Memaparkan catatan dengan label Seniman Tanah Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seniman Tanah Air. Papar semua catatan

Jun 09, 2012

Gossip Panas Dan Konterversi AGM Persatuan Seniman !!!!

Semakin hangat nampaknya persatuan yang ditubuhkan untuk memastikan kebajikan artis di Malaysia ini, jika sebelum ini kisah ketua dan timbalannya. Tetapi kini hadir lagi isu baru mengenai artis Veteran yang tampil mengemukakan petisyen pembatalan AGM Persatuan Seniman kali ke 14.


Dan berikut "Statement" kedua-dua pihak yang sedang menegakkan suara mereka :

ARTIS VETERAN

Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13. 
Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000 

Mac 12, 2010

Majlis Memperingati P.Ramlee 22 Mac Di PWTC


SATU atur cara memperingati kelahiran seniman agung Tan Sri P. Ramlee ke 81 tahun akan berlangsung pada Isnin, 22 Mac pukul 2 petang di ruang legar, lobi PWTC, Kuala Lumpur.

Acara itu akan dimulakan dengan bacaan doa dan Fatehah untuk P. Ramlee, diikuti dengan ucapan alu-aluan Datuk Dr. Aziz Sattar selaku pengerusi MZA Terbit Enterprise.
Tetamu istimewa Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, dijangka akan menyempurnakan majlis petang itu.

Mac 01, 2010

(Gossip) Linda enggan beri kerjasama kepada seniman !!!?

Boleh tahan juga Linda ni, dah satu Malaysia tahu gossip beliau dengan bekas kekasih.Sehinggalah Fahrin ingin berdamai pun beliau buat bodo je.Zoom pun malas nak komen banyak-banyak sebab tidak tahu kisah dari A-Z.Apa pun baca je la komen Abang Harun kita ni mengenai Linda Onn !!

INFO: Mstar
Fahrin Ahmad dan penyampai radio, Linda Onn masih belum berkesudahan dengan kemelut isu pelakon dan duta produk. Baru-baru ini seniman pula cuba menawarkan diri untuk menjadi orang tengah menyelesaikan kes tersebut.


Namun menurut presiden Seniman, Harun Salim Bachik, usaha untuk menyelasaikan masalah dua selebriti ini menemui jalan buntu apabila Linda tidak memberikan sebarang reaksi.

"Kami rasa terpanggil untuk berusaha menjernihkan atau menyelesaikan masalah selebriti ini dengan cara yang lebih baik. Fahrin ada meminta nasihat dan pandangan dari Seniman dan sebagai organisasi yang membela nasib anak seni memang wajar seniman campur tangan untuk mengelakkan perkara yang buruk terjadi di kalangan artis.

Menurut Harun lagi usaha untuk hubungi Linda tidak berhasil dan menyukarkan usaha Seniman dalam membantu permasalahan itu.

"Dua minggu lalu, kami telah bagi surat dan cuba hubungi Linda dengan pelbagai cara, namun sehingga sekarang masih tiada apa-apa respon dari dia. Saya rasa Linda sendiri tak mahu beri kerjasama. Jika bertepuk sebelah tangan tak menjadi juga, kami pun tak mahu seperti terhegeh-hegeh," ujarnya.

Dalam pada itu, Harun turut menasihatkan artis-artis agar menghormati Seniman sebagai sebuah keluarga besar.

"Dua-dua adalah dari kalangan selebriti, jadi Seniman rasa wajar untuk bantu mereka. Kami rasa masalah ini sedikit sebanyak di bawah tanggungjawab kami Seniman yang juga dianggap sebagai sebuah keluarga besar artis," katanya.



Zoom: Apa kata anda ?

Jun 11, 2009

(Celebrity news) Al-Fatihah Buat Seniman Shukery

Marila Kita Sama-Sama Sedekahkan Al-fatiha Buat Saudara Shukery..

Disini Zoom Admin Upload Gambar-gambar Arwah Untuk Tatapan Saudara dan saudari..


SHUKERY bersama Noorkumalasari dalam satu babak filem Rahsia.

SHUKERY bersama Noorkumalasari dalam satu babak filem Rahsia.

PENGHORMATAN terakhir daripada keluarga arwah Shukery, dari kiri, Nurshikin, Faridah dan Mohd. Aidil.

SEPANJANG hayatnya bergelar seorang anak seni, segala macam dugaan yang dialami, namun berkat kesabaran, Mohamad Shukery Hashim, muncul antara nama pelakon yang disegani masa kini.

Beratus sudah drama yang menggunakan khidmatnya. Pelbagai watak juga sudah dibawa tetapi Shukery sering menjadi buruan penerbit untuk membawakan watak orang kaya, golongan korporat, Datuk serta watak komedi.
Namun, segala itu hanya tinggal memori. Sedang drama lakonannya sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen menerusi drama Cinta Gila, Shukery telah pergi untuk selamanya-lamanya.

