November 12, 2009

(Gossip) Mamat Exist Sudah Bercerai Dengan Isteri !!!!


Saat-saat Bahagia Di Jinjang Pelamin
Patutlah berjauhan rupanya sudah bercerai artis yang suatu ketika dulu diminati oleh ramai remaja di Malaysia ketika era remaja. Dah kahwin ni lain pula ceritanya..Jum ZOom KOmen Isteri ( Marshila ) di dalam akhbar.

Dakwaan Mamat seperti disiarkan dalam Kosmo! pada Isnin lalu dipertikaikan oleh isterinya. Malah Shila juga mendedahkan bahawa hubungannya dengan Mamat tidak mungkin boleh diselamatkan gara-gara sikap penyanyi itu sendiri.

"Kami sebenarnya telah pun bercerai apabila Mamat melafazkan talak kepada saya sekitar Oktober lalu. Saya kesal bila kenyataan yang dikeluarkan Mamat dalam Kosmo! seolah-olah mahu menunjukkan yang dia begitu menyayangi keluarganya, walhal Mamat telah pun melafazkan cerai kepada saya,"
terang Marshila tanpa berselindung sambil memberitahu kes itu akan dibawa ke mahkamah tidak lama lagi bagi mengesahkan lafaz berkenaan.





Baca Selanjutnya

Menurut Shila, dia tidak mahu ada pihak membuat pelbagai andaian tentang pendedahannya ini. Malah dia juga bukan bertujuan untuk meraih publisiti murah atau sekadar suka-suka berbalas kenyataan di media.

"Cuma saya ingin memperbetulkan apa yang dia kata. Saya tak mahu peminat-peminat dia tertipu,"
beritahu wanita ini dengan tenang dalam pertemuan kami kelmarin.

Lebih mengejutkan kata Shila, punca penceraian mereka tidak lain tidak bukan adalah disebabkan kehadiran pihak ketiga.

"Saya tak faham kenapa dia kata tidak melafazkan apa-apa pada saya dan kononnya mahu berbaik semula. Kenyataan dia juga seolah-olah saya yang salah. Kenapa dia perlu cakap jangan babitkan pihak ketiga, sedangkan memang kemusnahan rumah tangga kami berpunca daripada perempuan itu?
"Sebelum ini, awal-awal lagi dia ingatkan saya jangan bagi sebarang kenyataan tentang hal kami di media dan saya ikut katanya. Tiba-tiba, dia pula yang bagi kenyataan bukan-bukan kepada akhbar?,
" dedah Shila lagi.

"Kalau nak tahu, saya langsung tidak ada nombor telefonnya untuk dihubungi. Kalau betul dia sayangkan anak-anak, patutnya dia menghubungi kami dan memberi nombor telefonnya pada saya agar jika ada apa-apa terjadi kami boleh menghubunginya.
"Perkara ini telah bermula sejak bulan April lalu. Masa awal-awal, dia dah buat hal mengenai gadis yang sama dan saya cuba selesaikan. Kononnya sudah putus, tapi mereka main wayang dengan saya.
"Saya perasan bila Mamat mula tidak menghubungi kami. Nafkah pula dia sudah tak bagi sejak ada hubungan dengan gadis itu. Saya tak faham kenapa dia bertindak begitu semata-mata kerana gadis yang masih bersekolah itu,"
ujarnya dalam nafas menahan kecewa yang kental.

"Sebenarnya, hal orang ketiga memang sudah menjadi lumrah dalam rumah tangga kami, tetapi ada juga masalah lain. Biasalah, saya ada kerja tetap dan dia kerjaya dia tidak menentu masanya. Dia kata saya tak memahaminya kerana tiada pendapatan tetap. Saya kerja untuk membantu dia juga, takkan 24 jam saya kena berkepit? Rasanya, sebab itu dia cari budak sekolah yang boleh berkepit dengannya ke mana-mana sahaja,"
kata Marshila. <-- Statement ini tak tahan...SUDAH BIASA...APA komen anda !!?