Memaparkan catatan dengan label Linda Onn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Linda Onn. Papar semua catatan

Oktober 11, 2010

Gambar Linda Onn Bertudung Kerana Maher Zain

Alangkah bagusnya kalau Linda Onn memakai tudung sampai bila-bila, jangan kerana dek nak ingin menjayakan program bersama Maher Zain ni je. Untuk pengetahuan anda Maher Zain dikenali di Eropah kerana membawa lagu-lagu Nasyid.

Jun 25, 2010

Gambar Linda Onn Semasa Menunaikan Umrah



Kagum sungguh kami dengan Linda Onn nie. Muda-muda lagi dah bergelar jutawan dan paling penting masih berkesempatan pergi menunaikan umrah di kala sibuk bekerja. Inilah yang orang kata bijak menguruskan masa. Tahniah kami ucapkan kepada Linda Onn.
Linda pergi menunaikan umrah bersama ahli keluarga dia. Dari gayanya, kemungkinan besar Linda Onn tanggung kesemua perbelanjaan ahli keluarga dia yang lain. Kalau betullah macam tue, memang Linda sangat-sangat wajar dikagumi. Tabik spring dari kami untuk Linda.


Mac 06, 2010

(Cerita Artis) Ingin naik belon panas bersama Linda Onn


Jika berminat dengar la radio Suria Fm, kalau anda bertuah pastinya dapat naik turun je belon tu...Tak ada terbang mana-mana pun..Jadi telefon la nanti jika anda fan Linda Onn ni..Apa pun baca la cerita mengenai naik belon bersama Linda Onn dan Suria Fm ini...


SEMPENA Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PIHABF) di monumen Alaf Baru, Presint 2 pada 18 Mac-21 Mac ini, Suria FM akan mengadakan kuiz istimewa untuk pendengarnya.
Menariknya, pemanggil yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul itu akan berpeluang menaiki belon udara panas tersebut bersama penyampai Linda Onn.

Kuiz yang akan bermula pada 12 Mac - 18 Mac ini akan diberikan melalui slot Breakfast@Suria, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 - 10 pagi yang dikendalikan oleh penyampai Halim Othman dan Zizi.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Suria FM, Roslinda Abdul Majid, atau lebih mesra dengan sapaan DJ Lin, satu soalan akan diberikan kepada setiap pemanggil dan kesemua soalan akan berkisar tentang fiesta belon udara panas dan Suria FM sahaja.

"Soalan itu nanti akan disampaikan terlebih dahulu sebelum kami menerima panggilan. Setiap pemanggil akan diberikan satu soalan sahaja," jelas DJ Lin.

Jelas penyampai permaha ini, setiap pemenang akan menerima dua buah tiket, mereka akan menaiki belon panas itu pada 19 Mac ini bermula pukul 8 - 11 pagi bersama Linda.

Mac 01, 2010

(Gossip) Linda enggan beri kerjasama kepada seniman !!!?

Boleh tahan juga Linda ni, dah satu Malaysia tahu gossip beliau dengan bekas kekasih.Sehinggalah Fahrin ingin berdamai pun beliau buat bodo je.Zoom pun malas nak komen banyak-banyak sebab tidak tahu kisah dari A-Z.Apa pun baca je la komen Abang Harun kita ni mengenai Linda Onn !!

INFO: Mstar
Fahrin Ahmad dan penyampai radio, Linda Onn masih belum berkesudahan dengan kemelut isu pelakon dan duta produk. Baru-baru ini seniman pula cuba menawarkan diri untuk menjadi orang tengah menyelesaikan kes tersebut.


Namun menurut presiden Seniman, Harun Salim Bachik, usaha untuk menyelasaikan masalah dua selebriti ini menemui jalan buntu apabila Linda tidak memberikan sebarang reaksi.

"Kami rasa terpanggil untuk berusaha menjernihkan atau menyelesaikan masalah selebriti ini dengan cara yang lebih baik. Fahrin ada meminta nasihat dan pandangan dari Seniman dan sebagai organisasi yang membela nasib anak seni memang wajar seniman campur tangan untuk mengelakkan perkara yang buruk terjadi di kalangan artis.

