Mei 26, 2011

Pengakuan Yusry KRU Bercinta Dengan Lisa Surihani

Nampaknya jejaka-jejaka tampan diluar sana sudah pasti mengigit jari kerana pengakuan Yusry KRU mengenai kisah percintaannya dengan gadis ini ( Lisa Surihani ). Setelah sekian lama berkias dan lari daripada wartawan dan public akhirnya jejaka bertuah bernama Yusry ini mengiakan perhubungan mereka. Dan berikut serba sedikit "Statement" yang Yusry jawap ketika ditanya oleh wartawan GUA.


Memang kita berkawan rapat, sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak berselindung dan cakap hal yang betul. Kita dalam perhubungan yang matang. Tak ada istilah cinta monyet dan cintan-cintun.

Ya, saya pernah berjumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara yang paling baik ialah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan kami. Namun terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah perkahwinan. Jika jadi, Alhamdulillah

ZoOM : Apa Kata Anda ? Komen La yeee !!! Dah tu Share kepada kawan-kawan kita.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!