Memaparkan catatan dengan label Maya Karin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maya Karin. Papar semua catatan

Oktober 04, 2012

Berita Maya karin Sebagai Duta Institute Of Geology Malaysia

Jarang sekali kita dengar gossip panas mengenai Maya karin kan, cuma kisah beliau sebelum ini sudah menjadi sejarah artis yang bergelar Tut....Tetapi apa yang ingin ZoOM kongsi bersama anda mengenai beliau hari ini ialah populariti beliau yang boleh dikatakan sebaris dengan tokoh-tokoh di Malaysia khasnya.

Jika anda perasaan Maya Karin adalah seorang jurucakap, model-model kepada jenama terkenal seperti Celcom,Loreal, Innershine, Tag Heur dan terbaru Focus Point. Selain daripada iti beliau turut berkecimpung dalam dunia amal sehingga dilantik sebagai duta Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK)

Dan berita terbaru yang ZoOm baca, beliau telah dilantik sebagai Jurucakap Institute Of Geology Malaysia (IGM).
Maya Karin Juga Muncul dalam program Kitar Semula oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Good Luck Maya Karin....We Support u :) 

Apa Komen Anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Jun 22, 2012

Gossip Maya Karin Bercinta Dengan Datuk !!?

Sana sini bercerita mengenai keintiman pelakon yang kini melonjak naik kerana lakonan dalam filem Ombak Rindu. Dan seiring dengan nama beliau dalam industri hiburan, gossip dan cerita panas turut mengiringi beliau dalam meneruskan perjuangan sebagai anak seni.

Terbaru mengenai gossip beliau sedang menjalinkan hubungan dengan seorang Datuk yang berstatus tokoh koporat. Dan gossip tersebut semakin hangat dengan tersebarnya gambar-gambar seperti diatas.

Dan bagi memastikan kesahihannya berikut jawapan daripada Maya KArin :


“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

Februari 10, 2012

Maya Karin Dilantik Sebagai Duta Muhibah Untuk OKU




KUALA LUMPUR: Yayasan Orang Kelainan Upaya Kelantan (YOKUK) telah melantik pelakon terkenal Maya Karin sebagai Duta Muhibah YOKUK dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk golongan orang kurang upaya (OKU).
"Saya benar-benar harap sebagai Duta Muhibah, saya dapat menonjolkan usaha-usaha YOKUK dalam membantu OKU dan menggalakkan orang awam menderma secara murah hati," katanya.

YOKUK adalah sebuah badan kebajikan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 3,400 OKU di pusatnya di Kota Baharu, Kelantan, sejak 13 tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita pada majlis pelantikannya di sini, Khamis Maya berkata peranannya sesuai dengan dirinya kerana beliau suka membantu.

Disember 21, 2010

Maya Kantoi Dengan Yusry !!!!

Ops....kat pawagam je :) , Betul ke pasangan ini bercinta !!!! Entahlah...baca je la cerita dari Murai website ni


Bagaikan sudah lali dengan asam garam hidup sebagai seorang selebriti, pelakon, penyanyi dan model jelita, Maya Karin tiada jawapan lain selain daripada mengakui saja kepada pihak media bahawa dia pernah keluar bersama produser dan pelakon popular Yusry Abdul Halim sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Bukan sekali, malah pelakon teater muzikal Natrah itu turut mengakui telah dua kali keluar bersama Yusry untuk menonton wayang di salah sebuah pawagam di Putrajaya.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Maya apabila timbul gosip yang mengatakan dirinya dan Yusry telah keluar menonton wayang bersama-sama, baru-baru ini.

"Ya, memang betul saya keluar menonton wayang bersama Yusry. Kali pertama dulu, kalau tak silap saya iaitu 2 bulan lalu dan terbaru ialah dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kami sama-sama pergi menonton filem Narnia.

Disember 18, 2010

Gambar Adik Maya Karin serta Keluarga

Hendsome juga adik Maya Karin ni, maklum saja la kalau dah kacukan majoritinya hendsome dan cantik. Inilag gambar keluarga Maya Karin bersama adiknya yang menjadi perhatian penulis blog untuk mengenali kerluarga Maya Karin. Gadis-gadis diluar sana sudah tentu tertanya-tanya siapalah empunya diri disamping Maya Karin yang kini berstatus single.


Gambar Keluarga Maya Karin di bawah :

November 24, 2010

Maya Kembali Dengan Album Baru Muncul Tahun 2011

Setelah sekian lama sepi daripada bidang nanyian akhirnya Maya Karin kembali dengan kombinasi album baru yang dikatakan akan muncul tahun 2011.