Menurut Harun lagi usaha untuk hubungi Linda tidak berhasil dan menyukarkan usaha Seniman dalam membantu permasalahan itu.

"Dua minggu lalu, kami telah bagi surat dan cuba hubungi Linda dengan pelbagai cara, namun sehingga sekarang masih tiada apa-apa respon dari dia. Saya rasa Linda sendiri tak mahu beri kerjasama. Jika bertepuk sebelah tangan tak menjadi juga, kami pun tak mahu seperti terhegeh-hegeh," ujarnya.

Dalam pada itu, Harun turut menasihatkan artis-artis agar menghormati Seniman sebagai sebuah keluarga besar.

"Dua-dua adalah dari kalangan selebriti, jadi Seniman rasa wajar untuk bantu mereka. Kami rasa masalah ini sedikit sebanyak di bawah tanggungjawab kami Seniman yang juga dianggap sebagai sebuah keluarga besar artis," katanya.



Zoom: Apa kata anda ?

Februari 19, 2010

(Gossip) Linda Onn cari suami sesedap mata memandang !!


Disebalik kisah konterversinya dengan bekas kekasih hati jejaka popular tanah air Fahrin Ahmad sehingga kan dibawah ke Mahkamah.Mungkin kerana ingin kan seseorang untuk menjadi teman mengadu Linda Onn tampil dengan "statement" ingin mencari seseorang yang sedap mata memandang dan memahaminya..!!!

Mari kita baca luahan si gadis Suria FM ini:-


Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Linda menegaskan dirinya bukan sengaja mereka-reka cerita mengenai dakwaan yang dibuat terhadap lelaki itu.

Malah dia juga tidak pernah merasa tertekan dengan ‘masalah’ yang menimpa ketika mengendalikan kerja di tempat barunya, Suria FM setelah bertugas sejak 15 Januari lalu.

“Alhamdulillah, saya mendapat sokongan yang kuat daripada rakan sekerja di Suria FM dan majikan. Dari situ, saya tak pernah patah semangat walaupun ada beribu yang menghentam.

“Saya dah jelaskan kepada mereka bahawa kes itu berlaku disebabkan saya menjawab soalan daripada wartawan dan bercakap yang benar. Jadi, sebab itu mereka menyokong saya,” jelas Linda kepada mStar Online.

Zoom: Inilah yang dinamakan lumrah dunia, sekejap bahagia dan kadang kala ia akan menjadi keruh atau pun kering sementara anda memerlukannya...Apa kata anda !?

Januari 27, 2010

(Gossip) Linda serah isu Fahrin pada peguam


Nampaknya segala masalah yang dicetuskan oleh mereka ****** telah membuatkan bekas pasangan kekasih ini melibatkan peguam dan keluarga masing-masing.Bak kata pepatah "kerana mulut badan binasa".Inilah yang berlaku kepada Linda Onn yang hanya menjawap segala pertanyaan wartawan.Zoom pun malas nak komen sebab tidak tahu perkara yang sebenarnya.cukup sekadar berkongsi dengan anda luahan Linda di dalam Akhbar hari ini..Samada Linda akan membuat permohonan maaf secara terbuka belum dapat dipastikan lagi...cerita selebihnya ada di bawah...!! ( Info media online )



Baca Selanjutnya

Fahrin Ahmad mengemukakan permohonaan maaf itu menerusi notis tuntutan selama 7 hari yang dikeluarkan menerusi peguamnya Tetuan Tengku Naufal & Co.

Penyampai radio Linda Onn enggan memberikan sebarang komen terhadap tindakan Fahrin Ahmad.

"Saya tidak mahu komen apa-apa dan saya juga tidak boleh komen apa-apa. Segalanya saya serahkan kepada peguam saya. Biarlah peguam yang menguruskan hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya hanya berkata benar,"
kata Linda.