Allahyarham meninggal dunia selepas hampir empat bulan menderita penyakit barah pankreas yang telah merebak ke seluruh tubuhnya termasuk bahagian tulang belakang dan otak.
Semenjak mengetahui penyakit barah sudah berada di tahap keempat pada Mac lalu, arwah hanya berulang-alik dari rumah ke hospital, sehingga berat badannya semakin menyusut akibat selera makan yang semakin berkurangan.

Deritanya meraih perhatian ramai pihak termasuk media dan rakan artis yang berkesempatan melawatnya di hospital. Meskipun dalam kesakitan, masih tergambar senyuman pada wajahnya saat melayani tetamu yang hadir.
Menurut anak keduanya Nurizety, yang ditemui di kediamannya semalam berkata, arwah ayahnya itu merupakan seorang yang cukup suka bergurau sehinggalah dia terlantar sakit di hospital.

"Arwah ayah tidak pernah kering idea untuk membuat kami sekeluarga tertawa, bila dia sakit pun sampat lagi buat lawak. Itu yang saya terasa sangat kehilangannya. Lepas ni rumah kami sunyi tanpa gurau-senda ayah.
Isnin lepas masa jumpa arwah di hospital, ayah cakap lepas sihat ayah nak pergi Mekah, nak bawa anak cucu berjalan pergi makan angin dan bercerita tentang tempat makan yang arwah ingin pergi.

Malah, arwah juga menyampaikan hasrat untuk bergambar bersama keluarga dan kami laksanakan hasratnya itu, tetapi tidak menyangka itu kenangan kami yang terakhir," katanya dalam linangan air mata.
Isteri Allahyarham, Faridah Mad Desa, 51, pula menceritakan semenjak arwah suaminya disahkan menghidap penyakit barah pankreas, arwah sentiasa berfikiran positif meskipun doktor memberitahu arwah hanya mampu untuk hidup dalam masa setahun.

Namun, Allah lebih menyayangi arwah, dan arwah pergi sambil ditemani semua anak-anaknya termasuk isteri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 1.45 tengah hari semalam.
Masa dimasukkan ke PPUKM pada pagi Jumaat lalu, apabila arwah mengadu perutnya sakit dan keras dan tidak tahan sakit yang ditanggung.

"Selepas makan ubat, arwah okey dan kata macam sihat pula. Masa itu saya berborak dengannya macam biasa, sampai arwah kata kalau dia pergi dulu dia tunggu saya di syurga," tutur Faridah dalam kesedihan.
Katanya lagi, sebelum arwah sakit kuat, arwah banyak menghabiskan masanya untuk berjumpa rakan-rakan lama, serta minta dihalalkan segala hutangnya.

Selain kaum keluarga, ramai juga sahabat handai termasuk rakan artis yang menziarahi jenazahnya, termasuk aktor Rosyam Nor yang turut terasa kehilangan seorang rakan dan bapa.
Arwah banyak kali berlakon dengan saya dan saya selalu jadi anaknya dalam drama. Mungkin sebab itu hubungan kami rapat. Saya ada melawatnya semasa arwah pulang ke rumah dan kami berbual tentang banyak perkara.

Antara katanya yang menyentuh perasaan saya, masa sakitlah baru kita tahu nikmat yang Allah berikan kepada kita. Selama ini makan dan tidur senang tetapi apabila sakit semua perkara itu menjadi sukar. Dan apabila berjaya dilakukan dengan mudah ia bagaikan nikmat," ujar Rosyam yang mengenali arwah sejak dia berumur 18 tahun.
Tambah Rosyam, arwah turut memberitahunya dia berbangga dengan hasil duit lakonan dia berjaya membina rumah dan membesarkan anak-anaknya seramai lima orang.

"Arwah bukan sekadar rakan, dia juga penasihat ekonomi saya. Arwah selalu pesan setiap apa yang dilakukan adalah untuk keluarga, malah, masa saya mula-mula buka syarikat dialah orang pertama yang melawat dan mendoakan agar syarikat saya maju," tutur pelakon dan penerbit ini lagi.
Pengarah drama terkenal, Rashid Sibir yang bergegas ke rumah arwah daripada penggambaran drama Kasih Tercipta memberitahu, dia mengenali arwah secara rapat apabila mengarah drama Mat Despatch pada tahun 1997.

"Apa yang saya kenali, arwah seorang yang merendah diri, tidak ambil pusing tentang orang lain dan tidak pernah merungut kalau penggambaran mula lambat walaupun dia datang awal.
Kali terakhir saya bekerja dengan arwah untuk drama Keliwon episod Hantu Kopek. Bagi saya pemergiannya terlalu cepat kerana ketika melawatnya di hospital, arwah nampak sihat. Sekarang, kita telah hilang seorang lagi pelakon yang berbakat," katanya.

Selain terkenal sebagai pelakon drama, wajahnya juga pernah diabdikan dalam filem Rahsia (1987), Ujang (1989), Syahadat (1992), Seri Dewi Malam (2001), Janji Diana (2003) dan terbaru, Shh... Dia Datang.
Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan lima orang anak, Nurshikin, 28, Nurizety, 27, Mohd. Firdza, 24, Mohd. Aidil, 21, dan Mohd. Amirul, 14, selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Keramat semalam.


PETIKAN KOSMO (11/06/2009)