Maya Karin mula menceburi bidang muzik pada tahun 2001 dengan album Erti Cinta yang membolehkan beliau merangkul anugerah Artis Baru Terbaik di AIM.

November 06, 2010

( Gambar ) Gossip Aksi Manja Yusry KRU dan Maya Karin

Walaupun kemana pasangan ini pergi sudah tentu akan menjadi perhatian kerana hampir setiap masyarakat di Malaysia mengenali mereka berdua. Pernah satu ketika pasangan ini ada peminat nampak keduanya berpegangan tangan namun mereka menidakkan gossip tersebut.

Julai 17, 2010

Maya Karin Dan Suami Sah Bercerai !!!!

PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin,31, mengesahkan telah bercerai dengan Muhammad Ali,40, atau nama asalnya Steven David Shorthose, Jumaat.


Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan itu hadir di hadapannya.
Dalam satu mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirim oleh pegawai syarikat rakaman Satu Entertainment iaitu Azlin Abas, pasangan tersebut membuat kenyataan bersama berhubung penceraian terbabit.


Menerusi mesej yang dihantar kepada semua media kira-kira 9.30 malam, Jumaat, Maya dan Muhammad Ali meminta agar privasi mereka tidak diganggu.
Berikut ini disiarkan kenyataan ringkas berkenaan:


"Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama untuk bercerai daripada mahkamah syariah.
"Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyesalan mendalam.
"Kami percaya keputusan ini menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan," kata mereka.

Zoom: Satu lagi penceraian artis yang berkahwin dengan Mat Salleh ni, satu persatu gadis dan artis kita bercerai.Sedih tapi nak buat macam mana dah tu pilihan mereka, kalau anda perasaan kebanyakan perkahwinan dengan orang luar ni tak akan kekal lama...tapi ada jugalah yang kekal macam kak Anita kita...Well Done kak nita...!!

Jun 25, 2010

Suami Maya Karin Belum Ceraikan Beliau !!!

Maya hadir mengenakan baju kurung putih dengan bertudung litup putih manakala Muhammad Ali memakai sepasang sut hitam.


Hubungan pelakon Maya Karin,31, dengan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali, pasangan itu disahkan belum lagi bercerai.


Ntahlah dah cerai ke tak...tetapi ini jawapan suami Maya Karin kepada Wartawan petang semalam...


“No divorce (tidak bercerai), kata Muhammad Ali kepada wartawan selepas mengadakan prosiding di kamar hakim selama kira-kira dua jam.

Februari 28, 2010

(Gossip) Kes Maya Karin dapat perhatian Menteri !!!

Maya Karin terpaksa redha dan sabar dengan kemelut yang melanda mahligai yang dibinanya bersama insan tersayang, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 41. Usia perkahwinannya yang baru sahaja hampir dua tahun itu membuatkan Maya ini tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedihnya kerana terpaksa melalui saat-saat getir dalam hidupnya.

"Saya memang sedih, saya tidak pernah terfikir perkara tersebut boleh terjadi dalam hubungan kami. Saya dan suami sedang mengalami keretakan dalam rumah tangga kami," katanya.

Maya yang masih lagi merahsiakan punca keretakan hubungan dengan suaminya itu, turut menjelaskan tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca dalam masalah rumah tangganya. Jadi betullah desas desus selama ini yang rumahtangganya retak, kan dah terbukti. Apatah lagi Menteri juga ambil pendapat mengenai perkara ini di dada utama akhbar tempatan.

Februari 26, 2010

(Gossip) Maya Karin mengaku krisis dengan suami !!

Kesian kat Maya Karin ni, baru je ingin mengecai hari-hari bahagia perkahwinan yang baru dua tahun.Malah tanpa berselindung beliau yang sebelum ini tidak mengaku akan krisis rumahtangga akhirnya akur dengan masyarakat yang ingin mengetahui kisah keluarganya.Maya Karin semalam memberitahu "Public" memang ada masalah diantara beliau dan suami tetapi menafikan hadirnya orang ketiga.

Namun Maya masih cuba menyelamatkan keadaan yang semakin serius..Apa-apapun semoga beliau tabah menghadapi semua dugaan.

Zoom: Adakah anda semua sedar kebanyakan artis yang berkahwin  dengan MAT SALLEH kebanyakannya hanya sementara !!!! kesian tetapi itulah hakikat yang perlu mereka tanggung...!!!

