Ops....kat pawagam je :) , Betul ke pasangan ini bercinta !!!! Entahlah...baca je la cerita dari Murai website ni
Bagaikan sudah lali dengan asam garam hidup sebagai seorang selebriti, pelakon, penyanyi dan model jelita, Maya Karin tiada jawapan lain selain daripada mengakui saja kepada pihak media bahawa dia pernah keluar bersama produser dan pelakon popular Yusry Abdul Halim sebagaimana yang digembar-gemburkan.
Bukan sekali, malah pelakon teater muzikal Natrah itu turut mengakui telah dua kali keluar bersama Yusry untuk menonton wayang di salah sebuah pawagam di Putrajaya.
Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Maya apabila timbul gosip yang mengatakan dirinya dan Yusry telah keluar menonton wayang bersama-sama, baru-baru ini.
"Ya, memang betul saya keluar menonton wayang bersama Yusry. Kali pertama dulu, kalau tak silap saya iaitu 2 bulan lalu dan terbaru ialah dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kami sama-sama pergi menonton filem Narnia.
"Bukannya tak mahu menonton di Kuala Lumpur, tapi kebetulan pula pejabat Yusry tak jauh dari Putrajaya. Daridapa dia datang ke Kuala Lumpur, apa salahnya saya sendiri ke sana. Tambahan pula saya senang ketika itu," terus terang Maya.
Dia ditemui pihak media sempena majlis perlantikannya sebagai duta terbaru produk minuman kesihatan InnerShine Prune Plus di Hotel Carcosa Seri Negara, di sini petang tadi.
Menjawab soalan portal murai.com.my bahawa pertemuannya itu ada kaitannya dengan urusan kerja atau mungkin berhubung projek filem besar terbitan KRU Studios, pelakon bermata bulat itu sama sekali menafikan.
Sebaliknya menurut Maya, pertemuan itu tidak lain hanyalah sebagai jalinan persahabatan yang telah lama termeterai sejak mereka dipertemukan menerusi sesi fotografi muka hadapan majalah Media Hiburan sekitar tahun 2001.
"Tak ada projek filem, kami hanya berjumpa saja. Adatlah sebagai kawan, bila berjumpa pasti banyak yang kami bincangkan. Ada berkenaan industri, kerjaya saya, kerjaya dia dan apa saja berkenaan kehidupan.
"Seperti juga tema-teman yang lain, kami akan keluar lebih kerap. Ikutlah keselesaan masing-masing. Kerana apa yang lebih penting sekarang, saya ikhlas berkawan dengannya. Bukan saja Yusry, tapi begitu juga dengan teman yang lain.
"Kami saling menyokong antara satu dengan yang lain. Dia sokong kerja saya dan sebagai kawan saya turut menyokong kerjayanya," kata Maya yang tidak mahu disalah ertikan keakraban mereka itu.
Sebagai wanita biasa, dia juga berhak menjalani kehidupan seperti mana manusia lain yang bebas menjalani aktiviti harian mahupun menonton wayang, tanpa sesekali perlu bersikap hipokrit dengan diri sendiri.
Bagaimanapun sebagai hamba Tuhan, dia tidak mahu menidakkan takdir illahi sekiranya suatu hari nanti jodohnya jatuh di tangan Yusry.
"Mungkin perkara seumpama itu akan terjadi dan mungkin juga tidak. Apa yang akan terjadi pada masa depan saya, sukar sukar untuk saya ramalkan. Apa yang penting sekarang, saya cuba sedaya upaya untuk menjadi diri sendiri.
"Saya sudah tak kisah keluar dengan sesiapa termasuk Yusry, meskipun secara terbuka. Soal berkahwin atau bercinta biarlah saya tolakkan ke tepi dulu. Kerana sebagaimana yang sedia maklum saya baru saja mengalami penceraian.
"Jadi untuk melihat saya berkahwin dalam tempoh setahun, itu tidak akan berlaku. Biarlah saya menjalani kehidupan 2011 dengan penuh ketenagan dan tiada gosip," katanya.
ZoOm : Kalau betul apa salahnya...suka tgk pasangan ni :) Apa kata anda ?