelan.

Info : Manggaonline

Zoom Komen : Tahniah Hot Fm, tapi zoom lebih suka Sinar Fm..Tak per tahun depan cuba lagi. Kalah tak bererti kalah selama-lamanya dan kita tidak akan berada di bawah buat selama-lamanya. Apa KOmen anda



September 30, 2009

(Gambar) LIsdawati Fauzi Dan Di Sinar FM !!!!


Semalam Zoom bawa kereta jalan-jalan di area Petaling Jaya..Dengar punya dengar ada pula panggilan dari Fauzi ke Sinar Fm yer la dalam kereta tu dah set Frequincyyyy Sinar so dengar laa..Saje jer set Sinar sebab nak dengar celoteh makcik KU dan Pakcik SY.Nak dijadikan cerita, memang romantik ayat-ayat yang fauzi lafazkan untuk Lisda yang tengah duduk disebelah kereta..Yerlah masa call fauzi tengah bawa kereta isteri kat sebelah...dah tu lisda pulak buat ucapan..!!! semoga berbahagia Lisda dan Fauzi semoga dengan kehadiran anak kedua nanti akan membuang segala gossip2 lama tue..insyallah..!!! 

Ogos 22, 2009

(Gambar)Wajah Terbaru Engku Emran Botak ,Erra Dan Alisya


Ni gambar Engku Emran,Erra DAn Si COmmel dalam rancangan Ac Mizal.Comel tak ?
Dan Hendsome tak Ayah dia ? Erra jangan cakap memang Cantik...Live Sama je..Hari tu gi opis zoom..Nak amik gambar segann la pulak..apa2 pun layan la gambaar engku imran dah keluarganya



Julai 27, 2009

(Konterversi) Siapa tiru siapa? - Radio Era dilabel stesen ciplak !!

KERATAN akhbar Kosmo! keluaran 15 Julai lalu.

Nampaknya Konterversi Radio ERA dan Sinar FM Masih Panas di pasaran..Berikut Statement Orang Penting ERA En Nazri !!

"Sudah lama radio lain di bawah AMP selain ERA yang mengamalkan muzik tanpa henti. Cuma kami tidak pernah menguar-uarkan perkara ini kepada pendengar.

"Stesen radio itu tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa ERA meniru idea mereka. Padahal Hitz.fm dan Light.fm sebelum ini sudah melaksanakan perkara sama sejak bertahun-tahun lamanya.

"Malah hingga ke waktu ini stesen-stesen radio di bawah AMP ini masih menjalankan format sama. Kami sudah buat bermacam-macam kelainan. Tiada kata yang boleh mengaitkan ERA menciplak idea mereka.

"Macam saya katakan tadi, benda ini sudah lama diaplikasikan sejak tahun 1997 oleh AMP. Lantaran itu, saya tidak mengambil kisah jika ERA dituduh mengambil konsep radio tersebut," katanya dalam nada tenang serta bersahaja.


PENYAMPAI radio Era, Aznil dan Din Beramboi bergambar bersama penaja dan peserta program selepas penyerahan papan poster Program Riuh Sana Sini Era di Kuala Lumpur baru-baru ini.