Linda juga menafikan dia sengaja mencetuskan sebarang kontroversi berhubung isu Fahrin tersebut.
"Yang mencipta kontroversi bukannya saya. Sebaliknya orang lain yang ciptakan kontroversi untuk saya. Bila wartawan tanya saya soalan, saya hanya jawab yang benar dan inilah jadinya
.
"Kalau tidak mahu perkara-perkara seperti ini berlaku, jangan tanya saya. Tapi, apa yang boleh saya katakan di sini, apa yang telah saya katakan sebelum ini adalah perkara yang benar,"
kata Linda lagi.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Palace of Golden Horses, pagi semalam, Fahrin telah membuat pengakuan bahawa dia dan seluruh keluarganya telah tertekan dengan kenyataan Linda itu. Malah, kenyataan Linda itu sedikit sebanyak telah menjejaskan maruah, reputasi serta kredibilitinya sebagai seorang pelakon, pengacara dan duta produk untuk beberapa syarikat jenama terkemuka.


Januari 26, 2010

(Gossip) 7 Hari untuk Linda Onn minta maaf jika tak....!!


Fahrin bersama peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor

Itulah "Statement" yang zoom baca sebentar tadi mengenai perkembangan terbaru saman yang Fahrin buat terhadap Linda Onn.



Baca Selanjutnya

Fahrin melalui peguamnya, Tengku Naufal Tengku Mansor menuntut Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn tampil membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari mulai Jumaat lalu melalui akhbar Sinar Harian dan The Star.

Beliau mendakwa, anak guamnya sangat tertekan dari awal tahun dengan apa yang berlaku sehingga memberi impak kepada imej dirinya dan keluarga.

Dalam pada itu, Tengku Naufal memberitahu pihaknya sedang dalam proses mengumpul bukti yang cukup, sama ada melalui kenyataan-kenyataan akhbar, blog dan laman Twitter untuk mendakwa selebriti lain yang terlibat.

Zoom: Makin hangat dan meletup kisah ini....!!!

Januari 24, 2010

(Gossip) Fahrin Ahmad saman Linda Onn


Nampaknya kisah bekas kekasih Fahrin Ahmad semakin hangat dengan "statement" Fahrin Ahmad hari ini, beliau mengatakan bahawa telah menghantar peguam untuk menyaman Linda Onn dan beberapa akhbar semalam.



Baca Selanjutnya

Sehubungan itu Fahrin dan peguam yang mewakilinya, Tetuan Naufal & Co akan mengadakan sidang media di Palace of The Golden Horses pada pagi Isnin ini untuk menjelaskan tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap mereka.

Dalam pada itu, peguam Tengku Naufal ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen sehingga Isnin ini.


“Tunggu saya komen pada Isnin ini,
” tegasnya.

Fahrin, pengacara yang popular menerusi program Sehati Berdansa selama tiga musim berturut-turut berkata dia amat sedih apabila Linda mendakwanya panas baran serta ‘cepat naik tangan’.

Lantaran, dakwaan itu telah memberikan kesan negatif kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon serta duta Garnier dan Shell.

Zoom: Apa kata anda mengenai gossip terbaru Fahrin dan Linda Onn ini !!? betul ke Fahrin ni panas baran orangnya..entahlah sebab sudah dua ex yang mengeluarkan "statement" yang sama..Mari kita berkongsi dan bercerita...!!

Januari 04, 2010

(Gossip) Linda Onn tinggalkan Sinar FM !!?


Peminat: Ini dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..L.O dah pun babai dari Sinar; dengar citer dia nak gi ke Suria fm; tak tau betul ke tak, tapi kisah dia tinggalkan sinar tuh memang confirm.... so..ada ke sesapa yang nak menangisi pemergian L.O, selain abang-abang lori?
pada aku, meh la kita ucapkan selamat maju jaya kat dia; semoga terus dimurahkan rejeki dan cepat dapat jodoh. babai L.O....




Baca Selanjutnya

Ini komen yang Zoom baca di laman forum cari semalam, tak sempat nak upload sebab nurse ni tak habis-habis nak masukkan antibiotik dalam badan ni.Kesahihan belum dapat dipastikan tetapi sehari dua tentu ada maklum balas dari pihak Linda Onn mengenai gossip terbaru ini..Any INFO ?

Apa kata anda ?



Oktober 20, 2009

(Gossip) Fahrin marah atas campur tangan Linda Onn !!!


