Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Oktober 09, 2012

Kisah Suami Yang Romantik

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…
Eiiiii…geramnya aku!!!
Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..
”Lah..awat tak tanya…”
Eiii..geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..
“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”
Eiiii..geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi

April 06, 2012

Kisah Awal Dan Hujung Perkahwinan

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan

April 03, 2012

Keluarga : Tips Untuk Mendapatkan Bayi Kembar


Faktor-faktor dan kebarangkalian mendapat anak kembar:

1.GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

2.UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan ke atas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3.BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


4.BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

November 21, 2011

Cerita Sedih : Sebuah Perjuangan Yang Belum Selesai - Karya Qolyeen_Aaryan

Aku kembali tersandar di sebuah kerusi usang bertemankan senaskah diari pemberian terakhir sebelum pemergiannya untuk selama-lamanya dari dunia ini. Fikiranku melayang. Aku melihat pemandangan malam dari jendela bilikku. Pandanganku kini jauh ke arah karenah unggas-unggas malam yang sedang bercengkerama di bawah sinaran purnama…sambil sayup-sayup kedengaran... suara sang unggas bertempikan bagaikan sebuah alunan muzik yang sempurna seolah-olah memanggil-manggil namaku. Semakin lama semakin jelas..

Panggilan tadi menyebabkan lamunanku tiba-tiba terhenti. Huh!! Rupa-rupanya ibu memanggilku untuk makan malam. Aku menyahut, mengatakan TIDAK dengan pelbagai alasan. Akhirnya, ibuku terpaksa mengalah..
Perutku sebenarnya masih kosong sejak dari tengah hari lagi, tetapi
seleraku menafikanku untuk menjamah walaupun sedikit makanan.

November 20, 2011

Cerita Sedih : Kisah Poligami Seorang Isteri


ZOoM terjumpa artikel atau kisah ini daripada Facebook Himpunan cerita sedih, seribu satu cerita yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca di Facebook dan laman blog sebagai pedoman dan panduan bersama. Dan salah satu cerita yang menarik perhatian Zoom ialah mengenai kisah ini seorang isteri yang berpoligami.

saya suka membaca kisah2 yang terdapat dalam page tuan, saya banyak gunakannya untuk muhasabah diri saya dan mengembalikan semangat diri saya. saya mohon apa yang saya kongsikan boleh menjadi pengajaran kepada semua suami di dunia ini... saya ingin kongsikan apa yang telah saya alami pada tahun lalu...

Saya selalu mencari maklumat di internet tentang kisah poligami... saya liha...t terlalu banyak keluhan dan rintihan yang disuarakan oleh isteri kedua yang kononnya sts bernasib malang.. saya tidak pernah terbaca tentang luahan serta rintihan seorang isteri yang telah dimadukan oleh suaminya sama ada secara terpaksa atau paksa rela..


Julai 14, 2011

Kisah Pak Abu Jual Anak

Pagi-pagi ini ZoOM Melayan Netbook dan Notebook ni, nasib baik la kekasih hati ini masih berfungsi dengan baik walaupun HP  ZoOM dah kena lelong sebab terkena air...Dalam melayan mata yang masih belum kehabisan baterry ZoOM meronda-ronda laman forum yang penuh dengan cerita lawak. Dan salah satu cerita yang boleh kita baca bersama seperti dibawah :

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.hahah
- Hide quoted text -
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....


ZoOM : Sakit perut melayan cerita sebegini...apa komen anda..?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 02, 2011

Kisah Suami Isteri Yang Curang

Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”

Helmi : “baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”

Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”

Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”

Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”

Helmi : “oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup”

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini
kerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah
mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya… isterinya sudah tidur…
Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba

April 22, 2011

Pedoman : Untuk Tatapan para Suami

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Februari 01, 2011

Ibu Zila Bakarin Sedang Nazak Di Hospital Ampang

Semoga ibu Zila Bakarin akan tabah menghadapi dugaannya, walaupun berat mata memandang beratlagi bahu yang memikul penyakit yang info kahabarkan telah lama dihidapi oleh ibu Zila.


Apa-apa pun sama-sama kita mendoakan semoga ibu beliau tabah dan kuat menghadapi dugaannya.Insyallah dengan doa anda akan termakbul.