Apa kata anda !!?

Februari 22, 2010

( Biodata ) Maya Karin



PROFIL

NAMA: Maya Karin Roelcke

NAMA KOMERSIAL: Maya Karin

TARIKH LAHIR: 29 Oktober 1979

UMUR: 31 tahun

BINTANG: Scorpio

FILEM:
Sri Dewi Malam (2001)
No Problem (2001)
Mr. Cinderella 2 (2003)
Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
Tujuh Perhentian (2004)
Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
Waris Jari Hantu (2007)
1957: Hati Malaya (2007)
Anak Halal (2007)
Duyung (2008)
Punggok Rindukan Bulan (2008)
Pisau Cukur (2009)
Taming Sari (2010)
Cun (2010)

PROGRAM TV: 
Wavelength, TV3 (2000)
Ratu Sehari Astro, RIA (2004)
Beauty Secrets From The East (2005)
Channel [V] (2004-2007)

ALBUM:
Erti Cinta (2001)
Bukan Qalamaya (2004)

ANTARA ANUGERAH:
Artis Baru Wanita Popular (ABPBH2001)
Aktres Terbaik Festival Filem Asia-Pasifik (2004)
Aktres Terbaik Estepona Fantasy and Terror Film Festival (2005).


Februari 16, 2010

(Gossip) Maya Karin Dan Suami Steven Bercerai !!!?

Alahai..Biar betul Maya Karin dan Suami Steven ini bercerai, ini gelombang terbaru gossip mengenai kisah artis yang meletup di Malaysia.Cerita ini hanya khabar angin semata-mata, sama-sama kita tunggu dan lihat "Statement" daripada empunya diri mengenai kisah keluarganya yang dikatakan semakin retak..

Zoom di Zoomartis akan mendoakan semoga perkahwinan diantara Maya Karin dan Suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Apa kata anda ? Sukar juga untuk Zoom mempercayai gossip ini !!!!

November 12, 2009

(Gossip) Maya Karin tidak komen tentang ‘Nona’ !!


Baru-baru ini, nama pelakon jelita yang pernah menjulang anugerah pelakon wanita terbaik Malaysia, Maya Karin disebut-sebut akan mengacarakan program majalah dokumentari, ‘Nona’ untuk tahun 2010 semasa majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’

Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan. Walaupun namanya sudah dicanang akan menyertai program berkaitan isu wanita itu, Maya masih mengunci mulut saat meminta komen daripadanya.

“Saya tidak akan komen apa-apa lagi kerana setakat ini saya belum tandatangan apa-apa perjanjian lagi. Tengoklah dulu..ia masih di peringkat awal..,”
jawab Maya ringkas.



Baca Selanjutnya

Meminta penjelasan lanjut berhubung hal itu, Maya berkata dia terpaksa merahsiakan tentang ‘Nona’ sehingga tiba masa yang sesuai. “Saya diberitahu jangan komen apa-apa,” ulasnya lagi yang sedang sibuk mempromosikan filem ‘Pisau Cukur’ yang ditayangkan mulai 5 November lalu di pawagam.

Selain itu, Maya sedang menjalani latihan teater ‘Natrah’ yang akan dipentaskan mulai 17 hingga 25 November ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

“Sekarang, saya sibuk sangat dengan latihan teater ‘Natrah’. Minggu depan mungkin lega sikit sebab latihan pun sudah tidak sibuk sangat. Banyak benda yang saya kena lakukan kerana cerita Natrah sangat kaya dengan kandungan. Saya juga perlu menyanyi dan menari yang sangat menarik dan mengujakan,”
luah pelakon filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ dan ‘Anak Halal’ ini.


November 05, 2009

(Gambar) Sexy Maya Karin Di Kolam Renang !!!!


Zoom dapat email gambar maya ni semalam, tak tau la gambar ini gambar lama atau baru. "Just" Nak share dengan anda bertapa "sexy" nya maya karin di kolam renang..Kepada yang bawah umur tu dilarang melihat gambar dibawah..!!!!



Baca Selanjutnya



Apa KOmen anda !!?

Oktober 17, 2009

(Filem) Sinopsis Pisau Cukur



Filem : Pisau Cukur
Genre : Komedi Romantik
Bahasa : Melayu
Pengarah : Bernard Chauly
Pelakon : Maya Karin, Nur Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Redza Minhat
Tarikh tayangan : 5 November 2009






Baca Selanjutnya

Cerita pasal Pisau Cukur:-

Pisau Cukur merupakan filem kedua arahan Bernard Chauly yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Gol & Gincu dan juga diterbitkan Red Films.