Kisah cinta paling hangat dan panas bulan ini adalah antara pasangan kekasih, Scha Alyahya dengan Fahrin Ahmad yang hancur berkecai ibarat kaca terhempas ke batu.

Fahrin bersabar dengan ujian itu walaupun dalam hatinya mungkin ada sayang terhadap Scha. Begitu juga Scha diharap tabah menghadapi ujian putus cinta. Ini semua adalah dugaan dan ujian bagi mereka yang bergelar artis. Itulah, apabila jadi artis semua kisah peribadi akan menjadi berita sensasi yang hendak diketahui oleh semua orang.





Baca Selanjutnya

Fahrin sempat meluahkan perasaan yang dia agak terkilan apabila bekas kekasih iaitu Linda Onn cuba masuk campur terhadap apa yang berlaku di antara dia dengan Scha. Kata Fahrin, dia terkilan apabila membaca Linda memberi reaksi mengenai hubungannya dengan Scha. Malah Fahrin juga tidak bersetuju apabila ada sesetengah pihak media yang sengaja mencari sensasi dengan meminta komen daripada Linda.


“Kenapa nak tanya Linda pasal saya dan Scha putus cinta? Perkara itu tak relevan langsung. Linda bukannya kawan rapat kami dan dia bukan orang yang layak bagi komen,” demikianlah kata Fahrin.

Zoom Komen: Alahai makin Hebat lah kisah artis kita ni, sana sini memperkatakan kisah percintaan beliau.Kesian kat Fahrin ni, mungkin dah geram dan sedih sangat kot sampai "Statement" kuar macam ni..!!! APa Komen anda...!!!


Oktober 05, 2009

(Gosip) Linda enggan komen perpisahan Scha-Fahrin !!


SEMASA tersebarnya berita tidak wujud lagi persefahaman dengan bekas 'teman tapi mesra' Fahrin Ahmad pada tahun lalu, pelakon serta penyampai radio Sinar FM, Linda Onn bertindak mendiamkan diri.

Ekoran itu, akui Linda, beliau dipersalahkan oleh banyak pihak malah para wartawan pun marah dan 'menghentamnya'.

Namun, Linda menelan segala cemuhan dan kritikan itu umpama menelan air liur biarpun tindakannya mendiamkan diri itu hanya mengundang persepsi salah dan tanggapan meleset terhadapnya.

Hari ini, Linda tetap mengambil pendekatan yang sama, iaitu berdiam diri, apabila Fahrin dikhabarkan telah berpisah dengan aktres and pengacara sedang meningkat naik, Scha Alyahya.

"Betul ke? Saya betul-betul tak tahu. Serius? Kalau boleh, saya tak nak tahu dan kalau boleh tak nak ambil tahu. Perhubungan di antara kami berdua dah menjadi lipatan sejarah."

"Saya tidak mempunyai apa-apa komen mengenai mereka kerana saya tidak nak masuk campur. Saya zip mulut sahaja," kata Linda yang ditemui semasa Pertandingan Kek Coklat Ketiga yang berlangsung di Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini




Baca Selanjutnya

Ditanya kemungkinan hatinya masih terbuka untuk menerima Fahrin, gelengan kepala Linda sudah menjelaskan segala-galanya.

"Bila kami bersama, orang tanya mengapa dengan dia. Bila kami dah berpisah, orang tanya mengapa saya tidak balik kepadanya. Orang akan cakap sampai bila-bila. Kita tidak boleh menghalang mereka bercakap.

"Apa yang penting, kita tahu apa yang terbaik buat diri kita," ujar Linda sejujurnya.

Menurut Linda, dia berasa lebih selesa hidup bersendirian dan tidak mempunyai lelaki istimewa di hatinya buat masa ini.

Zoom Komen: Kesian Kat Bro Fahrin putus cinta lagi,persoalannya si Sacha sekarang nie dengan saper..menurut gossi satu laman web si sacha ni sekarang dengan si Awal pelakon tu, Betul ke tak no komen ...Ada info ? share la !!!

Julai 29, 2009

(Gossip) Dagu Linda Onn !!!!


