Disember 22, 2010

Gambar Sabrina Ali dan Kekasih serta perancangan berkahwin Tahun Depan !!?

Setahu ZoOm Sabrina baru bercerai dengan suami, tapi apa salahnya kalau ingin membina mahligai indah bersama pasangan beliau ini. Walaupun hanya berkenalan selama 6 bulan, bukan 6 tahun tau...si jejaka sudah berniat ingin memperisterikan Sabrina ni.


Berikut "statement" Pasangan ini apabila ditanya oleh wartawan mengenai hubungan mereka:


Jejaka:


"Saya tidak main-main. Kalau saya keluar dengan lelaki itu, memang saya serius untuk bersamanya. Saya bukannya jenis yang akan keluar dengan semua lelaki.


"Kami berjumpa semasa di birthday party kawan dan sejak itu kami mula berkawan. Namun hanya sebulan selepas itu barulah kami rapat. Kami boleh ngam sebab komunikasi kami lancar dan masing-masing boleh faham apa yang diinginkan.


Sabrina :

"Dia mengatakan akan mengahwini saya tahun depan, namun saya masih fikirkannya. Maklumlah saya baru bercerai dan pernah melalui pengalaman buruk perpisahan. Saya masih perlukan masa untuk berfikir. Tapi syukur saya lihat dia rapat dengan keluarga terutama anak saya, Ariyana," ujar Sabrina yang menonjol sekali lakonannya dalam Khurafat.



Amir pula ketika ditemui hanya tersenyum tatkala ditebak pelbagai soalan berkait hubungan intimnya bersama pelakon jelita ini. Kata jejaka kacak yang juga bekas model ini, Sabrina menunjukkan dirinya yang sebenar sepanjang perkenalan mereka.

Jejaka :

"Sporting, jujur dan tak hipokrit, itulah Sabrina. Saya sukakannya begitu. Saya sudah sedia menerimanya sebagai isteri dan besar kemungkinan jika tiada aral melintang, tahun depan saya akan melamarnya. Mungkin kami akan terus bernikah," tutur anak kelahiran Pahang ini.



Info : Manggaonline


ZoOM : Hantar je rombongan dik :)