Dalam pada itu, Bernard menjelaskan, filem ini sepatutnya memulakan penggambaran bermula pertengahan Julai lalu. Begitupun, dia berasakan adalah lebih baik ia ditunda hingga kedua-dua bintang utama filem ini menyudah terlebih dahulu dulu komitmen masing-masing.

Begitulah hebatnya penangan dua aktres wanita ini. Masakan tidak, pihak produksi sanggup menanti walaupun mengambil sedikit masa, asalkan Maya dan Fazura dapat berpasangan, lantas menjayakan perjalanan filem ini bersama.

Seandainya Maya sibuk dengan persiapan perkahwinan pertengahan Ogos lalu, Fazura pula masih terikat dengan penggambaran siri Ezora, siaran TV3 sebelum ini.

"Lalu, kami di Red Films mengambil keputusan penggambaran Pisau Cukur ditunda hingga selepas hari raya.



"Saya harapkan semua artis yang terbabit dalam filem itu dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada projek berkenaan.

"Penundaan itu juga memberi kami lebih masa memperkemas lagi apa-apa yang patut sebelum penggambaran sebenar bermula.



"Kini, semuanya berjalan seperti dirancang, malah kombinasi Maya dan Fazura benar-benar terserlah,"kata Bernard.

Antara pelakon lain yang turut membintangi Pisau Cukur ialah Aaron Aziz, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay, Sharifah Sofea, Khatijah Tan dan Nas-T.



Pada masa sama, beberapa muka baru turut diperkenalkan bagi memeriahkan skrin. Tidak dilupakan kemunculan istimewa Nabil Raja Lawak, Afdlin Shauki, Nabila Huda, Yasmin Yusuff dan Rafidah Abdullah.



Filem yang dibikin dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. itu ditulis Rafidah Abdullah, wanita yang bertanggungjawab menghasilkan lakon layar untuk filem Gol & Gincu.

Pisau Cukur mengisahkan dua sahabat baik, Bella lakonan Maya dan Intan (Fazura) yang bercuti atas sebuah kapal peranginan, Puteri Duyung. Seorang daripada mereka sebenarnya mencari cinta, manakala seorang lagi melakukan penyiasatan.



Beritahu Bernard lagi, filem ini mengutamakan lakonan dan perkembangan watak. Walaupun mengambil Pisau Cukur sebagai judul, tetapi pada pengakhirannya, audiens akan membawa pulang pengajaran bermanfaat.

"Ia adalah kisah yang menyalur semangat untuk kita semua," cerita Bernard yang enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung jalan cerita filem itu.



Sampuk Bernard, Pisau Cukur bakal muncul kepada peminat sebagai sebuah filem segar, bukan sahaja kerana gabungan pertama Maya dan Fazura, malah ia juga mengutara subjek wanita yang suka mengikis duit lelaki dan lokasinya pula di sebuah kapal peranginan.

Masih mengekalkan elemen urban dalam jalan penceritaan, Bernard cukup berkeyakinan bahawa filem yang bakal menjengah pawagam tahun depan ini, mampu menembusi pasaran lebih meluas.

Jelasnya, tiada sebarang garis kasar yang dapat memisahkan filem urban serta bukan urban pada pandangan peminat filem masa kini.

"Maknanya, setiap karya yang bermutu, pasti ia berupaya menghiburkan semua golongan khalayak, tanpa perlu dilihat pada fizikalnya," akhiri Bernard menjunjung maksud cukup bermakna.



Sinopsis Filem "PISAU CUKUR":

Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella (lakonan Nur Fazura) dan Intan Bella (lakonan Maya Karin), bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 5 November 2009.

PELAKON UTAMA

MAYA KARIN sebagai Bella
NUR FAZURA sebagai Intan
AARON AZIZ sebagai Ari
EIZLAN YUSOF sebagai Datuk Hisham
memperkenalkan REDZA MINHAT sebagai Faqir


PELAKON PEMBANTU

DATO RAHIM RAZALI sebagai Datuk Zakaria
KHATIJAH TAN sebagai Datin Wahidah
UMIE AIDA sebagai Naini
SHARIFAH SOFIA sebagai Sal
LIYANA JASMAY sebagai Suri
NAS-T sebagai Johan


PENAMPILAN KHAS

AFDLIN SHAUKI
NORMAN KRU
NABIL RAJA LAWAK
RADHI KHALID
RAFIDAH ABDULLAH
KARTINI ARIFFIN
NABILA HUDA
YASMIN YUSUFF
OTHMAN HAFSHAM
BERNICE CHAULY
ELAINE PEDLEY
HENRY GOLDING

Lagi Gambar-gambar produksi filem "PISAU CUKUR" di laman web www.pisaucukur.com.


