Memaparkan catatan dengan label kisah lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah lawak. Papar semua catatan

Disember 08, 2011

Kisah Lawak : Jawapan Saksi Yang Lembab Dalam Mahkamah

Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

September 23, 2011

Kisah Seram Kaki Pancing Ikan

 Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Julai 14, 2011

Kisah Pak Abu Jual Anak

Pagi-pagi ini ZoOM Melayan Netbook dan Notebook ni, nasib baik la kekasih hati ini masih berfungsi dengan baik walaupun HP  ZoOM dah kena lelong sebab terkena air...Dalam melayan mata yang masih belum kehabisan baterry ZoOM meronda-ronda laman forum yang penuh dengan cerita lawak. Dan salah satu cerita yang boleh kita baca bersama seperti dibawah :

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.hahah
- Hide quoted text -
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....


ZoOM : Sakit perut melayan cerita sebegini...apa komen anda..?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 22, 2011

Kisah Lawak : Robot Yang Suka Melempang

Sekadar Hiasan

Mizan merupakan seorang saintis yang sangat terkenal kerana berjaya mencipta sebuah robot yang mampu mengesan sebarang bentuk "pembohongan". Oleh kerana kejayaannya itu, di telah dianugerahkan dengan gelaran Professor Mizan. Robot ciptaannya itu sangat "terer" dalam mengesan pembohongan dan robot tersebut turut memiliki kelengkapan khas di mana apabila ia mengesan pembohongan dilakukan, secara automatik ia akan menampar si pembohong itu.

Kemudian, Leman dengan bangganya membawa pulang robot tersebut ke rumah dan meletakkannya di ruang tamu sambil menunggu anaknya Akram pulang.

Mizan : Kamu dari mana?
Akram : Dari kelas tambahan ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

Mizan : Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
Akram : Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…
Mizan : Cerita apa?
Akram : Cerita Papadom ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya sekali lagi.

Mizan : Katakan dengan jujur cerita apa?!
Akram : Maaf ayah… saya tengok cerita lucah