Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan. Walaupun namanya sudah dicanang akan menyertai program berkaitan isu wanita itu, Maya masih mengunci mulut saat meminta komen daripadanya.
“Saya tidak akan komen apa-apa lagi kerana setakat ini saya belum tandatangan apa-apa perjanjian lagi. Tengoklah dulu..ia masih di peringkat awal..,”jawab Maya ringkas.
Baca Selanjutnya
Meminta penjelasan lanjut berhubung hal itu, Maya berkata dia terpaksa merahsiakan tentang ‘Nona’ sehingga tiba masa yang sesuai. “Saya diberitahu jangan komen apa-apa,” ulasnya lagi yang sedang sibuk mempromosikan filem ‘Pisau Cukur’ yang ditayangkan mulai 5 November lalu di pawagam.
Selain itu, Maya sedang menjalani latihan teater ‘Natrah’ yang akan dipentaskan mulai 17 hingga 25 November ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
“Sekarang, saya sibuk sangat dengan latihan teater ‘Natrah’. Minggu depan mungkin lega sikit sebab latihan pun sudah tidak sibuk sangat. Banyak benda yang saya kena lakukan kerana cerita Natrah sangat kaya dengan kandungan. Saya juga perlu menyanyi dan menari yang sangat menarik dan mengujakan,”luah pelakon filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ dan ‘Anak Halal’ ini.