Memaparkan catatan dengan label Yusry KRU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yusry KRU. Papar semua catatan

Februari 24, 2012

Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry

PUTRAJAYA 23 Feb. - Hanya dengan sekali lafaz, pengarah filem terkenal Yusry Abdul Halim, 38, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriott, di sini malam ini.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamed.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry selepas lima tahun menduda manakala yang pertama untuk Lisa Surihani.

ZoOM : Alhamdulillah selesai sudah niat dihati, hanya majlis yang akan menanti anda diluar sana.

Lagi Gambar Di Bawah :

Februari 23, 2012

Gambar Perkahwinan Lisa dan Yusry | Kad Kahwin Yusry Dan Lisa | Majlis Perkahwinan Yusry Dan Lisa

Sudah menjadi adat jika seseorang gadis melayu ingin menempuh alam perkahwinan beberapa perkara perlu dilakukan. Begitu jugalah kisah yang dialami oleh artis bernama Lisa Surihani yang akan melangsungkan perkahwinannya bersama pasangan dalam waktu terdekat.


Sudah pasti hari yang dinantikan akan berjalan dengan penuh debaran dan kisah perjalanan yang menjadi perhatian pembaca diluar sana. Suasana sedemikian pastinya menjadi hari yang tidak dapat dilupakan oleh artis ini sendiri dan juga dikalangan sanak saudara yang turut sama menyelesaikan perkara yang perlu sebelum hari bahagia itu tiba.


Proses pertama sekali yang Lisa perlu buat adalah mandi bunga, kemudian malam berinai dan seterusnya khatam al Quran.


Majlis yang dilangsungkan pada 26 Februari ini pastinya akan bertambah seri jika ketiga-tiga perkara ini diselesaikan terlebih dahulu.


Dan bagi pihak ZoOMartis, akan mendoakan hari bahagia itu akan tiba dengan senyum dan memori indah

Februari 03, 2012

Gambar Mesra Yusry Dan Lisa Surihani Di Majalah Astroview | Gambar Perkahwinan Yusry Dan Lisa Surihani


Inilah gambar terbaru pasangan romantik yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tahun ini, gambar ini ZoOM ternampak di post FB kawan ZoOM (MHMK), thanks bro, macam tau-tau je ZOOM suka gambar macam ni.

Apa yang ingin dikatakan dengan gambar ini, Lisa Surihani nampak cantik dan ayu disamping bakal suami Yusry KRU. Sudah pasti ramai diluar sana tidak sabar menanti gambar perkahwinan artis ini. Jika sebelum ini mahligai yang dibina gagal ditengah jalan, ia tidak mematahkan semangat artis bernama Yusry mencari peneman hidup beliau.

Bak kata tiada seri hidup ini tanpa seseorang teman berbicara dan meluahkan perasaan, malahan dengan kehadiran zuriat jika dipanjangkan umur sudah pasti akan menyerikan lagi hidup mereka.

Akhir kata dari ZoOM...macam karangan pula...Semoga hari bahagia itu akan tiba jua..

Jangan lupa jemput ZoOM yer :) 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Januari 26, 2012

Kad Kahwin Lisa Surihani Dan Yusry Halim

Inilah kad kahwin pasangan romantis dan sudah pasti ditunggu-tunggu oleh peminat mereka, walaupun simple dan dan sweet namun ia penuh bermakna. 


Untuk pengetahuan anda majlis pasangan ini akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Disember 22, 2011

Gossip Gambar Mesra Dan Manja Lisa Surihani Dan Yusry Kumpulan KRU

Alahai manja dan sweet couple @Picture, kepada peminat Lisa Surihani jangan marah dekat ZoOM sebab terpaksa menyebarkan gambar pasangan teman tapi mesra ini. Desas desus semakin bergoncang kuat bak lautan yang semakin ganas menghempas pantai.

Gambar ini ZoOM jumpa dekat sahabat seperjuangan dalam laman blog (Izyan.Com), sorry pinjam gambar untuk post ZoOM mengenai pasangan bahagia ni.

Nasib baik ada satu gambar je kalau tak "Sure" sentap je peminat fanatik diluar sana, tapi apa yang ingin ZoOM katakan, pasangan ini cool and profesional :).


ZOoM : Apa komen peminat Lisa @ Yusry diluar sana ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 07, 2011

Komen Yusry dan Lisa Surihani Mengenai Hubungan Mereka

Wow !!!!!! itu jer yang dapat ZoOM ungkapkan kerana pasangan ini semakin berani menjawap soalan Media mengenai hubungan mereka. Tanpa berselindung dan berkias-kias seperti artis-artis yang lain ( Tak semua tau..) yang sering mengeluarkan perkataan ni NO KOMEN setiap kali diajukan soalan.