Januari 30, 2011

Hubungan Rita Rudaini Dan Keluarga Mentua Kembali Jernih

Walaupun apa yang terjadi ikatan keluarga tidak akan mendung sepanjang hari begitu jugalah kisahnya mengenai Rita Rudani dan keluarga Mertuanya yang kini kembali bersinar. 


Menurut info keluarga mertua dan Rita telah kembali jernih apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.


Diantara ayat yang keluar daripada ibu mertua Rita yang sudah pasti menyentuh perasaan :


“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.


Malah Rita juga meminta maaf dengan mencium tanda hormat dan sayang sebagai seorang menantu, bagi ZoOm saat itu memang amat manis jika anda sendiri yang merasainya.


Dan Rita juga dikatakan kini mengandung 5 bulan menjemput keluarga mentua untuk melawat cucunya.

Januari 21, 2011

[STORY] Suamiku ahli politik

Seorang "Janda" yang sudah 3 kali kawin-cerai sedang berjumpa doktor. 
Waktu dokter hendak memeriksanya, terjadi percakapan.

Janda : "Hati-hati periksanya ya dok, saya masih 'perawan'  ...!"

Dokter: "hah? Katanya puan sudah kawin-cerai 3 kali, mana boleh masih perawan ...?"

Janda : "Gini lah dok, sebenarnya suami saya yang pertama ternyata mati pucuk."

Dokter: "Oh gitu, tapi suami puan yang ke-2 tak mati pucuk kan?"

Janda : "Betul dok, cuma dia gay, jadi saya tak diapa-apakan dia."

Dokter: "Lalu suami puan yang ke-3 bukan mati pucuk dan bukan gay kan?"

Janda : "Betul dok, tapi ternyata dia itu orang 'parti politik'...."

Dokter: "Lalu apa hubungannya dengan keperawanan puan ...?"

November 13, 2010

Gambar Terbaru Anak Akak Erra Fazira , Aleesya Yang Makin Comel

Lama tak tengok gambar si kecik ni, sorry kak intan pinjam kejap gambar si genit ni :). Hari demi hari ZoOm perasaan banyak perubahan yang berlaku, kalau dulu si anak kecil ini hanya duduk diam mungkin kini dia sudah pandai bermain... dan berborak dengan sesiapa sahaja.

Februari 28, 2010

(Gambar) WAJAH Tengku Ratu Haidar anak Que dan Linda !!

Akhirnya anak Que dan Linda dipertontonkan kepada public setelah beberapa bulan masyarakat menunggu hari memperkenalkan kepada umum.Majlis ini berlangsung di Bora Ombak Ampang,Menariknya, Que telah mendodoikan lagu Tidurlah Permaisuri nyanyian Allahyarham P. Ramlee dalam majlis kecil yang dihadiri oleh 100 jemputan itu sebagai hadiah untuk puteri sulungnya.

Layang je la gambar selebihnya dibawah ni...

Februari 26, 2010

(Gossip) Maya Karin mengaku krisis dengan suami !!

Kesian kat Maya Karin ni, baru je ingin mengecai hari-hari bahagia perkahwinan yang baru dua tahun.Malah tanpa berselindung beliau yang sebelum ini tidak mengaku akan krisis rumahtangga akhirnya akur dengan masyarakat yang ingin mengetahui kisah keluarganya.Maya Karin semalam memberitahu "Public" memang ada masalah diantara beliau dan suami tetapi menafikan hadirnya orang ketiga.

Namun Maya masih cuba menyelamatkan keadaan yang semakin serius..Apa-apapun semoga beliau tabah menghadapi semua dugaan.

Zoom: Adakah anda semua sedar kebanyakan artis yang berkahwin  dengan MAT SALLEH kebanyakannya hanya sementara !!!! kesian tetapi itulah hakikat yang perlu mereka tanggung...!!!

Apa kata anda !!?

Februari 25, 2010

(Gossip) Suami Ida Nerina Sanggup Bersumpah Pernah Lafaz Cerai !!

Huh..Makin panas juga cerita penceraian yang tak pasti ini, yang terbaru Zoom ada membaca suami Ida Nerina sanggup bersumpah menafikan beliau pernah melafazkan cerai.