Anda Perasaan Tak Dagu Linda ni Panjang je...!! APa PAndangan U Alls dengan Dagu Linda ni.. :)

Julai 01, 2009

(Gossip) kekasih baru Linda, Belaian Manja Linda ?


Huh Hangat Juga citer nie,Linda dah ada kekasih baru..Nama Jejaka ni Salleh..macam Mat Salleh La pulak.Gambar Kat bawah ni Memang Caring And Romantic Giler..Siap Pegang rambut kat kepala salleh ni.Kalau dah berkenan hantar la rombongan waahai En Abang..Jangan la duk usap2 rambut kat public.

Linda...erm...Dengar2 dah putus cinta dengan mamat salleh James Gibbs tak per Salleh Ada.. :P lagie handsome and made in Malaysia kot :P made from Overseas bahaya sket..Belajar dari pengalaman artis lain..

Apa Pun Zoom Doakan Semoga perhubungan Linda dan Salleh TUe sampai ke jinjang PELAMIN..


Jun 21, 2009

(Gossip) Linda Onn Bongkak Tak Kenal Scha



Apa yang kami ingin bongkar’kan di’sini, ketika program Galaksi @ Tv9 berlangsung, ada seorang wartawan yang mungkin saja nak bakar line bertanya’kan pendapat Scha mengenai Linda Onn, beliau dengan jujur ikhlas’nya memuji Linda Onn, siap puji habis’lah.
Namun, bila di’tanya soalan yang sama kepada Linda Onn, anda tahu bagaimana jawapan Linda?

“Saya tak kenal dia siapa?”
“Saya TAK PERNAH TENGOK DRAMA DIA…yang saya tau dia ARTIS BARU…”


Si Linda Onn Tau kot,Tapi Mungkin Rasa Geram Kat Sacha Or Cemburu Tu masih ada..Apa Pun Kepada Linda Banyak-banyak bersabar ramai lagi jantan-jantan atau jejaka hendsome kat luar tue yang nak kat Linda. :P

"Berkawan Biar Seorang,Bercinta Biar Satu"

Jun 08, 2009

(Gambar) Payudara Linda Onn Di Raba ????


Jangan Jelouse..Dan Jangan Marah...Korang NI Tengok Jer Tajuk Macam ni dah xcited nak baca :P apa pun bertuah Budak Laki ni erkk boleh pegang :P gurau jer yerr linda jangan marah ni pun nak gelak sorang baca Kat satu blog bab ni...

Ni nak kenakan Orang lain plak...:P

Linda Ni Bila Pulak Nak kahwin erk... :P nana dah kawin !!!

Mei 10, 2009

Artis News : Linda Onn My Asam Pedas pula



Setelah berjaya dengan rangkaian restoran nasi ayam My Mum Chicken Rice Shop, kini pengacara Linda Onn memperluaskan bisnes kedai makanannya.

Linda kini membuka My Asam Pedas Shop pula yang menyediakan pelbagai masakan berteraskan asam pedas. Yang pestinya ikan asam pedaslah yang sangat diminati oleh penggemar masakan pedas.

Nampaknya Linda yang kini ditukarkan ke Sinar FM serius dengan rangkaian kedai makan. Apabila mula berniaga ni memang seronok, lebih-lebih lagi kalau kedai kita dapat sambutan. Sebab itulah Linda pun memperluaskan bisnes.

Agaknya bila pula Linda nak kahwin ya.

Mei 07, 2009

Linda Onn & Banglo Barunya Yang Bernilai Lebih 2 Juta

Desas-desus ada yang mengatakan Linda Onn sudah pun mendapat kunci rumah baru di’ kawasan Setiahills berdekatan dengan Sekolah Menengah Taman Kosas di’mana harga setiap rumah banglo tersebut bernilai lebih RM2 juta. Respect’lah pada Linda Onn, di’usia yang sangat muda sudah mampu memiliki rumah sedemikian mewah, tahniah!

Daripada gambar di’atas, beg Setiahills tersebut memapar’kan No. 26, kemungkinan besar lot rumah beliau adalah serupa. Berdasar’kan info tersebut, kemungkinan rumah baru Linda Onn berada di’lot 26 Type F.