Bak kata pepatah dah mengantok disorongkan bantal, sudah tau bertanya pula dan berikut jawapan pasangan ini mengenai kisah bahagia mereka :

Yusry  - 


"Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di antara kami.
"Setakat ini kami sudah pun mengenali kedua-dua belah keluarga dengan lebih rapat. Saya harap, penjelasan ini tidak lagi mengelirukan pihak luar tentang status

Mei 26, 2011

Pengakuan Yusry KRU Bercinta Dengan Lisa Surihani

Nampaknya jejaka-jejaka tampan diluar sana sudah pasti mengigit jari kerana pengakuan Yusry KRU mengenai kisah percintaannya dengan gadis ini ( Lisa Surihani ). Setelah sekian lama berkias dan lari daripada wartawan dan public akhirnya jejaka bertuah bernama Yusry ini mengiakan perhubungan mereka. Dan berikut serba sedikit "Statement" yang Yusry jawap ketika ditanya oleh wartawan GUA.


Memang kita berkawan rapat, sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak berselindung dan cakap hal yang betul. Kita dalam perhubungan yang matang. Tak ada istilah cinta monyet dan cintan-cintun.

Ya, saya pernah berjumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara yang paling baik ialah berjumpa dengan keluarga masing-

April 20, 2011

Gossip Yusry Bercinta Dengan Lisa Surihani !!?


Cerita Yusry dengan pelakon jelita semakin menjadi perhatian pengemar gossip diluar sana untuk diperkatakan dalam alam maya mahupun nyata. Jika sebelum ini beliau pernah digossipkan dengan pelakon jelita Maya Karin malahan beliau juga dikatakan mempunyai hubungan dengan pelakon Seksi Kilafairy yakni anak Rohana Jalil.


Dan terbaru Yusry dikatakan mempunyai hubungan teman tapi mesra ketika menghadiri malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, baru-baru ini.



Kalau nak tau baca je kat bawah ni :

Februari 04, 2011

Yusry KRU Nafi Bercinta Dengan Maya Tetapi Masih Mencari Wanita Lain !!

Lama juga gossip mengenai kisah Maya Karin dan Yusry ni, satu persatu topic yang dibincangkan dimana-mana sumber pasti tidak akan terlepas membicarakannya. Dan yang terbaru Yusry tampil menjawap gossip mengenai beliau bercinta dengan Maya Karin. 


Yusry menafikan beliau bercinta dengan Maya Karin, dan dalam "Statement" baru-baru ini beliau tampil dengan jawapan dan luahan berikut menafikan kisah percintaannya dengan primadona Maya Karin :) 


Jika ada pun, baru-baru ini timbul kisah cintanya bersama aktres jelita, Maya Karin berikutan kelibat mereka sering dilihat bersama namun Yusry menafikan gosip tersebut.

Januari 31, 2011

Yusry KRU Bakal Menjadi Pensyarah Uitm !!

Entah betul ke tak sebab ini cuma cerita yang ZoOm dapat daripada seorang penulis blog yang bercerita dan mendapat info mengatakan Yusry KRU menerima tawaran menjadi pensyarah di Uitm. Walaupun tidak mempunyai kelulusan yang melayakkan beliau menjadi pensyarah tetapi kalau di ambil kira dengan pengalaman beliau memang layak.

ZoOm pun tak arif sangat mengenai cerita ni cukuplah sekadar berkongsi dengan anda di ZoOmartis kisah yang belum diketahui mengenai artis kita di Malaysia Khasnya.

Berikut gambar yang ZoOm sempat copy dan crop untuk anda.
ZoOm : APa Kata Anda pula ?

Disember 21, 2010

Maya Kantoi Dengan Yusry !!!!

Ops....kat pawagam je :) , Betul ke pasangan ini bercinta !!!! Entahlah...baca je la cerita dari Murai website ni


Bagaikan sudah lali dengan asam garam hidup sebagai seorang selebriti, pelakon, penyanyi dan model jelita, Maya Karin tiada jawapan lain selain daripada mengakui saja kepada pihak media bahawa dia pernah keluar bersama produser dan pelakon popular Yusry Abdul Halim sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Bukan sekali, malah pelakon teater muzikal Natrah itu turut mengakui telah dua kali keluar bersama Yusry untuk menonton wayang di salah sebuah pawagam di Putrajaya.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Maya apabila timbul gosip yang mengatakan dirinya dan Yusry telah keluar menonton wayang bersama-sama, baru-baru ini.

"Ya, memang betul saya keluar menonton wayang bersama Yusry. Kali pertama dulu, kalau tak silap saya iaitu 2 bulan lalu dan terbaru ialah dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kami sama-sama pergi menonton filem Narnia.

November 06, 2010

( Gambar ) Gossip Aksi Manja Yusry KRU dan Maya Karin

Walaupun kemana pasangan ini pergi sudah tentu akan menjadi perhatian kerana hampir setiap masyarakat di Malaysia mengenali mereka berdua. Pernah satu ketika pasangan ini ada peminat nampak keduanya berpegangan tangan namun mereka menidakkan gossip tersebut.