Oktober 16, 2009

(Gossip) Fazura bercium dengan Aaron Aziz !!!


BERIKAN apa saja watak buat pelakon jelita ini, dia pasti mampu mencorakkannya dengan baik dalam cara tersendiri. Begitu juga yang boleh disaksikan menerusi wataknya sebagai Intan Mastura di dalam filem, Pisau Cukur.

'Kegedikan' Fazura menerusi karektor itu ternyata menghiburkan penonton-penonton yang hadir pada sesi tayangan gala filem arahan Bernard Chauly itu, di Cathay Cineplex, Damansara, kelmarin.






Baca Selanjutnya

Ramai yang juga tidak menyangka aktres berusia 26 tahun ini sememangnya mampu membawakan watak komedi dengan baik. Ditemui sejurus berakhirnya majlis itu, Fazura sendiri akui, membawakan watak sebagai 'pisau cukur' tidak semudah yang disangkakan.

"Saya akui, ini adalah lakonan terbaik saya setakat ini. Mungkin ramai yang merasakan karektor ini sangat ringan, tetapi sebenarnya tidak. Watak Intan ini memerlukan saya jadi seorang yang lincah.

"Saya perlu bekerja keras untuk watak ini dan turut menghadiri bengkel lakonan yang dibuat bersama pelakon-pelakon filem ini.

"Pada masa yang sama, saya turut membuat kajian sendiri berdasarkan filem-filem luar berkaitan 'pisau cukur' yang saya tonton serta apa yang saya saksikan sendiri di sekeliling saya," kata Fazura.

Turut membintangi filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 November ini antara lain ialah Maya Karin, Eizlan Yusof, Aaron Aziz, Shahredza Minhat, Umie Aida, Sharifah Sofia, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay dan Nas-T.

Secara ringkasnya, filem terbitan Red Communications ini mengisahkan tentang dua gadis 'pisau cukur' iaitu Intan dan Bella (Maya) yang suka 'memburu' lelaki-lelaki yang memiliki kemewahan.

Intan dan Bella yang pergi bercuti di atas sebuah kapal percutian mewah kemudiannya berdepan dengan kisah dan konflik masing-masing.

Bella cuba memikat Datuk Hisham (Eizlan) dan pada masa yang sama gadis itu turut diminati oleh Faqir (Shahredza).

Intan pula terjebak di dalam kes penyiasatan kematian Datuk Zakaria (Rahim Razali) di atas kapal itu bersama dengan seorang penyiasat persendirian, Ari (Aaron Aziz).

Membawakan watak sebagai seorang gadis pisau cukur, Fazura tidak terlepas dengan tanggapan banyak pihak yang mengaitkan dirinya juga tidak jauh berbeza dengan watak tersebut.

"Saya tidak bimbang jika orang cakap saya adalah pisau cukur. Saya malas ambil pusing benda-benda macam itu," ujarnya, ringkas.

Ditanya tentang pengalamannya membintangi filem ini, kata Fazura, dia amat menyukai semua babak yang ada di dalam filem tersebut.

Namun, satu babak yang benar-benar mencabar buatnya ialah ketika adegan yang menunjukkan seolah-olah dia hampir 'dicium' oleh Aaron Aziz.

"Memang susah sangat ketika adegan tersebut. Gementar pun ada juga pada awalnya. Tapi kami asyik ketawa saja sehingga menyukarkan lagi penggambaran untuk babak itu.

"Apapun, pengalaman bekerja dengan semua pelakon terlibat memang menyeronokkan. Malah, saya seronok dapat bergandingan dengan Maya Karin. Kami sama 'kepala' dan senang bekerjasama dengannya," tutur pelakon kelahiran Pekan, Pahang, ini.

Zoom Komen: Jangan Marah ya, Hampir jer..!!! Zoom tabik Spring kat Fazura dan Maya Karin dalam Filem ni, zoom dah tengok triler filem ni. Best juga untuk anda-anda yang pisau cukur..Jangan Marah gurau jer !!!