Kisah penceraian artis bekas anggota kumpulan Blackrose hangat diperkatakan terutamanya selepas beliau Melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida. Pada 9 Oktober lalu, Shahrin telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu. Pada 21 Jun lalu, Ida yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Sebelum ini, pengurus peribadi Ida, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh. Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah. Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Februari 24, 2010

(Gossip) Mamat Exist, Bekas Isteri Bercerai Talak Dua !!!

Alahai satu lagi kisah penceraian artis kita,yang terbaru Zoom baca di Mstar sebentar tadi Mamat Exist telah bercerai dengan bekas pasangannya Marshila Mustafa,30 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.



Hakim Ab. Malek Awang memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.
Lafaz cerai itu didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009.
Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.

Februari 21, 2010

(Cerita Artis) Kasih sayang Fizz Fairuz terhadap emaknya !!!


Pemuda yang mempunyai pakej yang serba  cukup ini bukan sekadar mahir dan pandai membawa watak ketika di set penggambaran tetapi beliau juga adalah seorang anak yang pandai mengambil hati seorang ibu yang menjaganya sejak dari kecil lagi.

Buktinya ketika gambar yang Zoom "Upload" untuk anda di Zoomartis hari ini,gambar ini diambil ketika Fizz Fairuz telah menyambut Hari Jadi ibunda tersayang yang ke 63 baru-baru ini dengan penuh meriah ditambah lagi dengan kedatangan orang-orang yang dikenali.Terutamanya artis atau teman istemewa Fizz Almy ni,bila lagi nak makan nasi minyak erkk..

Apa kata anda ?





Februari 15, 2010

(Gossip) Seksinya baju Nabila !!!

Bukan ingin mengaibkan Nabila tetapi untuk pengajaran dan panduan kepada artis-artis dan wanita-wanita di luar sana agar berhati-hati jika mengambil gambar.Mungkin masa ini Nabila tak sedar "Pose" ini over sikit.

(Cerita Artis) Shidee Kahwini Anak Dara Berumur 22 Tahun !!

Ermm bertuahnya badan dapat isteri muda, nak buat macam mana dah jodoh ditentukan olehnya..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.Zoom dapat cerita ini dari Laman forum popular di Malaysia..Jom Baca:-




Baca Selanjutnya

Shidee 50 tahun berkahwin dengan Siti Fairunnisa 22 tahun. Shidee yang terkenal dengan lagu "Sayang semuanya sudah terlambat" isnin lalu. Mereka bersanding di Bukit Sentosa Rawang pada 13 Feb 2010.Nampaknya bukan terlambat la Shidee kahwin dengan anak dara yang 28 tahun lebih muda

Februari 12, 2010

(Cerita Artis) Zila Bakarin & anak comelnya


Zila Bakarin hadir bersama seorang baby perempuan yang sangat comel pada Sesi Ramah Mesra Bersama Barisan Pelakon Drama Bersiri Slot Seram PENUNGGU GUNUNG RAYA dan Slot Lagenda – SIONG.

Dulu, masa lepas beranak, beratnya 63kg, sekarang dah kembali langsing nampaknya. Nama anaknya Kaseh Bte Azri. Lahir pada 17 Mac 2009. Berusia 10 bulan. Baby ni nampak je tenang dan rileks tapi sebenarnya aktif jugak ni.


Baca Selanjutnya

Terpancar dari wajah keibuan Zila yang kini berusia 35 tahun, dia sangat bahagia bersama anaknya. Kaseh banyak mengajarnya erti kematangan dalam mengharungi kehidupan harian.

“Saya jadi lebih matang dan tidak terlalu memikirkan diri sendiri saja. Kalau saya tahu indahnya hidup menjadi ibu, pasti saya akan berkahwin cepat. Sekarang ini pun, kalau pergi ke mana-mana termasuklah ’shooting’, pasti tak sabar nak cepat-cepat balik.”

Zila Bakarin berlakon dalam drama bersiri – SIONG ni. Menurut Zila, dia memegang watak seorang permaisuri yang sangat jahat. Rasanya ini bukan kali pertama Zila bawa watak antagonis. Dalam drama yang diadaptasi daripada filem lagenda Raja Bersiong ni, Zila perlu karakternya benar-benar memberi kesan kepada penonton. Pasti ramai yang tak suka dengan watak permaisuri kepada Raja Wakarima yang kena darah manusia untuk kekal muda.

Zoom: Comel Tak ?