September 14, 2009

(Celebrity News) Maya Karin Nak Anak Tahun Depan !!



BERBICARA dengan aktres dan penyanyi jelita ini memang cukup menyeronokkan. Ada saja topik yang muncul dari mulutnya untuk dijadikan modal berbual. Itulah Maya Karin - yang memang cukup terkenal dengan sikap ramahnya sehingga hari ini.
Tutur aktres dan penyanyi berusia 30 tahun ini, tidak banyak cerita baru yang ingin dikongsinya tatkala ini. Malah, sepanjang Ramadan, dia lebih banyak 'melepak' di rumah dan adakalanya, menghadiri majlis-majlis berbuka puasa atau sesi fotografi sempena Syawal.
Ujar Maya dalam nada ceria, sekurang-kurangnya, tempoh ini dapatlah dia meluangkan lebih masa dengan suami tercinta Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali yang mana ini adalah tahun kedua mereka menyambut Ramadan dan Syawal sebagai suami isteri.
"Sejak kebelakangan ini, memang saya tidak sesibuk dulu. Lagipun, memang saya berhasrat untuk tidak terlalu aktif dengan bidang seni tahun ini.
"Ada beberapa tawaran berlakon yang saya tolak kerana saya ingin jadikan tahun ini sebagai 'private year' untuk saya. Malah, kalau ada yang perasan, sejak awal tahun ini juga saya lebih banyak aktif dengan kerja-kerja berkaitan alam sekitar.
"Cuma mungkin selepas ini saya akan sibuk sedikit dengan promosi filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly yang dijangka akan ditayangkan pada 5 November depan.
"Jadi, buat masa ini, banyak juga masa diluangkan bersama suami. Terutamanya sepanjang Ramadan ini, jika saya tiada majlis-majlis di luar, kami akan berbuka dan bersahur sama-sama.
"Tetapi Steven tidak cerewet tentang juadah. Dia makan apa saja. Kami juga selalunya akan bersahur sebelum tidur dan kebiasaannya, memang kami tidak akan ambil makanan yang berat. Adakalanya roti saja sudah memadai," tutur anak kacukan Melayu-Jerman ini.

Dan tatkala bercerita tentang kehidupannya bersama suami ketika ini, luah Maya sambil menguntum senyuman, dia juga menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata tahun depan.


"Saya juga sama seperti pasangan suami isteri yang lain, punya impian untuk memiliki anak sendiri. Jika boleh, saya merancang untuk ada cahaya mata tahun depan. Steven juga amat mengharapkan kami dikurniakan anak.
"Tapi, saya tidak mahu terlalu fikirkan sangat kerana saya tidak mahu rasa tertekan pula. Saya percaya, Allah telah tentukan takdir semua individu. Jika ditakdirkan saya memiliki keluarga yang besar, saya bersyukur.
"Namun, jika tidak pun, saya terima semua itu. Sebagai umat Islam, selain percaya pada takdir, kita juga kena berusaha ke arah itu," katanya yang mendirikan rumahtangga dengan suaminya itu pada 15 Ogos tahun lalu di Itali.


Buat jer...sonang jer tue :P

Julai 01, 2009

(Gossip) Gambar Sexy Maya Karin Lepas Kahwin !!




Gambar Kat bawa ni Kalau Iman Tak kuat Jangan Tengok,Pesanan ini untuk Ayah2,Bapa,Suami Orang tue..Kalau Bujang lagie laa :P Gurau jer..Apa Pun Maya Karin memang Cun melecun. Status Male Tue korang kena ingat Maya ni isteri Orang so tengok jer tau :P




Jun 19, 2009

(Celebrity News) Maya Takut Penceraian ?


Maya Pun Takut Penceraian, Yerlah Saper la tak takut dengan penceraian.Insan mana yang nak bercerai ? Apa PUn Zoom Admin Mendoakan KEbahagian Maya Dengan Husband.

Semenjak beberapa tahun ni artis gemar berkahwin dengan warga luar,dan kebanyakan perkahwinan tidak seperti yang di harapkan..Harapkan Hujan emas di negeri Orang Hujan Batu Di negeri Sendiri : ntah betul ke pepatah Zoom Ni sorry la kalau salah...alah zoom kan ada kahwin jer dengan Zoom... hehehehehehe cari mat salleh tue buat perr nak badan jer...Opss :P terlebih sudah...tak semua mat salleh macam tue...tapi mostly :P

Fikir-fikirkan la wahai Artis Malaysia ku....